Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN LOMPAT BERPAGAR

Komponen/Masa Aktiviti/Keterangan Pengelolaan/Gambar rajah


Sejarah Larian - Lari berpagar atau dahulunya disebut lari lompat pagar dipercayai bermula di Great Pembentangan secara verbal
Berpagar Britain pada abad ke-19. walaupun kebanyakan buku tentang sukan tidak menyebut
(5 minit) dengan tepat tarikh atau tempat sebenar permulaan acara ini, bagaimanapun ramai
pula mendakwa bahawa permulaan terawal yang menggunakan pagar bermula pada
pertengahan abad ke-19, di sebuah sekolah di Bandar Eton, berhampiran kota
London.

- Pada peringkat awal permulaan cara, lari berpagar diadakan untuk jarak 120 ela,
200 ela, dan 440 ela, dengan memasukkan 10 pagar pada setiap acara itu. Undang-
undang dan peraturan ini diikuti dan kekal hingga kini. Dengan pertukaran daripada
system Inggeris kepada system metrik kepada semua acara, maka lari berpagar
juga turut terlibat. Dengan demikian, kini terdapat acara 100 meter, 110 meter dan
400 meter.

- Dalam acara lari berpagar, Britain adalah sebuah negara yang paling banyak
melahirkan jaguh-jaguh bagi acara ini. Atlit Don Finlay telah memenangi pingat
gangsa semasa sukan Olimpik 1932 dan pingat perak dalam sukan Olimpik 1936
dalam acara 110 meter berpagar.. manakala pada tahun 1968 di Mexico City, David
Hemery telah merangkul pingat emas dengan mencipta rekod dunia. Pada tahun
1972, sekali lagi David Hemery memenangi pingat emas di Moscow. Bagi atlit
wanita, pada tahun 1984 Shirley Strong telah memenangi pingat perak dalam acara
100 meter berpagar di Los Angeles.
Memanaskan AKTIVITI REGANGAN i. Senaman regangan statik
Badan Regangan dari bahagian kepala hingga ke bahagian kaki.
( 10 minit)
A. BAHAGIAN KEPALA
- mendongakkan kepala ke atas dan jari-jari tangan menyokong di bahagian dagu
- menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atas
- kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di
bahagian dagu
- memusingkan kepala dengan menggunakan sendi putar/paksi

B. BAHAGIAN TANGAN DAN BAHU


- Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah
- Pergerakan lengan ke arah dada
- Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium
- Dua tangan diregangkan ke atas

C. BAHAGIAN BADAN
- Membengkokkan pinggang ke hadapan dan belakang, ke kiri dan ke kanan

D. BAHAGIAN KAKI
- Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut sehingga 90 darjah dan berdiri pada sebelah
kaki.
- Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki. Bawa kaki yang
dibengkokkan ke belakang sehingga mencecah punggung.
- Lari setempat.

E. SENAMAN REGANGAN STATIK


- Pihak A baring di atas lantai dengan memegang buku lali pihak B. Pihak B perlu
menghulurkan tangan dan pihak A cuba mengangkat tangan ke paras tangan pihak
B.
Kemahiran http://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/1murid1sukan/articlefile_file_002146.pdf
(10 minit)
A. MENUJU PAGAR PERTAMA
- Bilangan langkah ditetapkan
- Berlari dengan pantas
- Jangan melonjak terlalu jauh dan hampir dengan pagar kerana boleh menyebabkan
pagar terkena bahagian kaki pelari

B. LONJAKAN
- Pelari berkedudukan seperti larian biasa
- Kaki kehadapan digerakkan dengan cepat agar lutut mencapai paras yang paling
tinggi
- Kedua-dua belah bahu hendklah menghadap pagar

C. MELEPASI PAGAR
- Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan
mengarah kehadapan
- Bongkokkan badan kehadapan.
- Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari
dengan kaki itu
- Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah
melepasi pagar
- Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan
melangkah mencecah tanah (mendarat)

D. PULIHAN
- Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu
- Badan dikekalkan condong
E. ANSUR MAJU
- Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu. Melangkah
batang rotan.
- Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan.
- Peserta perlu berjalan dan melangkah dihujung batang rotan.
- Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini
diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi
rapat dengan punggung peserta.
- Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada
berlari anak.
- Kaki dihadapan dibengkokkan dan diangkat melepasi halangan dan dijatuhkan serta
merta bila tumit melepasi halangan.
- Bila kaki melangkah itu mencecah tanah, kaki belakang dibawa dengan cepat
melepasi halangan.
- Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.
- Mengajar teknik pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar.
Permainan kecil Melepasi halangan Cara pengelolaan:
(25 minit)
Peralatan: 1. Murid dibahagikan kepada
Kon, Kayu Hoki, Mini Hurdle, Gelung 4 kumpulan.
2. Satu laluan berhalangan
dibentuk untuk setiap
Markah: pasukan.
3. Pelari pertama setiap
- Pasukan yang menghabiskan larian berhalangan paling pantas dianggap sebagai
pasukan akan
pemenang.
melengkapkan larian
berhalangan sehingga
Variasi Permainan: garisan belakang dan
berlari semula kea rah
- Berlari melalui halangan sehingga kembali ke arah pasukan masing-masing.
pasukan masing-masing.
- Terdapat 4 halangan berbeza untuk setiap laluan.
4. Pelari kedua memulakan
larian hanya selepas
pelari pertama
menamatkan larian dan
menyentuh tangan pelari
kedua.
5. Larian diteruskan
sehingga kesemua pelari
menghabiskan larian.

Gambar rajah:
G

------------------------------

Petunjuk:

G Guru
Murid
Kayu Hoki

Gelung
Mini Hurdle
----- garisan belakang
Menyejukkan AKTIVITI REGANGAN
Badan - Tarik nafas
- Hembus nafas
( 10 minit)
- Aktiviti senaman regangan asas

Anda mungkin juga menyukai