Anda di halaman 1dari 6

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid
mentakrifkan nilai murni sebagai:
" Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan
pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat
biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama membentuk
kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia ".
(Wan Mohd. Zahid, 1988).
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara ".
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang
baik dengan mengemukakan ciri-ciri: percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara,
berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara
serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Keseimbangan dan keharmonian yang
terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui
kurikulum ( khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal ) supaya ilmu pengetahuan

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

akan dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, manusia hendaklah
menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain.
Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir,
membentuk dan melaksanakan hasrat falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan yang
berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berakhlak mulia. Kesedaran tentang
penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibu bapa,
guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanakkanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan
kepada nilai murni yang ditonjolkan. Ini kerana mereka ibarat kain putih yang perlu
dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, " melentur buluh biarlah
dari rebungnya ".
Rasional nilai-nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara
Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan
kerapuhan nilai kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat
menyatukan setiap kaum. Selain daripada itu, tekanan daripada cendikiawan Islam terutama
sejak Persidangan Sedunia Tentang Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 serta
penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial di kalangan pelbagai lapisan
masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu
nilai dalam pendidikan.
Sebagaimana yang kita tahu, matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk
melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab,
berkebolehan berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak pandangan hidup atau " world
view " yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati, amal
dan wariskan?. Untuk melihat output dan produk yang positif yang dijelmakan oleh pelajar
ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

mendidik mereka agar selaras dengan penyataan FPN ini. Fungsi utama proses pendidikan
ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut.
Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani
dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang
berakhlak. Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni
secara komprehensif di mana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui ke semua mata pelajaran dan akan
diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum, formal dan tidak formal, di dalam
dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk
memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan ".
Aspek Nilai-Nilai Murni
Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti
nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya
memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan maklum balas
yang diperolehi, jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima
16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk
membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor
dan akhlak. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:1. baik hati - Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain
secara tulus ikhlas.
2. berdikari - Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang
lain.
3. hemah tinggi - Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut
diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

4. hormat menghormati - Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan
memberi layanan yang bersopan.
5. kasih sayang - Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.
6. keadilan - Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
7. kebebasan - Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undangundang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara.
8. keberanian - Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah
hati.
9. kebersihan fizikal dan mental - Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan
persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan
kerohanian.
10. kejujuran - Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.
11. kerajinan - Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.
12. kerjasama - Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat
individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti
persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.
13. kesedaran - Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai
masyarakat.
14. kesyukuran - Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan
kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.
15. rasional - Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan.

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

16. semangat bermasyarakat - Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi
mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka
kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.
Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia
dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan
masyarakat. Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain
secara tulus ikhlas dan sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain.
Guru Dan Nilai-Nilai Murni
Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dalam membentuk kanakkanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilainilai murni mula diterapkan dari pendidikan prasekolah lagi, merupakan basic atau asas
kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan
bernilai murni. Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar mata pelajaran yang terdapat
dalam syllabus tertentu sahaja, sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap mata pelajaran.
Secara keseluruhan, dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSM, diharapkan
generasi muda yang dididik mempunyai asas

kukuh. Pendidikan di Malaysia telah

diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara
setaraf dengan sistem pendidikan yang terbaik di dunia. kukuh nilai murninya. Falsafah
tersebut menggambarkan bahawa matlamat dan hasrat pendidikan negara tidak akan
terlaksana tanpa asas, membina dan memperkembangkan pendidikan atas landasan nilai luhur
dan murni. Falsafah ini direalisasikan dalam KBSM yang digubal dan dilaksanakan pada
tahun 1988 bertujuan untuk memberikan penekanan pada pembangunan potensi individu
secara menyeluruh.

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

BIBLIOGRAFI
1. Abu Bakar Nordin, 1991. Kurikulum , Perspektif dan Perlaksanaan. Pustaka Antara,
Kuala Lumpur.
2. Dr. Tajul Ariffin Nordin & Dr. Nor Aini Dan, 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020.
Arena Ilmu Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
3. Dr. Hussien Hj. Ahmad, Jurnal Pengurusan Pendidikan. Perihal Pendidikan dan
Falsafah di Malaysia.
4. Ibrahim Saad, 1982. Isu Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
5. MASSA: Wawancara Reformasi Pendidikan bersama Datuk Najib. Jun 1997.
6. Mok song Sang, 1991. Pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.
7. Wan Mohd Nor Wan Daud, (Jan-Mac 1996). Insan Baik Teras Kewarganegaraan.
Pemikir

Anda mungkin juga menyukai