Anda di halaman 1dari 28

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2013

KOD KURSUS : HBEF3503

TAJUK TUGASAN: PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA E-TUTOR: ENCIK HALIM BIN HASHIM

NO. MATRIKS NO. KAD PENGENAALAN E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : :

800816125734-001 800816-12-5734 julianahjimin80@gmail.com OUM Tawau

ISI KANDUNGAN BIL PERKARA Biodata Penulis Abstrak Penghargaan 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 Pengenalan Tujuan Kertas Cadangan Objektif Penubuhan Pendidikan Inklusif Rasional Asas Pertimbangan Penentuan Jenis Pendidikan Inklusif Cadangan Keperluan Program Pendidikan Inklusif Prosedur Pemilihan Murid Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan Peranannya. Tentatif Program 6 7 7 7 8 9 10 11 13 15
2

MUKA SURAT

11.0 12.0 13.0

Belanjawan Program Pendidikan Inklusif Rumusan Penutup Lampiran Rujukan

16 16 17

BIODATA PENULIS

NAMA ALAMAT IKTISAS OPSYEN INSTITUSI

: : : : :

Julianah Binti Jimin S.K (M) Bombalai, Peti Surat 62162, 91031 Tawau. S.K. Bombalai, Tawau Diploma Perguruan Peng. Melayu Dan Pemulihan Maktab Perguruan Keningau, Sabah.
3

TEMPAT BERTUGAS:

PENGALAMAN MENGAJAR:

Tahun 2006 Hingga kini:

2006 : SJKC Chong Hwa 2B, Muar, Johor. 2007-2008 : SJKC Pui Ying, Klang, Selangor. 2008 kini : S.K (M) Bombalai, Tawau, Sabah. SUBJEK DIAJAR DI SEKOLAH : Bahasa Malaysia Tahun Dua JAWATAN DI SEKOLAH: SUMBANGAN: Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Linus Tahun Dua Guru Pengiring Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Negeri (2010), Jurulatih sekolah Bercerita dan Nasyid (2009 hingga kini), Guru Pengiring Karnival Nilam Daerah (2011,2012 dan 2013).

Abstrak Memandangkan murid-murid Tahun Satu dan Tahun Dua yang bersekolah di S.K (M) Bombalai ada beberapa orang yang menonjolkan ciri-ciri berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran, saya berhasrat untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak berkenaan. Diharap ujian yang akan dibuat akan membantu para guru di sekolah ini untuk mengenalpasti murid-murid yang tergolong dalam kategori ini. Istimewanya program ini ialah dapat membantu murid-murid berkenaan dengan bimbingan seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC . Apa yang diharapkan daripada usaha pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid4

murid ini akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir.

PENGHARGAAN Alhamdulillah dengan keizinan Allah s.w.t dapat jua saya menyiapkan tugasan ini. Pada ruangan ini ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menyiapkan tugasan ini. Terutamanya sekolah S.K (M) Bombalai kerana membenarkan saya melaksanakan tugasan ini di sekolah berkenaan. Khususnya pihak pentadbir sekolah yang telah meluluskan kertas cadangan ini untuk diimplementasikan. Selain itu, turut membantu adalah Guru Pendidikan Khas yang didatangkan khas dari Sekolah Pendidikan Khas , S.K Bandar Dua Tawau iaitu Pn. Dhora binti Dabal kerana sudi menjadi mentor bagi membimbing para guru dalam mengendalikan Kelas Inklusif sekaligus untuk mendekati murid-murid berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Kerana telah membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dengan mennyalurkan maklumat berkenaan kanak-kanak istimewa melalui portal-portal
5

organisasi mereka mahupun yang hadir dalam memberikan ceramah yang berkaitan dengan Program Pendidikan Inklusif. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada e-tutor saya iaitu En. Halim bin Hashim kerana telah memberikan tunjuk ajar dan panduan di portal http://epic.oum.edu.my dalam membuat tugasan ini. Akhir kata sila dengar pantun daripada saya:

Asal rotan dibuat raga, Raga berisi kancing suasa, Budimu tuan sangat berharga Akan ku kenang sepanjang masa....

KERTAS KERJA
6

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF S.K (M) BOMBALAI, TAWAU

1.0

PENGENALAN

Menurut buku Building an Inclusive Education and Training System sesuai dengan pendapat yang mengakui bahawa semua kanak-kanak dan remaja boleh belajar dan semua kanak-kanak dan remaja memerlukan sokongan. Oleh yang demikian pendidikan Inklusif membolehkan pendidikan struktur, sistem dan kaedah pembelajaran untuk memenuhi keperluan semua pelajar. Pihak Kementrian amat mengakui dan menghormati perbezaan di kalangan pelajar, sama ada disebabkan oleh umur, jantina, etnik, bahasa, kelas, hilang upaya, HIV atau penyakit berjangkit lain. Program ini mencakupi aspek yang lebih luas daripada persekolahan formal dan mengakui bahawa pembelajaran juga berlaku di rumah dan masyarakat, dan dalam tetapan dan struktur formal mahupun tidak formal.
7

Pendidikan inklusif perlu dilihat dari aspek di luar pendidikan tradisional yang memberikan tumpuan kepada kumpulan murid yang paling terpinggir iaitu sering tidak dapat dilihat di dalam masyarakat: kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Kumpulan-kumpulan ini sering terlepas pandang. Oleh itu, nasib mereka ini perlu dibela khususnya melalui dasar kerajaan dan akses kepada pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Pembelajaran. Bermasalah pembelajaran adalah meliputi masalah pembelajaran literasi dan nomerasi yang telah diterjemahkan di sekolah-sekolah rendah menerusi Program Linus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid berkeperluan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil. 2.0 TUJUAN KERTAS CADANGAN Tujuan kertas ini adalah untuk memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah bagi mengadakan program pendidikan Insklusif memandangkan keperluan beberapa orang murid yang menonjolkan ciri-ciri keperluan khas dan masalah pembelajaran.

3.0 3.1

OBJEKTIF Menyebarluaskan maklumat garis panduan peranan guru pendidikan khas (guru pembimbing). kepada pihak pentadbir

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7

Menentukan murid-murid yang berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran khususnya bagi murid Tahun Satu yang baru masuk sekolah. Panduan umum mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif untuk dipatuhi oleh pihak pentadbir sekolah dan pengajar. Memberi kefahaman yang jelas, tepat dan bersistematik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepada semua warga pendidik. Pihak sekolah boleh menyesuaikan panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru dan sekolah masing-masing. Mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbir, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas. Membantu murid yang berkeperluan khas atau bermasalah pembelajaran belajar mengikut kemampuan mereka dengan cara yang mudah dan sesuai.

4.0

RASIONAL Bagi mengesan murid-murid S.K (M) Bombalai yang berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran. Pengendalian Program Pendidikan Inklusif dapat diselaras dan diimplementasikan menerusi garis panduan perlaksanaan program Inklusif Kebangsaan bagi memastikan semua murid diberi peluang belajar mengikut keperluan mereka masing-masing. Sekaligus dapat membina tanggapan positif terhadap murid berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran di kalangan murid arus perdana. 5.0 ASAS PERTIMBANGAN Keperluan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolahsekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi berasaskan kepada beberapa faktor : 5.1 Kesamarataan Pendidikan

Pendidikan Inklusif adalah bertujuan untuk membina kesamarataan pendidikan. Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut; a) b) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang biasa; dan terencat akal yang berat. Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. 5.2 Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara Bangsa

Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematik untuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan. Falsafah Pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti pelajar bekeperluan khas supaya menjadi tanda aras mencapai tahap negara maju. Usaha ini adalah suatu usaha yang holistik dan memenuhi keperluan kerja. Untuk tujuan itu, penyediaan prasarana yang lengkap, berfungsi dan terkini perlu disediakan oleh KPM ditambah pula nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yand ada pada program pendidikan khas integrasi tersebut.
10

5.3

Memartabatkan Profesion Keguruan

Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Cabaran KPM untuk memastikan guru di SBK terdiri daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan mampu membawa kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut.

6.0

PENENTUAN JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF Secara umumnya pendidikan Inklusif terdiri daripada Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas. Program Pendidikan Inklusif peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). Pendidikan Inklusif pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu Inklusif Penuh dan Inklusif Separa yang mana Inklusif Penuh ialah murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). Manakala Inklusif Separa pula melibatkan murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). Berdasarkan kutipan data dan analisis dapatan ke atas tinjauan kepada pendapat para pelajar. Program Inklusif yang sangat padan dengan keperluan sekolah adalah Program Inklusif Separa.

7.0

CADANGAN KEPERLUAN PROGRAM INKLUSIF

11

7.1

Guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah Guru Pendidikan Khas yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif. Mencadangkan pihak sekolah menjemput seorang guru pendidikan khas sebagai mentor perlaksanaan program yang didatangkan khas daripada sekolah pendidikan khas yang terdekat di bandar Tawau, iaitu Sekolah Pendidikan Khas S.K Bandar Dua, Tawau. 7.2 Bilik Resos

Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. 7.3 Kursus Dalaman Peningkatan Staf

Menyediakan ilmu pengetahuan tentang Program Inklusif dan peranannya. Mengetengahkan sistem pengurusan Pendidikan Inklusif dan peranan yang perlu dimainkan bagi setiap anggota khususnya Pihak Pentadbiran Sekolah. Seterusnya membimbing para guru khususnya guru kelas apabila menerima murid yang berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran dan tindakakn untuk mengenalpasti murid-murid sebegini berdasarkan ciri-ciri tertentu. 7.4 Jumlah Waktu Guru Pendidikan Khas

Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang membantu P&P di program pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah.

8.0

PROSEDUR PEMILIHAN MURID


12

Ciri-ciri murid yang tergolong sebagai murid istimewa (lihat Lampiran A). Berikut adalah prosedur pemilihan dan penentuan murid berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran. 8.1 i. Peringkat 1 Semua murid pendidikan khas akan memulakan sesi persekolah mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula pada bulan Mei ini. Dan Januari pada tahun berikutnya. ii. iii. Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas pendengaran ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI). Senarai pendek murid pendidikan khas pendengaran yang lulus dalam UP1 akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan ke PPKI .

8.2 i.

Peringkat 2 Semua murid pendidikan khas yang lulus ini dalam UP1 mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Jun sehingga ke akhir tahun. Dan Februari untuk tahun berikutnya.

ii.

Semua murid pendidikan khas ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

8.3 i. ii.

Peringkat 3 Murid pendidikan khas yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan di PPKI. Murid pendidikan khas pendengaran akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI.

13

iii.

Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

iv.

Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun akan disenaraipendekkan ke Mesyuarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI.

v.

Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang belum layak ke PPI, akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI.

8. 4 a) b) c) d)

Syarat-syarat ke Program Pendidikan Inklusif Tidak melebihi 2 tahun umur kronologi Boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dalam aliran perdana Tidak mempunyai pelbagai kecacatan Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya

9. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN PERANAN (Lampiran B) 9.1 a) b) c) d) e) Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Gunakan BBM yang sesuai. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Layanan dan bimbingan yang adil.

9.2 Guru pendidikan khas (guru pembimbing). 9.2.1 Pengajaran dan Pembelajaran

14

a) Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. b) Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan. c) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. d) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif. e) Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran. f) Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu. g) Memberi penekanan, keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras. h) Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan. i) Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. j) Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing) adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. k) Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan. l) Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian. 9.3 Pengurusan a) b) Menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik. Memastikan semua murid memakai Alat Bantu Dengar.
15

c) d) e)

Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai. Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan. Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran.

9.4 Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan a) b) c) d) e) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran. 9.5 Peranan Pengetua/Guru Besar Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna. (a) Mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah (b) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang dilantik adalah terdiri daripada personalia terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. (c) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). melaksanakan senarai tugas serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum. (d) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). menumpukan segala tenaga, kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
16

(e) Guru pendidikan khas (guru pembimbing). hendaklah membimbing murid khas mengikut matapelajaran tertentu. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaran-matapelajaran teras. (f) Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan. (g) Membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif.

10.0

TENTATIF PROGRAM (lihat Lampiran C (i) : Tentatif Kursus Peningkatan Staf dan Lampiran C (ii) : Surat Jemputan Penceramah.

Takwim kurikulum adalah mengikut silibus apa yang diajarkan di kelas arus perdana. Namun aktiviti dan aras yang dirancangkan untuk murid di bawah program ini adalah mengikut keupayaan mereka. Pencapaian dilihat kepada perkembangan interaksi mereka dengan murid arus perdana dan kemahiran hidup berdikari dalam usaha untuk mendedahkan mereka kepada kehidupan bermasyarakat. 11.0 BELANJAWAN PROGRAM

Perkara Penyediaan Bilik Resos Bahan Manipulatif Keceriaan Alat Tulis Kursus Peningkatan Staf Program Inklusif Cendera Kenangan buat pihak NGO

Kos dalam Ringgit Malaysia RM 300.00 RM1000.00 RM 200.00 RM 100.00 RM 300.00 RM 100.00
17

JUMLAH

RM2000.00

12.0 RUMUSAN Cadangan ini adalah berasaskan keperluan semasa sekolah yang menunjukkan hasil pemerhatian dan laporan guru pemulihan yang telah mengesan kurang daripada 5 orang murid yang tergolong dalam murid istimewa dari kalangan murid yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran. Ujian yang dijalankan keatas beberapa murid yang disyaki mempunyai keistimewaan sebagai murid berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran sebahagiannya telah disahkan oleh pakar. Usaha ini juga adalah sebagai Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini. Ia juga dapat mengembangkan potensi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan khas.

13.0

PENUTUP

Diharap program ini akan membantu para guru dapat mengesan murid-murid berkeperluan khas ataupun bermasalah pembelajaran pada peringkat awal sesi persekolahan mereka iaitu dengan membuat ujian pengesanan semasa murid berada di kelas Tahun Satu. kemampuan mereka. Kerjasama oleh semua pihak terutama pihak sekolah dan NGO dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharap sebarang kelemahan yang bakal dihadapi nanti sentiasa mendapat tindakkan susulan untuk penambahbaikkan sebagai batu loncatan ke arah menubuhkan program pendidikan Inklusif yang berjaya. Seterusnya dapat memberi ruang dan peluang untuk murid-murid ini berjaya dalam pelajaran mengikut tahap

18

Disediakan Oleh : -----------------------------------------------(JULIANAH BT JIMIN) Penyelaras Program Pend. Inklusif

Disemak oleh: ------------------------------------------(EN. AWANG JAAFAR B. PENG. TALIB) Penasihat 2 Program Pend. Inklusif

Disahkan oleh : ............................................................... (EN. HACHO HJ DARMAN) GURU BESAR S.K BOMBALAI Penasihat 1 Program Pend. Inklusif

19

LAMPIRAN
20

LAMPIRAN A Berikut adalah rumusan kategori murid-murid yang tergolong sebagai kanak-kanak istimewa atau luar biasa.

21

LAMPIRAN B: CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

22

LAMPIRAN C (i): TENTATIF KURSUS PENINGKATAN STAF PROGRAM INKLUSIF


23

S.K (M) BOMBALAI, TAWAU. Tarikh : 11 Mei 2013 Tempoh masa : 1 hari (Sabtu) Penceramah : 1. Guru Sekolah Pendidikan Khas Daerah Tawau. 2. Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC).

Masa/ Perkara

8.00

8.00 9.00

9.00 10.00

10.00 10.30

10.30 12.00
SLOT 4

SISTEM PENGURUSAN SLOT 1 MURID INKLUSIF SLOT REHAT PENGENALAN PENDAFTARAN BERKEPERLUAN DAN PENDIDIKAN CERAMAH DAN KHAS DAN KUDAPAN PERANAN SUAIKENAL BERMASALAH SETIAP INKLUSIF PEBELAJARAN ANGGOTA SEKOLAH DAN NGO SLOT 2 SLOT 3

LAMPIRAN C (ii)

SEK. KEB. (M) BOMBALAI PETI SURAT 62162


24

91031 TAWAU
________________________________________________________________________TEL: 089750790 Rujukan : XCA 3007/06/07/007 Tarikh : 2 April 2013

Kepada : . Tuan/Puan/Cik, Jemputan Sebagai Penceramah Program Pendidikan Inklusif Sekolah Sukacita adalah dijemput tuan/ puan/cik hadir sebagai penceramah bagi mengisi slot-slot pendidikan inklusif yang telah dirancang pada ketetapan berikut :1. 2. 3. Tarikh : 11 Mei 2013 Masa : Jam 8.00 pg- 12.30 ptg Tempat : Dewan Budiman

Kerjasama dan kesudian pihak tuan untuk hadir amatlah kami alu-alukan.

Sekian BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ----------------------------------(JULIANAH BT JIMIN) Penyelaras Program, SK (M) Bombalai, Tawau. Sk. Fail LAMPIRAN D : BROSUR PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

25

26

RUJUKAN

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi. Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion. London: SAGE Publications Inc. Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:David Fulton Publisher. Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA :Thomson Wadsworth .

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,Terengganu.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
27

28

Anda mungkin juga menyukai