Anda di halaman 1dari 23

TOPIK 10

ULASAN, RESENSI &


KRITIKAN
Perkara yang akan dibincangkan

1. Mengulas pelbagai genre penulisan


2. Membuat penulisan kritikan terhadap sesuatu isu
3. Mengulas resensi buku akademik & bukan akademik
4. Menulis resensi karya kreatif
1.0 mengulas pelbagai genre penulisan
 Mengulas bermaksud memberi tafsiran atau penerangan
lanjut, pendapat dan sebagainya berkaitan sesuatu, ,membuat
komentar, mengupas dan mentafsir (Kamus Dewan, 1996)
 Genre merupakan kategori atau jenis karya
 Penulisan didefinisikan sebagai perihal atau kegiatan
menulis,mengarang
 Oleh itu mengulas pelbagai genre penulisan adalah satu
aktiviti memberi tafsiran atau membuat komentar mengenai
penulisan pelbagai kategori karya
5 JENIS GENRE PENULISAN

http://www.essayhelpers.co.uk/blog/5-basic-types-of-genres-in-writing/
1.    Expository Writing (penulisan ekspositori)

 Penulisan ekspositori merupakan satu bentuk penulisan


yang biasa. Anda dapat melihat penulisan sebegini di
penulisan penyelidikan, penulisan ilmiah dan penulisan
tesis. Tujuan utama penulisan jenis ini adalah untuk
menerangkan kepada khalayak tentang suatu topik yang
tertentu. Biografi, pengkisahan, artikel, surat perniagaan
dan surat-surat persendirian merupakan contoh penulisan
ekspositori.
2.    Writing to Communicate (penulisan untuk komunikasi)

 Penulisan untuk berkomunikasi merupakan bentuk penulisan


awal sejak wujudnya manusia. Ia menjadi cara biasa untuk
berkomunikasi sebelum wujudnya internet dan emel.
Contoh penulisan kurang formal ini termasuklah genre emel,
penulian surat, chatting di internet, penulisan artikel dan
pesanan ringkas sms, ia berfokus kepada keperluan individu
dan matlamat untuk menulis dan bukannya membincangkan
sesuatu topik. Berbeza daripada bentuk penulisan biasa ia
ditulis dengan menggunakan ganti nama diri.
3.    Narrative Writing (penulisan naratif)

 Penulisan naratif merupakan salah satu penulisan biasa.


Penulisan ini berasaskan fakta kehidupan seseorang.
Bentuk penulisan ini boleh ditemui pada era prasejarah lagi.
Manusia menggunakan metod penulisan untuk mengisahkan
keseluruhan kehidupan mereka. Lukisan gua dan
hieroglyphics (lukisan symbol) adalah contoh penulisan
jenis ini. Penulisan naratif memfokuskan kepada sesuatu
peristiwa tertentu dan pengalaman serta pemikiran
penulisnya dicerminkan melalui penulisan ini. Cerita pendek
biografi dan pernulisan sejarah adalah contoh penulisan
naratif
4.    Persuasive Writing (penulisan memujuk)

 Penulisan untuk menyakinkan merupakan satu genre


penulisan yang menggunakan teknik untuk meyakinkan
orang lain. Ia mengandungi pandangan utama untuk
menyakinkan pembaca. Ada banyak jenis sub genre untuk
meyakinkan pembaca, namun matlamat penulisannya
adalah sama. Contohnya untuk meyakinkan pembaca
mempromosi dan iklan propaganda, filem atau ulasan buku
dan surat kepada editor.
5.    Creative Writing (penulisan kreatif)

 Penulisan juga adalah satu bentuk ekspresi perasaan. Ia


dapat membentuk emosi tertentu, menunjukkan perasan
gembira dan sedih serta keseronokan. Penulisan kreatif
boleh memberi pelbagai makna dan interpretasi kepada
kumpulan manusia yang berbeza. Penulisan fiksyen
termasuklah puisi, prosa dan drama tergolong dalam
penulisan genre ini. Ada juga genre lain yang termasuk
dalam genre ini tetapi tidak spenuhnya seperti penulisan
pesanan ringkas yang berbaur emosi.
10.2 Menulis kritikan terhadap sesuatu isu

 Tujuan ulasan kritikal


 Ulasan kritikal merupakan penulisan yang meminta anda meringkaskan dan
menilai sesuatu penulisan. Penulisan kritikal boleh dibuat terhadap sebuah
buku, satu bab, atau artikel jurnal. Penulisan ulasan kritikan memerlukan anda
membaca teks secara terperinci dan membaca teks lain yang berkaitan agar
anda boleh membuat penilaian yang adil dan saksama.
 Apa yang dimaksudkan dengan kritikal?
 Di universiti, menjadi pengkritik bukan bermakna mengkritik secara negatif.
Adalah lebih baik bertanya soalan untuk mendapatkan informasi dan pendapat
di dalam teks dan nyatakan penilaian dan penghakiman terhadap teks. Adalah
lebih baik anda memahami topik berkenaan dari perspektif berbeza contohnya
membaca teks lain yang berkaitan dan mengaitkannya denga teori,
pendekatan dan rangkakerja dalam tugasan anda.
Apa yang dimaksudkan dengan menilai atau menghakimi?

 Di sini anda melihat dan menilai kekuatan dan kelemahan yang


ada pada teks. Hal ini boleh dilihat kepada kriteria yang
spesifik. Penilain yang dilakukan bukan sahaja melihat isi
kandungan teks tersebut tetapi tujuan teks itu ditulis kepada
khalayak tertentu dan kenapa teks berkenaan distrukturkan
sedemikian rupa.
Apa makna menganalisis?
 Menganalisis memerlukan membahagikan kandungan dan
konsep teks kepada bahagian-bahagian tertentu dan
memahami bagaimana ianya dikaitkan, dihubungkan dan
mempengaruhi antara satu sama lain.
Struktur penulisan ulasan kritikal

 Ulasan kritikal sama ada pendek (1 muka surat) atau


panjang (4 muka surat) sebenarnya mempunyai
struktur yang sama. Semak garis panduan membuat
ulasan anda mengikut format dan struktur
penulisannya yang tertentu. Tajuk kecil seringnya
tidak perlu ditulis namun amat memudahkan
pembaca jika ada.
Introduction (pengenalan)

 Panjang pengenalan adalah satu perenggan untuk ulasan


artikel jurnal dan 2-3 perenggan bagi ulasan buku. Hal ini
termasuklah beberapa perkara yang pengenalan untuk
menyatakan siapa pengarang, tajuk dan secara ringkas
menerangkan topic teks tersebut. Nyatakan matlamat
penulisan teks dan ringkaskan dapatan utama atau perkara
asas pemasalahan. Buat kesimpulan pengenalan dengan
satu pernyataan ringkas penilaian anda terhadap teks.
Sama ada penilaian negatif atau positif atau kedua-duanya.
Summary ( ringkasan)

 Nyatakan ringkasan kepada kata kunci penting dengan


contoh-contoh yang tertentu. Anda boleh menerangkan
secara ringkas tujuan pengarang dan apa yang menjadi
perkara utama keseluruhan teks dan anda boleh
menerangkan bagaimana teks itu distrukturkan. Ringkasan
ini perlu 1/3 daripada ulasan kritikal.
Critique (mengkritik)
 The critique should be a balanced discussion and evaluation of the strengths,
weakness and notable features of the text. Remember to base your discussion on
specific criteria. Good reviews also include other sources to support your evaluation
(remember to reference).
 Kritik itu perlu diperbincangan yang seimbang dan dinilai sama ada kekuatan,
kelemahan dan tarikan dalam teks berkenaan. Adalah dingatkan untuk
membincangkan teks berkenaan berdasarkan kriteria yang tertentu. Ulasan yang baik
perlu memasukkan sumber lain untuk menyokong penilaian anda( perlu buat rujukan)
 Ada boleh memilih bagaimana untuk menyusun kritikan anda. Contohnya:
 Dari yang paling penting kepada kesimpulan yang kurang penting berkenaan teks
tersebut.
 Jika kritikan anda banyak yang positif utarakan ulasan-ulasan negatif dahulu dan
kemudian baharulah ulasan yang positif.
 Jika teks tersebut banyak ulasan yang negatif maka utarakan ulasan positf dahulu,
kemudian barulah yang negatif.
Critique (kritikan)
 Jika anda melihat kekuatan dan kelemahan adalah sama banyak, maka
anda perlu memilih apakah pandangan keseluruhan anda sama ada lebih
komen positif atau komen negatif. Anda boleh memulakan ulasan dengan
idea yang positif dan kemudian menyatakan kelemahan-kelemahan yang
ada. Jika anda menilai positif dan negatif dalam teks tersebut sama banyak
maka adalah lebih negatif dari positif.
 Dalam ulasan yang panjang, anda boleh menyatakan tiap kriteria yang anda
pilihan dalam beberapa perenggan, termasuklah sama ada negatif atau
positif, Bagi ulasan kritikal yang pendek( 1 muka surat ) di mana komen
adalah lebih ringkas , masukkan sahaja dalam 1 perenggan perkara positif
dan negatif .
 Anda juga boleh menyatakan cadangan bagaimana teks tersebut boleh
diperbaiki samada idea, pendekatan penyelidikan, teori atau rangka kajian
yang digunakan dalam bahagian penulisan kritikan
Conclusion ( kesimpulan )

 If you have used other sources in you review you should also include a list of
references at the end of the review.
 Biasanya dalam perenggan yang pendek
 Nyatakan pandangankeseluruhan anda tentang teks
 Nyatakan cadangan anda secara ringkas
 Jiks perlu, kualiti atau penerangan kepada penilaian teks perlu dimasukkan. Hal ini
boleh membantu supaya kritikan tersebut kelihatan adil dan boleh dipercayai.
 Rujukan
 Jika anda menggunakan sumber dalam ulasan anda anda sepatutnya
memasukkannya pada bahagian akhir pegulasan.
 https://student.unsw.edu.au/structure-critical-review
10.3 Menulis resensi buku akademik dan bukan akademik
 Pertimbangan atau perbicaraan mengenai buku dan lain-lain (ulasan buku)
 Resensi buku adalah rencana yang diterbitkan dalam surat khabar, atu
majalah berkala yang mengumumkan penerbitan buku baru, menerangkan
isi buku baru itu dan menilainya. Nilai resensi buku bergantung kepada
pengetahuan dan kemampuan orang yang membuat resensi dan
keadilannya dalam membuat penilaian terhadap buku tersebut. Oleh itu
pembuat resensi harus ada pengetahuan yang luas tentang subjek buku
yang diperkatakan itu, kebolehan menganalisis karya, dan standard kritikan
yang tinggi

 Resensi adalah ulasan. Resensi digunakan oleh Bahasa Indonesia dari kata
Bahasa Inggeris recency. Makna yang dutarakan sama dengan ulasan
kritikan.
 Pendahuluan umum
 Buku
 Penulis
 Ulasan kandungan keseluruhan
 Tahap keintelektualan buku/
 Tahap akademik buku
 Penilaian saksama tentang kekuatan dan kelemahan, kekuatan4.1.1)
huraian, cth (penerangan)4.2) kelemahan4.2.1) huraian, cth
(penerangan)5) kesan kepada pengulas5.1) tersurat5.2) tersirat6)
kesimpulan dan cadangan
ULASAN BUKU AKADEMIK

 Tajuk: Action Research in Teaching and Learning: A practical guide to


conducting pedagogical action research
 Penulis: Lin s. Norton
 Penerbit: Routledge Taylor & Francis Group
 Tahun terbitan: 2009
 http://www.scribd.com/doc/16300707/ULASAN-BUKU
ULASAN BUKU BUKAN AKADEMIK

 https://www.academia.edu/2579500/Ulasan_Buku_Barry_Wain_Mahathir_Mohama
d_Malaysian_Maverick
 
Contoh ulasan novel

 http://contohtugasan.blogspot.com/2010/09/contoh-ulasan-novel-andai-itu-takdi
rnya.html
SEKIAN.
ZAIRINAH MOHD SHUKUR
IPGK RAJA MELEWAR

Anda mungkin juga menyukai