Anda di halaman 1dari 21

BAB 10

KONSEP PERUNDANGAN
ISLAM
Kandungan:
1. Definisi perundangan Islam
2. Matlamat perundangan Islam
3. Perbezaan syariah dan undang-undang ciptaan
4. Mazhab fekah dalam Islam
5. Sumber hukum syariah
6. Undang-undang jenayah Islam

DEFINISI PERUNDANGAN ISLAM

Syariah

Bahasa
saluran air yang mengalir menjadi sumber minuman,
jalan yang lurus.

Istilah

segala hukum yang diperundangkan ke atas hambanya supaya mereka
beriman dan beramal dengan apa yang boleh membawa kepada
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Hukum-hukum dipanggil syariah kerana:
Kedudukannya yang lurus
Sistem benar dan tidak menyimpang
Seperti jalan yang lurus
Jenis-jenis hukum yang terkandung didalam nas-nas al-Quran dan as-
Sunnah dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu hukum berkaitan:
1. Itiqad atau kepercayaan kepada Allah S.W.T. Malaikat , Kitab , Rasul
dan Hari Qiamat.
2. Tatatertib, akhlak dan kelakuan samada baik dan buruk.
3. Perbuatan orang mukallaf seperti ibadah, muamalah, jinayah dan
seumpamanya.

Dalil tentang syariah




O O w - < c s e
O O

Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan)
dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu
ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (al-Jathiyah: 18)
Feqah

Makna feqah:
Bahasa: kefahaman / mengetahui
Istilah: pengetahuan terhadap hukum2 syarak yang bersangkutan
dengan amalan diambil dari dalil2 terperinci

Perbezaan antara syariah dan Feqah
Syariah mempunyai pengertian yang lebih umum dari feqah.
Syariah merangkumi segala perkara yang telah ditetapkan oleh
Allah melalui sunnah rasulnya dan juga al-Quran. Feqah hanya
tertentu kepada sesuatu perkara yang khusus sahaja.
Feqah berkait rapat dengan perbuatan dan perlakuan manusia yang
mukallaf, serta membantu manusia samaada suatu perkara itu baik
atau sebaliknya atau ianya sah atau tidak.
Ilmu feqah itu sendiri merupakan disiplin bagi manusia yang mana
ianya tidak mati selaras dengan berkembangnya perbuatan
manusia.
Walaupun manusia berubah mengikut masa, peristiwa dan keadaan,
feqah juga berubah tetapi tetap dengan hukum nasnya.

Disebabkan fahaman yang berbeza terhadap ayat yang sukar/kurang
jelas, menjadi punca perbezaan pendapat maka lahirlah mazhab2
feqah
Contoh pemahaman ayat di kalangan ulama mazhab:

^ O O C C *
7 N + R + q +
7
Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari
tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan,
kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu
dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu.
(an-Nisa: 43)
Undang-undang ciptaan

Terbahagi 2:
Undang2 semulajadi iaitu ditetapkan oleh Allah dan
tidak boleh dipinda kerana ianya hak mutlak Allah
Undang2 ciptaan manusia
Dibentuk oleh pemerintah / parlimen spt Malaysia
tujuan: menjaga kepentingan umum. Perlembagaan
dianggap undang2 tertinggi.
Boleh dipinda mengikut kesesuaian keadaan
Matlamat Utama Syariah (Perundangan Islam)
Untuk mengatur kehidupan manusia atas asas-asas ma'ruf dan
menjauhi segala bentuk kemungkaran.

Manusia bebas membuat undang-undang baru yang sesuai
dengan keperluan dan suasana semasa dengan syarat tidak
melampaui batasan haram dan tidak terkeluar dari batasan wajib.

Dalam menggubal undang-undang, Islam menyarankan dua
kaedah:
mengutamakan keselamatan umum
membawa kesenangan dan kemudahan kepada manusia.

Perkara-perkara yang menjadi kawajipan matlamat tersebut ialah:
Memelihara agama atau hak dan kebebasan.
Memelihara jiwa atau nyawa .
Memelihara akal fikiran.
Memelihara kehormatan dan keturunan.
Memelihara harta-benda.

Perbezaan: Syariah vs Undang Ciptaan Manusia
SYARIAH ISLAM

Bersumberkan al-Quran dan as
Sunnah
Bersifat tetap, tidak boleh
diubah oleh manusia
Tiada memberi sebarang
pengecualian kepada individu-
individu yang khas sehinggalah
Rasulullah s.a.w. sendiri
Berlandaskan konsep
kedaulatan itu hanya pada
Allah S.W.T.
Hak yang diberi kepada lelaki
atau perempuan menurut
syariat tidak boleh ditarik balik
atau ditambah oleh sebarang
badan perundangan.

UNDANG-UNDANG MANUSIA

Peraturan yang dibentuk oleh
badan yang mempunyai
kuasa politik tertinggi dan
kedaulatan.
Boleh diubah mengikut
kehendak majoriti atau
pemerintah
Sering memberi pengecualian
kepada Raja atau pemerintah
atau kumpulan kumpulan
individu yang tertentu.
Berdasarkan konsep bahawa
kedaulatan itu ditumpukan
kepada negara, raja atau
rakyat (majoriti).


Mazhab-mazhab Fikah dalam Islam
Mazhab = jalan
Mazhab2 fikah berbeza jalan (fahaman) dalam mengeluarkan
hukum
4 mazhab dlm sunnah wal jamaah Hanafi, Maliki, Syafei,
Hambali
Sebab berbeza pendapat:
Kefahaman terhadap nas
Hadis nabi tidak terkumpul dlm satu teks
Berbeza tempat tinggal dan keperluan
Mazhab Hanafi

Pengasas - An-Numan bin Tahbit dan dikenali sebagai Abu Hanifah
(80H-150H).
Berketurunan Farsi dan dilahirkan di Kufah.
Beliau mengajar dengan mengutamakan perbahasan dan
perbincangan serta penggunaan rasional secara meluas.
Dasar istinbatnya (hukum) mengikut tertib keutamaan ialah Al-
Quran, As-Sunnah, Pendapat sahabat dan Al-Ijtihad (iaitu Al-Ijmak,
Al-Qias, Al-Istihsan dan Al-Uruf).
Fiqah Hanafi telah ditulis dan dikembangkan oleh murid-murid Abu
Hanifah antaranya - Abu Yusuf dan Muhammad Hassan.

Mazhab Maliki

Pengasas - Imam Malik bin Anas (93H-179H).
Berketurunan Arab dan dilahirkan di Madinah.
Beliau mengajar dengan cara penyampaian tanpa banyak
perbincangan.
Kitabnya yang terkenal - Al-Mawatha.
Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-
Sunnah, Al-Ijmak, Amalan penduduk Madinah (zaman Rasulullah
s.a.w.), Al-Qias, Pendapat Sahabat, Al-Musalih Al-Mursalah, Al-Uruf.
Sad ul-Dzarai, Al-Istihsan dan Al-Istishab.
Muridnya yang masyhur yang menulis fiqah Maliki - Imam Al-Qarafi.

Mazhab Syafie

Pengasas - Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris As-Syafie (150H-204H).
Berketurunan Arab dan dilahirkan di Gaza, Palestine.
Pernah berguru dengan Imam Malik di Madinah dan Imam Muhammad bin
Hassan di Baghdad.
Beliau dikatakan pertengahan di antara cara Imam Abu Hanifah dan Imam
Malik dalam mengeluarkan hukum fiqah.
Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Al-
Ijmak, Pendapat Sahabat (dengan mengutamakan Khulafa Ar-Rasyidin) dan
Al-Qias.
Kitabnya yang terkenal Ar-Risalah dan Al-Umm

Mazhab Hanbali

Pengasasnya - Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal As-Syaibani (164H-241H).
Dilahirkan di Baghdad dan pernah berguru dengan Imam Syafie di Baghdad.
Ujian besaryang pernah dihadapnya - mengingkari kata Khalifah Makmun
bahawa Al-Quran itu makhluk.
Kitab hadisnya yang terkenal ialah al-Musnad Imam Ahmad.
Beliau tidak suka menjawab soalan bagi perkara-perkara yang belum berlaku
lagi.
Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah,
Pendapat sahabat yang disepakati, pendapat sahabat yang lebih dekat kepada
Al-Quran dan As-Sunnah, Hadis Mursal, Hadis Dhaif, dan Al-Qias.
Sumber Hukum Syariah
Terbahagi 2:
Sumber asli al-Quran dan al-Sunnah
Sumber sekunder al-ijmak dan al-ijtihad

Sumber Asli

Al-Quran

Iaitu sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada umat
manusia melalui Nabi Muhamad s.a.w. untuk mereka jadikan
panduan dalam menjalani kehidupan didunia ini, membacanya
berupa ibadah.
Terdapat kira-kira 330 ayat yang berhubung soal-soal hukum
yang boleh dibahagikan kepada :
Mengenai ibadah dan taharah ) bersuci )140 ayat
Urusan keluarga/nikah kahwin, pusaka 70 ayat
Urusan jual beli, gadaian, sewa-menyewa, syarikat, hutang
piutang 70 ayat
Hukum jinayah 30 ayat
Urusan kehakiman 20 ayat

As-Sunnah

Iaitu segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada
perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian, akhlak
dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik
menjadi Rasul.
Ia diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh para Sahabat,
Tabiin dan seterusnya sehingga ditulis oleh ulamak Hadis.
Peranan al-Sunnah terhadap al-Quran:
Menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran
Menjelaskan ayat yang tidak diperincikan dalam al-Quran
Menetapkan hukum yang tiada dalam al-Quran

Sumber sekunder

al-Ijmak
Iaitu kata sepakat semua ulamak Islam yang mujtahid pada
suatu masa selapas zaman Rasulullah mengenai suatu hukum
syarak
Terbahagi 2:
Soreh semua ulama mujtahid memberi persetujuan
Sukuti sebahagian setuju yang lain diam dan tidak
membantah
Al-Ijtihad

Al-Qiyas
Menyandarkan suatu yg tidak ada hukum dari nas kpd sesuatu yg ada
hukumnya dari nas oleh persamaan illah (sebab musabab). Cth:
pengharaman dadah

Al-Istihsan
Penetapan hukum terhadap suatu masalah berlainan dari ketetapan yang
diterapkan pada masalah2 yang ada persamaan dengannya kerana ada alasan
yang lebih kuat yang menghendaki kelainan itu dilakukan
Cth: orang bodoh wajib dihalang menguruskan hartanya (menjual/melabur)
demi kebaikan diri melainkan kelulusan walinya. Tetapi boleh mewasiatkan
hartanya kepada kebaikan. Alasan: wasiat terlaksana selepas mati

Al-Masalih al-Mursalah
Maslahah/manfaat yang tidak dinyatakan halal / haramnya oleh syariah. Cth:
pengumpulan al-Quran dlm bentuk mushaf

Sadd al-Dharai
Penutupan jalan yang membawa kepada kerosakan. Cth: haram menyewakan
bangunan kepada pengusaha perjudian
Al-Urf
Adat kebiasaan yang tidak bercanggah dengan Islam
Cth:
urf qauli panggilan aulad kepada anak lelaki, sedangkan
dari sudut bahasa ianya merangkumi anak lelaki dan
perempuan
Urf amali berjual beli tanpa akad

Al-Istishab
menghukum dengan ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa kini
atau masa akan datang, berdasarkan kepada ada atau tiadanya
sesuatu itu pada masa yang lalu, kerana tiada bukti yang
menunjukkan bahawa sesuatu itu telah berubah keadaan.
Cth: Semua jenis binatang laut halal dimakan pada hukum
asalnya, kecuali apabila ianya didapati mendatangkan
kemudharatan
Undang-Undang Jenayah Islam
Al-Jinayah segala bentuk tindakan yang dilarang dan
merosakkan ke atas badan, harta atau sebagainya.
Menurut Al-Mawardi segala bentuk kesalahan menurut
syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah
qisas, hudud dan takzir
Pencabulan ke atas lima perkara (agama, nyawa, akal,
harta, maruah) adalah jenayah yang perlu dihukum.
Elemen suatu tindakan itu jenayah:
Perundangan peruntukan tentang kesalahan jenayah
Tindakan melakukan kesalahan jenayah
Kelayakan dari segi umur, kelayakan dan
tanggungjawab

Hukuman Kesalahan Jenayah dalam Islam
Hudud
Qisas
Tazir

Hudud
Pengertian:
Bahasa : menahan / mencegah
Keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan al-
Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah. Kadar hukuman
tidak boleh dipinda.
_ ] - ] p C } _
Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka
sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,
(juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.(al-Maidah: 38)
Bentuk kesalahan hudud:
Sariqah (mencuri)
Zina
Qazaf (membuat tuduhan zina)
Syurb (minum arak)
Hirabah (menyamun)
Irtidad / ridd

Qisas
Pengertian:
Bahasa: memotong atau pembalasan
Istilah : Suatu hukuman yang telah ditetapkan Allah yang wajib
dilaksanakan bagi menunai hak manusia.
Bererti membunuh hendaklah dibunuh balas, mencederakan maka
dibalas cederakan.
Kesalahan jenayah qisas membunuh dengan segaja dan
mencederakan
Diat denda yang wajib dibayar sebagai ganti qisas
Takzir
Pengertian:
Bahasa: menghalang / menolak
Istilah : hukuman yang bertujuan untuk menghalang pencerobohan
kepentingan awam / individu oleh mahkamah / pemerintah
Bentuk hukuman tidak ditentukan di dalam al-Quran dan
al-hadis dan tertakluk kepada bidangkuasa hakim denda,
penjara, sebat dsb.
Latihan
1. Apakah makna syariah dari segi bahasa dan istilah
2. Jelaskan jenis-jenis hukum yang terkandung dalam al-
Quran dan al-sunnah.
3. Nyatakan 3 perbezaan syariah dengan undang-undang
ciptaan manusia
4. Nyatakan sumber perundangan Islam.
5. Huraikan bentuk hukuman jenayah Islam berikut berserta
contoh.
1. Hudud
2. Qisas
3. Tazir

Anda mungkin juga menyukai