Anda di halaman 1dari 42

SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Sejarah kedatangan tulisan bahasa Melayu ke kepulauan Melayu

Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem


perkembangan ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnya
tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu.
Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu bersama-sama dengan kedatangan
orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang menetap di
Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika beliau belayar
untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti oleh paderi-
paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan orang
Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini (Tate,1971:42).

Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat dilihat
apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang dipimpin oleh
Bartholomew Diaz. Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M, kapal
pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai ke
kawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di bawah
pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua puluh
tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh Alfonso d’
Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan negara-negara
Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan menakluki kota
Melaka.

Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka,ini menjadi pemangkin dan
penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. Orang
Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima
buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan ini
menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yang
turut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat catatan pelayaran.
Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di

1
Brazil ( lapan perkataan ), bahasa ’Petagonian’ (90 perkataan), dan suku bangsa di
kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).

Sejarah perkembangan dan Proses Perubahan sistem Ejaan Bahasa Melayu

Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang
menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada
pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi menurut
kaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi
dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah Ejaan Rumi Negeri-
negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell (dilaksanakan pada
tahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881).

Ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu (i) Tulisan Jawi, dan (ii) Tulisan
Rumi. Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan huruf
Roman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu
sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya
bermula pada tahun 1996. Anda boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam beberapa
dokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Aturan ejaan
bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula ialah Sistem
Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang dirasmikan
penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan Rumi bersama
bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang berasaskan
aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama pada tahun
1967.

Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan


dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan
kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak
dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak
dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan

2
sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu,
penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk
menggantikan tulisan Jawi pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem
bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan
sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf- huruf yang berbagai- bagai yang digunakan
sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan
atau pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-
tulisan oleh orang-orang Inggeris dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya
ketidakseragaman dalam ejaan.

Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan
apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan
sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah
pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan
dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam
bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum.

Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor


telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah
dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru
Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas
perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922.
Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan
bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu. Beberapa buah buku
bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan
sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan
oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Di antaranya ialah : (i) Kitab
Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato’ Muda Linggi (1921), (ii) Kitab
Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii)
Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato’ Muda Linggi (1924)( Ahmad
Hafiz Wahy et al,2005).

3
Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun
1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Za’ba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan
Rumi Za’ba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman
bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu
Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan
Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang dikarang
oleh Za’ba.

Selain daripada sistem ejaan Za’ba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942-
1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan
Za’ba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan ’50
yang ditubuhkan sekitar bulan ogos 1950 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini
sebagai ejaan rasmi mereka. Tujuan penubuhan angkatan ini adalah untuk menyedarkan
masyarakat tentang perpaduan kebangsaan dan menganggap kemerdekaan sebagai
jambatan kearah keadilan dan keamanan masyarakat. Selain daripada itu, terdapat juga
"Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang
menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem
ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan
rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku.

Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan
Singapura menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Za’ba dan ketidakpuasan
pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura, wujud pula "Sistem Ejaan
Kongres". Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia. Dengan ini dapat
dikatakan bahawa kedua- dua buah negara mengalami perubahan sistem ejaan dari
semasa ke semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut sistem ejaan
cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris. Perbezaan ejaan
yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah negara
untuk mengkaji dan menyemak semula sistem ejaan yang digunakan)( Ahmad Hafiz
Wahy et al,2005). Secara tidak langsung proses penyatuan dan penyamaan sistem ejaan
kedua-dua negara dapat dilakukan.

4
Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli bahasa
berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Usaha-
usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa Ejaan
telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang telah diambil dalam
Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa
Indonesia.

Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian


persahabatan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai
pada 17 April 1959. Kemudian, satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara
Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham)
Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa
Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana ( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Hasil
daripada pertemuan ini, wujudlah pula "Ejaan Malindo". Akibat pergolakan politik,
perkembangan selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila rundingan
kali kedua telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo.

Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri
Pelajaran Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussein Onn dan Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama
tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh
para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan.
Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan
pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pada
16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang
diguna hingga kini.

5
TERDAPAT BEBERAPA SISTEM EJAAN

SISTEM EJAAN LATIN PIGAFFETA

Sepertimana yang diketahui, Pigafetta atau nama sebenarnya adalah Antonio


Pigafetta iaitu seorang ahli pelayaran dibawah pimpinan Magellan. Beliau telah
mencatatkan sebanyak 426 perkataan dalam bahasa Melayu dan beberapa perkataan
tempatan yang lain. Walaubagaimanapun senarai perkataan yang dikutip oleh Pigefetta
tidaklah secara langsung daripada Maluku tetapi dari seorang Melayu Sumatera yang
digelar Hendrick, iaitu seorang hamba magellan yang telah ikut serta dalam
pelayarannya. Sistem ejaan yang diperkenalkan oleh beliau ini sebenarnya adalah
berdasarkan oleh sistem ejaan Itali daripada dialek Vicentina. Pigeffeta telah menamakan
senarai perkataan bahasa Melayu ini sebagai kosa kata yang digunakan oleh oleh Moorish
atau Muslim. Senarai kosa kata ini dipetik daripada Bausani(1960:233-240). Contohnya
seperti jadual disebelah:

6
Senarai pigefetta Bahasa inggeris ( terjemahan Ejaan bahasa melayu
daripada bahasa itali dalam sekarang
senarai asal)

1. Allah God Allah

2. horan pandita Wise man Orang pendeta

3. bapa Father Bapa

4. mama, ambui Mother Mama,ibu

5. saudala Brother Saudara

6. horan Man Orang

7. cuda Horse Kuda

8. gulla Honey(?) Gula

9. roza Deer Rusa

Senarai diatas sebenarnya berbeza sama sekali dengan apa yang disiarkan dan dikaji oleh
pengkaji-pengkaji terdahulu seperti H. Schuchardt (1890), Le Roux (1929), J. Gonda
(1938) dan Kern (1938). Kerana menurut Bausani (1960:230)’’.........nobody among the
above-named scholars took the pain of controlling the text of Pigafetta’s Malay list on
the original manuscript of the ambrosiana library. They followed the editions of
Robertson, Da Mosta, Denuce and others, who as we saw often misread the original’’.

Abjad bahasa Melayu Abjad/ejaan Ejaan bahasa Melayu


Bunyi moden pigafetta moden
/a/ a Alla Allah
/e/ e Hezoch Kecil
/i/ i gigi,itich gigi,itik

7
Menurut ejaan ini lagi perkataan Melayu mengandungi abjad-abjad yang boleh
dipadankan dengan abjad bahasa Melayu moden melalui grafem-grafem dan nilai
bunyinya. Ini dapat dilihat melalui jadual di bawah:

Terdapat 4 catatan awal Pigafetta yang mengandungi senarai kosa kata Melayu. 4
naskhah catatan awal itu masing-masing ialah satu naskhah Itali dan tiga naskhah
Perancis yang diterjemahkan dalam bahasa Itali. Menurut Bausani abjad vokal <e> pepet
yang terdapat dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia moden kebanyakannya dieja
dengan menggunakan abjad senarai Pigafetta kecuali dalam beberapa patah perkataan
contohnya gumbili (kembiri) yang dieja dengan abjad <u>. Manakala menurut beliau lagi
bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak digunakan, misalnya tungu ( tunjuk ),
dan tumi (tumit ). Selain daripada itu penggunaan bunyi fonem /l/ dengan fonem /r/
adalah pengaruh daripada bahasa tagalog atau bahasa tempatan yang lain, misalnya dala
(darah), alli (hari), dan kauir (kail) (Hashim Musa,1997:394).

Bausani juga mengagumi akan ketepatan ejaan Pigafetta dan bersetuju dengan
pendapat Le Roux (1929) yang menyatakan bahawa Pigefetta telah mempelajari bahasa
Melayu dengan Hendrick, iaitu merupakan hamba kepada Magellan yang turut serta
dalam pelayarannya dan mengikut Bausani juga berkemungkinan Pigefetta telah
menyemak perkataan bahasa Melayu dengan Hendrick.

EJAAN RUMI CRAWFORD

John Crawford telah membuat percubaan untuk merumikan tulisan jawi pada
tahun 1848. Crawford (1852:32) mengatakan dalam bukunya A Grammar and Dictionary
of Malay Language with Preliminary Dissertation, Vol.1: Dissertation and Grammar

8
bahawa, skrip Arab sebenarnya tidak dapat melambangkan huruf bahasa Melayu dengan
sempurna. Beliau juga mengatakan bahawa, skrip rumi dapat melambangkan dengan
mudah bunyi-bunyi asli bahasa Melayu. Dalam proses merumikan ejaan bahasa Melayu,
John Crawford telah mengambil abjad Jawa sebagai panduannya. Hal ini kerana beliau
berpendapat bahawa bunyi yang dihasilkan menyamai bunyi bahasa Melayu huruf demi
huruf.

Ejaan Crawford Ejaan Melayu Moden


b – bangkit bangkit
ch - puchuk pucuk
w - luwar luar
n _ balana, buni balanya, bunyi

Selain itu, terdapat perbezaan pada ejaan diftong ‘ai’ yang menggunakan huruf ‘e’.

9
Ejaan Crawford ‫ش‬
Ejaan Melayu Moden ś
‫س‬
s
Pake pakai ‫ذ‬
Pande pandai z

Crawford telah merumikan abjad-abjad yang melambangkan konsonan Arab yang


dipinjam oleh bahasa Melayu.

Huruf Jawi Huruf Rumi Crawford


m
‫ق‬ f
m
‫ح‬ h
EJAAN RUMI HOUTMAN

Awang Mohammad Amin (1983) telah memperjelas sejarah Ejaan Rumi Houtman secara
terperinci. Menurutnya, Ejaan Rumi Houtman merupakan salah satu skrip Rumi dalam
perkataan Melayu yang dihasilkan dalam abad ke-16 yakni diilhamkan oleh seorang
pelayar Belanda bernama Cornelis de Houtman sewaktu beliau sampai ke Kepulauan
Melayu pada tahun 1596. Beliau dikatakan telah melakukan penyenaraian terperinci
mengenai perkataan Melayu semasa menjadi tahanan di Penjara Bantam, setelah
ditangkap oleh Sultan Bantam III, Pengeran Muhammad. Beliau diarah supaya
dipenjarakan kerana dikatakan berkonflik dengan Baginda atas soal salah faham dan
kekasaran orang-orang Belanda. Namun, Houtman telah ditebus oleh pihak Belanda dan
dibawa kembali ke Belanda pada tahun 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan dan
menyiarkan senarai kutipan perkataan yang dilakukan oleh C.Houtman. Senarai
C.Houtman tersebut yang dinamakan oleh A.W. Hamilton (1947) sebagai “ The first
Dutch-Malay Vocabulary” dinyatakan seperti berikut:

SENARAI HOUTMAN MAKSUD DALAM BAHASA EJAAN MELAYU


INGGERIS MODEN
Bewangdarner To let blood Buang darah
Terymacache Thank you Terima kasih
Botonuum Found Bertemu
Balmary Yesterday Kelmarin
Tyngal Remain with God Tinggal
Engat Remember Ingat
Backy Leg Kaki
Benue To Kill Bunuh
Tsuyka Vinegar Cuka
Chynta Sad (?) Cinta
Kytab Book Kitab
Esteedat Custom Istiadat
Aly The heart Hati
Bygimana How are youm Bagaimana
Capelle Head Kepala
Tauwn Year Tahun

11
Lambhyber Lip Bibir
Tambagle Copper Tembaga
Dyngijn Cold Dingin
Toulong To help Tolong
Monda Young Muda
Kiunal Small Kecil
Buda Child Budak
Negry Land Negeri
Tyma Lead Timah

Sistem Ejaan Rumi menerusi senarai C. Houtman bagi bahasa Melayu pada hakikatnya
tidak memperlihatkan kestabilan jika dibandingkan dengan yang ada dalam senarai
Pigafetta. Banyak bunyi bahasa Melayu telah dilambangkan oleh lebih daripada satu
bentuk abjad atau grafem yang berbeza yang berbeza-beza. Bahkan sepuluh jenis bunyi
yang telah dilambangkan oleh tiga grafem yang berbeza-beza atau lebih. Antaranya
termasuklah dua bunyi yang mempunyai lima lambang abjad iaitu bagi bunyi e pepet,
abjad yang digunakan ialah a, e, I, o, y dan bunyi /ĉ/ abjad atau grafem yang digunakan
ch, ts, tc, s, sy. Dua bunyi yang lain dilambangkan oleh enam abjad atau grafem. Bunyi
tersebut ialah bunyi /ĵ/ dilambangkan oleh abjad atau grafem I, tg, y, s, g, i dan bunyi /k/
dilambangkan oleh abjad atau grafem b, ǿ, c, k, q, I. Hanya tiga bunyi sahaja yang
mempunyai padanan abjad yang sama, iaitu bagi bunyi e talling dilambangkan oleh abjad
e (perak = peca), bunyi /d/ dilambangkan oleh abjad d (darah = darna), dan bunyi /I/
dilambangkan oleh abjad I (telur = teloot)

Ada tiga bunyi yang mempunyai padanan abjad yang berlainan sama sekali iaitu
bunyi /f/ padanannya ialah abjad f = v (Feringgi = vrangy), bunyi /d/ padanan grafem
ialah dh = dd (kadhi = cadda), dan bunyi /w/ padanan abjadnya ialah w = v (nyawa =
iagava). Bunyi diftong bahasa Melayu pula dilambangkan oleh satu abjad sahaja iaitu
diftong /a/ dilambangkan oleh abjad vokal o (pondara = saudara) dan diftong /a/
dilambangkan oleh abjad vokal I (bygimanan = bagaimana). Satu bunyi, iaitu bunyi
geseran glottis /h/ yang lemah sifat artikulasinya dan mungkin tidak kedengaran oleh
Houtman ketika mendengar sebutan kata-kata Melayu itu, tidak dilambangkan oleh

12
sebarang abjad pada mana-mana posisi pun contohnya (taǿuwn = tahun), benuǿ = bunuh,
ariju = hati.

EJAAN RUMI THOMAS BOWREY

Ejaan Rumi Thomas Bowrey diperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan
hasilnya dijilidkan menerusi Kamus pertama Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu yang
diterbitkan di London. Berikut disusunkan senarai beberapa perkataan dan ungkapan
Melayu dalam tulisan Rumi yang dicatat oleh Bowrey dalam kamusnya.

SENARAI BOWREY BAHASA INGGERIS EJAAN SEKARANG


Kitta poonea My Kita punya
Tuan poonea Thy, yours Tuan poonea
Dea poonea His Dia punya
Camee poonea Ours Kami punya
Camoo poonea Yours Kamu punya
Deaoran poonea Theirs Dia orang punya
Pecataawan - Perkataan
Janjeawn - Janjian
Jamooawn - Jamuan
Kookoorawn - Kukuran
Kirrimawn - Kiriman
Perboorooawn - Perburuan
Kajadeawn - Kejadian
Todohan Accusation Tuduhan
Jamat Advice Jamat (?), jimat (?)
Gocho Slap Gocoh
Penoojoo Please Penuju (?), setuju (?)
Chabang rampak Main branch Cabang rampak
Warna salang Changeable colour Warna selang
Karoot Rumple Kerut
Toolah Punishment Tulah
Singah To call at Singgah
Googoor Fall of hair Gugur
Dukun Native doctor Dukun

13
Selain senarai dan ungkapan, Bowrey turut menurunkan ayat-ayat perbualan
sehari-hari dan juga dialog-dialog mengenai pelbagai tajuk. Antaranya termasuklah
dialog antara dua sahabat, dialog dengan raja, dialog dengan shahbandar, dialog dengan
penyukat rempah, dialog antara pedagang dengan rakan sekongsinya, dialog tentang
pelbagai pelayaran, dialog tentang pelayaran dan sebagainya. Potongan daripada teks
tersebut diperturunkan seperti berikut menerusi olahan R.Mee (1929):

TOOTOORAWN EANG CA SO POOLOO

TOOTOORAWN ANTARA ORAN MALAYO ORAN NEGREE LAEN.

De negree mana tuan. Kita oran Melayu, catawee de Darat besarr eang adda ka
sabla Salatan Siam ca oojong tanjong etoo sabla Salatan eang namaee Tanjong Johor,
daen enee la de sebootcan negree Malayo, lagee menampang ca Pooloo banyak etoo eang
adda de bava angina.
Sooda tuan menjalanee ca Passack negree Malayo, lagee menampang ca Pooloo
banyak etoo eang adda de bava angina.
Ea tuan, kitta soda menjalanee daen Menampang ca negree negree itu banyak
tawon.
Jeka buggetoo kita minta tuan/cheritacan padako daree negree negree bava angin
etoo, Daree asal nea, Basa nea, Parenta nea Daganggan appa jenis adda ca negree etoo,
lagee addar oran nea.
Kitta choba memamadahcan atee moo, barang appa ko bolee, daen maoo moolay
dungan cheritraawn attas negree Malayo, ca mana adda bagee bagee Raja (catawee) Raja
Quedah, Raja Johor, Raja Patanee, daen banyak lagee.
Orang Hollanda de Parentacan barang bageawan darat etoo.
Ea, adda nea negree bessar satoo ampir Rajaawn Johor, Namanea Mallaca, oran
Holanda, oran Chena, daen bagee oran lain moonoo de setoo.

14
Catatan perbualan dalam bahasa Melayu oleh Bowrey itu boleh ditulis dalam bahasa
Melayu moden seperti yang berikut:

Tuturan yang kesepuluh Tuturan antara orang Melayu dan orang barang negeri
lain

Dari negeri mana tuan?


Kita orang Melayu, ketahui di darat besar yang ada ke sebelah selatan Siam sampai ke
hujung tanjung di sebelah selatan yang dinamai Tanjung Johor, dan inilah yang
disebutkan negeri Melayu.
Sudah tua menjalani ke pasak negeri Melayu, lagi menambahkan ke pulau-pulau
banyak itu yang ada di bawah angin?
Ya tuan, kita sudah menjalani dan menampang ke negeri-negeri itu banyak tahun.
Jika begitu, kita minta tuan ceriterakan padaku dari negeri-negeri bawah angin itu,
dari asalnya, bahasanya, perintahnya, dagangan apa jenis ada ke negeri itu, lagi adat
orangnya
Kita cuba memudahkan hatimu, barang apa kuboleh, dan mahu mulai dengan
ceritaan atas negeri Melayu, ke mana ada berbagai-bagai raja ketahui raja ketahui Raja
Kedah, Raja Johor, Raja Patani dan banyak lagi.

Dengan mengamati senarai perkataan dan juga dialog atau percakapan yang
dinyatakan oleh Thomas Bowrey, maka satu padanan abjad antara ejaan Rumi bahasa
Melayu moden dengan ejaan Rumi Bowrey bagi bahasa Melayu dapat dibuat seperti yang
berikut:

ABJAD BAHASA ABJAD CONTOH EJAAN EJAAN BAHASA


MELAYU BOWREY BOWREY MELAYU
MODEN

15
a A Appa, kitaa Apa, kita
Ae daen Dan
e E Edong,ecor hidung, ekor
I killing Keeling
i I Kitta, singgah kita, singgah
E ecan, eto, jeka ikan, itu, jika
Ee lagee, negree lagi, negeri
au Oo pooloo pulau
b B bandar, choba bandar, cuba

Sistem ejaan Rumi Thomas Bowrey sememangnya memperlihatkan cirri-ciri


keantikannya, terutama sekali penggunaan gugus konsonan yang sama misalnya gg, dd,
ll, rr, ss dan tt dan gugus vokal yang sama, iaitu ee dan oo, kesemuanya seolah-olah
menonjolkan kepanjangan konsonan ataupun tasydid dan juga kepanjangan vokal untuk
lambang vokal itu.
Kehilangan lambang vokal e pepet tidak begitu ketara dalam Ejaan Rumi Thomas
Bowrey ini, kerana hal tersebut hanya berlaku pada segelintir kata sahaja. Misalnya kata
brat, praw, sabla dan frangee. Pada kata yang lain, e pepet dikekalkan. Misalnya besarr,
segalla, sedekit, negree, dan lain-lain.
Misalnya:

e ----- a tampat (tempat), sacaran (sekarang), salatan (selatan)


e ----- u dungan (dengan), buggetoo (begitu),
e ----- oo booloon (belum), persoombaawn (persembahan).
e ----- ke Quedah (Kedah).

Lambang bunyi yang mempunyai banyak kepelbagaiannya; iaitu empat varian dan lebih
ialah e pepet (enam varian) ai, (empat varian) dan k (empat varian). Lambang-lambang
yang mempunyai tiga varian adalah u, h, ng, ny, dan r.

SISTEM EJAAN VAN OPHUIJSEN

16
Pada tahun 1901 telah diadakan pembakuan ejaan bahasa Indonesia yang pertama
kali oleh Prof. Charles van Ophuijsen dibantu oleh Engku Nawawi gelar Sutan Makmur
dan Mohd. Taib Sultan Ibrahim. Hasil pembakuan mereka yang dikenal dengan Ejaan
Van Ophuijsen ditulis dalam buku yang berjudul Kitab Logat Melajoe (1929, Cetakan ke-
8 ) yang berasaskan sistem ejaan bahasa belanda. Dalam kitab ini telah menetapkan enam
lambang vokal, dua lambang diftong dan 24 lambang konsonon.

Daripada keseluruhan lambang ini, terdapat sembilan huruf yang berbeza iaitu 2
vokal e’(e), oe(u) dan tujuh konsonon lain antaranya adalah ch (kh), dj (j),j (y), (k,?) dan
tj (c) Dalam kitab itu juga dimuat sistem ejaan Latin untuk bahasa Melayu di Indonesia.
Van Ophuijsen adalah seorang ahli bahasa berkebangsaan Belanda. Ia pernah jadi
instaktor sekolah di maktab perguruan Bukit tinggi, Sumatera Barat. Kemudian menjadi
profesor bahasa Melayu di Universiti Leiden, Belanda. Setelah menerbitkan Kitab Logat
Melajoe, Van Ophuijsen kemudian menerbitkan Maleische Spraakkunst (1910). Buku ini
kemudian diterjemahkan oleh T.W. Kamil dengan judul Tata Bahasa Melayu dan
menjadi panduan penutur bahasa Melayu di Indonesia.

Selain daripada padanan abjad atau huruf, Ophuijsen juga telah menubuhkan
kaedah-kaedah ejaan seperti imbuhan, bentuk klitik dan partikel yang digandingkan
dengan kata dasar. Seperti rumahku, dan lihatlah tetapi untuk perkataan ke, di dan se
akan dipisahkan jika mendahului kata nama khas yang berhuruf besar dipangkalnya.
Manakala bentuk ejaan ka dan sa akan dieja dengan ke dan se. Dalam mengeja perkataan
kata majmuk atau senyawa, jika perkataan tersebut sudah lazim dieja bercantum, maka ia
terus dieja sedemikian dan terdapat juga perkataan yang jamak tidak menggunakan tanda
sempang. Ini bermakna kata tersebut sudah mantap misalnya matahari, adakala,
manakala, dan barangkali. Tanda angka dua sebagai pengganda boleh diletakkan pada
hujung perkataan yang mengalami pergandaan penuh atau dieja dua kali seluruhnya.
Namunpun begitu, jika berlaku pergandaan terhadap sesetengah perkataan seperti
pergandaan separa, maka bahagian yang digandakan mesti dieja dua kali dan tidak boleh
menggunakan angka dua.

17
SISTEM EJAAN WILKINSON

Ejaan Wilkinson (1901-1904) adalah ejaan yang digunakan dalam pendidikan


sekolah Melayu di seluruh Malaya pada ketika itu. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang
digunakan secara rasmi di semua sekolah-sekolah umum adalah sama dan seragam
dengan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri
yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an. Pedoman ejaan Rumi Wilkinson
adalah berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun
1903. Wilkinson mengambil pendekatan terjemahan daripada Jawi kepada Rumi sebagai
kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem yang
logik bagi perumian bahasa Melayu. Sistem yang pertama ialah perumian secara
‘harapiah’ menurut ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian secara fonetik
menurut sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan secara ‘harapiah’ ialah pengambilan
huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf
Rumi tertentu yang diterima.

Kebaikan kaedah ‘harapiah’ adalah kerana ia dapat menjurus kepada keseragaman


dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis manakala
kelemahannya adalah kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disamakan
dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Kelemahan sistem ini adalah wujudnya kelemahan
fonetik dengan suatu tempat dalam bahasa Melayu terdapat dialek. Mengikut kaedah
fonetik semua perkataan Inggeris yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu akan
dieja mengikut sebutan Melayu. Selain daripada itu, perkataan arab juga mengalami
perubahan apabila digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan arab yang
belum diserap sepenuhnya, proses untuk transliterasi dicadangkan untuk tidak
membezakan antara huruf yang hampir serupa seperti perkataan yang membawa hampir
sama bunyinya. Seperti “tho” dan ” ta”, “sin” dan “sod” dan “kaf” dan “qof” (Hashim
Musa,1997:429).

Menurut Hashim Musa (1997:429) perkataan bahasa melayu sebenarnya


menunjukan makna atau pembentukan katanya yang lebih jelas dan terang seperti
perkataan kemudian (bukannya kemedian),demikian (bukannya demekian) dan arakian

18
(bukanya arekian). Perkataan kata dasar yang mempunyai imbuhan adalah sama
maksudnya dengan kata dasarnya walaupun ada perbezan bunyi. Misalnya menyabelah
dari perkataan sa-belah dan bukanya menyebelah seperti ejaan yang kita gunakan
sekarang. Menurutnya lagi, terdapat cara pemilihan antara vokal o dengan vokal u dalam
perkataan yang hampir sama dari segi sebutannya contohnya vokal o digunakan jika
pada suku kata akhir yang berpola ong, oh dan ok misalnya kepong, buloh, dan merbok.
Tetapi jika terdapat keserasian vokal o-o dalam sesuatu perkataan, maka vokal o
digunakan walaupun pada suku kata akhir berpola tersebut seperti pohon, bobos, kotor
dan bogot. Manakala pemilihan vokal u adalah untuk suku kata akhir berpola um, un, ut,
ul, us dan ur mialnya bagi perkataan minum, tahun, turut, betul, hangus dan labur. Bagi
perkataan yang berbunyi antara vokal e dan i pada suku kata yang berakhir dengan bunyi
h dan k, digalakkan supaya penggunaan vokal e, misalnya kata aleh dan chantek. Pada
kedudukan yang lain, vokal i dipilih misalnya untuk perkataan kepit, keping, kerdil dan
mancit (Hashim Musa,1997:430).

Dalam sistem ejaan ini, berlaku keselarasan vokal pada praakhir dan akhir kata
bersuku dua tertutup. Contoh keselarasan vokal adalah a-e (taling) bagi perkataan aleh,
ě(pepet) – e(taling) bagi perkataan lěbeh dan u-e (taling) bagi perkataan usek
(Ensiklopedia Malaysia,0000:00). R.O. Winstedt (1914:43) dalam bukunya telah
menyatakan kekagumannya terhadap jawatankuasa ejaan rumi pimpinan wilkinson
dalam bukunya yang bertajuk malay grammar pada halaman 43 hingga 50. buku ini
mengandungi ulasa tentang usaha-usaha terdahulu untuk merumikan bahasa melayu
seperti wilkinson, marsden dan lain-lain. Dalam ulasannya itu, beliau berpendapat sistem
ejaan wilkinson dalam penggunaan sempang hendaklah dikurangkan sebanyak mungkin.
Namun sempang digunakan untul memisahkan kata depan dan partikel daripada kata
dasar misalnya sa-kali pun, ka-rumah dan di-dalam-nya (Hashim Musa,1997:431).

Pada tahun 1895, M, R.J. Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut


Harun Aminurrashid (1996) berpendapat bahawa kamus ini sangat berguna dan sangat
mendalam penyiasatan bahasa Melayunya. Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun
kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902 M. Wilkinson bertugas
sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak,

19
Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan.
Sejak daripada itu terkenallah Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat di dalam
kamusnya tersebut. Kamus ini dapat dianggap unik kerana abjadnya mengikut abjad
Jawi. Oleh yang demikian, di bawah kata masukkan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini
berlaku kerana ‘alif’ mewakili semua vokal. Setelah kata masukan ‘alif’, ia diikuti oleh
‘ba’, ‘ta’ dan seterusnya sampai ‘ya’.

Selain daripada itu, koma atas seperti (’) dan (‘) masing-masing melambangkan
hamzah dan ain. Tanda ini digunakan sama ada pada awal kata, akhir suku kata atau pada
akhir kata, contohnya, pada awal kata, ’alam, ’amal, dan ’alim. Manakala pada akhir
suku kata, seperti ra’yat, ta’at, sa’at, dan pada akhir kata, seperti dato’, dan enche’
(Ensiklopedia Malaysia,0000:00).

SISTEM EJAAN KONGRES (1956)

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan di Singapura dan Johor
Baharu pada 16 hingga 21 September 1956.Dalam sidang tersebut, Jawatankuasa Ejaan
dan Bunyi Bahasa Melayu telah menghasilkan kertas kerja yang bertajuk ‘Ejaan Bahasa
Melayu dengan Huruf Rumi’. Kertas kerja tersebut ditulis oleh Asraf yang merupakan
salah seorang ahli bahasa yang menganggotai Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50).
Tujuan diadakan kertas kerja tersebut adalah kerana, pada waktu itu, terdapat
berbagai-bagai ejaan yang membuatkan kekeliruan pengguna bahasa terhadap ejaan
sekolah. Oleh sebab itu, kertas kerja Asraf mencadangkan perkara berikut:

1) Satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan diwujudkan
dalam pelaksanaan.
2) Sistem ejaan baku ini haruslah semudah-mudahnya tetapi tidak harus
dipermudah-mudahkan.
3) Ejaannya haruslah merupakan ejaan persekutuan yang boleh dijadikan dasar
untuk penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang sebenarnya satu
dan sama sahaja.

20
Berdasarkan kertas kerja tersebut, jelas menunjukkan bahawa sistem ejaan ini
bermatlamat untuk menyatukan sistem ejaan rumi yang digunakan di Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura dan Indonesia. Sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Indonesia
berbeza disebabkan oleh penjajah kedua-dua negara ini berbeza. Sistem ejaan yang wujud
di Indonesia adalah menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih
kepada cara Inggeris. Kelainan- kelainan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli-
ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk menyamakan dan menyatukan sistem ejaan.
Melalui sidang kongres tersebut, mereka telah membuat 16 ketetapan tentang
ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa, dan satu ketetapan tentang
tulisan jawi. Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem
fonologi atau fonemik iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf
sahaja.
Ejaan Za’ba Ejaan Kongres
sy ŝ
ch c
ng ŋ
ny ñ
ĕ e
e é

Huruf vokal diberi nama yang sama dengan nilai bunyi fonemnya. Vokal dalam
sistem ini terdiri daripada vokal a, e, é, i, o, dan u. Dari segi vokal, Kongres telah
menetapkan penggunaan vokal ‘i’ atau vokal ‘u’ dalam suku kata akhir tertutup tanpa
sebarang kekecualian.

Ejaan Za’ba Ejaan Kongres


balek balik
jatoh jatuh
datok datuk
burong burung
bubor bubur

21
Huruf konsonan pula, hanya dapat dibuat setelah mendapat bantuan daripada
vokal rumi asli dalam sistem ejaan ini yang berjumlah 17. Konsonan yang dimasudkan
ialah [b], [c], [d], [f], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [ñ], [p], [q], [r], [s], [t], dan [w]. Sementara
konsonan [g], [v], [x], dan [z] digolongkan ke dalam huruf pinjaman kerana konsonan
tersebut hanya digunakan apabila mengeja kata pinjaman.
Ejaan Kongres juga menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutannya
yang asal atau yang lebih menghampiri ejaan Indonesia.

Ejaan Za’ba Ejaan Kongres


ayer air
kerana karena sadikit
sedikit
pesaka pusaka
wang uang
erti arti
ugama agama
kesah kisah
ka ke
sa se

Melalui sidang kongres tersebut juga, tanda sempang dihapuskan penggunaannya


kecuali pada tiga tempat sahaja iaitu pada kata gandaan, kata majmuk dan digunakan
untuk memisahkan bahagian yang tidak dapat ditulis sepenuhnya kerana kehabisan
halaman.Imbuhan di-, ke-, ter-, -kan, -an, serta partikel –lah, -tah, -kah, dan –nya,
dicantumkan dengan kata dasar tanpa penggunaan sempang.

Ejaan Za’ba Ejaan Kongres


bila-kah bilakah
apa-lah apalah

22
Namun, ejaan Kongres ini tidak dapat dilaksanakan secara meluas. Sebaliknya
ejaan za’ba terus digunakan dalam sistem pendidikan Malaya. Hal ini kerana masalah
kerumitan untuk melambangkan beberapa huruf atau grafem yang tidak terdapat dalam
mesin taip atau alat cetak.
Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli bahasa
berdasarkan rumusan- rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Usaha-
usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa Ejaan
telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang telah diambil dalam
Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa
Indonesia.

EJAAN RUMI ZABA

Sistem Ejaan Rumi Za’ba muncul apabila Pendita Za’ba telah membuat
perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan
sekolah. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan Rumi
Za’ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang
beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan
penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan
Sistem Ejaan Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang
masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi
yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang
terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Menurut Sistem Ejaan Rumi Za’ba dalam
penggunaan ejaan rumi pada ketika itu kerap kali telah menimbulkan kekeliruan dan
keraguan sama ada kerana kesalahan ataupun kerana tidak sekata dalam mengikuti
peraturan tersebut. Pendita Za’ba telah menggariskan sebanyak lapan “tempat” yang
seringkali mencetuskan persoalan, iaitu :

i. Pada segenlintir suku kata tertutup, iaitu sama ada menggunakan vokal i
atau vokal e, dan vokal u atau vokal o;

23
ii. Pada bunyi diftong (Za’ba: bunyi berkait) sama ada menggunakan ai atau
ai atau ae, dan ui atau ui atau ue;
iii. Pada perkataan dialek yang berbeza sebutannya menyebabkan berbeza
ejaannya;
iv. Pada ejaan yang menggunakan dua abjad g tetapi kerap menggunakan satu
g sahaja;
v. Pada kata pinjaman Arab dan Inggeris sama ada hendak dieja menurut
sebutan asal atau sebutan Melayu;
vi. Pada ejaan awalan se dan ke, sama ada hendak dieja seperti demikian atau
sa dan ka;
vii. Pada penggunaan sempang, iaitu tidak tetap sama ada patut menggunakan
sempang, atau perlu disambung tanpa menggunakan sempang;
viii. Pada penggunaan huruf besar, juga tidak tetap.

Untuk mengatasi kelapan-lapan masalah tersebut Za’ba telah menyusun kaedah


ejaan Rumi Bahasa Melayu, yang sebahagian besarnya berdasarkan Ejaan Wilkinson.
Za’ba telah membahagikan abjad-abjad bahasa Melayu kepada dua kumpulan iaitu:

i. Huruf saksi yang merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjadi
iaitu a, e, e, i, o, dan u, dan;
ii. Huruf benar, iaitu konsonan yang terdiri daripada 21 abjad.

Za’ba tidak menyenaraikan abjad-abjad itu, hanya beliau menonjolkan abjad-


abjad konsonan yang tidak berpadanan satu lawan dengan abjad Jawi. Pada hakikatnya
hal tersebut sama seperti yang dilakukan menerusi Sistem Ejaan Wilkinson. Oleh itu
bolehlah dianggap bahawa senarai abjad konsonan Za’ba menyamai senarai konsonan
Ejaan Wilkinson. Untuk mengatasi lapan masalah yang disebutkan di atas, Za’ba telah
mengemukakan 40 peraturan. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam
suku kata pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup. Antara
beberapa peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah seperti yang berikut:

24
i. Jika h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka
vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh,
leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek dan sebagainya, kecuali jika
terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan.
Contohnya, naik, baik, raih, dan sebagainya.
ii. Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan
konsonan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya
nasib, katil, kutip, pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam suku
kata pertama ialah vokal o dan vokal e, maka vokal e digunakan
bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan
sebagainya.
iii. Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi
sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya (memakai tanda ‘
dan sebagainya) dan ditulis dengan huruf condong. Contohnya:
wa’sala’m, ahlu’n-nujum, ‘amiru’I-minim, dan sebagainya.
iv. Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika
digandingkan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny,
r, w,dan y.
v. Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama
dikekalkan ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (r sahaja)
berteh, terbang, terpa, terkam, merdu dan lain-lain, (re) meregang,
berebut dan sebagainya.
vi. Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet,
dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya:
langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan dan
sebagainya.
vii. Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah
diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan
Melayu. Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan
sebagainya.

25
viii. Jika kata dasar berawalkan huruf b dan p, maka awalan pe- dan me-
mengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang
berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat,
melawat, pemalas, penaung, penyanyi dan sebagainya.
ix. Jika perkataan perkataan asal berawalkan huruf a, e, e, i, o, u, g, h, k,
maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-.
Misalnya, (pe) pengaku, pengempang, pengekor, pengikut, penggali,
penghubung, pengait dan (me) mengaku, mengamok, mengelak,
mengata dan sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k dalam kata
dasar gugur kerana tak bersuara, kecuali dalam kata pinjaman Arab yang
mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan, dan juga dalam
perkataan mengkemudiankan.
x. Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan sempang,
dan huruf s dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika berganding
dengan nama khas. Contohnya: si-mati, si-laki, si-Abu, di-bawa, dan
sebagainya. Kekecualiannya ialah dalam ejaan perkataan sianu dan
siapa yang tidak memakai sempang.
xi. Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama
pada awal perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah,
kemudian daripada tanda Tanya jika bukan percakapan pengarang,
kemudian daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan
pengarang, huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap baris
syair atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf pertama
dalam perkataan teriakan. Yang kedua pada huruf awal dalam kata nama
khas atau gelaran,nama Tuhan kata gantinya, nama tempat, nama
bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-kitab, surat khabar, tajuk
atau fasal dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidang-bidangnya, nama
bulan, hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara atau benda yang
diserukan.

26
Sistem Ejaan Za’ba ini telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan
intitusi pendidikan di Malaya sehingga ke tahun lima puluhan, walaupun sewaktu
pendudukan Jepun, adanya Ejaan Fajar Asia. Di Indonesia, terdapat sistem Ejaan
Soewandi yang juga terkenal dengan nama Ejaan Republik yang mula digunakan pada
tahun 1947 (lihat S.T. Alisjahbana, 1964: 32), yang menukarkan Ejaan Van ophuijsen
antara lain vocal oe kepada u, menghilangkan tanda gores di atas e talling sehingga tidak
membezakannya dengan e pepet dan menghilangkan dua titik di atas vocal yang berderet
untuk membezakannya daripada diftong, tetapi bentuk-bentuk ch, tj, dj, sj, nj dan j masih
dikekalkan. Perbezaan ini telah menimbulkan beberapa keraguan dalam kalangan
masyarakat, terutamanya golongan penuntut universiti. Kesan daripada kelemahan
sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong
beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh
tahun 1940 hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan
Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres (1956) dan
Ejaan Rumi PBMUM (1959).

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU (ERB).

Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan


Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu.
Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap
usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu “praktis, ekonomi dan ilmiah”
maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru
telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada 16 Ogos 1972 satu kenyataan
bersama telah di tandatangani antara Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu dengan
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Oleh itu, secara rasminya pada 16 Ogos
1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara. Sistem ejaan ini
dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu.

27
Sistem ejaan ini berjaya dicipta hasil kerjasama antara Jawatankuasa Bahasa dan
Ejaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh Syed Nasir bin Ismail dengan
Kumpulan Ahli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W. Rudjati Muljadi (Ensiklopedia
Malaysia,0000:00). Maka, terhasil satu bentuk ejaan daripada pemikiran yang matang
yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu
merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat
supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu
serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah
masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah
pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima
oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi
kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standartitasiyang tinggi berbanding
sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap
dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.

Menurut Sulaiman Masri et al. (2006:5) perkara-perkara penting yang terdapat


dalam sistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan.
Dalam sistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l,
m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y dan z. Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan-
penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka anataranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa
Malaysia (1975, edisi kedua 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa
Malaysia (1975, edisi semakan 1991), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, edisi
kedua 1988), Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1996), Pedoman Sebutan Baku
Bahasa Melayu (1994), Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (1996), Pedoman
Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986, edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993), Pedoman
Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) dan Daftar Kata Bahasa Melayu, Jilid I (A-K) dan
Jilid II (L-Z) (2001).

SISTEM EJAAN RUMI 1878

28
Pengenalan kepada Ejaan Rumi 1878 merupakan hasil inisiatif yang dicetus menerusi
jawatankuasayang ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah kerajaan
British. Hal ini lanjutan daripada satu pekeliling ajaran Lord Carnavon yang
mengesyorkan pembentukan satu sistem ejaan Rumi yang baku untuk mengeja nama-
nama orang dan kawasan tempatan di negeri-negeri ini. Jawatankuasa ini telah
memperkenalkan sistem perumian berdasarkan tiga kumpulan bunyi, iaitu vokal, diftong
dan konsonan, seperti yang berikut:

Vokal

Ada enam lambang vokal. Lima daripadanya mempunyai bentuk pendek dan panjang.
Bentuk pendek ditandai dengan lambang diakritik di atasnya, manakala bentuk panjang
tiada sebarang tanda. Berikut disenaraikan beberapa senarai abjad vokal dan contoh
bunyinya dalam bahasa Inggeris, serta contoh ejaan perkataan Melayunya:

VOKAL BUNYI DALAM BAHASA CONTOH DALAM


INGGERIS BAHASA MELAYU
a Diploma makan
e Ten sendok
o Provokasi tongkat
u Full tunjuk

Diftong

Ada dua bunyi diftong, iaitu huruf au dan ei, yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Misalnya:

au ---- bakau, kerbau

29
ei ----- sungei, bagei

Konsonan

Jawatankuasa ini turut membezakan bunyi konsonan yang digunakan dalam bahasa
Melayu sepenuhnya dengan konsonan yang terdapat dalam perkataan pinjaman Arab
sepenuhnya. Hal tersebut dapat dilihat seperti yang berikut:

KONSONAN MELAYU SEBUTAN DALAM NAMA MELAYU


BAHASA INGGERIS
b - ba
g Seperti dalam ‘gain’ ga
ng seperti dalam ‘ singing’ Nga
T lembut, hujung lidah di Ta
gigi
th seperti dalam ‘thick’ Tha
‘ Jika di tengah kata hamza
menandakan pemisah
suku kata seperti sa’
orang, jika di hujung kata
sama dengan k

KONSONAN ARAB BUNYI NAMA MELAYU


d Keras Da
S Keras seperti ss sod
t Keras, di langit mulut Ta

30
Namun begitu, pengenalan jawatankuasa ini telah menerima kecaman daripada Maxwell
dan juga Shellabear (1899). Shellabear mengkritik penggunaan lambang e untuk
mewakili bunyi vokal seperti dalam Perumian Jawatankuasa 1878 di atas. Beliau telah
mengesyorkan supaya vokal pendek itu tidak dilambangkan oleh sebarang ejaan kerana
mungkin menimbulkan kesalahan dari segi ejaannya.

SISTEM EJAAN MALINDO

Masalah ejaan dahulunya merupakan masalah kebangsaan, sudah menjadi


masalah antarabangsa dengan adanya rundingan pihak Malaysia (yang dahulunya
malaya) dengan Indonesia. Selama dua tahun menjalankan kajian dan rundingan akhirnya
pada tahun 1959, termaktublah perjanjian persahabatan diantara Persekutuan Tanah
Melayu dan republik Indonesia. Satu perjumpaan diantara Jawatankuasa Ejaan Rumi
Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail pengan panitia
pelaksanaan dan penyelidikan bahasa Indonesia iaitu Dr. Slametmuljana pada tahun yang
sama telah menghasilkan satu ejaan baru yang dikenali sebagai Ejaan Malindo. Menurut
Asmah Haji Omar (154:1993) Ejaan Malindo ini tidak pernah diumumkan. Oleh itu kita
tidak tahu bentuk dan sistem ejaannya.

Walaubagaimanapun Ejaan Malindo yang dihasilkan ini terbantut usahanya


disebabkan tercetusnya konfrontasi. Setelah itu ia disambung semula setelah terhenti
kira-kira hampir 7 tahun iaitu pada 1966 dan hasil rundingan ini menimbulkan
kesefahaman diantara kedua-dua pihak terutamanya pihak indonesia. Dalam rundingan
ini beberapa perkara dititik beratkan antaranya adalah tentang soal bahasa dalam jangka
masa panjang, pertukaraan antara bahan-bahan yang berkenaan dengan bahasa dan
sastera, dan soal pemakaian istilah-istilah. Kolonel wahju sukatjo iaitu seorang pemimpin
bahasa indonesia telah berkunjung ke dewan bahasa dan pustaka bersama dengan
delegasi kebudayaan pada bulan September 1966.

Dalam rombongan tersebut beberapa isu telah dibangkitkan, antaranya yang


menjadi perhatian adalah berkaitan dengan pengesyoran perlaksanaan Ejaan Malindo

31
(1959) kepada kedua-dua kerajaan. Begitu juga dengan penyelarasan istilah diantara
bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia. Oleh itu, satu kertas kerja telah dibentangkan
bagi perlaksaan sistem ejaan ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perubahan dan
pembaharuan dalam Sistem Ejaan Malindo ini kerana sistem ejaan ini belum lagi
dilaksanakan dikedua-dua buah negara. Oleh itu, kata sepakat telah dicapai dan
dipersetujui oleh kedua-dua negara dan ejaan yang telah dipersetujui itu mula dikenali
sebagai Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia yang ikenali secara umum sebagai Ejaan
Baharu.

Sistem Ejaan Rumi Baharu (ERB).

Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan


Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu.
Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap
usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu “praktis, ekonomi dan ilmiah”
maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru
telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada tahun 1972 satu kenyataan
bersama telah di tandatangani antara menteri pelajaran Malaysia ketika itu dengan
menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia. Oleh itu secara rasminya pada 16 Ogos
1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara. Sistem ejaan ini
dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu.

Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang
berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu
merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat
supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu
serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah
masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah
pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima

32
oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi
kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standart yang tinggi berbanding
sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap
dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.

Menurut Ensiklopedia Malaysia (0000:00) dalam sistem ejaan ini, hanya ada satu
huruf e bertanda (ĕ) atau huruf e pepet terdapat dalam sistem ejaan Za’ba digugurkan
contohnya ĕmak menjadi emak, kĕledek menjadi keledek. Walaupun digugurkan, fungsi
huruf e yang melambangkan pepet dan e taling dikekalkan. Perubahan konsonan juga
berlaku dalam sistem ejaan baru ini. Contohnya gabungan 2 perkataan yang di gugurkan
salah satunya yang membawa maksud yang sama seperti ch akan menjadi c dalam
perkataan chuba menjadi cuba dan chuacha akan menjadi cuaca. Manakala bagi
perkataan lain adalah dh menjadi d dalam perkataan mudharat menjadi mudarat dan sh
menjadi sy dalam perkataan sharat menjadi syarat.

Manakala perubahan dalam penggunaan (’) dan (‘) yang melambangkan hamzah
dan ain akan digugurkan dan digantikan dengan konsonan k contohnya ma’ana menjadi
makna dan perkataan enche’ menjadi encik. Dalam sistem ini juga konsonan v dan x
diperkenalkan untuk digunkan secara meluas. Sistem ejaan ini menetapkan 18
keselarasan yang utama. Keselarasan disini bererti kesesuaian huruf vokal yang
membentuk dua suku kata pradasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku praakhir
dengan huruf vokal pada suku kata tertutup. Jadual dibawah menunjukkan perubahan
keselarasan vokal sistem Za’ba:

a-e taling menjadi a-i aleh menjadi alih

a-o menjadi a-u batok menjadi batuk

a pepet-e taling menjadi e-i Lebeh menjadi lebih

33
EJAAN RUMI FAJAR ASIA

Sistem ejaan rumi Fajar Asia digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan
di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit pada
awal tahun 1940-an, iaitu semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.
Ejaan ini mempunyai persamaan dengan sistem Ejaan Soewandi yang digunakan di
Indonesia. Hal ini berlaku kerana dasar pemerintahan Jepun pada waktu itu hendak
menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Huruf yang digunakan
dalam Sistem Ejaan Fajar Asia hamper sama dengan huruf yang digunakan dalam Sistem
Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Rumi Za’ba.
Asmah Haji Omar (1993) mengatakan bahawa, huruf Vokal dalam Sistem Ejaan
Fajar Asia juga menggunakan enam vokal yang terdiri daripada a, ê, e, i, o, dan u. Huruf
konsonannya pula adalah mengikut Sistem Ejaan Za’ba. Ejaan Fajar Asia ini
kemudiannya digunakan oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) sebagai ejaan rasmi
mereka.

Konsonan

b budak r rehat
ch chuacha t tuan
d desa w wang
g getah y yang
h hantu z zat
j jari sh sharat
l lari kh khabar
m muda dh dhuka
n nasi ny nyiru
ng pisang s sebat

34
Vokal

a - anak I - ikan
é - bélok o - otak
e - kelak u - upih

Diftong

ai - sampai oi - amboi
au - limau

Imbuhan

Sistem ejaan ini menetapkan supaya imbuhan (awalan dan akhiran) ditulis
serangkai dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan.

a) Imbuhan awalan b) Imbuhan akhiran


ber- berjalan -lah tidurlah

ter- termakan -kah salahkah

EJAAN BARU BAHASA INDONESIA (1966)

Lukman Ali (2000) menyatakan bahawa pada tanggal 17 April 1959, diadakan
perjanjian persahabatan antara Republik Indonesia dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Republik Indonesia diwakili oleh Perdana Menteri Ir. H. Djuanda Kartawidjaja, manakala
Persekutuan tanah Melayu diwakili oleh timbalan Perdana Menteri Dato’ Hussein Onn.
Seterusnya pada tanggal 4 hingga 7 Desember 1959 telah diadakan sidang bersama antara

35
Panitia Pelaksana Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Prof.
Dr. Slametmuljana dengan Jawatankuasa Ejaan Rumi Baharu Persekutuan Tanah Melayu
yang dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail yang berlangsung di Jakarta.
Sidang bersama tersebut telah menghasilkan Pengumuman Bersama Ejaan Bahasa
Melayu–Indonesia (Malindo). Pengumuman bersama tersebut menyatakan bahawa
kedua-dua pemerintah akan merasmikan Ejaan Melindo selewat-lewatnya pada bulan
Januari 1962. Namun Ejaan Melindo tidak dapat dilaksanakan kerana masalah
Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.
Namun disebabkan keinginan kedua-dua negara untuk memperbaiki ejaan, maka
Lembaga Bahasa dan Kebangsaan Indonesia telah ditugaskan untuk membina dan
mengembangkan bahasa Indonesia dalam segala aspek. Seterusnya persidangan bersama
antara Panitia Pelaksana Kerjasama Bahasa Melayu–Bahasa Indonesia dengan Jawatan
kuasa Ejaan Rumi Baharu Persekutuan Tanah Melayu telah dibuat selepas berakhirnya
kofrontasi dan menghasilkan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Indonesia.
Bahasa Indonesia mempunyai 22 konsonan dan 6 vokal, dan masing-masing
mempunyai variasi bunyi berdasarkan posisinya dalam sebuah kata. Huruf-huruf
konsonan bahasa Indonesia dilambangkan seperti di bawah:

Contoh-contoh konsonan Daftar Abjad Indonesia serta bunyinya

/b/ bantu a a

/d/ damai b ba

/f/ film c ca[tja]

/g/ ganti d da

/h/ hari j ja[dja]

36
EJAAN BAHASA INDONESIA YANG DISEMPURNAKAN (1972)

Pada 20 hingga 25 September 1966, satu perundingan telah diadakan di Jakarta,


dan hasilnya kedua-dua pihak iaitu Malaysia dan Indonesia telah mencapai persetujuan
untuk mengkaji semula ejaan baharu yang telah dibuat oleh jawatankuasa Malaysia.
Hasilnya satu persetujuan telah tercapai mengenai beberapa masalah dasar yang penting.
Kedua-dua Negara bersetuju untuk memperbaiki ejaan masing-masing bagi mencapai
keseragaman atas dasar-dasar yang berikut:

1) Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan kosep ilmiah, terutama dalam


bidang ilmu bahasa yang baik.
2) Kekurangan-kekurangan yang masih terdapat pada ejaan sekarang, dalam hal
mencerminkan kesaggupan bahasa Malaysia dalam bahasa Indonesia.
3) Perlunya usaha kodifikasi dalam pemakaian huruf dan tanda baca, yang dapat
berlaku untuk kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia.
4) Peranan yang akan dimainkan oleh bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia di
Asia Tenggara dan di seluruh dunia.
5) Pentingnya pengajaran membaca dan menulis.

Abdul Hamid Mahmood (1998) menyatakan bahawa dalam usaha memperbaiki


sistem ejaan itu, Jawatankuasa harus juga mengambil kira perkara-perkara dari segi
teknik, praktis, dan ilmiah. Perkara dari segi teknik adalah menggunakan satu huruf bagi
melambangkan satu fonem. Perkara dari segi praktis pula ejaan yang hendak digunakan
hendaklah boleh digunakan dengan mudah, sesuai dari segi mesi taip da mesin cetak.
Manakala dari segi ilmiah pula menghendaki sistem ejaan itu menunjukkan satu hasil
kajian yang ilmiah yang boleh digunakan dengan baik dalam kemajuan bahasa dan imu.
Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tersebut, Jawatankuasa Bahasa Melayu
Malaysia dan pasukan Ahli Bahasa KOTI dari Indonesia telah mengadakan perundingan
di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur selama beberapa hari dan telah mencapai
persetujuan mengadakan satu sistem ejaan bersama antara Malaysia dan Indonesia. Ejaan

37
baharu yang diputuskan itu harus ilmiah, ekoomis, dan praktis, iaitu sesuai digunakan
dikedua-dua Negara Malaysia dan Indonesia.

Pada tanggal 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh
Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Hussein Onn, dengan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Republik Indonesi, Bapak Mashuri.Kedua-dua Negara kemudiannya
melaksanakan system ejaan baru yang disempurnakan pada 16 ogos 1972. Lukman Ali
(2000) menyatakan bahawa sistem Ejaan yang Disempurnakan ini di Indonesia disahkan
secara rasmi oleh Presiden Soharto melalui surat keputusan no. 57, bertarikh 17 ogos
1972.

Abjad sistem Ejaan yang Disempurnakan

Huruf Bunyi Huruf Bunyi


Aa a Nn en
Bb be Oo o
Cc ce Pp pe
Dd de Qq ki
Ee e Rr er
Ff ef Ss es
Gg ge Tt te
Hh ha Uu u
Ii i Vv fe
Jj je Ww we
Kk ka Xx eks
Ll el Yy ye
Mm em Zz zet

Vokal

38
a asah o orang
e emak u ubat
i ikan

Diftong
ai pandai au harimau
Oi amboi

Konsonan
a) Konsonan yang tidak berubah:
b bahasa n nanti
d dua ng ngilu
g guna p pasang
h hari r rumah
k kami s siap
l lemas t tutup
b) Konsonan yang berubah:
Ejaan lama Ejaan baru
dj djalan j jalan
j pajung y payung
nj njonja ny nyonya
tj tjakap c cakap
sj sjarat sy syarat
ch tarich kh tarikh

b) Lain-lain (dirasmikan penggunaannya)


f maaf Huruf-huruf q dan x yang lazim digunakan dalam ilmu-
ilmu
v valuta eksakta juga digunakan dalam system ejaan ini.

39
Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi di
Malaysia dan Indonesia, namun beberapa perkara kecil mengenai ejaan tersebut
dirasakan perlu diselesaikan dengan segera. Beberapa masalah kecil mengenai ejaan
tersebut telah dibincangkan dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk
dan dikenali dengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis Bahasa Indonesia-
Malaysia dalam persidangannya yang kelima yang diadakan di Johor Bahru pada 2
hingga 4 Disember 1974, telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang
lebih lengkap bagi kegunaan kedua-dua negara. Pada 27 Ogos 1975, “Pedoman Umum
Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan telah dirasmikan.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu perancangan bahasa: pengintelektualan bahasa


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu.


Kuala Lumpur: Bintang Baru Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

40
Asmah Haji Omar (2004). Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai pembina
bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Balai Pustaka (1984). Pedoman umum ejaan bahasa Indonesia yang disempurnakan.
Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa departmen pendidikan
dan Kebudayaan, Balai Pustaka.

Bausani A ( 1960 ). ”the first italian-malay vocabulary by antonio pigeffeta”. East and
west new series II .

Harun Aminurrashid (1996). Kajian sejarah perkembangan Bahasa Melayu. Singapura:


Pustaka Melayu

Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia Malaysia (0000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lukman Ali (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta: Pusat Bahasa.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2006). Bahasa Melayu
Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd

Tate,D.J.M (1977). The Making of Modern South-East Asia, Vol l,The European
Conquest, Kuala Lumpur: Oxford University Prees.

41

Anda mungkin juga menyukai