Anda di halaman 1dari 9

Jenis Kawad Kaki

Terdapat beberapa jenis kawad kaki yang digunakan oleh anggota-anggota badan beruniform di negara
kita. Berikut merupakan jenis kawad serta sedikit huraian berkenaan kawad tersebut.

Kawad Statik
Melibatkan pergerakan-pergerakan statik.

Kawad Dinamik

Melibatkan pergerakan berjalan, henti dan sebagainya.

Kawad Asas

Gabungan antara kawad statik dan kawad dinamik.

Kawad Kehormatan
Melibatkan perbarisan yang mengandungi protocol untuk majlis sambutan rasmi.

Kawad Formasi

Mellibatkan pergerakan Kawad Asas dan juga pergerakan bukan Kawad Asas

Arahan dalam kawad asas:

SEDIA

Perintah :

BARIS. BARIS ----------------------------SEDIA

Perbuatan.

a. Angkat kaki kiri setinggi 30 cm (12”) ke hadapan. ( Peha Paras )


b. Hentak kaki kiri rapat ke kanan, boot sama rata.

c. Kedua tumit rapat dan hujung kaki buka 30” atau boleh masuk satu boot.

d. Rapatkan kedua-dua tangan ke paha, genggamkan jari serta ibu jari lurus ke bawah, kena jahitan
tengah seluar.

e. Buka dada, tarik dagu tentukan tengkok kena colar baju.

f. Pandang terus ke hadapan.

SENANG DIRI

Perintah :

SENANG -------------------------------- DIRI

Perbuatan.

a. Angkat kaki setinggi 30 cm (12”) ke hadapan. ( Peha Paras )

b. Bawa ke kiri 30 cm (12”) dan hentak ke bumi, boot sama rata.

c. Semasa itu juga tangan bawa ke belakang dan bersilang, belakang tapak tangan kanan di atas
tapak tangan kiri.

REHATKAN DIRI

Perintah :

REHATKAN ------------------------------ DIRI

Perbuatan.
a. Bilang rehat serta tangan ke belakang dan bersilang.

b. Kaki tidak boleh bergerak.

c. Cuma anggota dilemahkan ( relax ).

PUSING KE KANAN DALAM MASA BERHENTI

Perintah :

BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.

KE KANAN ------------------------------ PUSING

Perbuatan.

a. Pusingkan badan 90 darjah ke kanan, berat badan di atas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang
dan tumit terangkat ke bumi.

b. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan disebelah kaki
kanan seperti kedudukan sedia.

PUSING KE KIRI DALAM MASA BERHENTI

Perintah :

BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.

KE KIRI --------------------------------- PUSING


Perbuatan.

a. Pusingkan badan 90 darjah ke kiri, berat badan di atas kaki kiri, kanan lurus ke belakang dan tumit
terangkat dari bumi.

b. Angkat kaki kanan 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan disebelah
kaki kiri seperti kedudukan sedia.

AKAN MENGHADAP KE BELAKANG DALAM MASA BERHENTI

Perintah :

KE BELAKANG ----------------------------- PUSING

Perbuatan.

a. Pusing badan 180 darjah ke belakang ikut kanan, berat badan diatas kaki kanan, kaki kiri lurus ke
belakang dan tumit terangkat dari bumi.

b. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentak kaki kiri disebelah
kaki kanan seperti kedudukan sedia.

KE KANAN LURUS

Perintah :

KE KANAN -------------------------------- LURUS

Perbuatan.

a. Bilang 1, tangan Kanan dan kepala disebelah kanan.

b. BIlang 2,3, masa diam.


c. Bilang 1, angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan dan hentakkan kaki ke bumi.( sombong ) dengan
masa yang sama hentakan kaki kiri dan kanan berturut-turut sambil meluruskan barisan.

Penerangan.

a. Semasa ke kanan lurus, orang barisan hadapan sahaja mengangkat tangan kanan.

b. Orang disebelah kanan sekali dibarisan tengah dan belakang angkat tangan ke hadapan dan
pandang ke hadapan.

c. Perbuatan ini hanya untuk pelatih-pelatih yang baru sahaja.

PANDANG DEPAN

Perintah :

PANDANG ------------------------------ DEPAN

Perbuatan.

Semua sekali pandang ke hadapan dan sebut ‘Up’.

BILANG NOMBOR

Perintah :

DARI KANAN, BILANG / NOMBOR

Perbuatan.
Orang disebelah kanan barisan hadapan bilang 1, orang disebelah kirinya bilang 2, diseblah bilang 3 dan
seterusnya hingga habis barisan hadapan itu bilang.

Bilang dengan suara yang kuat dan pantas.

BUKA BARISAN

Perintah :

BUKA BARISAN --------------------------- KE KANAN LURUS

Perbuatan bariasan hadapan.

a. Langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15” dalam keadaan tergantung daripada bumi.

b. Penuhkan langkah kaki kiri 15” kehadapan menjadikan 30”, jatuh kebumi, dengan masa yang sama
angkatkan kaki kanan.

c. Hentak kaki kanan keatas bumi dengan padat.

Perbuatan barisan tengah.

Orang barisan tengah diam.

Perbuatan barisan belakang.

a. Tolak kaki kiri ke belakang 75 cm (30”) sama rata dengan bumi.

b. Bawa kaki kanan ke belakang 75 cm (30”) menjadikan 150 cm (60”) dengan rata.

c. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, hentakkan ke bumi dan angkat kaki kanan 30cm (12”)
serta hentakkan disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.
TUTUP BARISAN

Perintah :

DALAM TUTUP BARISAN KE KANAN LURUS

Perbuatan.

a. Serupa juga dengan buka barisan.

b. Orang barisan hadapan hadapan dua langkah ke belakang.

c. Orang barisan tengah diam.

d. Orang barisan belakang dua langkah ke hadapan.

KELUAR BARIS DAN BERSURAI

Perintah :

KELUAR ------------------------ BARIS atau BER ------------- SURAI

Perbuatan.

a. Semua sekali berpusing 90 darjah ke kanan.

b. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) hentakkan rapat ke kaki kanan.

c. Langkah kaki kiri keluar dan lenggang tangan terus maju hingga lepas tiga baru berpecah.

Peringatan :

a. Keluar baris untuk rehat sementara.


b. Bersurai tidak disemabung lagi kawad untuk atau kerja dihari tersebut.

KAWAD FORMASI
• Juga dikenali sebagai kawad persembahan
• Melibatkan asas-asas kawad static dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa bentuk formasi
supaya lebih menarik

Contoh formasi kawad

ATURCARA PERGERAKAN KAWAD

A. SEBELUM MASUK PADANG

1. Dari kanan cepat jalan


2. Skuad henti
3. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing
4. Buka barisan gerak
5. Ke kanan lurus / pandang hadapan
6. Nombor

B. MELAPOR

7. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing


8. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing
9. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing
10. Empat langkah ke kiri, gerak
11. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing
12. Dari kiri cepat jalan
13. Hormat, hormat ke hadapan hormat
14. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
15. Hentak kaki.
16. Maju
17. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
18. Skuad henti
19. Skuad akan menghadap ke hadapan, kekiri pusing.

20. 3 JENIS KAWAD FORMASI

21. Ke kanan lurus


22. Pandang hadapan
23. Melapor.

Anda mungkin juga menyukai