Anda di halaman 1dari 24

JCEA2302 KELUARGA DAN

KEKELUARGAAN MELAYU
Keluarga dan kekeluargaan dalam
konteks Islam: Penekanan terhadap hak,
tanggungjawab dan akhlak.

PENSYARAH : Prof. Yaacob Bin Harun


MUHAMMAD IZZUL IZHAM BIN MOHAMMAD
NORDIN JEC130007

Keluarga

dan

kekeluargaan

dalam

konteks

Islam:

Penekanan

terhadap hak, tanggungjawab dan akhlak.


KONSEP KEKELUARGAAN ISLAM
Kepentingan pembentukan keluarga
Kekeluargaan (kinship) pada asasnya ialah rangkaian perhubungan antara
kaum keluarga (kin) kinship is the network among kin.Kekeluargaan adalah
struktur utama dalam masyarakat. Pemahaman tentang kekeluargaan
penting

bagi

memahami

struktur

dan

organisasi

masyarakat

pada

keseluruhan. Ibn Khaldun (732-808H) menyifatkan manusia sebagai makhluk


bernasyarakat, berakal, berseni, berkebudayaan, berekonomi, berpolitik dan
sebagainya.

Tiada

seorang

manusia

mampu

hidup

bersendirian

dan

memenuhi keperluan psikologi dan fizikal tanpa perlu berinteraksi dengan


orang lain. Lantaran itu pembentukan institusi pemerintahan adalah salah
satu

cara

bagi

memenuhi

keperluan-keperluan

tersebut

di

samping

menyusun peraturan-peraturan dalam interaksi akan menjadi sukar dan


mencetuskan pelbagai konflik.
Menurut Islam pula keluarga adalah

sebuah institusi yang amat penting

kerana keluarga merupakan sebuah kesatuan masyarakat kecil yang menjadi


asas dalam pembentukan masyarakat yang lebih kompleks. Kepentingan
institusi ini amat jelas apabila dalam agama Islam itu sendiri sudah diatur

undang-undang
(perkahwinan).

atau

hukum

Keluarga

yang

mempunyai

mengatur
peranan

tentang
yang

Munakahat

penting

dalam

membentuk individu yang baik kerana dari peribadi akan membentuk


keluarga yang baik, dari keluarga yang baik akan lahir masyarakat yang baik
pula. Masyarakat yang baik di sini sudah tentu memberi pengertian sebagai
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral sehingga dengan demikian akan
terbentuklah sebuah negara yang cemerlang dan diredhai oleh Allah swt.
Pembentukan keluarga juga memiliki peranan penting sebagai:
a)

Melestarikan keturunan atau generasi manusia kerana sikap tidak

ambil tahu terhadap pembentukan sebuah institusi keluarga akan memberi


impak kepada kehancuran sebuah masyarakat.
b)

Memelihara akhlak, tata susila, dan kemuliaan seorang manusia

melalui ikatan perkahwinan.


c)

Mencapai kebahagiaan, keharmonian, kebaikan, kasih sayang sesama

manusia, kepuasan rohani serta jasmani.


d)

Membentuk umat yang kuat dan mantap kerana individu yang kukuh

dan kuat dibentuk oleh sebuah keluarga (kin)


e)

Memupuk semangat pengorbanan, tolong-menolong, semangat

kerjasama dalam jiwa setiap anggota keluarga.


Pembentukan Keluarga

Islam telah menetapkan perkahwinan sebagai asas dalam pembentukan


sebuah keluarga. Ikatan perkahwinan merupakan sesuatu perkara yang amat
penting ke arah sesuatu yang lebih baik. Tujuan perkahwinan adalah untuk
memperoleh rahmat dan redha Allah swt, memelihara kehormatan diri,
mencapai kegembiraan hati, ketenangan batin, memelihara kesucian diri dan
keturunan, mengikut sunnah Rasulullah s.a.w mendapatkan zuriat dan
berdakwah sebagai cara untuk mengungkapkan cinta dan kasih sayang
antara sepasang manusia.
Pernikahan dalam Islam
Sesungguhnya Islam telah memberikan tuntunan kepada pengikutnya yang
akan memasuki alam pernikahan, lengkap dengan cara atau aturan-aturan
Allah s.w.t. Namun dalam masyarakat kita, hal ini tidak diambil perhatian
sedalam-dalamnya.
Dalam masalah pernikahan sesungguhnya Islam telah mengatur sedemikian
rupa. Dari permulaan bagaimana untuk mencari pasangan hidup hingga
mewujudkan sebuah pernikahan. Walaupun sederhana tetapi penuh baraqah
dan tetap mempersonakan. Islam juga menuntut setiap dari mereka yang
berkahwin melaksanakan peranan masing-masing selepas berkahwin.
Mengetahui calon Suami atau Isteri
Pasangan yang ingin menikah perlu mengetahui calon suami atau isteri yang
akan dinikahi terlebih dahulu.

a.

Melihat calon isteri terlebih dahulu

b.

Mengetahui dan mengenali calon isteri tentang aspek keperibadian,

keturunan, akhlak, agama dan kekayaannya. Rasulullah saw bersabda:


Wanita yang dikahwini itu dilihat dari empat perkara, iaitu karena
harta,keturunan,kecantikan dan agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama
agar selamat dirimu. (HR. Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: Dunia adalah perhiasan,dan sebaikbaik perhiasan itu ialah wanita Shalihah. (HR. Muslim).

Meminta pendapat dari ahli keluarga yang lain.


Bagi seorang lelaki sebelum ia memutuskan untuk menyunting seorang
wanita untuk dijadikan teman hidup, seharusnya mengenali calon isteri
melalui sahabat atau saudara mara wanita tersebut. Mereka sepatutnya
orang yang tahu tentang hal ehwal wanita yang akan dilamar oleh lelaki
tersebut, agar ia dapat memberikan pertimbangan dengan jujur dan adil.
Begitu pula bagi wanita yang akan dilamar oleh seorang lelaki, sebaiknya ia
minta pertimbangan dari kaum kerabat dekatnya yang baik agamanya.
Selepas mendapat pertimbangan dalam memilih pasangan hidup. Individu
yang ingin berkahwin digalakkan untuk solat sunat istikharah. Umat Islam
disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu
atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan

kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan


solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:

Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat

Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di
antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah
daripada Allah pada segala urusannya.
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam).
Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum
tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi
petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Khitbah (Peminangan) pula dilaksanakan sekiranya seseorang itu telah yakin
bahawa pilihan yang dilakukan adalah yang terbaik. Fungsi peminangan ini
adalah sebagai tanda bahawa lelaki ingin mengahwini seorang wanita.
Wanita tersebut boleh menerima atau menolak pinangan seorang lelaki.
Peminangan bertujuan memberi peluang kepada lelaki untuk melihat bakal
isteri yang akan dikahwini tetapi bukan bermakna mereka boleh keluar
bersama seperti orang yang sudah berkahwin.
Seterusnya, akad nikah merupakan proses pengikatan antara lelaki dan
perempuan selepas bertunang. Akad nikah (dari bahasa Arab 'aqd = )atau
ijab qabul merupakan ikrar pernikahan. Yang di maksud dengan akad nikah
ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak
calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses

atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh
wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.
Selepas selesai proses akad nikah barulah pasangan lelaki dan perempuan
layak digelar suami isteri dan boleh menjalankan hubungan yang sah.
Kebiasaannya selepas akad nikah akan diadakan majlis walimatul urus
(kenduri kahwin). Fungsi walimatul urus ini bertujuan untuk memperkenalkan
pasangan

yang

baru

berkahwin

kepada

kaum

kerabat

agar

tidak

mewujudkan salah sangka dalam kaum kerabat malah kepada masyarakat


sendiri.

Hukum-Hukum Perkawinan
Islam

sebenarnya

menganjurkan

umatnya

agar

melangsungkan

perkahwinan. Namun hukumnya boleh berubah menjadi wajib, sunat,


makruh dan haram.
1.

Harus, ini adalah hukum asal dari sebuah perkahwinan

2.

Wajib (az-zawaj al-wajib), bagi yang mampu dan tidak dapat menahan

hawa nafsunya dan dikuatiri akan terjerumus ke dalam lembah dosa melalui
perbuatan Zina.

3.

Sunat (az-zawaj al-mustahab), bagi mereka yang mampu, mampu

menahan hawa nafsu serta berkeinginan untuk menikah.


4.

Makruh(az-zawaj al-makruh), bagi yang tidak berkemampuan

memberikan nafkah, sehingga membebankan isteri dan keluarga.


5.

Haram (az-zawaj al-harom), bagi yang tidak mampu, tidak bertanggung

jawab

dan

menikah

akan

mewujudkan

masalah

pada

isteri

serta

keluarganya.
Pembentukan keluarga amat penting maka setiap apa yang dilakukan
seharusnya bertepatan dengan syariat dalam Islam. Perkara yang menjadi
fokus dalam esei ini ialah ha, tanggungjawab dana akhlak.

Hak dan Tanggung Jawab


Dalam menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga, setiap ahli mempunyai
hak dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dipenuhi. Ini untuk
menjamin

keharmonian

terbentuk apabila

hidup

berumah

tangga.

Keluarga

yang

baik

setiap ahli keluarga menjalankan tugas masing-masing

dan memahami setiap kepentingan keluarga itu sendiri.


Tanggungjawab Suami terhadap Isteri:

Memberi nafkah zahir dan batin. Keperluan menyediakan nafkah zahir


memberi maksud menyediakan keperluan makanan dan pakaian kepada
isteri serta menyediakan tempat tinggal. Memimpin dan mendidik isteri.
Suami

sewajarnya

mendidik

isteri

sehingga

mencapai

tahap

boleh

menjauhkan ahli keluarganya dari seksaan api neraka. Memberi layanan


yang baik pada Isteri
Tanggungjawab

isteri

terhadap

suami:Mentaati

dan

mematuhi

suami.

Memberikan layanan yang baik kepada suami. Menjaga kehormatan diri dan
harta suaminya.
Tanggungjawab bersama suami isteri :
Mendalami Ilmu fardu ain Tolong menolong dalam hal kebajikan dan
meninggalkan kemungkaran. Memupuk cinta dan kasih sayang. Mempererat
hubungan antara keluarga suami dengan isteri. Saling memaafkan jika
melakukan kesilapan dan kesalahan. Bertawakal kepada Allah swt dalam
mencapai keluarga bahagia. Pembentukan Akhlak di dalam Keluarga ke arah
yang lebih baik.

Tujuan pembinaan Akhlak


Melihat dari segi tujuan akhir dilaksanakannya ibadah adalah pembinaan
Taqwa. Bertaqwa mengandung erti melaksanakan segala perintah agama
dan meninggalkan segala larangan agama. Ini bererti menajuhi segala

perbuatan-perbuatan

jahat

dan

melakukan

perbuatan-perbuatan

baik

(Akhlaqul Karimah). Perintah Allah swt senantiasa ditunjukkan kepada


perbuatan-perbuatan baik dan larangan-larangan untuk berbuat jahat atau
maksiat

( Akhlaqul Madzmumah). Orang yang bertakwa bererti orang

yang berakhlak mulia, berbuat baik dan berbudi luhur.


Akhlak Sebagai Anak
Anak yang dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan fitrah bererti anak tersebut
lahir dalam keadaan sudah beragama Islam. Orang tualah yang menjadikan
anaknya itu Muslim, yahudi, nasrani mahupun majussi. Di sinilah letak
kewajiban orang tua terhadap putera-puterinya dalam mendidik serta
mengajari akhlak terhadap sesama manusia.
Al-Ghazali menggunakan istilah anak-anak dengan beberapa sebutan seperti
ini;
-

As- Shobiy (kanak-kanak)

Al-Mutaallim (pelajar)

Thalibul Ilmi (penuntut ilmu pengetahuan)

Masa anak-anak adalah masa yang paling indah. Anak-anak diibaratkan


sebagai kain putih yang perlu dicorakkan. Jika cantik coraknya baiklah
jadinya tetapi jika rosak coraknya maka rosaklah ia. Pancaran kebahagiaan
yang muncul dari mata mereka adalah gambaran masa depan. Dunia anakanak sebenarnya tidak kurang pentingnya dengan dunia orang dewasa.

Namun kemajuan sesuatu bangsa sangat bergantung pada perhatian meraka


terhadapa semua aspek kehidupan anak-anak. Perubahan tradisi budaya
yang berkait rapat dengan anak harus dimulai dari rumah seorang ayah dan
ibu harus mampu mendidik anaknya menjadi anak yang soleh. Anak
bukanlah beban hidup kerana pada dasarnya sejak lahir setiap anak
merupakan anugerah yang memberi rezeki serta wajib dipelihara dan
disyukuri.
Warisan budaya yang tidak memberikan dorongan terhadap perkembangan
anak masih menjerat sebagian besar warga masyarakat. Masih banyak orang
yang beranggapan anak adalah produk sampingan kehidupan. Maka
mengutamakan kepentingan dan hak-hak anak bukanlah suatu dosa. Anak
jika dididik dengan baik jelas berakhlak baik. Akan tetapi jika dibiarkan
berkembang sesuai tempat tinggal

tanpa adanya bimbingan maka akan

terpesong akhlaknya.
Imam Al-Ghazali memberikan pandangan bahawa sesungguhnya seseorang
itu diciptakan Allah

mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Imam Al-

Ghazali mengemukakan cara mendidik anak dengan memberi contoh seperti


latihan,kebiasaan,nasihat, dan anjuran sebagai alat pendidikan dalam rangka
membina keperibadian anak-anak sesuai dengan ajaran agama Islam.
Apabila anak-anak itu dibiasakan dengan perkara yang baik maka ia akan
tumbuh di atas kebaikan tadi. Sebaliknya jika anak sejak kecil sudah

dibiasakan dengan perkara yang buruk

saja tanpa dibimbing akhlaknya,

maka anak itu akan celaka dan punah akhlaknya.


Tindak lanjut dan didikan akhlak pada anak-anak harus dikembangkan
adalah seperti kesopanan dan kesederhanaan makan, pakaian, tidur,
berbicara dan tingkah laku.
Maka dari itu yang wajib dihindarkan dari perbuatan tercela adalah sebagai
berikut:
1.

Jangan suka bersumpah

2.

Jangan suka meminta-minta

3.

Jangan suka membanggakan diri

4.

Jangan berbuat sesuatu dengan cara sembunyi-sembunyi

5.

Jangan suka berbohong

6.

Jangan suka mencuri

7.

Jangan suka memfitnah

8.

Jangan suka mencela dan menghina orang lain

9.

Jangan menceritakan keburukan orang lain

Maka pembinaan akhlak terhadap anak menuju Akhlaqul Karimah adalah


dengan menanamkan nilai-nilai keagamaan

sehingga terwujudlah sikap

mental anak dan keperibadian yang selari dengan ajaran agama.

Akhlak kepada Ayah, Ibu dan Orang Tua


Setelah bertaqwa kepada Allah swt, seorang anak itu wajib berbakti kepada
kedua

orang

tuanya.

Orang

tua

telah

bersusah

payah

memelihara,mengasuh,mendidik, sehingga menjadi orang yang berguna dan


berbahagia.

Oleh

karena

itu

seorang

anak

wajib

mentaatinya,

menghormatinya, menjunjung tinggi titahnya, mencintai mereka dengan


ikhlas, berbuat baik kepada mereka, terlebih jika kedua orang tua kita sudah
memasuki usia lanjut (Lansia), janganlah kita berbicara keras dan kasar
terhadap mereka.
Allah Swt berfirman: Dan Tuhan mu telah memerintahkan supaya kamu
jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu
bapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau
kedua-duanya

sampai

berumur

lanjut

dalam

pemeliharaanmu,

maka

janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah


dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua
dengan penuh kesayangan dan ucapkan: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka

keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu kecil .


(QS.Al-Israa : 23-24)
Di dunia ini tidak seorang pun dapat menyamai kedudukan orang tua. Tidak
ada satu usaha dan pembalasan yang dapat menyamai jasa kedua orang tua
kepada buah hatinya. Perbuatan yang harus dilakukan seorang anak
terhadap kedua orang tua menurut Al-quran adalah sebagai berikut;
1.

Berbakti kepada orang tua

2.

Mendoakan kedua orang tua

3.

Taat terhadap segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala

yang dilarang oleh mereka. Sepanjang perintah dan larangan itu tidak
bertentangan dengan ajaran dan kedah agama.
4.

Menghormatinya, merendahkan diri kepadanya, berkata yang halus

dan yang baik-baik supaya tidak menyinggung dan menyakiti hati mereka,
tidak membentak dan tidak bersuara melebihi suaranya. Tidak berjalan di
depannya, tidak memanggilnya dengan sebutan nama, tetapi panggilah
dengan sebutan ayah atau ibu.
5.

Memberikan penghidupan,pakaian,mengobati jika sakit dan

menyelamatkannya dari sesuatu yang dapat membahayakannya.


6.

Menyayangi dan mencintai kedua orang tua.

Akhlak atau Tanggung Jawab Orang Tua Kepada Anaknya

1.

Senantiasa mendoakan anak-anaknya agar menjadi anak yang soleh

dan solehah
2.

Mengazankan anak laki-laki dan mengqamatkan anak perempuannya

ketika ia lahir
3.

Member nama yang baik kepada sang anak

4.

Memberikan asi kepada anak sampai ia berusia dua tahun

5.

Menyediakan makanan,pakaian,tempat tinggal yang layak

6.

Mendidik dan membina anak anaknya agar menjadi soleh dan beriman

7.

Memberinya pendidikan

8.

Memberikan kasih sayang dan bersikap adil terhadap anak

9.

Menguruskan perkahwinan mereka apabila telah sampai masa untuk

menikah
Kerana pentingnya berakhlak kepada orang tua, Satiri mengatakan berbuat
baiklah kamu terhadap Ibu Bapa mu, nescaya anak-anak mu akan berbuat
baik terhadap mu, nescaya isteri mu akan memberikan kasih dan sayang
kepada mu.

Jika kedua orang tua telah meninggal, seorang anak tetap

memiliki tanggung jawab kepada kedua orang tuanya tersebut, iaitu dengan
cara:
a.

Jika orang tua meninggalkan hutang piutang segerakan untuk dibayar

b.

Jika meninggalkan wasiat segera penuhi wasiatnya sepanjang tidak

bertentangan dengan Al-quran dan as sunah


c.

Sambung kembali hubungan silaturahim dengan sahabat keluarga dan

kerabat dekatnya.
d.

Senantiasa mendoakannya agar terlepas dari seksaan kubur dan seksa

neraka

PERANAN SUAMI dan BAPA

Islam telah menetapkan bahawa seorang lelaki merupakan insan terpenting


dalam sesebuah keluarga. Lelaki, suami dan bapa memikul tugas yang
sangat berat sebagai khalifah di bumi Allah. Hal ini kerana mereka
merupakan ketua keluarga di dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
Sebagai seorang suami atau ketua, mereka berhak untuk menentukan
perjalanan institusi keluarga di bawah pimpinannya. Namun begitu, sebagai
seorang isteri yang taat dan solehah, mereka tidak boleh mengamalkan sifat

lepas tangan kerana setiap individu memiliki tugas dan tanggungjawab


masing-masing dalam menentukan kelancaran dan kejayaan rumah tangga
tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab atas
rakyat yang berada di bawah jagaannya. Para lelaki (suami), adalah penjaga
kepada ahli keluarganya dan bertanggungjawab atas rakyat bawahannya.
Perempuan

(isteri)

adalah

penjaga

di

dalam

rumah

suaminya

dan

bertanggungjawab atas rakyatnya. Maka setiap kamu adalah penjaga dan


setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyat masing-masing. (H. R.
Bukhari dan Muslim)
Antara tanggungjawab terbesar seorang suami dan bapa ialah beliau perlu
menyelamatkan diri dan ahli keluarganya daripada kemurkaan Allah S.W.T.
Suami dan bapa haruslah memastikan perjalanan rumah tangga yang
diketuainya berada di landasan Islam yang betul dan tidak menyimpang
daripada ajaran Islam yang sebenar. Beliau juga harus memastikan bahawa
rakyat bawahannya sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan
syariat Islam.
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: Wahai orang- orang yang
beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan
bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. (Surah al-Tahrim : 6)
Selain daripada tugas terbesar di atas, suami dan bapa juga mempunyai
tanggungjawab yang lain dalam memastikan perjalanan rumah tangga di

bawah pimpinannya berjalan dengan lancar dan dalam keadaan baik. Suami
dan bapa perlu memahami bahawa keluarga merupakan amanah yang diberi
oleh Allah yang wajib dipimpin dengan sebaik-baiknya. Selain itu, suami dan
bapa perlu mencurahkan kasih sayang kepada setiap ahli keluarga tanpa
mempunyai sikap pilih kasih sama ada terhadap anak-anak mahupun isteriisteri (jika beristeri lebih daripada satu). Di samping itu, suami dan bapa
perlu menunjukkan perasaan belas kasihan dan dan kesediaan untuk
berkorban demi kebahagiaan keluarga serta memberikan pendidikan Islam
yang sempurna kepada isteri dan anak-anak. Seorang suami dan bapa juga
perlu melindungi setiap ahli keluarganya daripada sebarang kecelakaan.
Seorang suami dan bapa perlu menyediakan keperluan asasi kepada
keluarganya iaitu tempat tinggal, pakaian dan makanan yang mengikut
kemampuannya. Suami yang bertanggungjawab perlu berlaku adil dan
bergaul baik dengan ahli-ahli keluarganya. Suami dan bapa juga perlu
menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dengan rumah tangga,
jiran tetangga dan rakan-rakan dengan baik dan bijaksana. Suami dan bapa
yang baik akan menghormati hak-hak isteri-isteri dan anak-anak. Dan juga
menyelesaikan

mahar

kepada

isterinya

jika

masih

lagi

belum

menyelesaikannya.
PERANAN ISTERI dan IBU
Selain suami dan bapa, isteri dan ibu juga mempunyai tanggungjawab yang
tersendiri. Antara tanggungjawab terbesar bagi seorang isteri dan ibu ialah

memastikan perjalanan rumah tangga yang dibina bersama suami berjalan


dengan lancar dalam keadaan yang sempurna dan diredhai oleh Allah s.w.t.
Mendapat isteri yang solehah merupakan kenikmatan dan kemewahan hidup
yang paling bernilai di dalam rumah tangga. Sebaliknya, jika mendapat isteri
yang tidak solehah merupakan bebanan sepanjang hidup dan akan
mempengaruhi susur galur keluarga sehingga ke anak cucu. Sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Dunia ini adalah kenikmatan
hidup, sebaik-baik kenikmatan hidup ialah isteri yang solehah. (H. R.
Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban yang
bermaksud:Empat perkara yang membawa kebahagiaan ialah isteri yang
baik, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. . .
Sabda Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh al-Dailani pula
bermaksud: Empat perkara yang membahagiakan seseorang iaitu isteri
yang solehah, anak-anak yang terdidik, sahabat yang baik dan rezeki yang
ada di negeri sendiri.
Antara tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu yang solehah ialah
wajib

bersikap

al-Mawaddah

dan

al-Rahmah

sebagaimana

yang

diwajibkan ke atas seorang suami dan bapa. Seorang isteri dan ibu juga
harus patuh dan taat kepada perintah suami selagi mana perintah tersebut
tidak bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya, serta syariat Islam.
Isteri yang solehah perlu pandai menjaga kehormatan diri, suami dan

keluarganya serta menjaga harta benda dan rahsia rumah tangga dengan
kemas. Selain daripada itu, seorang isteri hendaklah sentiasa berhias untuk
suami agar sentiasa kelihatan kemas dan menarik serta menjaga kebersihan,
kesihatan, dan kebajikan anak-anak supaya sentiasa teratur dan sempurna.
Di

samping

itu,

seorang

isteri

dan

ibu

yang

solehah

tidak

boleh

meninggalkan rumah tanpa izin daripada suaminya, melainkan di dalam


keadaan yang darurat. Demikianlah merupakan sebahagian tanggungjawab
isteri-isteri

dan

ibu-ibu

yang

solehah

dalam

rumah

tangga

dalam

memastikan keluarga mereka merupakan institusi kekeluargaan yang


bahagia dan di redhai oleh Allah s.w.t.

PERANAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH TERHADAP IBU


BAPA
Dalam mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia, aman dan
makmur, Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk diikuti oleh
anak-anak. Antara tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka
ialah taat atas segala arahan mereka selagi mana ia tidak bercanggah
dengan perintah Allah s.w.t dan RasulNya serta syariat Islam. Selain itu,
sebagai anak-anak yang soleh dan solehah, adalah menjadi tanggungjawab
untuk menjaga dan memelihara harta dan maruah serta diri kedua ibu bapa
apabila mereka telah tua. Menjaga makan dan minum mereka dan juga
menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk mereka. Anak-anak yang

soleh dan solehah juga wajib mendoakan kedua ibu bapa mereka tidak kira
semasa kedua ibu bapa masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Demikianlah yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran
yang bermaksud :

Dan

Tuhanmu

telah

perintahkan

supaya

engkau

tidak

menyembah

melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik


kepada ibu bapa jika salah seorang daripadanya atau kedua-dua sekali
sampai ke umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah
engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun
perkataan ah dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan
satun). Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepadanya kerana belas
kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata)
: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana
mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku
semasa aku masih kecil. (Surah al-Isra' : 23-24)

Demikianlah gambaran serba ringkas mengenai institusi kekeluargaan yang


telah digariskan oleh Syariat Islam. Ia merupakan manifestasi keagungan
dan

kekuasaan

Allah

yang

telah

menciptakan

al-Din

untuk

hamba-

hambanya. Ini dapat diketahui melalui firmanNya di dalam al-Quran yang

bermaksud : Di antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T,


Dia menciptakan untuk kamu pasangan hidup dari jenis kamu, supaya kamu
bersenang-senang dengannya. Dan mengurniakan kamu perasaan kasih
sayang dan mengasihani antara kamu, yang demikian menjadi bukti bagi
kaum yang mahu berfikir. (Surah al-Rum : 21)
Dalam islam keluarga merupakan satu institusi yang indah dan sempurna.
Keluarga merupakan asas terbentuknya sesebuah masyarakat. Keluarga
yang baik membentuk masyarakat yang cemerlang bertepatan untuk
membina negara yang mempunyai minda kelas pertama. Sekiranya konsep
keluarga

Islam

menjadi

tunjang

dalam

setiap

kelurga

sudah

pasti

kesempurnaan mampu diperoleh di negara kita.


Refleksi
Dalam dunia yang semakin moden terutamanya di Malaysia penekanan
terhadap pembentukan keluarga ini semakin lemah. Anak anak terbiar
tanpa pengawasan sehingga berlakunya gejala sosial yang tidak sihat,
keluarga berpecah belah dan juga membawa kepada isu masyarakat.
Perkara

ini

dilihat

berpunca

daripada

penekanan

terhadap

hak,

tanggungjawab dan akhlak yang lemah. Pemahaman terhadap hak setiap


orang dalam sesebuah keluarga perlu diberi penekanan agar setiap orang
dalam keluarga tahu apa hak bagi seorang isteri, suami dan anak anak.
Tanggungjawab membawa kepada kefahaman terhadap fungsi setiap orang

dalam sesebuah keluarga. Manakala akhlak ialah keperibadian yang ada


pada seseorang.
Ketiga tiga perkara ini sememangnya penting kerana pemahaman terhadap
perkara tersebut akan mempengaruhi sesebuah keluarga. Oleh demikian,
Islam amat menitik beratkan perkara tersebut agar sebuah keluarga yang
baik akan terbentuk selaras dengan wujudnya masyarakat yang baik.
Perkara ini juga perlu ditekankan dalam kursus perkahwinan kerana
perkahwinan bukan hanya terletak kepada kepentingan perhubungan suami
isteri dan juga mengelak daripada berlakunya penceraian tetapi hak dan
tanggung jawab dalam sesebuah rumah tangga itu perlu diperjelaskan agar
setiap bakal suami isteri tahu apa peranan masing-masing

dan juga

bagaimana membentuk ahli keluarga yang bakal terbentuk ke arah yang


lebih baik dan menepati syariat Islam. Seterusnya mampu mewujudkan ahli
masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Kepentingan institusi
kekeluargaan tidak boleh dipertikaikan atas sebab bentuk sesebuah negara
itu berdasarkan keluarga. Keluarga yang baik memberi

impak terhasilnya

masyarakat yang baik atau sebaliknya.


Konklusinya, jika keluarga mampu dimantapkan dengan asas yang penting
maka

kita

akan mampu

membina

negara

pemodenan yang seimbang secara menyeluruh.

yang

seimbang

ke arah

Bibliografi
http://www.islam.gov.my/en/rujukan-modul-pra-perkahwinan
Paizah Ismail(2003)Kekeluargaan Islam Menurut Al Quran dan Al Sunah,
Penerbit Universiti Malaya

Mustafa hj. Daud. Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan.Utusan Publication


Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 2000. hal. 19
Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad. Ahmad Tarmizi Talib. Tamadun Islam.
UPM. Serdang 1997. hal. 5
Azhar Hj. Morad. Azharudin Mohd Dali dll. Titas 1. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2000.
hal. 6.
Dr Yusuf al-Qardawi. Tamadun Islam Alternatif Masa Depan.Maktabah alQardhawi. Selangor. 1999. hal. 34.

Anda mungkin juga menyukai