Anda di halaman 1dari 27

Apakah yang di maksudkan dengan Fonetik dan

Fonologi? Dengan memberikan contoh-contoh


yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan
Bahasa Melayu?

vokal

Nota Ini Dimuat turun Oleh


Cikgu Md HAsrul Bin JA’afar
1
1.0 Pengenalan fonetik dan fonologi

Sebelum kita dapat memberikan pengertian tentang fonetik dan


fonologi bahasa Melayu, kita perlu terlebih dahulu melihat
pengertian istilah

fonetik dan fonologi

daripada kamus, ensiklopedia dan juga pendapat-pendapat


beberapa pakar bahasa. Selepas itu barulah kita boleh
membincangkan aplikasinya dalam konteks bahasa Melayu.

2
Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah
ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambing
yang menunjukkan sebutannya.Manakala mengikut Merriam Webster’s
Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the
system of speech sounds of a language or group of languages”.Kamus Oxford
Advanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetik
merupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikut
kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik
sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of
pronunciation….concerned with the production of these speech sounds by the
articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and
the auditory effect they produce on the hearer”.

3
Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan
fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and the
representation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik
(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu
yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi
bahasa.”Akan tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955)
mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the sounds
made by the speech organs, seeking to describe them, account for their
production, and classify them.”

4
Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia
beberapa pandangan dan pengertian ten tang fonetik oleh beberapa orang
sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik
tersebut.Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Lingustik
Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics
menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa,
manakala fonologi…hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalam
pertuturan (1993:37).Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam buku
Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan
Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and
Communication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan
bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang
kajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikal
gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang
dikenali sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanya
bermasud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).

5
Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik
adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki
bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam
suatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaar dalam bukunya Pengantar Linguistik
memberikan pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi
menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8). Manakala
Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa
Malaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkaji
bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya…Fonetik
amnya ialah pengkajian terhadap unsure-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.
(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:
Suatu Tinjuan menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi
bahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2) Mengikut Arbak
Othman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang
dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
pertuturan manusia) dan memberikan symbol fonetik untuk masing-masing
bunyi itu….Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi.

6
Seseorang boleh melakukan kajianya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-
bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkan
melaui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala serta
bagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya….(1986:52-53).
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai
berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik
akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria
pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi
bahasa dan lain-lain seumpamanya.” (1982:40

7
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus
dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu
bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth
edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech
sounds including, especially the history and theory of sound changes in a
language or in two or more related languages.Mengikut Kamus Linguistik
(Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi se bagai
bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut
fungsinya.Kamus oxford Advanced Learner’s Dictionanry of Current
English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study of the
systems of speech sounds,especially in a particular language.Manakala
kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi
sebagai “ the study of system of sounds in language and of the history of
their changes

8
.”Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan
“the study of the sound system of a language or of language in general.”The
World Book Dictionary (1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ the
system of sound used in language”.Dalam Ensyclpedia Amerikana
(1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch of linguistics or of
grammar that deals with speech sound as they enter into the structure of
language.”

9
Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetik
daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajian
et al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi
terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian
tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic yang
mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah
fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa
tertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut.

10
Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang
bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal
sistem bunyi semula jadi…”(1995:112) Manakala Frank parker dalam
Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi
merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-
rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurut
J.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalam
linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurut
fungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86)
Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru
Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi
yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40)

11
2.0 Bunyi-bunyi Bahasa
Melayu
 Berdasarkan vokal kardinal dan
bunyi-bunyi dibuat oleh Daniel Jones,
kita dapat mengenal pasti bunyi-
bunyi vokal dan konsonan dalam
bahasa Melayu.Dalam mendeskripsi
bunyi-bunyi bahasa Melayu ini juga
diklasifikasi kepada bunyi vokal dan
konsonan.

12
Bunyi-bunyi Vokal Melayu
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal
dalam bahasa Melayu.Ini diterapkan dalam rajah berikut.
Vokal Melayu
Ada empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga
vokal belakang,[u],[o] dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].Memang vokal-vokal
ini tidak betul-betul menyerupai vikal kardinal sepenuhnya.Walau bagaimanapun,
vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal
kardinal.

13
Diftong Melayu
Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang
menggeluncur. Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan
sebuah vokal lain.Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu
bermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan
kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai]
sebagai satu bunyi. Ini ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah
diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan
vokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan pandai [pan-
dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam
perkataan sukai [su-ka-i].
Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan
konsonan Bahasa Melayu.

14
Bunyi-bunyi vokal
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara
dari paru-paru keluar berterusan
melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan
kata lain, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara
keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau
geseran.

15
Manakala penghasilah bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh
beberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama ada dihmparkan
atau dibundarkan, bahagian lidaah yang terlibat > sama ada depan
lidah atau belakang lidah, turun naik lidah > sama ada dinaikkan
setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan
lelangit lembut,> sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru
keluar melaui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi
vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara
dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan juga rongga hidung
( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaujan) dan keadaan
glotis > glotis dirapaatkan dan semasa udara keluar dari pru-paru
pita suara bergetar.
Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal
rangkap.

16
Depan Tengah Belakang

sempit i u

Separuh sempit
e o
ə
Separuh luas
ɛ ‫כ‬

Luas
a

17
Separuh vokal
Bunyi separuh Vokal mempunyai cirri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak
merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh
vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan,
kemudian dengan segera beubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku
secara geluncuran. Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke dalam
golongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/.

18
Diftong
Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh
dan lainya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu
hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi
diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal misalnya /ai/, /ou/ dan /au/.

Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa mula-mula hendak


menyebut diftong dan

vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada ahkir sebutan diftong.

19
Vokal rangkap
Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokal
merupakan vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalam
daun, misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri
daripada dua suku kata iaitu da dan un.

Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut dalam satu perkataan

20
Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
Vokal [i](depan sempit)
Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Untuk
menghasilkannya, hujung lidah diletakkan paling tinggi di hadapan
mulut tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir
dihamparkan/leper. Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara
ditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar. Contoh kehadiran
dalam perkataan:

Pelita jahitan
Ikan hasil
Tidur pahit

21
Vokal [e](depan separuh sempit)
Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3
daripada kedudukannya semasa menghasikan vokal depan sempit [i]
dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. 2 Bibir
dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan.
Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar, contoh kehadiran
dalam perkataan:
Ekor tauge
Petak geser
Mereka selesa

22
Vokal [ɛ](depan separuh luas/lapang)
Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn kira-kira 1/3
dari kedudukan depan separuh sempit (e) dan lidah tidak menyekat
arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan dan
lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara
bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal
ini merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya:

[ɛ] untuk [elo?]

23
Vokal [a](vokal depan luas)
Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendah-
rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru-paru lalu tnpa
sekatan. Bibir dihamparkan/leper , glotis dirpatkan dan lelangit lembut
dinaikkan. Udara ditekan keluar dari pru-paru dn pita suara bergetar.
Contoh kehadiran dalam perkataan:
Atur dia
Pagi usang
Pelangi peluang

24
Vokal [u](belakang sempit)
Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan setinggi-tinggi
mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir
dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.
Udara ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh
penggunaan dalam perkataan:
Ular haru
Gunting tikus
Beruang beliung

25
Vokal [o](belakang separuh sempit)
Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertiga
daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit
[o], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir
dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan .Udara
ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran
dalam perkataan:
Oleh pidato
Boleh kuno
Celoteh pleno

26
Vokal [‫] כ‬belakang separuh luas
Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada
kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u], dan lidah tidak
menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru
dan pita suara bergetar. Seperti vokal [ɛ], vokal [‫ כ‬hadir dalam dialek-dialek [
dan dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [o], misalnya [ ]
untuk [oleh].

27

Anda mungkin juga menyukai