Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN UJIAN AMALI PENGURUSAN ACARA OLAHRAGA

1.0 Pengenalan

Kumpulan saya iaitu PISMP Matematik Ambilan Jun 2015 telah ditugaskan untuk
bertugas pada 21 Februari 2017 di SM Sultan Abdul Halim sebagai pegawai bagi ujian
saringan acara balapan dan padang. Saringan ini dijalankan pada sebelah petang iaitu
bermula pada pukul 3.30 petang.

2.0 Tugasan

Saya telah ditugaskan sebagai penjaga masa bagi acara balapan bersama Munirah
Solehah binti Zainal Abidin.

Berdasarkan apa yang telah dipelajari, skop tugas penjaga atau pencatat masa ialah
setiap pencatat masa akan bertindak secara perseorangan tanpa menunjukkan jamnya
kepada atau menukar maklumat dengan sesiapa, mencatatkan masa di atas borang rasmi
dan setelah menandatanganinya menyerahkan borang tersebut kepada ketua pencatat
masa yang mungkin memeriksa jam itu untuk pengesahan. Masa akan diambil dari masa
kelihatan kilat atau cahaya tembakan pistol sehingga detik di mana bahagian badan (torso)
peserta itu sampai ke garisan penamat.

Sekiranya dua daripada tiga buah jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam
ketiga mencatat masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang ditunjukkan oleh dua
jam yang sama itu. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan, maka jam yang
menunjukkan masa yang ditengah-tengah adalah masa rasmi. Sekiranya hanya dua jam
sahaja digunakan dan menunjukkan masa berbeza, maka masa yang lebih lambat diterima
sebagai masa rasmi.

3.0 Proses Sebelum beserta Kekuatan, kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan

Langkah pertama yang diambil adalah mengadakan satu perjumpaan bersama pihak
sekolah iaitu Penolong Kanan Kokurikulum SM Sultan Abdul Halim bagi mendapatkan
maklumat tentang senarai acara dan jumlah pegawai yang diperlukan untuk hari berkenaan
(Rujuk Lampiran 1). Kekuatan bagi langkah perjumpaan bersama pihak sekolah ialah pihak
sekolah memberi kerjasama yang sangat baik dan perancangan serta pengurusan pihak
sekolah berkenaan perkara ini juga sangat bagus. Mereka telah menyediakan satu senarai
pegawai yang mereka perlukan pada hari itu. Daripada proses ini juga, kami dapat belajar
tentang prosedur yang perlu diikut apabila kita ingin mengadakan aktiviti bersama pihak
sekolah.

1
Pada 6 Februari 2017 pula, kami sekelas telah mengadakan mesyuarat kali pertama
bagi melantik jawatankuasa untuk program ini (Rujuk Lampiran 2&3). Saya telah ditugaskan
sebagai AJK pengangkutan bersama beberapa rakan yang lain. Skop tugas saya adalah
membuat tempahan bas IPGKDA untuk kami sekelas bergerak ke SM Abdul Halim pada
hari saringan olahraga tersebut. Dalam mesyuarat ini juga, kami sekelas sepakat untuk
memilih tarikh 21 Februari 2017 sebagai hari untuk kami turun ke sekolah. Sememangnya
kekuatan proses mesyuarat seperti ini bagi memastikan penglibatan semua orang dan
mendapat persetujuan semua dalam membuat sesuatu keputusan.

Keesokan harinya pula iaitu pada 7 Februari 2017 beberapa orang wakil daripada
kelas kami yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan AJK Dokumentasi pergi
berjumpa dengan En. Mohd Hafni bin Abdul Halim untuk berbincang tentang skop tugasan
masing-masing dan meminta tunjuk ajar tentang langkah yang perlu diambil seterusnya
(Rujuk Lampiran 4). Mesyuarat kecil ini juga memutuskan agar kami ke sekolah
menggunakan kenderaan sendiri pada 21 Februari nanti. Seterusnya, kami sekelas
membuat cabutan undian bagi mengagihkan bidang tugas masing-masing pada hari 21
Februari nanti. Saya telah diundi sebagai penjaga masa bagi acara balapan.

Pada 20 Februari 2017 iaitu sehari sebelum hari kejadian, kami sekelas telah
mengadakan mesyuarat ringkas bersama Pn. Choong Sook Khim dan pensyarah penasihat
iaitu En. Mohd Hafni bin Abdul Halim untuk memberi taklimat akhir kepada kami berkenaan
kejadian pada esok hari (Rujuk Lampiran 5). Beliau telah memperincikan dan mengingatkan
kembali tentang semua skop tugas kami. Sememangnya taklimat akhir ini sangat penting
bagi memastikan kami semua bersedia dari segala aspek sebelum ke sekolah esoknya.
Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, kelemahan taklimat ini adalah ia dijalankan
agak lambat kerana ia dijalankan hanya sehari sebelum kami keluar ke sekolah. Jadi,
cadangan saya ia sepatutnya dijalankan lebih awal lagi supaya semua orang dapat bersedia
dengan lebih baik.

Kekuatan lainnya secara keseluruhan untuk langkah-langkah yang diambil bagi fasa
sebelum ialah saya dapat belajar tentang prosedur yang betul yang perlu diambil apabila
ingin menjalankan sesuatu program terutamanya yang melibatkan pihak luar. Bimbingan
daripada pensyarah amat penting dalam proses ini memandangkan kami masih dalam
proses belajar dan ini merupakan pengalaman pertama bagi kami sekelas.

2
4.0 Proses Semasa beserta Kekuatan, Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan

Kami telah bertolak ke SM Abdul Halim pada pukul 3.00 petang dengan menaiki
kenderaan sendiri. Kami tidak menggunakan perkhidmatan bas IPGKDA atas sebab bas
hanya disediakan sehingga pukul 5.00 petang sahaja. Selepas jam itu, pemandu bas perlu
diberikan bayaran OT.

Setibanya di sekolah, kami bertanya dengan beberapa orang guru berkenaan


perjalanan pada hari tersebut dan lokasi bagi setiap acara. Setelah itu, setiap daripada kami
bergerak ke tempat acara masing-masing. Saya dan Munirah ditempatkan di bawah khemah
penjaga masa bagi acara balapan dan dibekalkan dengan jam randik setiap seorang.
Sebelum acara dimulakan, kami semua diminta untuk menyalin butiran acara yang
dipertandingkan pada petang itu. Kesemuanya terdapat 17 acara balapan namun acara lari
berganti-ganti tidak dijalankan pada hari itu kerana telah dijalankan pada hari sebelumnya.
Saya telah ditugaskan untuk menjaga dan merekod masa bagi pelari tempat ketiga bersama
seorang lagi guru. Saya dan Munirah tidak menghadapi apa-apa masalah yang serius
sepanjang menjalankan tugas ini memandangkan kami mendapat bantuan dan kerjasama
yang baik daripada guru-guru lain yang turut berada di situ. Kesemua 17 acara siap
dijalankan kira-kira dalam masa tidak sampai satu jam.

Antara kekuatan bagi ujian amali kepegawaian ini ialah saya dapat mengaplikasikan
segala ilmu yang saya pelajari di dalam kelas mengenai pengurusan acara olahraga.
Dengan adanya amali, saya mendapat gambaran yang sebenar dan jelas tentang setiap
skop tugasan semasa pengurusan olahraga. Ilmu yang diperoleh dan dipraktikkan inilah
yang lebih bermakna dan lebih mudah diingati dan difahami.

Selain itu, ujian amali ini memberi peluang kepada kami untuk berhadapan dengan
situasi sebenar di sekolah. Kami telah diberi kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana
pengurusan acara olahraga di sekolah. Contohnya cara untuk mengumpulkan peserta,
pembahagian tugas antara guru dan beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi
memastikan keselamatan pelajar terjamin. Kami juga perlu bijak dalam berkomunikasi
bersama guru-guru lain ketika bergaul bersama mereka kerana mereka ini mempunyai
pengalaman yang sangat banyak untuk dikongsikan.

Di samping itu, saya lihat aspek penglibatan pelajar di sekolah ini sangat menyeluruh
dan baik. Pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam mana-mana acara pada hari
tersebut ditugaskan juga untuk menjadi pegawai di acara balapan dan acara padang. Ada
juga pelajar yang ditugaskan untuk mengurus makanan dan minuman pelajar.

3
Semua acara telah berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah. Acara rejam
lembing adalah acara yang paling akhir selesai pada petang itu. Setelah semua acara
selesai, data bagi setiap acara dikumpul dan dianalisa oleh beberapa orang guru. Pada
pandangan saya, sekolah ini mempunyai perancangan pengurusan yang sangat teratur.
Setiap pelajar yang menyertai acara balapan dibekalkan dengan nombor pengenalan
masing-masing dan setiap borang disediakan dan diurus dengan baik. Dengan adanya
nombor pengenalan bagi setiap peserta acara balapan, proses untuk mencatat pemenang
adalah lebih mudah.

Antara kelemahannya pula adalah khemah bagi pelajar yang sakit tidak disediakan.
Hal ini membuatkan pelajar yang mengalami kecederaan terpaksa mendapatkan rawatan
dan rehat di khemah urusetia. Walau bagaimanapun, pada hari tersebut hanya terdapat
seorang pelajar perempuan yang mengalami kekejangan otot.

Kelemahan seterusnya pula saya lihat ada beberapa orang guru yang tidak merekod
masa mengikut cara yang betul. Mereka mengambil kira seluruh anggota badan melepasi
garisan penamat barulah masa ditamatkan. Sebenarnya masa tamat yang tepat adalah
apabila bahagian torso peserta melepasi garisan penamat. Sikap guru yang asyik
bersembang sehingga terleka acara telah dimulakan juga ada berlaku namun perkara ini
bukanlah disengajakan.

Saya juga menghadapi sedikit masalah untuk mengecam pelari di tempat ketiga
terutamanya bagi acara lari pecut 100 meter dan 200 meter. Hal ini demikian kerana,
perbezaan jarak antara pelari-pelari adalah sangat sedikit dan kurang ketara terutamanya
bagi acara lelaki. Maka, ia memerlukan penelitian dan fokus yang tinggi.

Pada akhir sesi pada petang itu, terdapat sedikit salah faham dan masalah teknikal
yang berlaku iaitu keputusan bagi acara rejam lembing tidak sampai ke meja pengurusan
data. Perkara ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami sekelas kerana kami tidak
diberikan tugas untuk menyimpan borang-borang tersebut. Namun, masalah ini dapat diatasi
kerana ada seorang rakan sekelas saya telah mengambil gambar borang keputusan
tersebut semasa mengendalikan acara tersebut.

Cadangan penambahbaikan yang saya ingin utarakan ialah penjaga masa boleh
duduk di atas kerusi bertangga yang disediakan sebaris dengan garis penamat bagi
memudahkan proses untuk mencatat masa bagi setiap peserta.

4
Selain itu, bilangan penjaga masa perlulah ditambah, sekurang-kurangnya 2 orang
untuk setiap pelari agar ketepatan masa yang dicatat itu lebih jitu. Khemah untuk pelajar
yang sakit mendapatkan rawatan juga perlu disediakan oleh pihak sekolah.

Di samping itu, cadangan penambahbaikan seterusnya adalah untuk memberi


pendedahan kepada guru-guru di sekolah tentang aspek kepegawaian yang betul kerana
masih ramai lagi antara mereka yang kurang mahir akan hal ini. Banyak yang membuat
keputusan mengikut kebiasaan sahaja, bukannya berasaskan peraturan yang telah
ditetapkan.

5.0 Proses Selepas beserta Kekuatan, Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan

Selepas sahaja selesai ujian amali kepegawaian ini, kami sekelas telah mengadakan
sesi post mortem pada 28 Februari 2017. Post mortem ini dibuat bagi membincangkan
kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan berdasarkan pengalaman kami
sebelum ini. Post mortem merupakan langkah yang sangat penting untuk dijalankan selepas
tamatnya sesuatu program.

Antara kekuatan yang dibincangkan ialah semua ahli kelas telah memberi kerjasama
yang sangat baik sepanjang hari tersebut dan menunjukkan komitmen yang amat tinggi.
Setiap orang juga dilihat telah bersedia dan mengetahui skop tugas masing-masing dan
tahu apa yang patut dibuat ketika sampai di sekolah pada petang itu. Tiada kecederaan
yang dilaporkan terjadi kepada kami sekelas kerana seperti yang kita semua tahu, pegawai
kejohanan olahraga juga berisiko untuk mengalami kecederaan di padang kerana terdedah
dengan lembing, peluru untuk lontar peluru dan cakera.

Kekuatan menjalankan post mortem ialah kami dapat mengetahui kekuatan dan
kelemahan bagi aktiviti ini serta mencadangkan cadangan penambahbaikan agar ia dapat
dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, post mortem ini dijalankan agak lambat,
maka ada beberapa perkara yang mungkin tercicir. Cadangan penambahbaikannya pula,
saya cadangkan supaya ia dijalankan lebih awal, mungkin sehari selepas amali ini
dijalankan.

Selepas menjalankan amali kepegawaian ini juga, kami perlu manjalankan proses ini
iaitu untuk menulis laporan mengenainya. Kekuatan penulisan laporan ini ialah ia akan
bertindak sebagai rekod atau bukti bagi amali yang telah dijalankan. Jadi segala data dan
maklumat akan didokumentasikan dalam penulisan laporan.

5
6
7
7.0 Penutup

Sememangnya pengalaman mengikuti ujian amali kepegawaian olahraga ini amat


berharga dan sangat bermanfaat kepada saya. Hal ini demikian kerana, ini adalah
pengalaman pertama saya turun ke sekolah berkhidmat sebagai pegawai olahraga. Terima
kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan sekelas dan pihak sekolah yang
memberi kerjasama yang sangat baik bagi saya menjayakan aktiviti ini.

Amali seperti ini patut dijalankan lagi pada masa akan datang bagi memberi
pendedahan dan peluang kepada kami sebagai guru pelatih untuk melengkapkan diri
dengan ilmu-ilmu dalam bidang olahraga sebelum ke sekolah nanti. Hal ini kerana, setiap
guru nantinya pasti tidak akan terlepas untuk bertugas sebagai pegawai bagi acara
olahraga. Maka, ilmu tentang bidang ini amat penting sekali.

Anda mungkin juga menyukai