Anda di halaman 1dari 23

TOPIK 10

ULASAN, RESENSI &


KRITIKAN
Zairinah Mohd Shukur
IPGK Raja Melewar

Perkara yang akan dibincangkan


1. Mengulas pelbagai genre penulisan
2. Menulis kritikan terhadap sesuatu isu
3. Mengulas resensi buku akademik & bukan akademik
4. Menulis resensi karya kreatif

1.0 mengulas pelbagai genre penulisan


Mengulas bermaksud memberi tafsiran atau
penerangan lanjut, pendapat dan sebagainya berkaitan
sesuatu, ,membuat komentar, mengupas dan mentafsir
(Kamus Dewan, 1996)
Genre merupakan kategori atau jenis karya
Penulisan didefinisikan sebagai perihal atau kegiatan
menulis,mengarang

Oleh itu mengulas pelbagai genre


penulisan adalah
satu aktiviti memberi tafsiran atau
membuat komentar mengenai penulisan
pelbagai kategori karya

5 JENIS GENRE PENULISAN


http://www.essayhelpers.co.uk/blog/5-basic-types-of-genres-in-wri
ting
/

1. Expository Writing (penulisan


ekspositori)

Penulisan ekspositori merupakan satu bentuk


penulisan yang biasa. Anda dapat melihat
penulisan sebegini di penulisan penyelidikan,
penulisan ilmiah dan penulisan tesis. Tujuan
utama penulisan jenis ini adalah untuk
menerangkan kepada khalayak tentang
suatu topik yang tertentu. Biografi,
pengkisahan, artikel, surat perniagaan dan
surat-surat persendirian merupakan contoh
penulisan ekspositori.

2. Writing to Communicate (penulisan


untuk komunikasi)

Penulisan untuk berkomunikasi merupakan


bentuk penulisan awal sejak wujudnya
manusia. Ia menjadi cara biasa untuk
berkomunikasi sebelum wujudnya internet
dan emel. Contoh penulisan kurang formal ini
termasuklah genre emel, penulian surat,
chatting di internet, penulisan artikel dan
pesanan ringkas sms, ia berfokus kepada
keperluan individu dan matlamat untuk
menulis dan bukannya membincangkan
sesuatu topic. Berbeza daripada bentuk
penulisan biasa ia ditulis dengan
menggunakan gantinama diri

3. Narrative Writing (penulisan


naratif)

Penulisan naratif merupakan salah satu


penulisan biasa. Penulisan ini berasaskan fakta
kehidupan seseorang. Bentuk penulisan ini
boleh ditemui pada era prasejarah lagi.
Manusia menggunakan metod penulisan untuk
mengisahkan keseluruhan kehidupan mereka.
lukisan gua dan hieroglyphics (lukisan symbol)
adalah contoh penulisan jenis ini. Penulisan
naratif memfokuskan kepada sesuatu peristiwa
tertentu dan pengalaman serta pemikiran
penulisnya dicerminkan melalui penulisan ini.
Cerita pendek biografi dan pernulisan sejarah
adalah contoh penulisan naratif

4. Persuasive Writing (penulisan


memujuk)

Penulisan untuk menyakinkan merupakan


satu genre penulisan yang menggunakan
teknik untuk meyakinkan orang lain. Ia
mengandungi pandangan utama untuk
menyakinkan pembaca. Ada banyak jenis
sub genre untuk meyakinkan pembaca,
namun matlamat penulisannya adalah
sama. Contohnya untuk meyakinkan
pembaca mempromosi dan iklan
propaganda, filem atau ulasan buku dan
surat kepada editor.

5. Creative Writing (penulisan


kreatif)

Penulisan juga adalah satu bentuk ekspresi


perasaan. Ia dapat membentuk emosi
tertentu, menunjukkan perasan gembira
dan sedih serta keseronokan. Penulisan
kreatif boleh memberi pelbagai makna dan
interpretasi kepada kumpulan manusia yang
berbeza. Penulisan fiksyen termasuklah
puisi, prosa dan drama tergolong dalam
penulisan genre ini. Ada juga genre lain
yang termasuk dalam genre ini tetapi tidak
spenuhnya seperti penulisan pesanan
ringkas yang berbaur emosi.

10.2 Menulis kritikan terhadap sesuatu


isu
Tujuan ulasan kritikal
Ulasan kritikal merupakan penulisan yang meminta anda
meringkaskan dan menilai sesuatu penulisan. Penulisan kritikal
boleh dibuat terhadap sebuah buku, satu bab, atau artikel jurnal.
Penulisan ulasan kritikan memerlukan anda membaca teks secara
terperinci dan membaca teks lain yang berkaitan agar anda boleh
membuat penilaian yang adil dan saksama.
Apa yang dimaksudkan dengan kritikal?
Di universiti, menjadi pengkritik bukan bermakna mengkritik
secara negatif. Adalah lebih baik bertanya soalan untuk
mendapatkan informasi dan pendapat di dalam teks dan
nyatakan penilaian dan penghakiman terhadap teks. Adalah lebih
baik anda memahami topik berkenaan dari perspektif berbeza
contohnya membaca teks lain yang berkaitan dan
mengaitkannya denga teori, pendekatan dan rangkakerja dalam
tugasan anda.

Apa yang dimaksudkan dengan menilai atau


menghakimi?

Di sini anda melihat dan menilai kekuatan dan


kelemahan yang ada pada teks. Hal ini boleh dilihat
kepada kriteria yang spesifik. Penilain yang dilakukan
bukan sahaja melihat isi kandungan teks tersebut tetapi
tujuan teks itu ditulis kepada khalayak tertentu dan
kenapa teks berkenaan distrukturkan sedemikian rupa.
Apa makna menganalisis?
Menganalisis memerlukan membahagikan kandungan
dan konsep teks kepada bahagian-bahagian tertentu
dan memahami bagaimana ianya dikaitkan,
dihubungkan dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Struktur penulisan ulasan kritikal


Ulasan kritikal sama ada pendek (1 muka surat) atau
panjang (4 muka surat) sebenarnya mempunyai struktur
yang sama. Semak garis panduan membuat ulasan
anda format dan struktur penulisannya yang tertentu.
Tajuk kecil seringnya tidak perlu ditulis namun amat
memudahkan pembaca jika ada.

Introduction (pengenalan)

Panjang pengenalan adalah satu perenggan untuk


ulasan artikel jurnal dan 2-3 perenggan bagi ulasan
buku. Hal ini termasuklah beberapa perkara yang
pengenalan untuk menyatakan siapa pengarang, tajuk
dan secara ringkas menerangkan topic teks tersebut.
Nyatakan matlamat penulisan teks dan ringkaskan
dapatan utama atau perkara asas pemasalahan. Buat
kesimpulan pengenalan dengan satu pernyataan
ringkas penilaian anda terhadap teks. Sama ada
penilaian negatif atau positif atau kedua-duanya.

Summary ( ringkasan)

Nyatakan ringkasan kepada kata kunci penting dengan


contoh-contoh yang tertentu. Anda boleh menerangkan
secara ringkas tujuan pengarang dan apa yang menjadi
perkara utama keseluruhan teks dan anda boleh
menerangkan bagaimana teks itu distrukturkan.
Ringkasan ini perlu 1/3 daripada ulasan kritikal.

Critique (mengkritik)

The critique should be a balanced discussion and evaluation of the


strengths, weakness and notable features of the text. Remember to base
your discussion on specific criteria. Good reviews also include other
sources to support your evaluation (remember to reference).
Kritik itu perlu diperbincangan yang seimbang dan dinilai sama ada
kekuatan, kelemahan dan tarikan dalam teks berkenaan. Adalah
dingatkan untuk membincangkan teks berkenaan berdasarkan kriteria
yang tertentu. Ulasan yang baik perlu memasukkan sumber lain untuk
menyokong penilaian anda( perlu buat rujukan)
Ada boleh memilih bagaimana untuk menyusun kritikan anda. Contohnya:
Dari yang paling penting kepada kesimpulan yang kurang penting
berkenaan teks tersebut.
Jika kritikan anda banyak yang positif utarakan ulasan-ulasan negatif
dahulu dan kemudian baharulah ulasan yang positif.
Jika teks tersebut banyak ulasan yang negatif maka utarakan ulasan positf
dahulu, kemudian barulah yang negatif.

Critique (kritikan)

Jika anda melihat kekuatan dan kelemahan adalah sama banyak,


maka anda perlu memilih apakah pandangan keseluruhan anda
sama ada lebih komen positif atau komen negatif. Anda boleh
memulakan ulasan dengan idea yang positif dan kemudian
menyatakan kelemahan-kelemahan yang ada. Jika anda menilai
positif dan negatif dalam teks tersebut sama banyak maka
adalah lebih negatif dari positif.
Dalam ulasan yang panjang, anda boleh menyatakan tiap kriteria
yang anda pilihan dalam beberapa perenggan, termasuklah sama
ada negatif atau positif, Bagi ulasan kritikal yang pendek( 1 muka
surat ) di mana komen adalah lebih ringkas , masukkan sahaja
dalam 1 perenggan perkara positif dan negatif .
Anda juga boleh menyatakan cadangan bagaimana teks tersebut
boleh diperbaiki samada idea, pendekatan penyelidikan, teori
atau rangka kajian yang digunakan dalam bahagian penulisan
kritikan

Conclusion ( kesimpulan )

If you have used other sources in you review you should also
include a list of references at the end of the review.
Biasanya dalam perenggan yang pendek
Nyatakan pandangankeseluruhan anda tentang teks
Nyatakan cadangan anda secara ringkas
Jiks perlu, kualiti atau penerangan kepada penilaian teks perlu
dimasukkan. Hal ini boleh membantu supaya kritikan tersebut
kelihatan adil dan boleh dipercayai.

Rujukan
Jika anda menggunakan sumber dalam ulasan anda anda
sepatutnya memasukkannya pada bahagian akhir pegulasan.
https://student.unsw.edu.au/structure-critical-review

10.3 Menulis resensi buku akademik dan


bukan akademik
Pertimbangan atau perbicaraan mengenai buku dan
lain-lain (ulasan buku)
Resensi buku adalah rencana yang diterbitkan dalam
surat khabar, atu majalah berkala yang mengumumkan
penerbitan buku baru, menerangkan isi buku baru itu
dan menilainya. Nilai resensi buku bergantung kepada
pengetahuan dan kemampuan orang yang membuat
resensi dan keadilannya dalam membuat penilaian
terhadap buku tersebut. Oleh itu pembuat resensi harus
ada pengetahuan yang luas tentang subjek buku yang
diperkatakan itu, kebolehan menganalisis karya, dan
standard kritikan yang tinggi

Resensi adalah ulasan. Resensi digunakan oleh Bahasa


Indonesia dari kata Bahasa Inggeris recency. Makna
yang dutarakan sama dengan ulasan kritikan.

Pendahuluan umum
Buku
Penulis
Ulasan kandungan keseluruhan
Tahap keintelektualan buku/
Tahap akademik buku
Penilaian saksama tentang kekuatan dan kelemahan,
kekuatan4.1.1) huraian, cth (penerangan)4.2)
kelemahan4.2.1) huraian, cth (penerangan)5) kesan
kepada pengulas5.1) tersurat5.2) tersirat6) kesimpulan
dan cadangan

ULASAN BUKU AKADEMIK

Tajuk: Action Research in Teaching and Learning: A


practical guide to conductingpedagogical action
research
Penulis: Lin s. Norton
Penerbit: Routledge Taylor & Francis Group
Tahun terbitan: 2009
http://www.scribd.com/doc/16300707/ULASAN-BUKU

ULASAN BUKU BUKAN AKADEMIK


https://www.academia.edu/2579500/Ulasan_Buku_Barry
_Wain_Mahathir_Mohamad_Malaysian_Maverick

Contoh ulasan novel


http://
contohtugasan.blogspot.com/2010/09/contoh-ulasan-nove
l-andai-itu-takdirnya.html

SEKIAN.

ZAIRINAH MOHD
SHUKUR
IPGK RAJA MELEWAR

Anda mungkin juga menyukai