Anda di halaman 1dari 7

EDUP2102

SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Nama : STANFORD SIBANGAN


No. K/P : 950215125345
Angka Giliran : 2020012420147
Program : PDPP
Ambilan : OKTOBER 2020
Unit : RBT (SM)
Nama
: ABDUL KADIR BIN MOHD AZIS
Pensyarah
Tarikh Hantar : 19 FEBRUARI 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_______ ____________Tarikh : 19 FEBRUARI 2021

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:_________ ____ Tarikh : 19 FEBUARI 2021


Program-program pendidikan yang telah dilaksanakan dalam usaha untuk mencapai
kesamarataan peluang pendidikan di Malaysia serta usaha-usaha pemupukan integrasi
nasional di sekolah

Pengenalan
Pendidiakan adalah merupakan elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi bagi
menentang kemiskinan dan juga boleh membantu membina demokrasi dan membentuk
masyarakat sejahtera. Pendidikan yang berkualiti sangat diperlukan oleh setiap
individu dalam mendapat kuasa, hak bersuara, mendedahkan potensi dan meluaskan
pandangan dan pemikiran kepada dunia tanpa sempadan. Kerajaan Malaysia telah
membelanjakan peruntukan yang sangat besar bagi memajukan pendidikan rakyat di
Malaysia. Malaysia telah menduduki tangga ke-16 dari 102 negar dalam perbandingan
anatara negara tertinggi membelanjakan peruntukan untuk pembangan pendidikan bagi
tahun 2008 sebagai sebuah negara yang tertinggi mengeularkan perbelanjaan
pendidikan. Seluruh rakayat Malaysia berhak untuk mendapat pendidikan.
Kemneterian Pendidikan Malaysia telah menyarankan pendidikan wajib bagi semua
kanak-kanak di bawah umur 12 tahun di bawah Dasar Pendidikan Wajib yang
berkuatkuasa mulai tahun 2003 (Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996/Akta550).
Penulisan ini akan berfokus kepada komuniti pribumi kecil di Malaysia, masyarakat
Orang alsi dan kanak-kanak berkeperluan khas.Masyarakat Orang Alsi juga memiliki
hak yang sama dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna walaupun mereka
hidup terasing daripada masyarakat arus perdana. Manakala Kanak-kanak berkeperluan
khas ini juga berhak memperoleh peluang pendidikan yang sama rata tanpa
diskriminasi atau dikecualikan.Maka, institusi pendidikan adalah diutama memain
peranamn penting bagi menyediakan sistem persekitaran dan aktiviti yang bersesuaian
dengan keperluan pelajar.

Program Pembangunan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Terhadap Orang


Asli di Malaysia
Program Kurikulum Bersepada Sekolah Murid Orang Asli dan Penan (KAP) adalah
salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam mengatasi masalah
keciciran dalam kalangan Orang Asli. Program ini juga adalah prorgam pembangunan
pendidikan terawal berbanding program pembangunan pendidikan Orang Asli yang
lain. Program ini khas kepada pelajar Orang asli di Semenanjung Malaysia dan kaum
Penan di Sarawak. KAP ini dikhususkan kepada sekolah 100% Orang Asli sahaja
dengan mengutamakan unsur pembelajaran memang menyeronokkan.Program ini
berteraskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di amana melalui beberapa
pengubahsuaian dari segi kandungan, kemahiran dan penilaian serta pendekatan
pengajaran dan pembelajaran ( P&P), berdasarkan dari pengalaman , persekitaran dan
sosiobudaya pelajar ORang Aslidan Penan itu sendiri. Program ini menggunakan
pendekatan sukatan pelajaran minimum dan kurikulum yang mengikut konteks
komuniti Orang Asli dan Penan.Penggubalan dan pelaksaan KAP ini adalah disebabkan
kadar keciciran dan ketidakhadiran pelajar Orang Asli dan Penan yang sangat tinggi,
penguasaan asas kemahiran (3M) iaitu kemahiran membaca, mengira dan menulis
sangat rendah dalam kalangan Orang Asli dan Penan. Matlamat KAP adalah untuk
melahirkan murid Orang Asli dan Penan yang berpengetahuan, berkemahiran,
berakhlak mulia, mencintai alam persekolahan dan sosiobudaya mereka serta dapat
meneysuaikan diri dengan sosiobudaya negara lain.Objektif KAP adalah untuk
membolehkan pelajar Orang Asli dan Penan dapat menguasai mengira, menulis dan
membaca dan berminat menghadiri ke sekolah, memperpraktikan amalan kebersihan,
kesihatan dan keselamatan, berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan masyarakat
luar untuk melahirakan perpaduan dan keharmonian, bersikap positif dan
mengamalkan nilai-nilai murni dlaam kehidupan seharian dan memahami sosiobudaya
tempatan dan negara

Program Sekolah Model Khas Komprehensif (K9)


Program ini ditubuhkan khas untuk mengatasi keciciran dalam kalangan pelajar Orang
Asli terutama apabila melibatkan peralihan dari Tahun 6 ke Tingkatan 1. Program ini
dilengkapkan dengan kemudahan asrama untuk pelajar dan menyediakan pendidikan
dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 3. Pelajar akan dipastikan mendapat sekurang -
kurangnya 9 tahun pendidikan di sekolah. Pemilihan sekolah Model Khas
Komprehensif ini berdasarkan dua kriteria utama, iaitu sekolah rendah di kawasan luar
bandar atau terpencil dan jarak ke sekolah menengah terlalu jauh dengan tempat
tinggal murid Orang Asli.

Kelas Dewasa Orang Asli Dan Peribumi(KEDAP)


Program ini merupakan pendidikan tidak formal. Terdapat dua badan yang
menjalankan KEDAP iaitu Jabatan Kebajikan Orang Asli(JAKOA) dan Kemneterian
Pendidikan Malaysia(KPM). KPM telah melaksanakan Kelas Dewasa Orang Asli dan
Peribumi (KEDAP) di sekolah-sekolah murid ORang Asli. Antara matlamatnya adalah
untuk membasmikan buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli, penguasaan
kemahiran asas 3M, menggalakkan anak-anak ke sekolah, membantu anak-anak dalam
bidang pelajaran di rumah dan meneruskan usaha kejayaan membanteras kemiskinan
tegarmenerusi agenda pendidikan.Sekolah yang dipilih adalah sekolah 100% pelajar
Orang asli dan Penan dan sekolah pendalaman Sabah dan Serawak. Program ini
menggunakan Kurikulum KEDAP 2.0 yang meliputi asas kemahiran Bahasa Ingeeris
dan Asas Kemahiran Teknologi Maklumat serta Modul Pengajaran dan Pembelajaran
yang disediakan oleh Bahagian Pembagunan Kurikulum (BPK).

Sekolah Pendidiakan Khas


Di Malaysia,kategori pelajar yang berkeperluan khas dimasukkan pelajar dengan
masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bercakap, kurang upaya fizikal
kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajran seperti autisme, Sindrom Down,
ADHD dan disleksia. Di malaysia, hanya 1 % penduduki di negara ini telah dikenal
pasti sebagai individu berkeperluan khas dna berdaftar dengan program pendidikan
khas. Kadar ini adalah di bawah rancangan jumlah pelajar dalam negara yang
sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang mendaftar diri
di mana-mana agensi.
Sekolah pendidikan khas ditubuhkan untuk mengatasi maslah keciciran pelajar yang
berkeperluan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewujudkan
Program Pendidikan Khas KPM. Anatara program pendidikan yang ditwarkan adalah
Program Memulihan Khas, Prgram Pendidikan Inklusif, Program Pendidikan Khas
Intergrasi (PPKI) dan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)

Program Pemulihan Khas


Prgram ini telah dilaksankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak
tahun 1960an bagi membantu pelajar di sekolah rendah yang menhadapi masalah
khususnya dalam pembelajaran asas iaitu (3M) membaca, menulis dan mengira. Sistem
Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang bermatlamat fokus kepada masalah menguasai kemahiran asas. Usaha bagi
menangai maslah tersebut dijalankan menerusi Pemulihan Khas yang wujud setiap
sekolah rendah.. Matlamat Program Pemulihan Khas adalah memastikan semua murid
di Tahap 1 sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
kecuali Berkeperluan Khas (MBK).
Program Pendidikan Inklusif
Program Pendidikan Inklusif selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua” yang
diperkenalkan oleh Kemneterian Pendidikan, salah satu pendidikan yang diberi kepada
pelajar berkeperluan khas agar mereka dapat mengembangkan potensi ke tahap yang
optima. Program ini diwabah tanggunjawab Kementerian Pendidikan dan digubal
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program ini fokus kepada pendidikan bagi
pelajar dengan keperluan khas yang boleh mengahiri kelas biasa dan membolehkan
mereka mengikuti pengajaran dan pembelaajran bersama rakan sebaya mereka.
Program ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memperbaiki sistem pendidikan bai
pelajar berkeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira
perbezaan individu dan masalah ketidaksamaan.terdapat dua jenis pendidikan inklusif
iaitu pendidikan inklustif penuh dan pendidikan inklusif spera (intergrasi). Iklusi penuh
bermaksud pelajar berkeperluan khas yang dipilih akan mengikuti semua mata
pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa. Manakala inklusi separa pula adalah
pelajar berkeperluan khas yang terpilih akan mengikuti pembelajaran di kelas bisaa
untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Guru memain peranan dalam menentukan pelajar
yang layak untuk mengikuti jenis program inklusif. Program ini penting untuk
dilaksankan agar memberi peluang pendidikan yang sama rata dan pemberian akses
pendidikan yang meksimum kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang kaum,
bangsa dan agama.

Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)


Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) ditibuhkan khas bagi pendidikan kanak-
kanak kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menengah arus perdana yang
terpilih. Selain itu, program ini juga khas untuk Pendidikan kanak-kanak kurang upaya
pendengaran dan bermasalah pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan seterusnya.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar berkeperluan khas
(MBK) untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai. Semua MBK diberi
peluang untuk memperkembangakan bakat dan potensi pelajar melalui pendidikan
vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti
hidup. Selain itu, Program ini melaksanakan Program Intervensi Awal agar tahap
keupayaan mereka dapat dimaksimumkan. Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
telah menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus
kepada peninkatakn potensi sedia ada dan seboleh-boleh ditempatkan secara inklusid
di kelas-kelas arus perdana.
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
Pusat Perkihdmatan Pendidikan Khas (3PK) adalah sebuah pusat yang ditubuhkan
untuk membantu individu dengan keperluan khas agat mendapat khidmat nasihat dan
bimbingan ke arah kualaiti hidup yang lebih baik. KPM telah membuat jaringan
kerjasama dengan agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia serta
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu murid
berkeperluan khas di 3PK. Program ini khas untuk melaksanakan program saringan
kepada pelajar yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Program saringan ini
menggunakan peralatan khas atau instrumen standard bagi mengenal pasti maslaah-
masalah spesifik yang dihadapi oleh pelajar MBK. 3PK juga berfungsi untuk intervensi
atau rehabilitasi bagi meminimakan impak ketidakupayaan kanak-kanak dan MBK.
Program ini jagu menyediakan perkhidmatan konsultasi mengikut bidang khusus.

Kesimpulan
Semua pihak memainkan peranan penting dan perlu saling bekerjasam bagi
memastikan kejayaan pelaksaan program-program pendidikan yang dilaksanakan.
Program-program ini memberi peluang kepada pelajar menerima pengajaran dan
pembelajaran serta penyuasai diri dari awal dalam aspek hubungan sosial dan
kemasyarakatan yang di persekitaran sekolah dan komuniti setempat untuk menjadikan
mereka lebih berjay, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang lebih
produktif. Oleh itu, usaha perlu diteruskan agar memastikan program-program ini
dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya.
Rujukan
Khairul, Mior, et al. . Vol. 4, no. 1, p. 2011,

www.journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/viewFile/

436/434.

Aleng, Pati Anak. Transformasi Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan. Google

Books, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 5 Jan. 2016,

books.google.com.my/books?

hl=en&lr=&id=ZYBRCwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA103&dq=program-

program+pendidikan+yang+telah+dilaksanakan+dalam+usaha+untuk+mencapai

+kesamarataan+peluang+pendidikan+di+Malaysia+&ots=vYErhBjbHQ&sig=f

Wo69zUQg9nnU4Ysg4ZouLlUwfc&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false.

Accessed 21 Feb. 2021.

Pelaksanaan, Cabaran, and Rundingan Dasar. Dasar Pendidikan Di Malaysia Photos:

Ministry of Education, Malaysia. , 2019.

Geografia Online, T, and Malaysian. “Mengupas Keciciran Pelajar Orang Asli

Malaysia: Suatu Tinjauan Ke Dalam Isu Aksesibiliti Sekolah Deciphering the

Malaysian Aboriginal Low Educational Achievement: A Look at the School

Accessibility Issue.” Journal of Society and Space, vol. 10, no. 2, p. 189,

journalarticle.ukm.my/7142/1/17a.geografia-apr2014-masdi_et_al-edkatam.pdf.

“MyGOV - the Government of Malaysia’s Official Portal.” Www.malaysia.gov.my,

www.malaysia.gov.my/portal/content/29488?language=my. Accessed 21 Feb.

2021.

Anda mungkin juga menyukai