Anda di halaman 1dari 5

GIR1002 Pengenalan

Kepada Teater
Review Teater Jang Oh Jang
Dan Jalan cerita Kasih Terlindung
Pensyarah: Cik Rosnani Binti Seman
Muhammad Izzul Izham Bin Mohammad Nordin
JEC130007

Review Teater Jang Oh Jang

Teater ini mengisahkan berkenaan Ujang atau panggilanya Jang yang ingin
mengahwini Milah namun pinangannya di tolak ayah Milah dan menerima
pinangan Samad.
Babak 1
Kisah bermula dengan kehadiran dua rombongan yang ingin meminang Milah.
Satu rombongan mewakili Ujang dan satu lagi mewakili Samad. Perbincangan
antara dua wakil semakin hangat apabila ayah kepada Milah sukar untuk
membuat pilihan antara Samad atau Ujang. Akhirnya dia memilih Samad yang
dikatakan lebih baik berbanding Ujang.

Berita penolakan pinangan diterima dengan hati yang perit. Ujang tidak dapat
menerima bahawa Milah memilih Samad berbanding dia. Emak Ujang cuba
memujuk dan menyuruh Ujang mencari pekerjaan agar masa hadapannya lebih
baik.

Akan

tetapi

Ujang

tetap

berdegil

dan

mengharapkan

nasib

menyebelahinya.

Babak 2
Sewaktu Ujang bersama ibunya di sawah, sahabat kepada Milah menyampaikan
hasrat MIlah untuk bertemu dengan Ujang. Ibunya menghalang pertemuan
tersebut kerana risau bahawa Milah itu adalah tuning orang dan tidak elok
dipandang orang. Ujang tetap berdegil dan terus berjumpa dengan Milah

Pertemuan mereka diketahui oleh Minah yang meminati Ujang. Lalu dia
berkomplot dengan dua sahabatnya untuk membuat cerita yang Ujang dengan
Milah telah melakukan perkara yang terkutuk. Habis satu kampong diceritakan
perkara tersebut. Berita tersebut sampai ke telinga Samad. Samad tanpa usul
periksa terus menyeru orang kampong menangkap Ujang. Disebabkan perkara
tersebut Ujang terpaksa melarikan diri dari kampong meninggalkan emaknya.

Sebelum melarikan diri Ujang sempat berjumpa dengan rakan baiknya dan
meminta pertolongan untuk menjaga ibunya sewaktu ketiadaannya. Ujang
sempat berjumpa dengan emaknya dan menyatakan bahawa berita yang orang
kampong hebahkan itu palsu namun emaknya tidak mempercayai. Sebelum
pergi ujang turut meninggalkan sepucuk surat buat ibunya.

Babak 3
Masa berlalu dan perkara sebenar terbongkar. Rakan kepada Milah menceritakan
semula kepada Emak Ujang yang sebenarnya Ujang dan Milah tidak melakukan
apa-apa perkara dan semua itu adalah buah mulut Minah. Perkara itu
mengejutkan Emak Ujang dan mengharapkan Ujang pulang ke kampong.

Satu pagi Ujang pulang semula ke kampong dan bertemu dengan Emaknya
semula. Pelbagai perkara telah berubah termasuk Milah yang sudah putus tuning
dengan Samad. Berita itu amat memberi kegembiraan Ujang dan terus meminta
Pak Longnya menghantar rombongan meminang. Ujang padamasa ini lebih yakin
kerana dia sudah mempunyai pekerjaan dan sudah berjaya .

Babak 4
Tetapi kali ini pinangan Ujang ditolak kerana Ayah Milah malu dengan apa yang
berlaku sebelum ini dan berasa bersalah. Ujang menerima takdir yang dia tidak
dapat berkahwin dengan Milah. Ujang merasakan dia perlu pulang ke bandar
semula untuk meneruskan nasibnya di sana. Pada akhir babak Ujang terkenang
akan bayangan Milah sewaktu kecil memanggilnya untuk turut sekali.

Jalan cerita Kasih terlindung


Permulaan
Zulaikha seorang gadis yang hidup dalam keadaan yang sederhana. Puan Saleha
dan Encik Zaman menjagnya dengan sepenuh jiwa dan raga. Kehidupan seharihari lengkap tanpa masalah. Setiap apa yang diinginkan diberikan oleh ibunya.
Lama kelamaan Zulaikha merasakan ayahnya tidak memberi apa-apa makna
dalam kehidupannya.

En. Zaman

seorang

pegawai

syarikat

yang

bekerja untuk

menanggung

kehidupan keluarganya. Setiap perbelanjaan anaknya Zulaikha diberikan kepada


isterinya untuk diuruskan. Apa yang penting bagi En. Zaman anak gadisnya
dapat hidup selesa. Atas kesibukan kerja En. Zaman juga selalu pulang lewat dan
jarang bersama Zulaikha.

Perkembangan
Namun bagi Zulaikha dia melihat bahawa ayahnya seorang yang tidak
bertanggung jawab dan hanya mementingkan kerja sahaja. Setiap tindak
tanduknya ayahnya pasti dicurigai dan kata-kata ayahnya tidak didengari.
Perkara ini berterusan sehinggalah Zulaikha dewasa dan sudah bekerja.

Suatu

hari

diamendapat

berita

kematian

ibunya.

Pemergiaan

ibunya

meninggalkan ayahnya kesorangan. En. Zaman juga sudah tidak mampu tinggal
bersendirian kerana atas maslah kesihatan. Maka merlukan pemerhatian

seseorang. Maka Zulaikha sahaja yang ada. Dalam keadaan terpaksa dia perlu
menjaga ayahnya. Zulaikha masih menyimpan dendam kepada ayahnya.

Konflik
Pelbagai kerenah yang perlu dijaga oleh Zulaikha dengan keadaan ayahnya yang
selau sakit dan ada sahaja yang tidak kena bagi Zulaikha. Namun hayat En.
Zaman juga tidak lama selepas sebulan Zulaikah menjaganya dia pergi
menghadap ilahi. Tinggallah Zulaikha sendiri. Setiap dari harta ayahnya diwarisi
oleh Zulaikha.

Peleraian
Zulaikha rindu akan memori bersama ibunya tetapi tidak sedikit pun buat ayah.
Untuk melepaskan rindu Zulaikha pulang ke rumah lamanya. Walaupun rumah
itu sedikit usang tetapi memorinya tetap indah. Disebabkan Zulaikha jarang
pulang ke rumah terdapat banyak benda-benda baru. Dia membelek satu almari
yang penuh dengan album gambar sewaktu dia kecil sehingga dewasa. Pelbagai
peristiwa yang dapat dia ingat. Sehinggalahdia membuka satu album yang
mempunyai sususan yang amat menarik. Disamping tu juga terdapat sedikit
cacatan. Pelbagai cerita dicatatkan dalam album tersebut. Satu demi satu
helaian dibuka dan air mata Zulaikha mula menitis. Pada akhir helaian album
tersebut terlihat bahawa catatan tersebut dari ayahnya.
Tanpa dia sedari selama ini ayahnya amat mengambil berat tentang dirinya.
Walaupun dalam keadaan sibuk ayahnya tetap memastikan puteri tunggalnya
dapat hidup dalam keadaan gembira walau kasih sayang tersebut tidak jelas
tetapi ianya tetap ada.

Anda mungkin juga menyukai