Anda di halaman 1dari 4

ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu segmen berubah menjadi sama hampir dengan segmen yang
bersebelahan dengannya. Terdapat empat jenis asimilasi iaitu konsonan berasimilasi dengan
fitur vokal, vokal berasimilasi dengan fitur konsonan, konsonan berasimilasi dengan fitur
konsonan dan voksl berasimilasi dengan fitur vokal.

KONSONAN BERASIMILASI DENGAN FITUR VOKAL

Konsonan berasimilasi dengan fitur vokal adalah satu bunyi vokal yang bersebelahan dengan
konsonan yang akan mempengaruhi bunyi konsonan tersebut menyebabkan bunyi konsonan
tersebut menyesuaikan bentuknya mengikut fitur vokal. Terdapat beberapa contoh perkataan
di dalam dialek kemaman yang berlaku proses konsonan berasimilasi dengan fitur vokal.

Gloss Bahasa melayu standard Dialek kemaman


Biawak [biawak] [bewɔʔ]
Sawah [sawah] [sawɔh]
Rajah menunjukkan konsonan /w/ berasimilasi dengan fitur vokal ɔ

Berikut merupakan contoh perkataan yang mengalami proses konsonan berasimilasi dengan
fitur vokal. Dimana contoh perkataan dialek Kemaman adalah [bewɔʔ] dan [sawɔh].
Konsonan yang terlibat di dalam proses ini adalah /w/ manakala vokal yang terlibat adalah
vokal /ɔ/. Disini kita dapat lihat dalam perkataan [bewɔʔ] konsonan /w/ dipengaruhi oleh
vokal belakang separuh rendah /ɔ/ menjadikan bunyi konsonan itu menyesuaikan bentuknya
mengikut fitur vokal. Berikut juga terjadi dalam perkataan [sawɔh], dimana konsonan /w/
berasimilasi dengan fitur vokal ɔ menghasilkan bunyi [sawɔh] dengan konsonan dipengaruhi
oleh bunyi vokal mengakibatkan konsonan perlu dibunyikan mengikut kesesuaian fitur vokal
berikut.

Gloss Bahasa melayu standard Dialek kemaman


Buaya [buaya] [boʝə]
Rajah berikut merupakan contoh lain bagi proses konsonan berasimilasi dengan fitur vokal.

Perkataan [boʝə] merupakan contoh seterusnya yang berlaku proses konsonan yang
berasimilasi dengan fitur vokal. Di dalam perkataan ini konsonan yang terlibat adalah /ʝ/ dan
vokal yang terlibat adalah /ə/. Disini berlaku proses konsonan yang berasimilasi dengan fitur
vokal dimana konsonan /ʝ/ berasimilasi dengan vokal /ə/ menghasilkan bunyi konsonan yang
dipengaruhi oleh vokal dan menyebabkan bunyi konsonan perlu menyesuaikan perkataan
mengikut fitur vokal.
Gloss Bahasa melayu standard Dialek kemaman
berlakon [bərlakon] [bəlakoŋ]
Hidung [hiduŋ] [idoŋ]
Hodoh [hodoh] [udoh]
Rajah berikut menunjukkan contoh proses konsonan berasimilasi dengan fitur vokal.

Rajah diatas menunjukkan tiga contoh perkataan yang mengalami proses konsonan
berasimilasi dengan fitur vokal. Perkataan berikut adalah [bəlakoŋ], [idoŋ] dan [udoh].
Perkataan ini melibatkan konsonan /k/ dan /d/ yang dipengaruhi oleh fitur vokal /o/. konsonan
/k/ dan /d/ perlu menyesuaikan bunyi perkataan itu dengan fitur vokal kerana mengalami
proses konsonan berasimilasi dengan fitur vokal.

Kesemua rajah diatas menunjukkan contoh-contoh dialek kemaman yang berkaitan dengan
proses konsonan yang berasimilasi dengan fitur vokal. Perkataan seperti [bewɔʔ], [sawɔh],
[boʝə], [bəlakoŋ], [idoŋ] dan [udoh] merupakan antara dialek kemaman yang terlibat dalam
proses konsonan berasimilasi dengan fitur vokal. Perkataan tersebut kesemuanya mempunyai
konsonan dan vokal yang berlainan terlibat didalam proses ini. Antara konsonan yang terlibat
adalah /w/, /k/ dan /d/. dan fitur vokal yang terlibat adalah /o/, /ɔ, dan /ə/. Maka kesemua
perkataan ini mengalami proses asimilasi konsonan berasimilasi dengan fitur vokal.

VOKAL BERASIMILASI DENGAN FITUR KONSONAN.

Bunyi konsonan yang bersebelahan dengan vokal akan mempengaruhi bunyi vokal tersebut
menyebabkan bunyi vokal tersebut menyesuaikan bentuknya mengikut fitur konsonan. Di
dalam Dialek kemaman terdapat perkataan yang berlakunya proses asimilasi ini.

Gloss Bahasa melayu standard Dialek kemaman


Sungai [suŋai] [suŋã]
Ngail [ŋail] [ŋãel]
Rajah berikut merupakan contoh vokal /a/ berasimilasi dengan fitur konsonan /ɳ/.

Berikut merupakan proses vokal /a/ berasimilasi dengan fitur konsonan /ɳ/ yang
menunjukkan perubahan berlaku diantara bahasa melayu standard dan dialek kemaman.
Perkataan [suŋã] merupakan proses asimilasi progresif yang menghasilkan bunyi vokal yang
dipengaruhi oleh bunyi konsonan yang mendahuluinya. Contoh perkataan lain adalah [ŋãel].
Perkataan ini juga menghasilkan vokal /a/ yang dipengaruhi oleh konsonan /ɳ/ dan
mengalami proses vokal yang berasimilasi dengan fitur konsonan.

Gloss Bahasa melayu standard Dialek kemaman


Kelapa [kəlapa] [ɲiɔr]
Rajah berikut merupakan contoh vokal /i/ berasimilasi dengan fitur konsonan /ɳ/.
Contoh diatas pula merupakan vokal /i/ yang berasimilasi dengan konsonan /ɳ/. Bahasa
dialek kemaman menggunakan perkataan [ɲiɔr] bagi menunjukkan proses yang berlaku iaitu
berlakunya proses asimilasi progresif yang menunjukkan bunyi terhasil apabila konsonan
mempengaruhi vokal untuk menghasilkan bunyi [ɲiɔr].

Gloss Bahasa melayu standard Dialek kemaman


Sembahyang [səmbahyaŋ] [smãyaŋ]
Rajah diatas merupakan contoh vokal /a/ berasimilasi dengan fitur konsonan /m/

Contoh diatas juga merupakan contoh yang mengalami proses yang sama tetapi dengan
menggunakan perbezaan vokal dan konsonan. Dialek Kemaman menunjukkan bahawa
vokal /a/ dalam perkataan [smãyaŋ] dipengaruhi konsonan /m/ dan terhasil satu proses vokal
berasimilasi dengan fitur konsonan.

Gloss Bahasa melayu standard Dialek kemaman


manis [manis] [manih]
Rajah di atas pula menunjukkan contoh vokal /i/ berasimilasi dengan konsonan /n/

Contoh diatas pula menujukkan bagaimana vokal /i/ dipengaruhi oleh konsonan /n/ dalam
perkataan dialek Kemaman iaitu [manih]. Berlaku proses asimilasi progresif terhadap
perkataan [manih].

Gloss Bahasa melayu standard Dialek kemaman


menari [mənari] [nãri]
Rajah menunjukkan vokal /a/ berasimilasi dengan fitur konsonan /n/

Rajah diatas juga merupakan contoh yang mengalami proses vokal berasimilasi dengan fitus
konsonan tetapi dengan menggunakan vokal /a/ dan konsonan /n/. Setelah menghasilkan rajah
ini maka terhasilnya dialek kemaman iaitu perkataan [nãri].

Kesemua rajah diatas merupakan contoh yang menunjukkan proses vokal berasimilasi dengan
fitur konsonan tetapi dengan perbezaan vokal dan konsonan yang berlainan. Tetapi terdapat
persamaan diantara proses yang berlaku terhadap contoh-contoh yang diberi. Contoh seperti
[suŋã], [ŋãel], [ɲiɔr], [smãyaŋ], [manih] dan [nãri]. Contoh-contoh ini terdapat persamaan
bahawa setiap vokal dipengaruhi oleh konsonan nasal bersuara. Disini boleh dilihat bahawa
dialek kemaman terdapat banyak contoh perkataan yang mengalami asimilasi

KONSONAN BERASIMILASI DENGAN FITUR KONSONAN

Proses asimilasi seterusnya adalah konsonan berasimilasi dengan fitur konsonan. Proses ini
berlaku apabila terjadi sama ada dua konsonan bersebelahan menjadi mirip kerana salah
satunya menerima ciri atau fitur menjadi satu lagi atau apabila ia mlibatkan daerah atau titik
artikulasi menjadi mirip.

Di dalam data dialek Kemaman yang diperolehi, kami mendapati proses ini tidak berlaku di
dalam dialek Kemaman. Kerana di dalam data yang diperolehi tiada satu perkataan yang
menunjukkan ejaan yang mempunyai konsonan bersebelahan. Kebiasaanya perkataan yang
berada di dialek Kemaman ini menggunakan KVKVK, VKV, KVKV. Di dalam data tidak
mempunyai perkataan yang diejakan KVKK.

Gloss Bahasa melayu standard Dialek kemaman


katak [kataʔ] [katɔʔ]
lipas [lipas] [lipah]
ular [ular] [ulɔ]
sungai [suŋai] [suŋa]
Rajah menunjukkan antara contoh dialek Kemaman.

Rajah diatas menunjukkan antara contoh beberapa dialek Kemaman yang kebiasaanya tidak
mengalami proses konsonan berasimilasi dengan fitur.

VOKAL BERASIMILASI DENGAN FITUR VOKAL

Proses vokal berasimilasi dengan fitur vokal terjadi apabila suatu bunyi vokal dalam suatu
sukukata itu menerima ciri atau fitur vokal dalam suku kata yang lain menyebabkan kedua-
dua bunyi vokal menjadi lebih mirip atau lebih serupa. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu
harmoni vokal dan umlaut. Harmoni vokal atau keselarasan vokal merupakan bunyi vokal
dalam suatu suku kata itu mengalami perubahan atau penyesuaian dari segi fitur tertentu
akibat daripada dipengaruhi oleh vokal dari satu sukukata lain dalam kata yang sama. Umlaut
pula terjadi apabila vokal belakang diberi ciri depan iaitu vokal belakang diujarkan dengan
mendapatkan keadaan bibir yang dihamparkan.

Di dalam data yang pengkaji dapati, proses ini tidak berlaku di dalam dialek Kemaman ini.
Kerana tidak terdapat ciri-ciri harmoni vokal dan umlaut di dalam dialek Kemaman ini.
Kebanyakkan data yang didapati tidak menepati ciri-ciri proses ini.

Anda mungkin juga menyukai