Anda di halaman 1dari 4

Murid dan Alam Belajar : Bab 4 : Model,Pendekatan,Strategi,kaedah dan

Teknik Pengajaran

Model, Pendekatan, Strategi dan Kaedah Pengajaran

an:
satu proses sistematik bagi merancang, memperkembang, melaksana dan menilai
pengajaran.

2) Model Pemprosesan Maklumat;


merupakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia
Cara rangsang dalaman
Aktiviti mental manusia
Tingkatkan ingatan murid

3) Model Pemprosesan Maklumat;


3 jenis ingatan
-ingatan episodik
-ingatan semantik
-ingatan prosedural

i. Ingatan episodik
Ingatan episodik adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjang
hayatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa jatuh
basikal.

ii. Ingatan semantik


Ingatan semantik adalah ingatan tentang makna, iaitu menyimpan konsep, fakta,
hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingat makna semantik.

iii. Ingatan prosedural


Ingatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu,
terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan.
Terdapat 3 jenis lupaan yang berlaku dalam proses pembelajaran seseorang murid.
Berikut adalah huraian ringkas bagi setiap jenis jenis lupaan tersebut;

i) Keusangan
Otak akan akan melupai maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang
kerana faktor keusangan. Keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam
ingatan jangka panjang digunakan atau diingat kembali. Jika maklumat jangka
panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.

ii) Lupaan Gangguan


Gangguan yang berlaku kepada maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka
panjang. Contohnya, proses pembelajaran yang baru mengganggu proses
pembelajaran yang lama.
iii) Lupaan Terdesak
Lupaan yang disebabkan oleh gangguan emosi individu yang mendesaknya untuk
melupakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

Cara tingkatkan ingatan

-banyak belajar
-pemahaman
-kaitkan dengan bahan
-iklim kondusif
-pengajaran yang menarik
-berpusatkan murid

4) Model Behaviouris;
Berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov.
Pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson
Dikenali sebagai teori pembelajaran sosial atau modifikasi tingkah laku
Mempunyai mekanisme pembetulan kendiri dan berupaya mengubahsuai tingkah
laku berdasarkan maklumbalas sejauh mana berjaya melakukan tugasan

5) Model Sosial;
Menurut ahli teori sosial, tingkah laku koperatif bukan sahaja merangsangkan murid-
murid kita secara sosial, bahkan turut merangang secara inteletek.
Mereka mengesyorkan agar guru memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang
memerlukan interaksi sosial bagi mencapai matlamat tersebut.
Model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah pembelajaran
koperatif, main peranan dan simulasi.

6)Model Personal;
Berpegang kepada unsur keperibadian individu dan menekankan perspektif bersifat
individu serta menggalakkan sifat berdikari demi peningkatan kesedaran kendiri.
Model ini berfokuskan kepada konsep-konsep seperti berikut;

o Pengajian fasilitatif; berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Rogers dan


berpusatkan murid.
o Peningkatan kesedaran kendiri; bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan
penunaian potensi masing-masing
o Synectics; memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti;
o Direkabentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah dan aktiviti
penulisan.
o Dalam konteks bilik darjah, murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga
mereka berupaya mengaplikasi prosedur-prosedur secara individu dan kumpulan
koperatif
Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Guru-guru permulaan seelok-eloknya memperoleh koleksi atau himpunan model
Disyorkan gabungkan model-model daripada kumpulan model berlain dalam sesi
pengajaran
Guru-guru yang berkesan perlu menguasai beberapa model serta berusaha mengasah
yang sedia ada dan menambahkan yang baru kepada senarai lama sepanjang
tempoh profesion keguruan

7) Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Berdasarkan Model Pengajaran-


Pedagogi Bestari

Antara pendekatan yang terdapat dalam pengajaran adalah seperti berikut;

Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Eklektik
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan Interaksional
Pendekatan Pengalaman Bahasa
Pendekatan Bersepadu

8) Jenis-jenis kaedah yang sering digunakan oleh guru adalah seperti berikut;

Kaedah terus
Kaedah semulajadi
Kaedah askar atau tentera
Kaedah ajuk-hafaz
Kaedah linguistik
Kaedah oral-aural
Kaedah terjemahan
Kaedah psikologi
Kaedah kod-kognitif
Kaedah khusus

9)Jenis teknik yang sering digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti berikut;

Teknik main peranan


Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik perbahasan
Teknik kuiz
Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik simulasi
Teknik drama
Teknik perbincangan

Anda mungkin juga menyukai