Anda di halaman 1dari 16

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1.0 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan KSSR kepada semua sekolah
bagi mewujudkan perubahan dalam pendidikan. KSSR digubal berlandaskan kepada prinsipprinsip KBSR yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, mata
pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah ini juga turut mengalami perubahan dengan
menambahkan satu lagi cabang mata pelajaran yang dikenali sebagai Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) bagi murid-murid Tahap II. Mata pelajaran Kemahiran Hidup lebih bercorak
amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia. Bidang
Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran
teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka
bentuk. Untuk tujuan ini, murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga
melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid juga menggunakan teknik dan
proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula
semula. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan
aktiviti turut diberi penekanan.
Sejajar dengan kehendak projek bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT3183E), projek amali ini dijalankan berdasarkan topik reka bentuk dan litar elektronik di
dalam buku teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Melalui projek amali ini, kami telah
pelajari pelbagai perkara termasuk kerja-kerja bertukang dan memasang litar elektronik
berdasarkan input reka bentuk dan teknologi. Dalam kerja kursus ini, kami dikehendaki untuk
melakukan dua projek amali iaitu projek amali litar elektronik dan projek amali reka bentuk di
mana kami perlu membina satu model kayu. Bagi litar elektronik, hasil projek amali ini
mestilah berfungsi di mana litar elektronik ini boleh menyala dan berbunyi berdasarkan
kriteria yang diperlukan. Bagi kerja kayu pula, penghasilan model mestilah berfungsi di mana
kami perlu mengkomersialkan produk ini di pasaran. Nilai komersial adalah di mana
sesuatu hasil itu memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta
menepati kehendak pasaran (Khairi, 2007). Aspek-aspek yang perlu diutamakan ialah
fungsi sesuatu model itu supaya produk yang dihasilkan berjaya dikomersialkan.
Kesimpulannya,

sebagai

seorang

guru

matapelajaran

RBT,

subjek

ini

amat

mementingkan pemupukan nilai murni, kerja-buat-sendiri (DIY), peka terhadap masalah yang
berada di sekeliling serta sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi melahirkan
murid yang celik teknologi, kreatif, inovasi dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.0 Langkah-langkah Keselamatan yang Diambil Sebelum, Semasa dan Selepas Amali.
2.1 Langkah-langkah Keselamatan yang Diambil Sebelum Amali
Keselamatan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan terutama sekali ketika
berada di dalam bengkel. Hal ini kerana menjaga keselamatan individu adalah sangat
penting demi mengelakkan kemalangan atau kecelakaan daripada berlaku ketika
menjalankan aktiviti amali di dalam bengkel kemahiran hidup. Banyak perkara yang perlu kita
ambil tahu sebelum melakukan amali di dalam bengkel untuk menjaga keselamatan diri
masing-masing.
Pertama sekali, kebersihan bengkel adalah tunjang utama kepada penjagaan
keselamatan diri ketika berada di dalam bengkel. Kebersihan merupakan salah satu elemen
dalam Amalan 4m; membersih, menyusun atur, mendisiplin dan menilai. Kebersihan
merangkumi pelbagai aspek seperti memastikan bengkel bersih, kemas selesa dan selamat
serta menitikberatkan kebersihan diri. Memastikan bengkel dalam keadaan yang bersih
adalah satu kemestian bagi setiap individu untuk ambil tahu tentang keadaan sesebuah
bengkel itu. Sebagai contoh, setiap individu perlu memastikan lantai bengkel disapu bersih
dan tiada benda-benda kecil yang boleh membahayakan diri di atas lantai seperti paku dan
habuk kayu. Tanggungjawab dalam menjaga kebersihan bengkel ini bukan sahaja terletak di
atas bahu formen, malahan ianya juga merupakan tanggungjawab bagi setiap individu di
dalam sesebuah bengkel itu. Bagi kebersihan diri pula, individu seharusnya menjaga
kebersihan diri kerana ia merujuk kepada keterampilan diri dan personaliti bagi seseorang itu.
Di dalam bengkel, kebersihan diri amat penting kerana boleh mengelakkan kemalangan dan
kecederaan diri daripada berlaku. Antara aspek kebersihan diri yng perlu dijaga ialah
memotong kuku, berambut pendek bagi lelaki dan mengikat rambut atau bersanggul bagi
yang perempuan. Bagi yang bertudung, hendaklah memasukkan tudung di dalam baju. Hal
ini adalah untuk mengelakkan daripada mengganggu pergerakan ketika melakukan amali.
Selain itu, memakai apron adalah untuk menjaga kebersihan baju daripada terkena kotoran
ataupun habuk ketika melakukan amali manakala berkasut tutup dan bergetah pula untuk
menjaga keselamatan kaki daripada tercedera dan memudahkan pergerakan ketika di dalam
bengkel. Etika pemakaian ini menitikberatkan unsur-unsur keselamatan serta kebersihan diri
bagi setiap individu ketika di dalam bengkel. Memakai gogal juga perlu ketika melakukan
amali terutamanya ketika melakukan kerja kayu bagi mengelakkan habuk kayu termasuk ke
dalam mata.

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Seterusnya, aspek fizikal di dalam bengkel seperti susun atur meja dan kerusi, susun
atur alatan, pengudaraan dan pengcahayaan di dalam bengkel. Susunan meja dan kerusi
memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga keselamatan di dalam bengkel
kerana ianya mengambil kira keluasan, keselesaan pelajar untuk melakukan amali serta
untuk bergerak bebas ketika berada di dalam bengkel. Bagi pengudaraan yang baik, tingkap
dan pintu hendaklah sentiasa dibuka ketika berada di dalam bengkel. Ini membolehkan udara
untuk mengalir keluar dan masuk dari bengkel dan membantu penghuni bengkel untuk
bernafas dengan selesa ketika melakukan amali di bengkel. Selain itu, dengan membenarkan
cahaya untuk masuk ke bengkel melalui tingkap dan pintu yang terbuka juga membantu kita
untuk melakukan amali dengan elok ketika di dalam bengkel. Sekiranya bengkel sedikit
gelap, lampu-lampu yang ada di dalam bengkel hendaklah dibuka. Dengan pengcahayaan
yang baik dan elok, ini memudahkan kita untuk menjalankan amali di bengkel sengan selesa.
2.2 Langkah-langkah Keselamatan yang Diambil Semasa Amali
Bagi langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa amali ialah kita mestilah
mengendali alatan-alatan tangan dengan berhati-hati. Alatan-alatan tangan yang tajam amat
merbahaya dan perlu dikendali dengan berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan
yang tidak diingini daripada berlaku. Sebagai contoh, ketika aktiviti memateri, kita mestilah
mengendalikan alat pemateri dengan berhati-hati kerana ianya sangat panas dan boleh
mencederakan diri jika terkena pada tangan. Selain itu, elakkan alat pemateri daripada
terkena wayar kerana ianya boleh menyebabkan litar pintas daripada berlaku.
Bagi projek kerja kayu pula, kebanyakan alatan tangan yang digunakan adalah sangat
tajam dan berbahaya. Pergerakan seperti menukul dan menggergaji sangat merbahaya jika
tidak dikendalikan dengan sempurna. Sebagai contoh, ketika menggergaji, adalah sangat
penting untuk menggergaji dengan cara yang betul supaya gergaji tidak mencederakan
tangan. Selain itu, menukul juga ada cara yang sepatutnya dipatuhi supaya tidak
mencederakan diri di samping menghasilkan cara tukulan yang betul. Oleh itu, sebagai
langkah berhati-hati, penyediaan diri dengan ilmu untuk kerja kayu adalah sangat penting
supaya dapat mengelakkan kecederaan daripada berlaku.
Di samping itu, mematuhi arahan yang diberikan oleh pensyarah adalah sangat penting
demi menjaga keselamatan diri ketika berada di dalam bengkel. Segala arahan dan panduan
pensyarah terhadap kerja amali sangat penting supaya kita sentiasa peka dengan
pergerakan saya di dalam bengkel. Mematuhi prosedur yang telah ditetapkan seperti

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

langkah-langkah memateri, langkah-langkah menukul dan langkah-langkah menggergaji


adalah satu kemestian agar tiada kemalangan yang akan berlaku di dalam bengkel.
2.3 Langkah-langkah Keselamatan yang Diambil Selepas Amali
Selepas menyiapkan projek amali, satu perkara yang sangat penting dalam menjaga
keselamatan diri di dalam bengkel ialah segala alatan yang telah saya gunakan mestilah
disusun semula di tempat yang sepatutnya. Hal ini kerana, jika alatan-alatan yang tajam dan
berbahaya dibiarkan merata-rata, ini akan membahayakan orang lain yang berada di dalam
bengkel. Sebagi contoh, pengguna bengkel yang lain boleh tersepak atau terlanggar alatanalatan tajam itu. Maka, kecederaan yakni boleh berlaku jika tidak mengutamakan kekemasan
sesebuah bengkel itu.
Tambahan pula, kebersihan juga penting demi menjaga keselamatan selepas amali di
dalam bengkel. Selesai sahaja projek amali, mengemas semula bengkel adalah satu perkara
yang mesti dilakukan oleh setiap individu. Sebagai contoh, serpihan-serpihan kayu yang tidak
digunakan mestilah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan di dalam bengkel. Selain
itu,

habuk-habuk

kayu

dari

hasil

menggergaji

mestilah

divakuum

supaya

tidak

membahayakan diri dan orang lain. saya juga mestilah membasuh tangan selepas selesai
melakukan projek amali sebagai langkah kebersihan diri. Selepas amali, kita juga mestilah
peka terhadap paku-paku yang tidak digunakan yang mungkin berterabur di atas meja kerja
mahupun di atas lantai bengkel. Hal ini boleh mengelakkan sesiapa yang berada di dalam
bengkel daripada tercedera dari memijak paku-paku berkenaan.

3.0 Langkah-langkah Pengendalian Kerja Amali


3.1 Langkah-langkah Pengendalian Kerja Kayu
Langkah yang pertama dalam pengendalian projek kerja kayu ini ialah saya mestilah
membaca dan memahami lukisan dua dimensi sesebuah model kayu yang telah dipilih.
Setiap ukuran sisi dan panjang setiap bahagian model hendaklah difahami bagi
memudahkan kita untuk mengukur kayu nanti. Mencatat ukuran kayu adalah perlu di mana
ini akan memudahkan kita untuk mengukur kayu nanti dengan ukuran yang tepat. kita juga
diberi contoh model 3D yang telah siap untuk kita fahami model yang akan kita lakukan
dengan lebih dekat.
Setelah membaca dan mencatat ukuran setiap kayu, kita mula menanda di setiap kayu

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

akan ukurannya yang tepat dan menggarisnya untuk memudahkan kita untuk memotong
kayu itu nanti. Alatan yang digunakan ialah pensel 2B, pembaris keluli dan sesiku L. Setiap
ukuran mestilah tepat supaya tidak berlaku kesilapan ketika memaku nanti atau terdapat
ketidakseimbangan pada ukuran sisi atau tinggi model projek kayu kita. Selesai menanda,
kita menyemak semula ukuran yang telah ditanda supaya tiada kesilapan dalam ukuran dan
tepat dengan ukuran yang diberi di dalam lukisan 2D yang diberi.
Selesai menanda setiap kayu, kita meneruskan amali projek dengan memotong kayukayu yang telah ditanda. Kayu-kayu dipotong dengan menggunakan gergaji kerat. Cara
menggergaji menggunakan gergaji kerat ialah condongkan gergaji ke sudut 60 dari benda
kerja apabila menggergaji kerat. Ini akan memudahkan kerja-kerja menggergaji kayu untuk
mendapatkan hasil yang kemas dan berukuran tepat. Selepas memotong kayu-kayu, kita
memulakan penghasilan tanggam. Dalam model yang kita pilih ini, tanggam yang perlu kita
hasilkan ialah tanggam lekap T. Saiz kedalaman tanggam lekap T ialah separuh daripada
ketebalan kayu yang hendak dipotong. Untuk menghasilkan tanggam, ukuran mestilah tepat
berdasarkan ukuran yang telah diberi. Setelah selesai mengukur, kita memotong kayu
dengan menggunakan gergaji putting. Kebolehan gergaji ini untuk mengerat secara lurus
sesuai digunakan untuk penghasilan tanggam. Selepas menggergaji, setiap hujung kayukayu yang dikerat akan dikemaskan dengan menggosokkan kertas pasir pada permukaannya
bagi menghasilkan hujung kayu yang lebih licin dan kemas.
Seterusnya, kita meneruskan amali dengan memaku kayu. Kayu-kayu yang telah
dipotong perlu dicantumkan dengan memaku untuk mebentuk sebuah projek. Jenis paku
yang digunakan ialah paku kepala rata. Ciri-ciri paku ini ialah kepalanya besar, rata dan
tidak boleh dibenamkan ke bawah permukaan kayu. Paku ini juga digunakan
untuk kerja am bertujuan untuk mendapatkan cantuman yang lebih kukuh dan
kuat. Untuk memaku, alatan tangan yang digunakan ialah tukul kuku kambing. Tukul ini
digunakan untuk mengetuk paku dan mencabut paku jika tersilap memaku pada projek. Cara
yang betul untuk memaku projek ialah memaku secara tegak. Cara ini adalah untuk benda
kerja kayu yang nipis. Untuk memaku, paku hendaklah dipegang secara tegak
apabila mengetuk dengan tukul. Terdapat juga cara

memaku serong. Cara ini

memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh di mana paku dipegang secara
serong sedikit apabila mengetuk dengan tukul. Dalam amali kayu ini, semua
dimestikan untuk mempunyai unsur aluminium pada projek ini. Oleh itu, kita telah memasang
aluminium pada bahagian belakang perspek dengan menggunakan rivet. Ini adalah perlu

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

bagi mematuhi kriteria yang dikehendaki dalam amali projek kayu ini.
Selepas memaku, kita memulakan aktiviti kemasan. Sepanjang memaku, terdapat
kesilapan seperti lubang daripada tersilap memaku dan hujung kayu yang pecah. Kesilapan
ini adalah jelas dan membolehkan markah untuk dipotong kerana kecelaan pada projek.
Untuk menutup kecelaan ini, kita telah mengunakan tepung penyumbat untuk menyumbat
lubang-lubang pada kayu projek. Ketika menggunakan tepung penyumbat ini, bahagian yang
disumbat dengan tepung penyumbat mestilah diratakan dan dibiarkan sehingga kering
sebelum mensyelek. Hal ini akan menyenangkan proses mensyelek kelak.
Selesai menutup cela pada projek dengan menggunakan tepung penyumbat, amali
projek kayu diteruskan dengan aktiviti kemasan yang seterusnya iaitu mensyelek. Menurut
Salmiah Jaba (2009), syelek digunakan sebagai kemasan pada permukaan kayu supaya
kecantikan urat kayu jelas kelihatan. Syelek menjadikan permukaan kayu licin, senang
dibersihkan dan tahan lebih lama. Alatan yang digunakan ialah berus syelek yang
mempunyai berus yang lebar. Sebelum mensyelek, permukaan kayu mestilah dilicinkan
dengan menggunakan kertas las. Aktiviti mensyelek mestilah dilakukan beberapa kali dengan
beberapa lapisan syelek. Syelek juga mesti disapu selari dengan urat kayu untuk
mendapatkan hasil yang lebih kemas. Selepas mensyelek, letakkan hasil projek kayu di
bawah cahaya matahari supaya syelek pada model cepat kering.
Apabila syelek telah kering, kita menyambung projek amali ini dengan menghias model.
Model kayu ini mestilah dihias dengan bahan yang berunsurkan bahan terpakai sperti mana
yang dikehendaki dalam kriteria amali. Segala barang terpakai seperti kertas, plastik, tin
minuman dan kayu lidi digunakan untuk menghias projek kayu ini. kita menggunakan skil
kreativiti kita untuk menghias model kayu kita.

3.2 Langkah-langkah Pengendalian Kerja Elektronik


Langkah yang pertama ialah membaca dan menterjemah lukisan bergambar dan lukisan
skematik. Kita hendaklah memahami setiap fungsi komponen elektrik dan kedudukannya di
dalam lukisan skematik dan bergambar sebelum memateri. Lukisan skematik ialah lukisan
yang menggambarkan susunan dan kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui
simbol manakala lukisan bergambar pula menggambarkan susun atur komponen pada bod
litar. Sesuatu projek yang hendak dibuat mesti berpandukan lukisan skematik atau lukisan
bergambar. Melalui lukisan skematik, spesifikasi komponen dapat diketahui. Lukisan

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

bergambar atau lukisan kerja lebih mudah digunakan untuk pemasangan. Sebagai contoh,
membaca dan memahami simbol lampu LED serta kedudukan komponen di dalam lukisan.
Seterusnya, membentuk kaki komponen. Dalam membentuk kaki komponen, kaki
komponen hendaklah dibengkokkan mengikut jarak dan panjang yang sesuai menggunakan
playar muncung tirus. Ketika membengkokkan kaki komponen, kita perlu memastikan kaki
komponen yang dibengkokkan tidak terlalu dekat dengan badan komponen untuk
mengelakkan kaki komponen daripada patah dan tidak berfungsi. Hal ini adalah untuk
memudahkan kita meletakkan komponen di atas papan litar dengan mudah di samping
memastikan kekemasan papan litar. Di samping itu, kita perlulah menandakan lubang
tamatan pada papan litar dengan menggunakan pensel bagi memudahkan saya untuk
memasang komponen pada tempat yang betul. Untuk lebih mudah, saya boleh mencatat
kedudukan setiap komponen di atas kertas sebelum menanda lubang tamatan pada papan
litar dengan menggunakan pensel berpandukan lukisan bergambar dan lukisan skematik.
Kemudian, masukkan kaki komponen yang telah dibengkokkan ke dalam lubang tamatan
pada papan litar. kita mestilah memastikan komponen dipasang dengan betul terutama sekali
komponen yang berkutub berdasarkan lukisan skematik. Sebelum memateri, adalah penting
untuk kita menyemak semula kedudukan komponen berpandukan lukisan skematik atau
lukisan skematik. Hal ini adalah langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku kesilapan ketika
memateri kelak.
Selesai sahaja memasang komponen pada litar, kita meneruskan dengan aktiviti
memateri. Alatan yang digunakan untuk memateri komponen pada litar ialah alat pemateri
elektrik. Memateri perlulah dilakukan di bahagian belakang papan litar dan mengelipkan
papan litar pada alat pemegang litar. Berikut adalah langkah-langkah memateri dengan betul:
1.

Panaskan alat pemateri.

2.

Bersihkan bit dengan span basah.

3.

Pastikan alat pemateri cukup panas. Uji dengan menyentuh bit pada timah pemateri.

4.

Sentuhkan bit pada balapan yang ada kaki komponen yang hendak dipateri.

5.

Sentuh timah pemateri pada hujung bit dan pastikan timah melebur.

6.

Angkat timah pemateri diikuti alat pemateri.

7.

Biarkan pateri sejuk.

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

8.

Bersihkan bit dengan menggosok pada span lembap.

9.

Pateri dengan sempurna. Elakkan pateri melimpah ke balapan lain.

10. Pematerian sempurna mengelakkan litar pintas.


11. Setelah selesai kerja pematerian, letak alat pemateri pada pemegang alat pateri dan
matikan suis.
Walaupun begitu, terdapat kesilapan ketika memateri. Sebagai contoh, kita telah memateri
secara berlebihan dimana pateri terlalu banyak pada kaki tamatan serta sehingga melimpah
ke lubang tamatan yang lain. Sekiranya berlaku sedemikian, kita menggunakan penyedut
timah untuk menyedut timah yang terlebih atau yang telah tertutup lubang tamatan yang
berhampiran.
Selesai sahaja memateri, kita hendaklah memotong kaki komponen yang berlebihan.
Pemotongan kaki komponen yang berlebihan perlu menggunakan pemotong sisi. Kaki
komponen yang berlebihan perlulah dipotong dengan sempurna supaya dapat mengekalkan
kekemasan pada papan litar.
Seterusnya, kita menguji projek yang telah siap dan membuat pembaikan jika perlu. kita
menguji papan litar yang telah siap dipasang komponen dengan menggunakan bateri 9V.
Pateri akan sempurna jika lampu dan muzik berbunyi apabila bateri dipasang. Jika projek
tidak berfungsi di mana ianya tidak berbunyi dan berlampu, kita perlu semak semula
pematerian dan komponen pada papan litar. Malangnya, litar saya tidak berlampu dan
berbunyi dek kerana berlaku litar pintas pada litar saya. Saya seharusnya lebih berhati-hati
supaya litar saya boelh berfungsi dengan baik untuk mencapai kritera yang dikehendaki.
Setelah menyemak dan memperbetulkan litar, kita membersihkan meja kerja dan
menyimpan semua alatan yang telah digunakan di tempat yangtelah ditetapkan demi
menjaga kebersihan bengkel. Alat pemateri hendaklah sejuk terlebih dahulu sebelum
disimpan. Buang segala sisa komponen ke dalam tong sampah.

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

4.0 Lukisan Kerja dan Lukisan Skematik

Lukisan bergambar

Lukisan skematik

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Contoh model

Senarai ukuran

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

5.0 Kekuatan, Kelemahan dan Penambahbaikan Kerja Amali


Sepanjang saya menjalankan projek amali ini, pelbagai perkara yang telah dapat saya
pelajari. Projek amali yang perlu kita lakukan ialah litar elektronik dan kerja kayu. Kedua-dua
amali ini memerlukan ketelitian, ketangkasan dan kepekaan seseorang individu. Hal ini telah
memberi saya pengalaman yang berguna serta ilmu yang lebih mendalam terhadap bidang
reka bentuk dan teknologi ini. Melalui aktiviti kerja tangan, aktiviti ini bukan sahaja memberi
saya peluang untuk melakukan projek amali ini malah turut memberi pendedahan kepada
saya tentang subjek Reka Bentuk dan Teknologi serta mengembangkan lagi ilmu
pengetahuan tentang bidang ini.
Bagi projek amali litar elektronik, saya dikehendaki membuat litar elektornik berdasarkan
lukisan skematik yang dipilih. Dalam usaha menyiapkan litar elektronik terdapat kelebihan
serta kelemahan. Bagi kelebihan projek amali litar elektronik, saya telah belajar cara
memateri dan cuba mengaplikasikan cara pematerian dengan elok. Melalui tunjuk ajar yang
diberi oleh pensyarah dan pembantu bengkel, telah membantu saya untuk mempelajari cara
memateri yang elok. Pengalaman ini amat bernilai di mana saya akan mengajar dan
mengaplikasikannya di dalam pengajaran di sekolah kelak. Selain itu, amali ini juga telah
mendedahkan saya kepada ilmu tentang alatan dan bahan yang digunakan serta komponen
yang digunakan dalam projek litar elektronik ini. Sebagai contoh, nama komponen, fungsi
dan nilai-nilai tertentu pada komponen elektronik. kita juga mempelajari cara membaca litar
skematik dan mengenal komponen melalui simbolnya yang unik.

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Bagi aspek kelemahan pula, litar yang saya hasilkan tidak berbunyi dan menyala dek
kerana litar yang terbakar. Pada mulanya, litar saya cuma berfungsi sekejap dan
kemudiannya terus padam dan tidak berfungsi. Melalui penjelasan pembantu makmal yang
telah menyemak litar saya, menjelaskan bahawa litar saya tidak berfungsi kerana terbakar
ketika memateri. Walaupun telah melakukan beberapa penukaran dan semakan berkali-kali,
saya tidak berjaya menghidupkan litar saya. Saya yakin ini disebabkan oleh kecuaian saya
ketika mengendalikan litar ini sehingga menyebabkan litar ini terbakar. Saya sepatutnya lebih
berhati-hati dalam mengendalikan projek amali ini supaya dan menghasilkan hasil yang elok
seperti yang dikehendaki dalam kriteria kerja kursus amali ini.
Projek amali yang seterusnya ialah kerja kayu. Bagi projek amali ini, kita dikehendaki
untuk membina satu model kayu berdasarkan enam model yang diberi. Model yang telah
saya pilih ialah model kayu T3C. Dalam proses menyiapkan model ini, kerja-kerja yang perlu
saya lakukan termasuklah kerja mengukur, memotong, memaku, kemasan, hiasan dan
sebagainya. Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam usaha saya menyiapkan projek kerja
kayu ini. Kelebihan dalam projek amali kerja kayu ialah ukuran setiap kayu saya adalah tepat
seperti ukuran yang diberi. Ukuran yang tepat membuatkan model kayu saya seimbang dari
segi ketinggian dan kelebaran di setiap bahagian model saya. Tanggam yang saya hasilkan
tuut mempunyai saiz ukuran yang tepat di mana saiz tanggam saya tepat apabila dipakukan
dengan kayu.
Walupun begitu, terdapat kelemahan yang saya hadapi dalam menyiapkan kerja amali
ini. Antaranya, cara pemakuan saya kurang kemas di mana terdapat satu bahagian yang cela
akibat kesilapan ketika memaku. Sepatutnya saya perlu lebih berhati-hati ketika memaku dan
memaku dengan cara yang betul supaya tidak merosakkan model saya. Walaupun
menggunakan tepung penyumbat untuk menutup cela berikutan kesilapan ketika memaku,
say tetap perlu lebih cermat ketika memaku untuk menghasilkan model yang lebih elok.
Selain itu, model kayu yang saya hasilkan lebih mementingkan hiasan dan rupa
berbanding fungsi sesuatu projek itu. Mengikut kehendak kerja kursus, kita dikehendaki
menggunakan bahan terpakai untuk menghias model kayu kita. Saya telah menggunakan
pelbagai elemen bahan terpakai seperti lebihan kain velboa, kertas, tali dan sebagainya
untuk menghias model kayu saya sehingga terlupa akan fungsi bahan yang telah saya pilih.
Walaupun saya telah menggunakan elemen bahan-bahan terpakai, tetapi saya tidak berjaya
menyatakan fungsi bahan-bahan tersebut selain sebagai hiasan pada model kayu saya.
Saya sepatutnya lebih peka dan teliti dalam pemilihan bahan untuk hiasan model saya yang

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

mengutamakan fungsi lebih dari hiasan semata-mata.

6.0 Penutup
Kesimpulannya, kerja kursus amali ini telah mengajar saya dalam pelbagai perkara
dimana kesempurnaan memerlukan kesabaran, kepekaan, kreativiti serta bersifat positif
supaya dapat menghasilkan sesuatu projek yang sempurna berdasarkan kriteria yang
dikehendaki. Projek amali ini juga turut mengajar dan mendidik saya dalam usaha menjadi
seorang guru yang berilmu serta berwibawa dalam mengajar subjek reka Bentuk dan
Teknologi di sekolah kelak.

LAMPIRAN

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

HASIL PROJEK (KERJA KAYU)

Pandangan hadapan

Pandangan atas

Pandangan belakang

Pandangan sisi

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

HASIL PROJEK (LITAR ELEKTRONIK)

Pandangan hadapan

Pandangan belakang

NURALIAH IZATI BINTI MAT JANI

G 4.10

RBT3183E REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia,(2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Reka Bentuk
dan Teknologi (Tahun 4). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Error: Reference source not found

Anda mungkin juga menyukai