Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam hormat,

Media massa berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu maklumat oleh

seseorang individu kepada individu lain. Media cetak bersifat konvensional berbanding media

elektronik yang lebih pantas dan luas medium penyebarannya. Dalam konteks media cetak,

penggunaan bahasa Melayu yang ditulis lebih sempurna dan terjaga dari segi ejaannya, struktur

ayat, dan pemilihan istilah kerana penulis media cetak akan sentiasa mengedit penulisannya

sebelum diterbitkan. Sebaliknya, dalam media elektronik penulis tidak mengambil berat

penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan mereka semata-mata mengejar masa

untuk diterbitkan dalam media tersebut.

Saya berpandangan bahawa pengguna bahasa Melayu dalam media elektronik masa kini

acap kali mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam media

sosial dan media penyiaran . dalam media penyiaran seperti radio swasta, penyampai media

sering merojakkan bahasa Melayu dengan bahasa lain. Keadaan ini mencerminkan jati diri

penutur bahasa itu sendiri yang tidak memartabatkan bahasa Melayu sebaliknya mengagung-

agungkan bahasa lain. Aktivis terkenal negara Lee Lam Thye (2014) juga mengatakan bahawa

fenomena bahasa rojak yang kian menjadi-jadi, bertutur dalam kebangsaan tetapi dicampur

dengan bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan.

Selain itu, saya mendapati ada juga surat khabar atas talian berbahasa Melayu yang

mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari segi ejaan dan struktur ayatnya. Hal ini

tidak seharusnya berlaku dalam surat khabar atas talian kerana surat khabar merupakan sumber
rujukan utama kepada para pembaca. Apabila hal ini berterusan, para pembaca akan terkeliru dan

terikut-ikut dengan apa yang dibacanya.

Terdapat juga aspek kesantunan berbahasa tidak dititikberatkan dalam media elektronik.

Penggunaan kata-kata yang tidak sopan banyak ditemui di alam maya seperti Facebook, Twitter

dan Instagram. Kata-kata makian cacian dan kesat tidak sepatutnya digunakan dalam media

berkenaan. Lebih-lebih lagi kesannya turut menjejaskan kemurnian bahasa Melayu yang kaya

dengan kata-kata berkias dan secara tidak langsung melambangkan kesopanan penutur bahasa

Melayu itu sendiri.

Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat hendaklah

diterapkan dalam media massa khususnya media elektronik. Kesantunan berbahasa dalam media

elektronik juga harus disemai dan dibudayakan dalam kalangan pengguna bahasa. Azura Halim

(2019) juga ada mengatakan bahawa janganlah sampai meminggirkan bahasa kebangsaan

sehingga menganggap bahasa Melayu tidak mampu mencipta prestijnya yang tersendiri dalam

membentuk minda kelas pertama rakyatnya.

Rujukan
Azura Halim. (2019, September). Memartabat Bahasa Kebangsaan Memperkukuh Jati Diri. Astro Awani.

Lee Lam Thye. (2014, Januari 20). Bahasa Rojak Bukan Budaya Kita. Utusan Online.

Anda mungkin juga menyukai