Anda di halaman 1dari 2

Anjing Dengan Bayang-Bayang Pada suatu pagi yang cerah, ditengah kesibukan penghuni bandar memulakan hari mereka,

seekor anjing mencuri seketul daging yang besar daripada seorang penjual daging. di pasar.Anjing itu cepat-cepat melarikan diri . Anjing mahu pergi ke tempat yang jauh dari situ sebelum makan daging itu. Anging itu berkata dalam hatinya bahawa ia mahu makan daging ini di tempat yang selesa.

Anjing berlari hingga sampai ke sebuah jambatan. Ia mahu menyeberangi sungai. Dengan menggonggong daging, anjing berjalan sepanjang jambatan.

Apabila sampai ke tengah jambatan, anjing ternampak sesuatu yang aneh. Di dalam air yang jernih lagi tenang ada seekor anjing lain. Anjing itu Menggonggong seketul daging juga!

Lalu anjing itu berfikir bahawa ketulan daging yang dibawa oleh anging lain itu lebih besar daripada ketulan daging kepunyaannya. Anging itu mencari jalan untuk merampas ketulan daging daripada anging itu. Anjing itu mula menyalak kuat pada anjing di dalam sungai itu. Apabila anjing membuka mulutnya, ketulan daging terjatuh ke dalam sungai. Dilihatnya anging di dalam sungai itu tiada lagi menggonggong daging. Kawan-kawan, Tahukah kamu, mengapa ini boleh terjadi??? Ya betul. Sebenarnya anjing itu telah menyalak pada bayang-bayang dirinya sendiri. Anjing berasa sedih kerana kehilangan daging itu. Akhirnya ia berjalan pulang dengan rasa lapar.

Kawan-kawan Moral/Pengajaran yang boleh kita pelajari daripada cerita ini adalah: Kita janganlah bersikap terlalu tamak kerana orang yang tamak selalu rugi. Kita Hendaklah berpuas hati dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada .

Anda mungkin juga menyukai