Anda di halaman 1dari 10

Title: How was your understanding of cultural and contextual consideration of the

work developed through the interactive oral ?

Novel: Hujan Hitam

___________________________________________________________________

Masyarakat jepun kaya dengan budaya mereka yang sangat dibanggakan.

Budaya-budaya masyarakat jepun amatlah baik untuk dikaji dan boleh diamalkan

oleh semua golongan masyarakat. Budaya mengikut kamus dewan bahasa dan

pustaka adalah tamadun atau peradaban. Budaya merupakan cara berfikir dengan

akal budi yang sudah maju. Melalui perbincangan berbentuk forum di dalam kelas

pada sekian hari, saya telah berjaya mengenal pasti beberapa budaya masyarakat

jepun yang telah diamalkan sejak zaman peperangan. Oleh itu saya ingin mengulas

dengan lebih lanjut lagi tentang budaya masyarakat jepun dan perbandinggannya

dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Budaya yang pertama yang telah diulas ialah budaya kesetiaan dan

kecintaaan kepada negara. Pengarang memaparkan budaya ini dengan jelas dalam

watak anak Puan Mitsuda yang berani untuk menjadi torpedo manusia. Keinginan

anak Puan Mitsuda untuk berkorban demi negaranya jelas menunjukkan semangat

kesetiaan dan kecintaannya kepada negara. Pada pendapat saya, budaya ini

merupakan satu elemen penyatuan kaum yang boleh memupuk perpaduan dalam

sesebuah negara. Masyarakat Malaysia juga mengamalkan budaya ini kerana

walaupun kita hidup dalam berbilang bangsa, namun perpaduan yang utuh tetap

ada.

Budaya yang seterusnya yang diulas adalah budaya hormat-menghormati.

Budaya ini dapat dilihat di dalam novel melalui peristiwa pemberian sebuah kotak

berisi makanan dan sepasang kimono rasmi oleh En Fujita kepada Yasuko sebagai
tanda dia diberhentikan daripada kerjanya di dalam bab 19. Hal ini jelas sekali

menunjuk bahawa En Fujita sangat menghargai Yasuko sepanjang

perkhidmatannya. Pada pendapat saya, budaya hormat-menghormati adalah aspek

penting dalam kehidupan bermasyarakat untuk memastikan masyarakat hidup

dalam keadaan aman dan damai. Sikap hormat-menghormati ada pada setiap

individu di Malaysia kerana kita dapat lihat Masyarakat majmuk di Malaysia hidup

dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

Budaya keprihatin juga dapat dilihat di dalam bab 16, pengarang telah

memaparkan watak Taziko yang amat prihatin terhadap kondisi Yasuko sehingga

membawa belut untuk membantunya menguatkan badan. Pada pendapat saya,

budaya keprihatin amat penting bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama

insan. Masyarakat Malaysia amat terkenal dengan budaya keprihatinannya. Hal ini

dapat dilihat melalui amalan bertamu yang diamalkan sejak dahulu kala lagi.

Forum yang telah diadakan telah dapat meningkatkan pengetahuan saya

mengenai budaya masyarakat Jepun dan juga persamaannya dengan masyarakat

Melayu di Malaysia. Budaya masyarakat Jepun amatlah dipandang tinggi oleh

masyarakat di serata dunia. Dengan mempelajari novel Hujan Hitam, saya dapat

mengambil iktibar daripada beberapa peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam

novel. Pengarang juga telah berjaya untuk memaparkan budaya-budaya masyarakat

Jepun dengan baik dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca.

(395 words)
Research question: Sejauh manakah teknik penceritaan yang digarap oleh

pengarang dapat memaparkan latar masyarakat yang bertanggungjawab dalam

novel hujan hitam ?

Novel Hujan Hitam merupakan satu karya agung yang digarap oleh

seorang penulis terkemuka Jepun iaitu Masuji Ibuse pada tahun 1965 yang

bertemakan kesengsaraan dan kepayahan hidup masyarakat Jepun setelah

berlakunya pengeboman nuklear di Hiroshima. Salah satu latar masyarakat yang

ingin diketengahkan pengarang adalah latar masyarakat yang bertanggungjawab

yang telah dipaparkan melalui beberapa peristiwa. Teknik penceritaan yang

digunakan pengarang juga memainkan peranan yang penting untuk memberi kesan

kepada jalan cerita dan juga pembaca.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat,

tangunggungjawab membawa maksud kewajipan yang dipikul oleh seseorang;

segala yang wajib ditanggung. Melalui pengkajian novel Hujan Hitam, nilai

tanggungjawab masyarakat Jepun yang tinggi telah ditonjolkan pengarang walaupun

pada ketika itu keadaan amat huru-hara sekali. Nilai tanggungjawab merupakan satu

budaya masyarakat Jepun yang dinilai tinggi oleh masyarakat Jepun. Masyarakat

Jepun dikatakan bertanggungjawab kerana jarang untuk kita melihat kewujudan tong

sampah di tempat awam akan tetapi tempat-tempat awam di Jepun berada dalam

keadaan yang bersih. Hal ini kerana masyarakat Jepun akan meyimpan dahulu

sampah kepunyaan mereka sehingga mereka tiba di rumah. Kadar jenayah yang

rendah di Jepun yang dapat dibuktikan melalui statistik yang meletakkan Jepun di
tempat ke 8 negara terselamat dan aman di dunia.1 Hal ini dapat membuktikkan

bahawa masyarakat Jepun merupakan masyarakat yang menitikberatkan nilai

tanggungjawab untuk memelihara maruah mereka.

Berdasarkan novel Hujan Hitam karya Masuji Ibuse, pengarang telah

memaparkan latar masyarakat yang bertanggungjawab melalui teknik-teknik

penceritaan dalam kajian sastera. Antaranya dapat dilihat melalui watak utama novel

Hujan Hitam iaitu Shigimatsu Shizuma. Shigematsu merupakan seorang yang

bertanggungjawab terhadap pekerjaannya kerana walaupun pada ketika

pengeboman, Hiroshima berada dalam keadaan huru hara, akan tetapi, Shigematsu

tetap tidak melepaskan tugas yang diarah oleh ketuanya, En Fujita untuk mencari

arang. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa dalam Bab 11 novel Hujan Hitam

dimana Shigematsu telah diarahkan oleh En Fujita untuk mencari arang yang boleh

didapati di Hiroshima atau Ujiro. Shigematsu akur akan perintah En Fujita lalu pergi

mencari arang. Walaupun gagal mendapatkan arang setelah berjumpa dengan

Leftenan Sasatake pada pertama kalinya, Shigematsu tetap akur akan perintah En

Fujita untuk berjumpa kembali Leftenan Sasatake untuk meminta arang walaupun

dia tahu bahawa dia tidak akan berjaya untuk mendapatkan arang. Melalui peristiwa

yang berlaku ini, jelaslah bahawa pengarang telah berjaya menerapkan sikap

tanggungjawab seseorang terhadap pekerjaannya dengan effektif menggunakan

teknik dialog antara Shigematsu dan pengurusnya dimana Shigematsu telah

berkata,

“Kalau begitu, saya akan pergi awal esok pagi,” kataku. “Walaupun percubaan itu sia
sia”. [Hujan Hitam:251]

1
Crime Index for Country 2016. (n.d.). Retrieved June 21, 2015, from
http://www.numbeo.com/crime/rankings_by_country.jsp
Shigematsu juga telah bermonolog dengan dirinya sendiri,

“Aku memutuskan untuk pergi ke Depot Pakaian sekali lagi, walaupun aku tahu
usahaku iti tidak berguna” [Hujan Hitam:252]
Melalui teknik dialog dan monolog pengkaji telah membuat dapatan bahawa teknik

penceritaan yang digunakan pengarang telah menunjukkan bahawa Shigematsu

merupakan seorang pekerja yang sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan

tugasnya sebagai seorang pekerja.

Melalui peritiwa yang sama juga, pengarang dapat memaparkan latar

masyarakat yang bertangungjawab melalui watak Leftenan Sasatake dimana beliau

tidak membenarkan Shigematsu mengambil arang kerana tidak ada sebarang

keputusan dalam mesyuarat. Pengarang telah mengunakan teknik dialog antara

Leftenan Sasatake bersama Shigematsu dan En Tashiro untuk memaparkan latar

masyarakat yang bertanggungjawab dalam sistem ketenteraan. Di dalam dialog

tersebut, Leftenan Sasatake telah berkata,

“ Tentang arang, sebagaimana yang telah saya katakan beberapa kali,”katanya


“kami mesti mencapai keputusan. Walau bagaimanapun saya akan bertanya kepada
ketua saya. Soal pengangkutan, melibatkan berbagai-bagai soal teknik. Dan kami
terpaksa menimbangkan permintaan awak dan juga keperluan syarikat lain.
nampaknya awak terpaksa menunggu sehingga kami mengadakan mesyuarat.”
[Hujan Hitam:234]
Melalui dialog ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa Leftenan Sasatake

merupakan seorang tentera yang bertanggungjawab dan tidak sewenang-

wenangnya menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan keputusan tanpa arahan

orang atasan.

Sekali lagi melalui watak Shigematsu, pangarang telah berjaya memaparkan

latar masyarakat yang bertanggungjawab apabila Shigematsu menerima arahan

ketuanya untuk mengambil alih tempat paderi membaca doa bila-bila ada kematian
walaupun dia tidak pernah membaca sutra sebelum ini. Shigematsu sanggup ke kuil

mazhab Shin untuk mempelajari Perlindungan Tiga Kali Ganda, Dedikasi, Gita puja

Buddha, Sutra Amina, Sutra dan Khutbah Kefanaan untuk orang mati. Shigematsu

tekat untuk membacanya dengan khusyuk dan sepenuh hati. Hal ini dapat dibuktikan

melalui teknik monolog. Monolog dalaman telah berlaku di dalam diri Shigematsu

dimana dia telah berkata kepada dirinya sendiri,

Aku tidak mempunyai banyak kelayakan untuk memandu roh si mati dalam
perjalanannya ke dunia seterusnya, namum, sekurang-kurangnya, aku berbisik pada
diriku sendiri, dengan membaca sutra itu aku boleh mendoakan keselamatan
mereka, dan aku bertekad untuk membacanya dengan khusyuk dan sepenuh hati.
Suasana bilik yang aman membolehkan aku berbuat demikian. [Hujan Hitam:184]
Hal ini menunjukkan bahawa Shigematsu bersunguh-sungguh dalam melakukan

upacara tersebut. Kesungguhan dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu

pekerjaan pekerjaan jelas memperlihatkan bahawa sememangnya Shigematsu

merupakan seorang yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi dalam dirinya.

Shigematsu juga amat bertanggungjawab dalam membantu orang yang berada

di dalam kesusahan apabila dia telah membantu En Hashizume yang seperti

kehilangan akal selepas pengeboman. Dia membantu En Hashizume mencari

keluarganya yang hilang. Hal ini dapat dilihat melalui dialog di antara En Hashizume

dan Shigematsu,

“Apabila saya tiba di rumah, tiada siapa pun di sana,”katanya


“Kalau begitu, apa yang perlu dibuat sekarang ialah mencari mereka sebelum api
merebak ke mari,”kataku [Hujan Hitam:119]
Sebagai sebahagian daripada golongan masyarakat yang terlibat dengan

peperangan, Shigematsu berasa bertanggungjawab untuk membantu golongan yang

berada di dalam kesusahan. Peperangan mengakibatkan keadaan huru-hara, orang

berasa kehilangan orang yang tersayang, kesakitan dan kesengsaraan.


Kesanggupan membantu orang lain walaupun dirinya sendiri berada dalam

kesusahan menunjukkan bahawa Shigematsu merupakan seorang yang

bertanggungjawab

Shigematsu bukan sahaja bertanggungjawab terhadap masyarakat dan

pekerjaannya, malah, dia juga bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri.

Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa di mana Shigematsu telah memimpin

keluarganya untuk mencari tempat yang selamat untuk menyelamatkan diri.

Pengarang telah mengunakan teknik dialog untuk memaparkan tanggungjawab

Shigematsu memimpin keluarganya.

“ Mari ikut aku jalan bawah wayar ni!” teriakku. “Apa pun, jangan sentuh wayar tu.
Aku pegangkan wayar tu sambil kamu lalu. Jika aku terkena kejutan elektrik, jangan
sentuh apa pun kecuali pakaianku, Faham tak?-pegang hujung kaki seluarku dan
tarik aku keluar” [Hujan Hitam:137]
Melalui apa yang telah diperkatakan oleh Shigematsu, jelaslah bahawa dia

bertanggungjawab terhadap keluarganya. Malah, dia sanggup mengorbankan

nyawanya sendiri dengan mengambil risiko memegang wayar untuk membenarkan

keluarganya lalu di bawah wayar tersebut. Tidak seperti peristiwa pada halaman 164

dimana seorang bapa telah meninggalkan anaknya yang buku lalinya tersepit kerana

ingin menyelamatkan diri, Shigematsu merupakan seorang ketua keluarga yang

bertanggungjawab terhadap keluarganya dan tidak mementingkan dirinya ketika

berada di dalam kesusahan.

Selain itu, pengarang telah memaparkan latar masyarakat yang

bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan melalui watak En Tanaka

melalui peristiwa kehilangan beras yang dicuri olen pihak tentera. Oleh kerana

kecurian makanan tersebut berlaku pada hari En Tanaka bertugas, dan dia sendiri
yang telah membenarkan pihak tentera yang tidak bertanggungjawab mengambil

makanan, En Tanaka berasa bersalah. Melalui dialognya bersama pengurusnya,

“Tapi tuan, prebet kanan berada dalam infantri, jadi saya sangka mereka askar dari
Kor Barat kedua. saya fikir bendera biru itu menandakan mereka datang dengan
arahan pegawai kompeni. Tetapi saya yang bodoh… Ya tuan mesti menyalahkan
saya. Encik Fujita, ini semua salah saya...” [Hujan Hitam:211]
Melalui kata-kata En Tanaka, jelaslah dapat dilihat penyesalan En Tanaka

membenarkan pihak tentera mencuri makanan. Teknik pemerian juga telah

digunakan pengarang pada halaman 212 dimana pengarang menyatakan bahawa

En Tanaka bersumpah akan menggantikan barang barang yang telah dicuri

walaupun akan mengambil masa seumur hidupnya untuk melakukannya.

Seterusnya, sifat tanggungjawab terhadap masyarakat dalam masyarakat

jepun dapat dilihat melalui watak Kotaro. Kotaro merupakan seorang watak yang

sangat bertanggungjaawab terhadap masyarakat. Hal ini dapai dikaji melalui

peristiwa dimana dia telah keluar mencari makanan untuk mengagih-agihkan

kepada jiran-jiran. Pengarang telah menggunakan teknik pemerian untuk

memaparkan mesej tersebut kepada pembaca.

Ketika zaman peperangan, Kotaro sengaja keluar mencari makanan lebih


untuk diagih-agihkan kepada jiran-jirannya seolah-olah sudah menjadi
tanggungjawabnya berbuat demikian. [Hujan Hitam:77]
Walaupun pada ketika itu keadaan huru-hara, akan tetapi, Kotaro mempunyai sikap

bertangunggungjawab yang dapat dibuktikan melalui sikapnya yang tidak

mementingkan diri menyimpan makanan untuk dirinya sendiri malah dia telah

berkongsi makanan bersama jiran-jirannya.

Kesimpulannya, teknik –teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang

di dalam novel Hujan Hitam amat berkesan dalam memaparkan latar masyarakat

yang bertanggungjawab dalam novel ini. Antara teknik-teknik yang kebanyakkannya


digunakan pengarang merupakan teknik monolog dan monolog dalaman, teknik

pemerian dan teknik dialog. Melalui teknik penceritaan yang digunakan pengarang,

pembaca dapat memahami dengan lebih jelas jalan cerita dan juga latar masyarakat

yang bertanggungjawab. Pembaca juga dapat menghayati jalan cerita di dalam

novel kerana dapat merasakan seperti mereka berada di situasi tersebut. Ketelitian

pengarang dalam menulis menjadikan novel ini sangat menarik untuk dikaji.

Pengarang juga berjaya menarik minat pembaca untuk lebih memahami latar

masyarakat yang terdapat di dalam novel melalui teknik penceritaan yang

digunakan. Beliau telah berjaya menarik minat pembaca untuk meneruskan

pembacaan sehingga ke akhir novel kerana keberkesanan teknik-teknik penceritaan

yang telah digunakan. Secara kesimpulannya, penggunaan teknik-teknik

penceritaan sangat wajar dan berkesan untuk digunakan oleh pengarang bagi

menarik minat pembaca untuk membaca dan memahami mesej-mesej yang cuba

disampaikan oleh pengarang tertutamanya untuk memaparkan latar masyarakat

yang bertanggungjawab kerana masyarakat Jepun sememangnya mempunyai nilai

tanggungjawab yang tinggi.

(1473 words)
Bibliografi

Buku

Ibuse, M., & Zainal, F. (1993). Hujan hitam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus Dewan: Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman sesawang

Crime Index for Country 2016. (n.d.). Retrieved June 21, 2015, from
http://www.numbeo.com/crime/rankings_by_country.jsp

Anda mungkin juga menyukai