Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA
SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 ASPEK KESANTUNAN, BENTUK DAN KESANTUNAN 1-2

BERBAHASA SECARA LISAN DAN BERTULIS

3.0 ISU-ISU KESANTUNAN DI MALAYSIA 3-6

4.0 RUMUSAN 6

5.0 RUJUKAN 7

6.0 LAMPIRAN 8

i
HALAMAN PENGAKUAN

“SAYA MENGAKU BAHAWA TUGASAN INI ADALAH HASIL PENA SAYA SENDIRI
KECUALI MAKLUMAT DAN RINGKASAN YANG TELAH SAYA NYATAKAN
SECARA KHUSUS SUMBERNYA”

NAMA SISWA GURU :-

NOMBOR KAD PENGENALAN :-

TANDATANGAN :

ii
PENGHARGAAN
Bismillahirohmanirahim, pertama sekali bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus GSB1012 ini. Dengan
kesempatan yang ada ini, saya amat berbesar hati untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Puan Norhayati Binti Idris selaku pensyarah saya kerana telah
sudi membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan
dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan
baik.

Sekian, terima kasih.

iii
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesantunan ditakrifkan sebagai perihal
santun, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti baik dalam bahasa lisan atau
penulisan. Kesantunan merupakan elemen yang perlu diterapkan dalam diri setiap
insan. Hal ini demikian kerana, kesantunan dapat mencerminkan perwatakan
seseorang individu. Menurut Hamka (2002) kecantikan yang abadi terletak pada
keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya. Namun begitu, nilai kesantunan dalam diri masyarakat semakin pudar
khususnya remaja seiring dengan peredaran masa. Senario ini menjadi kegusaran
kerana generasi muda inilah yang bakal memimpin tampuk pentadbiran negara
kelak.

2.0 ASPEK KESANTUNAN, BENTUK DAN KESANTUNAN BERBAHASA


SECARA LISAN DAN BERTULIS

Menurut Kalthum Ibrahim (2017) aspek kesantunan melibatkan pelbagai bentuk


media komunikasi antaranya lisan, tulisan dan juga aspek bukan lisan. Rajah 1.1 di
bawah ini menunjukkan aspek kesantunan yang sedia ada.

Verbal

Kesantunan Non-
Lisan
Berbahasa verbal

Bertulis

Rajah 2.1 Aspek kesantunan

Kesantunan verbal merujuk kepada kesopanan dan kehalusan dalam


menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan
kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih
rendah kedudukannnya daripada kita. Awang Sariyan (2007) mendefinisikan
kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab

1
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman berbicara. Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa
sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan
tingkah laku penutur.

Kesantunan non-verbal pula ditakfirkan sebagai komunikasi tanpa kata-kata yang


dikenakan juga sebagai badan atau bahasa tubuh. Abdullah Hassan dan Ainon
Mohd. (1999) berpendapat bahawa bahasa badan (bahasa tubuh) termasuklah
perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri, roman (rupa muka), gerak
mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap. Kesantunan non-verbal
boleh diaplikasikan dengan empat cara iaitu gerakan anggota badan, mata, tangan
dan juga mimik muka.

Seterusnya, kesantunan bahasa melalui lisan ialah komunikasi dua hala yang
berlaku secara langsung dalam perbualan. Komunikasi lisan dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara satu sama lain dan juga menjalinkan hubungan
peribadi masing-masing. Kesantunan lisan ini selalunya dapat dilihat dengan jelas
dalam aktiviti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara majlis, mesyuarat
ataupun pertemuan dengan tetamu. Kesantunan dalam lisan melibatkan
penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus serta penggunaan bahasa
tubuh yang beradab dan bertatasusila. Bentuk kesantunan lisan pula ialah rasmi
(mesyuarat, forum dan syarahan) serta tidak rasmi (perbualan telefon dan
perbualan di kedai kopi)

Kesantunan bahasa bentuk bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan


pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan
pada masa akan datang. Kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dalam bahan
bertulis. Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis
sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Bentuk
komunikasi bertulis secara formal ialah surat kiriman rasmi, laporan, kertas kerja.
Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi pula seperti penulisan surat kepada
rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain. Dalam bentuk komunikasi bertulis,
aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti penggunaan kata
panggilan yang betul, kata sapaan yang betul, pemilihan kata dan ayat yang sesuai
dengan konteks dan isi yang tidak sensitif.
2
3.0 ISU-ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Dipetik dari blog http://rashveenkadi.blogspot.com/

 Isu gejala sosial (pembuangan bayi)

Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ini terjadi akibat kehamilan tidak diingini.
Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka
terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Kemelut yang
semakin serius bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak malah imej negara kita
akan tercalar. Antara punca yang menyebabkan isu ini semakin sukar untuk
dibendung ialah kekurangan didikan agama. Remaja yang kurang didikan agama
akan menyebabkan mereka tidak mempunyai perasaan tentang sikap
bertanggungjawab dan akhirnya sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya masalah ini di
negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat mudah
terpengaruh dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Hal ini bertambah teruk
apabila remaja yang baru setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya
yang negatif.
Bagi mengatasi isu ini, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak menjadi insan yang
bermoral dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Didikan agama yang
sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu
3
mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan
mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana
yang baik dan mana yang buruk. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa terutama pihak
polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan
anggota masyarakat terutama golongan remaja. Tambahan pula, pihak media
massa sewajarnya memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi
kepada masyarakat. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran
yang efektif haruslah dilaksanakan oleh pihak media massa. Misalnya, pendedahan
berbentuk grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi,
hal ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Akhir sekali, badan-badan
NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan
sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat
penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang
tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah
pembuangan bayi ini.
1) Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan
penjagaan perubatan yang tidak sempurna
2) Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
Kehilangan darah
Jangkitan kuman
Perubatan Kecederaan sewaktu bersalin

Murung
Hilang keyakinan diri
Rasa bersalah
Resah atau gelisah
Psikologi Masalah emosi dan hubungan interpersonal

Implikasi undang-undang pembuangan dan


pembunuhan bayi.
Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
Sosial
Rajah 3.1 Kesan isu pembuangan bayi

4
 Isu ibu bapa dan masyarakat

Isu berkaitan peranan guru di sekolah seringkali dihangatkan dengan campur


tangan daripada pihak ibu bapa dan penjaga. Jika diteliti, tiada salahnya ibu bapa
mahupun pihak penjaga bersama-sama membantu guru dalam menyalurkan didikan
yang baik secara bekerjasama. Tetapi apa yang dilihat pada hari ini amat berbeza
di mana guru sewenang-wenangnya diperlakukan dengan tindakan di luar kawalan
oleh ibu bapa pelajar. Menurut Khairulaniza (2007) terdapat ibu bapa yang lebih
suka menyalahkan guru daripada menerima hakikat yang anak mereka bersalah
kerana melanggar disiplin sekolah. Mereka sukar menerima hakikat yang anak
mereka telah melakukan kesalahan serius di sekolah.

Terdapat banyak punca dan faktor-faktor yang boleh menyebabkan terjadinya


isu-isu perbalahan antara ibu bapa dengan guru. Salah satu faktor tersebut ialah
kerana sikap guru yang tidak profesional dalam menangani masalah disiplin pelajar.
Selain itu, Isu-isu pertelagahan antara ibu bapa dan guru juga berlaku adalah
disebabkan salah faham ibu bapa terhadap tindakan yang diambil oleh guru
terhadap anak-anak mereka. Seterusnya, isu ini juga berpunca daripada sikap ibu
bapa itu sendiri. Salah satunya ialah sikap ibu bapa yang suka mengambil tindakan
sendiri tanpa mengikut undang-undang. Tambahan pula, sikap ibu bapa yang tidak
mengusul periksa terlebih dahulu dan suka menjadikan pihak media sebagai tempat
mengadu hal daripada penjelasan daripada pihak sekolah terlebih dahulu juga
merupakan salah satu punca. Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak
mereka, sudah pastilah mereka akan menyalahkan guru yang memukul anak
mereka. Keadaan ini mendorong laporan negatif akibat menurut perasaan marah
dan dendam ibu bapa itu sendiri. Pihak media massa pula sering menangguk di air
keruh dengan membesar-besarkan isu ini tanpa mengambil kira fakta sebenar. 5

Pelbagai inisiatif boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini, salah satunya
ialah usaha dalam mempertingkatkan kualiti guru terutamanya terhadap faktor
rohani perlu diberi perhatian. Cabaran yang dihadapi oleh guru pada era globalisasi
ini amat besar. Guru perlu diberi motivasi supaya rasa cinta akan profesion mereka
terus mekar di hati biarpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi. Di samping itu,
kursus pengawalan emosi dan tekanan juga dapat membantu guru dalam
menjalankan tugas mereka. Dr . Robiah K. Hamzah dalam Khairulaniza (2007)
mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai
mengawal emosi. Seterusnya, Pihak ibu bapa dan guru juga perlu bijak dalam
menggunakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai satu saluran untuk
menyelesaikan masalah yang timbul antara ibu bapa dan guru. Perlu ditekankan
bahawa betapa pentingnya kerjasama dan sokongan ibu bapa dalam menjayakan
agenda pendidikan negara. Akhir sekali, Ibu bapa juga tidak seharusnya
mengambil sikap menyalahkan pihak guru semata-mata sekiranya timbul masalah
berkaitan anak-anak mereka di sekolah. Sepatutnya ibu bapa perlu lebih
menyebelahi pihak guru sekiranya didapati anak-anak mereka dihukum kerana
melanggar peraturan disiplin. Jika tidak, anak-anak akan berasa terlampau
dimanjakan dan itu boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak. Tindakan
memanjakan anak secara berlebihan boleh menyebabkan mereka menjadi tidak
beradab sekali gus menyebabkan mudahnya berlaku keruntuhan akhlak.

4.0 RUMUSAN

Konklusinya, semua individu perlulah menerapkan nilai kesantunan dalam diri


masing-masing. Hal ini demikian kerana, individu yang mempunyai kesantunan
dapat menghindari diri daripada terjebak dalam apa sahaja gejala sosial. Semua
pihak sewajarnya berganding bahu dalam usaha membendung isu-isu kesantunan
ini daripada terus berleluasa. Golongan remaja khususnya perlulah memantapkan
lagi sahsiah diri agar tidak mudah terjebak dan terjerumus dalam kancah gejala
negatif. Sesungguhnya orang yang tidak beretika adalah yang tidak mengetahui
bahawa di atas ilmu itu ada adab maka dengan itu jadikanlah amalan kesantunan
sebagai budaya hidup kita.

5.0 RUJUKAN 6

https://cute766.info/gsb-isu-kesantunan-masyarakat-malaysia/

http://doubleying97.blogspot.com/2015/09/bab-6-isu-kesantunan-masyarakat-
malaysia.html

http://emilywong1211.blogspot.com/2015/09/bab-3-bentuk-dan-jenis-
kesantunan.html

https://seribusatuislam.blogspot.com/2019/09/isu-semasa-berkaitan-kesantunan-
bahasa.html

http://siyuhuimin.blogspot.com/2015/09/bab-6-isu-kesantunan-masyarakat-
malaysia.html

https://www.slideshare.net/Mickgun/isu-ibubapa-dan-masyarakat-dalam-kesantunan

https://www.slideshare.net/microwong/bentuk-dan-jenis-kesantunan
https://www.slideshare.net/microwong/gsb-isu-kesantunan-masyarakat-malaysia

7
6.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai