Anda di halaman 1dari 9

BAB 1: PENGENALAN KEPADA MUAMALAT DALAM ISLAM

PENGENALAN MUAMALAT DALAM ISLAM

Pada asasnya, Islam merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak. Muamalat merupakan salah
satu daripada cabang syariah yang menekankan kepentingan perhubungan sesama manusia. Justeru
itu, perkataan “muamalat’’ adalah merujuk kepada urusan kehidupan manusia yang berkaitan
dengan kegiatan harian dalam semua bidang meliputi akad, iltizam dan tasarruf yang membawa
kesan kepada pertukaran hak milik barangan atau wang untuk mendapat manfaat secara bersama
berdasarkan kerelaan dan kepuasan.

ISLAM

Aqidah Syariah Akhlak

Fiqh Ibadat Fiqh Fiqh Fiqh Jinayat


Muamalat Munakahat

Prinsip Islam secara umumnya terbahagi kepada 3 bahagian merangkumi apek akidah, Syariah dan
akhlak. Pertama, akidah adalah perkara yang bersangkutan dengan asas dalam kehidupan
seseorang muslim termasuk bab keimanan dan tauhid, hari akhirat, perkara ghaib dan sebagainya.
Kedua, Akhlak yang menitikberatkan pendidikan berbentuk kerohanian yang bertujuan untuk
melahirkan manusia yang berakhlak tinggi yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah S.w.t.
Ianyanya juga bertujuan untuk pembersihan jiwa daripada sifat tercela dan mengamalkan sifat-sifat
terpuji. Dan ketiga adalah berkaitan dengan Syariah. Syariah adalah berkaitan dengan tatacara
perhubungan dengan sesame manusia dari pelbagai aspek merangkumi hal kekeluargaan, jenayah,
ibadat dan juga muamalat yang berbentuk kehartaan.
Istilah "muamalat" (jamak dari muamalah) bermaksud peraturan jual beli manakala dari segi
teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan
bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka, terutama dalam hal-hal
yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang
terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi. Prinsip-prinsip asas yang
memainkan peranan dalam membentuk peraturan syariah dalam muamalat ialah:

Prinsip-prinsip asas penerangan

Keharusan sebagai peraturan umum Status semua perkara selain daripada ritual
sehingga dibuktikan sesuatu perkara dilarang

Kesimpulan kontrak atas persetujuan bersama Persetujuan bersama bermakna kontrak yang
dimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah
bebas daripada sebarang unsur-unsur paksaan,
penipuan, salah nyata atau cara lain yang
menyalahi undang-undang

Pematuhan kontrak dengan maqasid syariah Transaksi yang dibuat oleh individu hendaklah
selaras dengan maqasid syariah

Prinsip edaran kekayaan secara meluas Kekayaan dan harta hendaklah diedarkan
dikalangan orang ramia dan dipindahkan
secara aktif dari satu tangan ke satu tangan
yang lain dalam bentuk perbelanjaan dan
pelaburan

Prinsip ketelusan dalam urusniaga Semua urusniaga kewanga hendaklah


perdagangan dijalankan secara telus supaya semua pihak
jelas mengenai semua fakta penting termasuk
terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka

Adil dan saksama dalam urusniaga Keadilan adalah prinsip umum syariah yang
perlu diamalkan dalam semua transaksi dan
kontrak islam
TUJUAN BERMUAMALAT

Muamalat dalam islam adalah bertujuan agar syariat Islam dapat melahirkan masyarakat yang
aman dan jauh daripada sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan
sebagainya, inilah matlamat muamalat dalam Islam. Islam merupakan agama yang syumul dan
lengkap dengan tatacara dalam pengurusna kehidupan termasuk juga dalam perkara berkaitan
muamalat. Penentuan dan garis panduan yang berikan Islam adalah bertujuan agar muamalat
Islam memenuhi kehendak dan keperluan manusia untuk hidup. Di Antara lain tujuan muamalat
Islam adalah:

 Mengelakkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya


melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.
 Memastikamn agar kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang
dilarang oleh Allah s.w.t. Sebarang perkara-perkara yang keji seperti riba’,rasuah,menipu atau
sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t. hendaklah ditinggalkan
 Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam menjalankan suatu
amanat Allah s.w.t.
 Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan
diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan apa saja untuk
memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa
memikirkan kepentingan orang lain.
 Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi
keluarga,masyarakat dan negara.
 Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong –menolong dan bantu-membantu untuk
kebaikan dan kebajikan bersama.
 Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh golongan
tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan
masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah s.w.t
LARANGAN DALAM MUAMALAT ISLAM

Imam al-Syafie telah menyatakan bahawa syariah telah melarang lapan perkara pokok seperti
berikut 1 :

i. Riba
ii. Gharar
iii. Perjudian
iv. Penipuan
v. Rampasan
vi. Ihtikar (monopoli barangan keperluan asasi manusia)
vii. Rasuah
viii. Perniagaan “subject matter” yang tidak patuh syariah dan mendatangkan kemudharatan
seperti arak,babi, bangkai, makanan yang memudaratkan, hasil penjualan anjing,
pendapatan daripada pelacuran dan seumpamanya.

Riba. Islam membenarkan pengembangan harta melalui jalan perniagaan,


walaubagaimanapun, dalam menjalankan aktiviti pengembangan harta, Islam memberikan garis
panduan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan ketidakadilan dalam proses muamalat yang
dijalankan. Lalu,Islam mengharamkan perolehan harta melalui jalan riba, baik sedikit mahupun
banyak. Diantara ayat yang melarang riba dalam muamalat adalah sepertimana Firman Allah s.w.t:

Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada


Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada
pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba
itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya,
(akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak
kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian)
kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh
sesiapa.

(surah al-Baqarah:278-279)

1
Muhammad Nabil Ghanayim , Qadhaya Muasirah Dirasah Fiqhiyyah Ijtimaiyyah, (Kaherah : Dar al-
Hidayah, 2003), 141
Riba juga telah diharamkan sebelum kedatangan Islam lagi, sebagai contoh di dalam agama
yahudi sendiri, telah disebutkan dalam kitab Taurat ungkapan ini : Apabila saudaramu memerlukan
sesuatu (bantuan), maka dukunglah dan jangan mengenakan atasnya faedah dan manfaat! (Sifrul-
Khuruj 24:22)

Riba diharamkan atas beberapa alasan, sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-
Qardhawi yang menyebut pandangan Imam Razi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa diantara
pengharaman riba dibuat kerana riba itu sama dengan mengambil harta manusia tanpa ada
gantinya.Sebagai contoh, seseorang yang menjual satu dirham dengan dua dirham, maka dia
memperoleh satu dirham tanpa ada timbal balas, maka dihukumkan haram harta seperti ini. 2

Menurut al-Qardhawi lagi, pengharaman riba juga tidak dihadkan kepada pemakan riba
sahaja, malah pemberi riba, pencatit dan juga saksi akan mendapat dosa yang sama. Disebutkan di
dalam sabda Rasulullah s.a.w :

)‫ (رواه أحمد وأبو داود والترميذي‬.‫لعن هللا آكل الربا ومؤكله وشاهديه وكاتبه‬

Terjemahan: Allah telah mengutuki si pemakan riba, orang yang memberikan


riba, 2 orang penyaksinya dan pencatit. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidhi)

Walaubagaimanapun, pengecualian dibuat dalam keadaan darurat yang tidak dapat


dihindarkan, sehingga si peminjam terpaksa membayar bunga dalam pinjaman yang diambilnya. 3

Gharar. Setiap akad jual beli yang mengandungi gharar (penipuan) juga adalah
diharamkan iaitu jual beli yang mengandungi ketidaktentuan dan ketidakjelasan terhadap barang
yang dijual. Sebagai contohnya, menjual buah-buahan di pohon atau kebun yang belum matang
dan kemudian buah itu rosak. Dalil yang menunjukkan pengharaman jual beli jenis ini adalah
sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari yang menyatakan :

ِ‫هللاُ الثه َم َرةَ بِ َم يَأْ ُخ ُذ أَ َح ُد ُك ْم َما َل أَ ِخيه‬


‫أَ َرأَيْتَ ِإ َذا َمن َ َع ه‬

2
Yusuf al-Qardhawi, Halal Dan Haram Dalam Islam (terj.), (Singapura: Pustaka Islamiyah Pte Ltd, 2010),
433
3
Yusuf al-Qardhawi, Halal dan Haram, h. 437
Terjemahan: Apa kata Kamu, sekiranya Allah menahan buah-buahannya (bila
datang bencana yang merosakkannya), kemudian patutkah seseorang kamu
menghalalkan harga yang dibayar oleh saudara? (Riwayat Bukhari)4

Judi. Al-Quran menjelaskan tentang pengharaman judi melalui istilah maysir di dalam
ayat 90 surah al-Maidah yang berbunyi :

Terjemahan : Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan


judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak
panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

(surah al-Maidah :90)

Ayat 90 ini menjelaskan secara serentak dengan larangan syirik menyembah berhala
(‫ (األنصاب‬dan mengundi nasib dengan anak panah (‫ )األزالم‬untuk membayangkan besarnnya dosa
arak dan judi sehingga dilarang bersama dengan dosa syirik itu.

Menurut Al-Razi5 diantara hikmah dan pengharaman larangan judi adalah kerana ia boleh
membawa kepada permusuhan, kutuk mengutuk dan pertelingkahan, serta merupakan satu bentuk
cara pengambilan harta orang lain secara batil, di samping melalaikan manusia dari mengingati
Allah dan mengerjakan solat. Tambahan pula, pertaruhan menimbulkan rasa ingin menang
sehingga sanggup menggadaikan isteri dan anak-anak. 6

Para ulama’ mufassirin juga bersetuju bahawa maisir bermakna qimar (pertaruhan). Qimar
yang dimaksudkan adalah pertaruhan yang dijalankan oleh orang Arab jahiliah yang melibatkan 10
bahagian yang ditentukan daripada unta yang dipertaruhkan. Bahagian ini ditulis pada 10 anak
panah atau pena, selepas itu dilakukan cabutan untuk mencari siapa yang menang dan mendapat
bahagian yang ditentukan, dan sesiapa yang kalah mesti membayar seluruh harga unta pertaruhan
tersebut.7 Walaubagaimanapun, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa maysir tidak

4
Sahih Bukhari, Kitab al-Buyu’, bab iza baa’ al-thamar qabla an yabdu solahuha, thumma asobathu
Aa’hatun fahuwa minal bai’, hadith no.2048, dalam Abi Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari,
Sahih Bukhari, (Beirut : Dar Ibn Kathir, 2002), 524
5
Fakhruddin al-Razi, Tafsir al-Kabir/Mafatih al-Ghaib, (Beirut : Dār al-Kutub al-Ilmiyyah),6: 49
6
Engku Rabiah Adawiyah Engku Ali, “ Konsep Judi Menurut Al-Quran dan Sunnah” dalam (Simposium
Fiqh Mu’asirah, anjuran Jabatan Kemajuan Islam JAKIM,bertempat di Auditorium Masjid Putra, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, bertarikh 10 Mei 2011),7
7
Rujuk Fakhruddin al-Razi, Tafsir al-Kabīr/ Mafatih al-Ghaib, h. 39-40 dalam Engku Rabiah Adawiyah
Engku Ali, “Konsep Judi Menurut Al-Quran dan Sunnah”, .9
terhad kepada qimar yang disebutkan dia atas sahaja, tetapi mencakupi semua bentuk qimar yang
pelbagai. Hadith Rasulullah s.a.w :

‫إن هللا حرم الخمر والميسر والكوبة وكل مسكر حرام‬

Terjemahan : sesungguhnya Allah mengharamkan arak, judi, kubah (sejenis


permainan yang menggunakan papan, buah, dadu, juga dikenali sebagai tabal
dan nard) dan setiap yang memabukkan adalah haram. 8

Judi pada hari ini wujud dalam pelbagai bentuk termasuklah perjudian siber, perjudian
laman web, perjudian melalui perisan, perjudian di kafe siber, casino on net, judi SMS, perjudian
atas kapal, loteri, perjudain bergerak, perjudian di kedai kopi, sindiket berjudi, kasino di Genting,
pertaruhan dalam sukan, pertaruhan dalam pilihanraya, mesin permainan video. 9

Berjual beli benda yang haram. Sebarang transaksi yang dibuat menarik kepada
perbuatan maksiat adalah dilarang dalam Islam. Maka, menjual atau membelinya adalah haram
hukumnya, seperti penjualan babi, arak (minuman yang membukkan), makanan dan minuman yang
dilarang secara umum, patung berhala dan sebagainya. Mengharamkan perniagaan seperti itu akan
menutup pintu-pintu maksiat dan menjauhkan manusia daripada menceburkan diri ke dalamnya.
Rasulullah s.a.w telah bersabda :

ِ ‫هللاَ َو َرسُولَه ُ َح هر َم بَ ْي َع ْالخ َْم ِر َو ْال َم ْيتَ ِة َو ْال ِخ ْن ِز‬


‫ير َو ْاألَصْ ن َِام‬ ‫إِنه ه‬

Terjemahan : Sesungguhnya Allah dan Rasul-nya telah mengharamkan amalan


jual beli arak, bangkai, babi dan patung-patung berhala.10 (Riwayat Bukhari dan
Muslim)

8
Hadith riwayat Ahmad dari Ibn Abbas; as-Syaukani, Nayl al-Awtar, jilid 10 seperti yang dinaqalkan oleh
Dr. Ramadan Hafiz Abdul Rahman dalam Engku Rabiah Adawiyah Engku Ali, “ Konsep Judi Menurut Al-
Quran dan Sunnah”, 9
9
Naser bin Desa, “Judi Menurut Undang-undang : Isu dan Cabaran” dalam (Simposium Fiqh Mu’asirah,
anjuran Jabatan Kemajuan Islam JAKIM,bertempat di Auditorium Masjid Putra, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, bertarikh 10 Mei 2011), 20
10
Hadith riwayat Bukhari, Kitab al-buyu’, bab bai’ al-maitah wa al-asnam, hadith no.2236, dan Muslim ,
Kitab al-Musaqat wa al-muzaraah, bab tahrim bai’ al-khamr al-maitah wa al-khinzir wa al-asnam, no.hadith
1581 dalam Abi Husin Muslim bin Hujaj al-Qushairi al-Nisaiburi, Sahih Muslim, (Riyadh : Dār Taibah),
2:742
KONTRAK (AKAD) DALAM MUAMALAT ISLAM

Akad memainkan peranan penting dalam perkara berkaitan dengan muamalat kerana melalui akad
transaksi harta yang dilakukan adalah mengikut kehendak syarak dan keadilan kepada pihak yang
terlibat. "Aqad" dari sudut bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Ia boleh diterjemahkan
sebagai "kontrak". Al-Barbati dalam kitabnya "Inayah 'ala Fath al-Qadri" mentakrifkan aqad
sebagai: "Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui gabungan dua pengisytiharan
dan wujud kesan perundangan ke atas perkara pokok yang dimaksudkan". Unsur-unsur penting
dalam aqad :

1. Unsur-unsur penting Penerangan Sighah

a. Ijab (tawaran) Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 101, ijab ditakrifkan sebagai
ikrar - untuk membuat penjualan harta dan mengesahkan penjualan tersebut.

b. Qabul (penerimaan) Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 102, qabul ditakrifkan
sebagai ikrar yang disebut oleh pihak kedua apabila menerima penjualan harta dan dengan itu,
perjanjian itu menjadi sempurna.

2. Aqidain (pihak-pihak yang terikat dalam kontrak) Ia adalah syarat untuk kontrak yang sah
bahawa pihak-pihak berkaitan mempunyai keupayaan. Keupayaan adalah kualiti yang menjadikan
seseorang layak untuk mendapatkan hak-hak dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

3. Ma'aqud Alaih (barang yang diakadkan)

a Perkara Pokok Syarat-syarat yang perlu diambil kira menurut perundangan Islam bagi subjek
kontrak:

 Perlu wujud pada masa kontrak.

 Mesti dimiliki secara sah.

 Mesti memberi manfaat atau hasil yang penting bagi pihak-pihak yang berkontrak.

 Perlu mempunyai nilai komersial dalam prinsip syariah.

b Harga / Balasan Ditakrifkan sebagai nilai yang dijanjikan kepada pihak lain apabila membuat
kontrak Syarat-syarat untuk balasan yang sah:
 Wujud (mawjud)

 Dibenarkan (halal)

 Sah (sahih)

 Berharga (mutaqawwim)

Perbincangan berkaitan dengan kontrak muamalat dalam Islam akan dijelaskan lebih lanjut dalam
bab selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai