Anda di halaman 1dari 25

Konsep dan Fungsi Rumah Melayu

Tradisional
tiga jenis rumah iaitu rumah
separuh di bawah tanah, rumah di
atas tanah dan rumah
berpanggung atau bertiang tinggi.

Keistimewaan rumah Melayu tradisional


mudah untuk dirombak atau dipindahkan ke
tapak lain disamping terdapat yang kekal pada
sesuatu tapak.

Mari kita pindah.

Rumah merupakan antara keperluan asas


manusia. Dua ciri pentingnya ialah dari aspek
fizikal sebagai tempat berlindung dari panas
dan hujan, sebagai pangkalan tempat bertolak
dan berlabuh serta pulang untuk melakukan
aktiviti tertentu. Rumah juga tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan manusia bermula
dari lahir hingga mati.

Dari sudut psikologi, rumah dapat


memberikan rasa aman tenteram dan harmoni
untuk mengasuh, mengasihi dan tempat untuk
mendapatkan ketenangan jiwa.

Orang Melayu menganggap rumah sebagai


syurga mereka di dunia ini. Rumah juga
menyediakan manusia untuk hidup secara
individu seterusnya bermasyarakat. Rumah
berfungsi sebagai status penghuni

Dari sudut fizikal rumah terbahagi kepada tiga


bahagian. Ia penting untuk disesuaikan dengan
kehendak sebagai tempat berlindung, menjadi
kekuatan dan kehendak alam sekitar.
Tiga bahagian itu ialah perenggan bawah, tengah
dan atas. Dari sudut psikologi, tiga bahagian itu
diibaratkan seperti peringkat penting hidup
manusia iaitu lahir hidup dan mati.

Selain itu, rumah boleh diibaratkan badan


manusia iaitu atas - kepala, tengah badan,
bawah kaki.
Rumah itu dianggap sebagai tubuh manusia
yang ada pancainderanya. Dari segi cara hidup
orang Melayu sangat mementingkan
kehormatan dan adat resam.

Rumah - tubuh manusia

KEPALA
Buah buton(gutung) yang terdiri di kemuncak rabung
TENGKUK
Bahagian di antara buah buton dengan rabung
DUA LENGAN TANGAN
Kedua-dua sisi digelar pemelas
DADA
Bahagian di antara kedua-dua sisi pemelas yang dikenali tuban layar
PERUT
Bahagian tempat duduk di antara alang dengan pelantaian
PINGGANG
Bahagian tempat duduk juga, tetapi daripada rusuk (lambung)
PUNGGUNG
Pelantaian tempat duduk
DUA PAHA DAN BETIS
Dua tiang dari alang sampai ke tanah
DUA KAKI
Dua ibu tangga dan anak tangga
KALBU (HATI)
Bilik di dalam rumah

Konsep dan fungsi ruang


rumah Melayu tradisional diwujudkan ruangruang tertentu iaitu ruang untuk lelaki dan
ruang untuk perempuan. Ruang untuk lelaki
terletak di bahagian hadapan dan merupakan
ruang yang formal (anjung, serambi, ruang
tangga)

Bahagian tengah merupakan bahagian


perempuan dan dijadikan tempat tidur pasangan
suami isteri dan anak perempuan. Ruang ini
diperuntukkan untuk perempuan bagi
menjalankan kegiatan dalaman. Pada bahagian
tengah rumah, ia mengandungi bilik, ruang khas
untuk perempuan.

Bagi rumah yang ada selang atau selangsa juga


untuk kaum wanita. Bahagian belakang (dapur
@ aktif), merupakan ruang untuk memasak,
para untuk simpan barang-barang dapur, ruang
makan, jemuran atau pelantar.
Walau bagaimanapun, tidak bermakna kaum
lelaki tidak boleh memainkan peranan. (hanya
dari segi konsep sahaja).

Sesetengah rumah contoh rumah limas ada


memiliki ruang tandas. Lazimnya rumah Melayu
tradisional tandas terletak di luar rumah
Rumah moden telah banyak mewujudkan ruang
tambahan seperti bilik tamu dan bilik tidur dan
meletakkan tandas di dalam
rumah(berhampiran dapur).

Serambi dan Anjung


Ruang ini tidak mementingkan privacy dan
merupakan ruang untuk kaum lelaki. Ia meliputi
ruang yang panjang, sesuai untuk dijadikan
ruang formal (rasmi) dalam majlis adat istiadat
dan agama serta kenduri seperti majlis
perkahwinan, berkhatan, khatam Al- Quran dan
lain-lain.
Dalam upacara akad nikah, pengantin lelaki dan
pegawai adat akan duduk di bahagian hujung
serambi.

serambi

Rumah Ibu
Jika ruang serambi dan anjung tidak
mementingkan privacy , ruang rumah ibu pula
amat mementingkan privacy kerana ia
merupakan kawasan domain perempuan.
Ruang ini juga dijadikan tempat tidur bagi
saudara perempuan yang dating dari jauh.
Selain untuk majlis perkahwinan, pada hari-hari
biasa ruang ini akan dijadikan tempat
sembahyang.

Rumah ibu

Selang/selasar
Bahagian yang berdinding separuh
Digunakan oleh kaum wanita untuk berbual atau
menjahit
Tempat memandikan jenazah

Rumah Dapur
Ruang ini merupakan domain perempuan.
Walau bagaimanapun ia tidak mementingkan
privacy. Ruang ini akan digunakan untuk
meraikan tetamu perempuan
majlis perkahwinan-membungkus telur,
membuat lauk pengantin dan makan
hari biasa - aktiviti-aktiviti harian bagi kaum
perempuan seperti menjahit, menganyam tikar
dan lain-lain dijalankan di ruang ini.

Loteng
Merupakan ruang tiga segi yang terletak di
bawah bumbung berbentuk V terbalik.
Terdapat sebuah tangga untuk naik ke atas
loteng yang terletak di dalam rumah ibu.
Ruang kosong ini digunakan untuk menyimpan
barang-barang lama yang tidak digunakan lagi.
Kadang kala ia digunakan sebagai tempat oleh
anak-anak gadis

Loteng/peran

Pelantar
Pelantar merupakan ruang belakang rumah
dapur. Ruang ini boleh digunakan oleh kaum
perempuan bersembang-sembang, menjemur
pakaian dan menjemur padi. Kadang kala ia
digunakan untuk meletak perkakas lading atau
perkakas laut atau menjemur dan membasuh
tempayan-tempayan besar ditempatkan di sini
digunakan untuk menakung air

pelantar

Kesimpulannya
dapat dikatakan bahawa konsep binaan
sesebuah rumah Melayu merupakan manifestasi
daripada gerak rasa batin dan kekreatifan
masyarakat Melayu.
maka tidak hairanlah sekiranya ruang-ruang dan
bahagian-bahagian sesebuah rumah dikatakan
mempunyai fungsinya
Ini adalah ciri-ciri yang sama dengan tubuh
badan manusia yang turut mempunyainya
fungsinya tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai