Anda di halaman 1dari 9

FOLIO KURSUS

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN

NAMA PELAJAR :

ANGKA GILIRAN :

NOMBOR MATRIK :

NOMBOR KAD PENGENALAN :

KUMPULAN/UNIT/SEMESTER :

KURSUS :

KOD KURSUS :

PENSYARAH KURSUS :

TARIKH HANTAR :

“SEPAKAT DAN KOLEKTIF MENJULANG KECEMERLANGAN”


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

KONSEP ULASAN DAN CIRI-CIRI ULASAN YANG


2 2-3
BAIK

3 PENILAIAN PENULISAN ULASAN ARTIKEL 4-5

4 PENUTUP 6

5 BIBLIOGRAFI 6-7
1. PENDAHULUAN

Penulisan merupakan salah satu cabang komunikasi berbentuk tulisan yang


disalurkan melalui medium cetak atau elektronik. Bagi penulisan ulasan, ia termasuk di
dalam kategori penulisan ilmiah yang dilakukan oleh individu yang mempunyai kepakaran
dalam sesuatu bidang tertentu untuk membuat penilaian, pandangan dan mentafsir
penulisan individu lain. Bagi menghasilkan penulisan ulasan yang baik, penulis perlulah
menggunakan daya pemikiran yang kritikal untuk memahami, mendalami serta mengupas isi
kandungan penulisan pihak lain.

Dalam tugasan ini, saya sebagai penilai akan membuat penilaian ke atas penulisan
ulasan artikel yang bertajuk Fungsi Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan. Indikator
yang saya gunakan ialah format dan struktur penulisan ulasan tersebut. Bagi kritikan
penilaian, pengkritik perlulah melihat sama ada sesebuah karya itu bermutu atau sebaliknya.
Pengkritik juga haruslah mengemukakan hujah yang konkrit sebelum membuat justifikasi.

1
2. KONSEP ULASAN DAN CIRI-CIRI ULASAN YANG BAIK

Konsep ulasan

Ulasan adalah teks yang berisi huraian, tafsiran, kupasan serta penilaian terhadap
sesuatu karya seperti sebuah buku, filem atau drama. Menurut Kamus Pelajar Bahasa
Malaysia Edisi Kedua (2008), ulasan merupakan huraian yang dibuat tentang sesuatu
peristiwa atau kejadian yang sedang berlangsung. Ulasan merupakan teks yang berperanan
untuk membimbing, menilai dan mengajukan kritikan terhadap perkara yang hendak diulas
(Gerot & Wignell, 1995). Rajah 1 menunjukkan beberapa fungsi ulasan.

Membantu pembaca mengetahui gambaran dan kritikan terhadap suatu karya.

Mengetahui kelebihan dan kekurangan karya yang diulas.

Mengetahui latar belakang dan alasan suatu karya diterbitkan.

Memberikan informasi yang komprehensif tentang suatu karya.

Rajah 1. Fungsi ulasan

Ciri-ciri ulasan yang baik

Untuk menghasilkan ulasan yang baik, terdapat beberapa ciri atau kriteria yang perlu
dipatuhi, salah satunya ialah memasukkan maklumat-maklumat asas karya (artikel) yang
hendak diulas. Maklumat asas ini merangkumi tajuk artikel, nama penulis dan latar
belakangnya, maklumat tambahan artikel seperti nama jurnal, tarikh diterbitkan serta
bilangan muka surat.

Selain itu, dalam aspek penulisan pula, ulasan perlulah dibuat dalam bentuk
perenggan sesuai dengan bilangan isi yang hendak dihuraikan. Ulasan dalam satu
perenggan sahaja adalah tidak dibenarkan kerana ia akan menyusahkan pembaca.
Penggunaan penanda wacana adalah digalakkan dalam ulasan kerana fungsi utama
penanda wacana ialah memantapkan wacana dan mewujudkan pertalian isi atau maklumat
pada perenggan pertama dengan perenggan seterusnya. Kesalahan tatabahasa dan ejaan
yang tidak sepatutnya berlaku perlu dielakkan agar tidak menjejaskan kualiti penulisan
ulasan.
Seterusnya, ulasan mestilah mengandungi huraian ringkas keseluruhan isi atau isu
penting dalam artikel untuk memberikan gambaran umum buat para pembaca tentang
perkara yang bakal diulas. Bukan itu sahaja, untuk menghasilkan ulasan yang kritis, penulis
mestilah menyatakan kritikan, pendapat dan cadangan terhadap karya tersebut. Rajah 2
menunjukkan beberapa aspek yang boleh dimasukkan dalam bahagian ini.

Huraian yang menjelaskan sama ada karya yang diulas membantu penyeli
nilaian dan perbincangan
Penilaian
mengenai
dankekuatan
perbincangan
(positif)
mengenai
karya.
Rujukan
kelemahan
untuk(negatif)
menyokongkarya.
penilaian pengulas.

Rajah 2. Aspek ulasan kritis

Ciri yang terakhir ialah mempunyai penutup atau kesimpulan. Bahagian ini
merupakan rumusan menyeluruh bagi ulasan. Antara perkara yang boleh dimasukkan dalam
bahagian ini ialah menyatakan jika karya memberikan pengetahuan baru kepada pengulas,
bagaimana pengulas menggunakan pengetahuan yang baru diterima dan apakah strategi
yang akan dilakukan untuk penambahbaikan.

3
3.0 PENILAIAN PENULISAN ULASAN ARTIKEL

Melalui penilaian yang saya lakukan terhadap penulisan ulasan artikel Fungsi
Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan, terdapat beberapa perkara yang berjaya saya
kenalpasti dari segi kekuatan dan kelemahan penulisan tersebut. Secara keseluruhannya,
ulasan ini sangat membantu pembaca dari aspek pemahaman terhadap isu yang
dibincangkan namun terdapat sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk
memperbaiki ulasan tersebut.

i) Kekuatan

Antara kekuatan penulisan ulasan artikel ini ialah ditulis dalam bentuk perenggan
bagi setiap isi yang diulas. Perkara ini akan memudahkan pembaca untuk mengikuti idea-
idea penulis bagi memahami kandungan ulasan tersebut. Pengasingan idea-idea di dalam
setiap perenggan melancarkan proses pembacaan dan memudahkan para pembaca
mengenal pasti aspek-aspek penting di dalam pembacaan. Tanpa sistem pemerengganan,
pembaca akan mengalami kesukaran untuk mengingati dan menentukan idea-idea serta
keterangan- keterangan yang telah dibaca.

Selain itu, pengulas artikel telah memberikan gambaran awal yang jelas berkaitan
dengan artikel yang diulas. Dengan hanya membaca bahagian pengenalan, pembaca sudah
mendapat gambaran bahawa ulasan artikel tersebut membincangkan tentang isu bahasa.
Bukan itu sahaja, pengulas juga telah memperincikan isu-isu yang telah dikupas dalam
artikel lalu dimasukkan ke dalam penulisan ulasannya seperti peranan Kementerian
Pengajian Tinggi dan kedudukan Bahasa Melayu. Ini dapat meningkatkan rasa ingin tahu
para pembaca untuk meneruskan pembacaan bagi mengetahui dengan lebih lanjut
berkenaan dengan isu- isu tersebut pada perenggan yang seterusnya.

Seterusnya, pengulas juga menggunakan sumber rujukan yang sah dan mempunyai
kredibiliti yang jelas untuk menyokong ulasan yang dibuat. Ini akan membuatkan para
pembaca tidak merasa was-was dengan kesahihan maklumat yang dinyatakan oleh
pengulas artikel. Sebagai contoh, pengulas menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat
dan Kamus Dewan Edisi Kedua pada bahagian pengenalan ulasan. Kedua-dua sumber
tersebut merupakan sumber rujukan yang boleh dipercayai kerana mempunyai reputasi
yang baik serta mendapat saranan yang tinggi oleh para ilmuwan.

Akhir sekali, ulasan mempunyai kesimpulan yang dapat menjadi rumusan


keseluruhan ulasan artikel. Misalnya, dalam bahagian kesimpulan, pengulas menyatakan
bahawa bahasa perlu diselaraskan bagi membolehkan negara bangsa menjadi maju dan
kuat. Melalui kesimpulan yang jelas, para pembaca akan memahami bahawa pernyataan
tersebut adalah salah satu daripada fungsi bahasa Melayu.
ii) Kelemahan

Bagi kelemahan pula, saya mendapati terdapat kesalahan tatabahasa dalam


penulisan ulasan tersebut. Kesalahan umum tatabahasa yang terdapat dalam ulasan
menyebabkan kualiti ulasan terjejas. Jadual 1 di bawah menunjukkan beberapa kesalahan
tatabahasa yang berjaya saya kenalpasti.

Jenis kesalahan Perenggan dan Kesalahan Pembetulan


baris
Penggunaan kata Perenggan : 1 adalah ialah
pemeri
Baris : 10

Penulisan kata nama Perenggan : 1 Bahasa Kebangsaan bahasa kebangsaan


am
Baris : 11

Kesalahan ejaan Perenggan : 3 nagara negara

Baris : 6

Kesalahan istilah Perenggan : 9 inspirasi aspirasi

Baris : 11

Pengunaan kata Perenggan : 13 di kalangan dalam kalangan


sendi nama
Baris : 9

Penggunaan kata Perenggan : 14 Selain daripada itu Selain itu


sendi nama
Baris : 4

Jadual 1. Kesalahan tatabahasa dalam ulasan artikel

Tambahan pula, maklumat berkaitan artikel juga tidak lengkap sedangkan format
utama ulasan ialah memasukkan latar belakang karya seperti nama pengarang artikel,
bilangan muka surat artikel dan tarikh penerbitan artikel.

Akhir sekali, saya mendapati bahawa pengulas tidak menggunakan penanda wacana
dalam penulisannya. Hal ini menyebabkan ulasan menjadi kurang puitis dan kritis. Penanda
wacana sewajarnya digunakan untuk memudahkan pembaca kerana ia merupakan
rangkaian kata yang menghubungkan sesuatu idea dengan idea yang lain.

5
4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penulisan ulasan perlulah berpandukan kriteria yang telah


ditetapkan agar lebih berkualiti. Ulasan sesebuah karya akan memberikan gambaran awal
terhadap karya yang diulas. Jika ulasan ditulis dengan baik, individu akan tertarik untuk
menelaah karya yang diulas. Dapatlah disimpulkan bahawa ulasan yang baik memberikan
manfaat kepada penulis dan individu lain.

(996 patah perkataan)

5.0 BIBLIOGRAFI

Anidurai59 (2016, November 7). Contoh ulasan artikel dalam jurnal.


https://www.slideshare.net/anidurai59/contoh-ulasan-artikel-dalam-jurnal

Contoh ulasan PT3 : cara dan format (2020, November 27). Dalam laman sesawang MYPT3.

https://mypt3.com/contoh-ulasan-pt3

Dr. Faridah Nazir, Dr. Hjh Hashimah Ibrahim, Norhiza Mohd Salleh, Zairinah Mohd Shukur.

Wacana Penulisan. Kuala Lumpur : Sasbadi Sdn. Bhd.

Faozan Tri Nugroho (2020, Ogos 18). Pengertian, ciri-ciri, struktur dan cara menyusun teks
ulasan. https://www.bola.com/ragam/read/4333709/pengertian-ciri-ciri-struktur-dan-
cara-menyusun-teks-ulasan

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. (Edisi Kedua). (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka.
Mohd Ramsul Abd. Rahiman (2019, Disember 2019). Penanda wacana dan fungsinya
dalam sesebuah karangan.
https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2019/12/penanda-wacana-dan-funsinya-
dalam.html

Norazliah Ani (2013, Januari 25). Dimensi komunikasi pemikiran.


https://www.slideshare.net/ichunalie/dimensi-komunikasi-pemikiran

Nurin Batrisyia (2015, Januari 6). Tugasan ulasan kritikal jurnal dan artikel.
https://www.slideshare.net/nurinbatrisyia/134819243tugasanulasankritikaljurnaldanar
tikel

Panduan menulis ulasan artikel : format ulasan artikel. (2015, Ogos 4) Pusat rujukan PJJ.

http://tugasan2u.blogspot.com/2015/08/panduan-menulis-ulasan-artikel-format.html

Rambai7 (2010, Ogos 2010). Penulisan ulasan artikel.


https://www.slideshare.net/rambai7/penulisan-ulasan-artikel

Yeoh Teik Hai (2011, Mei 17). Penggunaan ‘ialah’ dan ‘adalah’. http://halaman
bahasamelayu.blogspot.com/2011/05/penggunaan-ialah-dan-adalah.html

Anda mungkin juga menyukai