Anda di halaman 1dari 60

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/201

PPG-PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/ 2014

BML3043: FONETIK&FONOLOGIBAHASA MELAYU

TUGASAN : KERJA KURSUS


GROUP UPSI05 ( A131PJJ ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA JAMILAH BINTI MD.SOM NO. ID D20112052702 NO. TELEFON 0173764012

NAMA PENSYARAH TARIKH SERAH

: DR. NORUL HAIDA BINTI HJ.REDUZAN : 24 NOVEMBER 2013

ISI KANDUNGAN Halaman 1.0 Bincangkan perkara berikut dengan jelas dan sertakan contoh-contoh yang sesuai:

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Pengenalan a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu b. Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu c. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu Kesimpulan Rujukan

3 3-7 7 - 45 45 - 55 55 56

PENGENALAN
Fonetik sebagai bidang ilmu fonologi, berperanan mengkaji keadaan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia dalam membentuk bahasa verbal sebagai alat komunikasi penting dalam kehidupan manusia.1Fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.Manakala,
2

fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.3

Fonetik merupakan the study of speech sounds and their production. 4Fonetik sebagai the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation.concerned with the production of these speech sounds by thearticulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on the hearer.

Penjelasan yang akan diberikan inidiharapkan dapat

membantu kita dalam menghasilkan

kajian ilmu fonetik dan fonologi dalam melahirkan ilmu bahasa yang sempurna dalam kehidupan manusia. Ini memberikan gambaran kepada kita tentang corak komunikasi yang dilakukan dalam menterjemahkan sesuatu bahasa yang dituturkan. Dalam ilmu fonologi ini , mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi.

a.

Fonetik dan fonologi bahasa Melayu.

Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik. Berikut diberikan beberapa definisi atau pengertian serta pendapat tentang fonetik: (i)5Fonetik dikatakan the body of speech sounds of any one language, and their relation to one another. (ii) 6Fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. (iii)7 fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeda makna dalam sesuatu bahasa. (iv)8Fonetik sebagai the study of the physical characteristics of human speech sounds.
1

Kamus Dewan edisi empat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Merriam WebstersCollengiate Dictionary tenth edition (1996:873) 3 Kamus OxfordAdvanced Learners Dictionanry of current English (1992:671) 4 Mengikutkamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) 5 The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart,1981:1566) 6 Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) 7 Marsono , Fonetik (1986:1)
2

(v)9Fonetik sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. (vi)10 Fonetik sebagai the study and classification of speech sounds. (vii)11Fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa ,disertakan juga di sini bagi penjelasan tentang konsep fonetik tersebut. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku

Pengantar Lingustik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in General Linguistics menyatakan fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologihanya satu disiplin bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37).

Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam buku Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik An Introduction to Language and Communication, menyatakan: Fonetik ialah bidang yang memperkatakan

bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali sebagai fonetik artikulasi,dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik).

Sementara istilah fonetik biasanya bermasud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi.(1995:61).Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik adalah seperti yang berikut: Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa (1986:1). J.W.M Verhaar dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut: Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole (1983:8).Manakala Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya .Fonetik pada maksud amnya

amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi. (1993:40)
8 9

W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguistics Abdullah Hassan (1993:40) 10 The Penguin Dictionary (2004:1046) 11 Kamus Dewan (2005:354)

Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi: Suatu Tinjuan menyatakan : Fonetik ialah kajian saintifikmengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.(1992:2) Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: Fonetik merupakan bidang yang dipelajari segala bunyi bahasa pertuturan manusia iaitu bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat

dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu.Bunyi

bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi .

Seseorang boleh melakukan kajianya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa itu dipindahkan melalui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang fonetik sebagai berikut Fonetik serta bagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya.(1986:52-53).Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan maksud

mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan terdapat konsepkonsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya. (1982:40)

Maksud

dan Merriam

makna

fonologi

adalah

seperti Dictionanry

yang

berikut:

Menurut

Kamus

Dewan,fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Websters Collegaite tenth edition (1996:874),fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in alanguage or in two or more related languages .

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut Oxford Advanced Learners Dictionanry of Current English (1992:671)

fungsinya.Kamus

memberi pengertian fonologi sebagai the study of the systems of speech sounds,especially in a particular language.Manakala Kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai the study of system of sounds in language and of the history of their changes.

Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga dipetik

daripada pendapat beberapa

orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: Fonologi adalah merupakan subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemulaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut.Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang sistem bunyi semula jadi(1995:112) Manakala Frank Parker dalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. (1974:112).Manakala menurutJ.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalam linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurut fungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86)12Fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. berkaitan dengan sifat universal

Berdasarkan pelbagai definisi dan pengertian daripada beberapa buah kamus dan ensiklopedia serta berdasarkan pandangan dan pendapat yang diberikan oleh beberapa orang sarjana bahasa tentang fonetik dan fonologi, dapat dirumuskan bahawa fonetik merupakan satu

pengkajian bahasa tentang bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Dalam bidang fonetik, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan, iaitu: (i) fonetik artikulasi (ii) fonetik akustik (iii) fonetik auditori

12

Abdullah Hassan ,Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia .(1993:40)

Fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. Fonetik akustik pula mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya (lihat rajah 1 bentuk gelombang akustik).

Rajah 1: Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa Inggeris see /si:/ (Sumber: P. Roach, 2001:40)

Fonetik auditori pula merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyibunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Fonologi pula dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyibahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

b. Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu.

Secara umum, bunyi bahasa dibahagikan kepada dua golongan iaitu vokal, konsonan dan semi-konsonan (D. Jones, 1958:12). Perbezaan ini didasarkan pada ada tidaknya halangan atau gangguan (proses artikulasi) pada alat artikulasi. Bunyi disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Arus udara keluar terus-menerus tanpa sekatan. Halangan untuk bunyi vokal hanya pada pita suara sahaja. Halangan yang hanya terjadi pada pita suara tidak lazim disebut artikulasi (J.W.M. Verhaar, 1977:17) kerana vokal dihasilkan dengan halangan pita suara, maka pita suara bergetar. Pita suara dalam keadaan tertutup, tetapi tidak rapat sekali. Dengan demikian, semua vokal ialah bunyi bersuara.

Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui ronga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal dalam bahasa Inggeris terdiri daripada lapan jenis, iaitu [i], [e], [], [a], [u], [o], [] dan [].

Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis utama, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan [].
13

Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah, sama ada

bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal depan; sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal tengah. Seterusnya jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi vokal tersebut ialah vokal belakang.

Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan seperti yang berikut: (a) Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah. (b) Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah.

13

Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri, Fonologi Melayu,2012

(c) Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan. (d) Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal depan [i], [e], [a], vokal tengah [] serta vokal belakang [u] dan [o] seperti dalam rajah 2.1 yang berikut:

Hadapan Sempit i

Tengah

Belakang u Tinggi

Separuh sempit

Separuh luas

Luas

Rendah

Rajah 2.1: Kedudukan Vokal Bahasa Melayu

Rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas menunjukkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan di bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal [i] dan vokal [u] misalnya, lidah dinaikkan setinggi mungkin sementara bagi membunyikan vokal [a], kedudukan lidah letaknya rendah sekali. Rajah 2.2 menunjukkan keadaan turun-naik bunyi ketika vokal [a] dan [i] disebutkan pada tona yang sama.

Rajah 2.2: Vokal [a] seperti dalam perkataan bahasa Inggeris father dan vokal [i] seperti dalam perkataan see menunjukkan turun-naik bunyi apabila vokalvokal berkenaan diujarkan pada tona yang sama (Sumber: P. Ladefoged, 2005:33)

Berdasarkan rajah kedudukan vokal bahasa Melayu pada rajah 2.1, maka vokal bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti yang berikut: Vokal Hadapan [ i ] Vokal depan sempit Contoh dalam perkataan: [ibu], [ikan], [ite], [biru], [sila], [kita], [ubi], [bli], [pti].

Rajah 2.3: Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47) [ e] Vokal depan separuh sempit Contoh dalam perkataan: [ekor], [ela], [elo], [belo], [sero], [herot], [sate].

Rajah 2.4: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)

[a] Vokal depan luas Contoh dalam perkataan: [ayu], [aku], [aba], [batu], [lari], [bola], [baa], [kaja] .

Rajah 2.5: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [a] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)

Vokal Tengah [ ] Vokal tengah pendek Contoh dalam perkataan: [ma], [mas], [kau], [lmas], [lma], [bsar].

Rajah 2.6: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)

Vokal Belakang [ u ] Vokal belakang sempit Contoh dalam perkataan: [ular], [unta], [ukor], [kuda], [buro], [huan], [adu], [amu], [satu].

Rajah 2.7: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [u] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49) [ o ] Vokal belakang separuh sempit Contoh dalam perkataan: [oleh], [obor], [olah], [boleh], [kota], [tola], [solo], [foto], [soto]

Rajah 2.8: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [o] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)

Terdapat dua lagi bunyi vokal, iaitu [] dan [] yang tidak digunakan dalam penulisan tetapi terdapat dalam dialek-dialek tempatan seperti dialek Kelantan, contohnya dalam perkataan [mak], [mal], [r], [kit]. Dalam bahasa Melayu, bunyi [] dan [e] dilambangkan dengan huruf e, manakala bunyi [] dan [o] dilambangkan dengan huruf o.

Rajah 2.9: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)

Rajah 2.10: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)

Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagian hadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vocal hadapan, iaitu vokal [i], [e] dan [a]. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahagian belakang lidah menghasilkan bunyibunyi vokal belakang, iaitu [u], [o] dan [].

Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahagian lidah itu boleh diangkat setinggi mungkin untuk menghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula bunyi vokal separuh tinggi, iaitu vokal [e] dan [o]. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan menghasilkan vocal separuh rendah [] dan [].

Vokal tengah pula dihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi. Untuk lebih jelas lagi, berikut diturunkan gambar rajah yang menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah semasa menghasilkan bunyibunyi vokal.

i
e

u o

Rajah 2.11: Kedudukan Lidah semasa Menghasilkan Bunyi-bunyi Vokal Berikut dihuraikan secara terperinci cara bunyi vokal kardinal [i], [e], [], [a], u], [o], [] dan [] dihasilkan oleh alat artikulasi.

Vokal Depan Sempit (Tinggi) [i] Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses yang berikut turut berlaku: (i) Bibir dihamparkan. (ii) Depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah gusi. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i] (lihat rajah 2.12).

Berikut diberikan contoh kehadiran bunyi [i] dalam perkataan. di awal perkataan: [ikan], [ikut], [ipar], [ibu], [itu].

di tengah perkataan: [biru], [bila], [kita], [sila], [silap]

di akhir perkataan: [tali], [bli], [bri], [bsi] [guli].

[i]

Rajah 2.12 : Penghasilan Vokal [i]

Vokal Depan Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [e] Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit [e], perkara yang berikut turut berlaku: (i) Bibir dihamparkan separuh sempit.

(ii) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat rajah 2.13). Contoh kehadiran bunyi vokal ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [ekor], [ela] , [elo], [ edah], [ela]. di tengah perkataan: [katel], [bera], [heret], [sepet], [leper]. di akhir perkataan: [sate].

[e]

Rajah 2.13 : Penghasilan Vokal [e]

Vokal Depan Separuh Luas (Separuh Rendah) [] Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses yang berikut turut berlaku: (i) Bibir dihampar separuh luas. (ii) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] (lihat rajah 2.14).

Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan: di awal perkataan: [so], [lo], [doh], []. di tengah perkataan: [bso], [gt], [gl], [pl]. di akhir perkataan: [god], [bul], [ud], [tul]. []

Rajah 2.14 : Penghasilan Vokal []

Vokal Depan Luas (Rendah) [a] Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Bibir dalam keadaan hampar. (ii) Depan lidah diturunkan serendah mungkin. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paruparu tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hampar seperti yang terdapat dalam perkataan yang berikut:

di awal perkataan: [ara], [aar], [alah], [amal], [asap]. di tengah perkataan: [dadu], [paku], [bukan], [lampu], [bahu]. di akhir perkataan: [pita], [rasa], [tiba], [kuda], [klapa].

[a]

Rajah 2.15 : Penghasilan Vokal [a]

Vokal Belakang

[a]

Sewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah. Keadaan bibir adalah bundar. Vokal Belakang Sempit (Tinggi) [u] Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang sempit, proses yang berikut harus dilakukan: (i) Bibir dibundarkan. (ii) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar [u]. (lihat rajah 2.16). Kehadiran bunyi ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [uli], [usap], [usu], [undur], [unto]. di tengah perkataan: [buka], [bubur], [subur], [gandum], [kabur]. di akhir perkataan: [bau], [labu], [pasu], [kelambu], [batu].

[u]

Rajah 2.16 : Penghasilan Vokal [u]

Vokal Belakang Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [o] Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Bibir dibundarkan. (ii) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] (lihat rajah 2.17). Kehadiran bunyi vokal ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [oleh], [ota], [obor], [oren]. di tengah perkataan: [boleh], [soto], [koko], [tolo]. di akhir perkataan: [solo], [soto], [foto]

[o]

Rajah 2.17 : Pengasilan Vokal [o]

Vokal Belakang Separuh Luas (Separuh Rendah) [] Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas, proses berikut berlaku: (i) Bibir dibundarkan. (ii) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah ke arah lelangit lembut. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] (lihat rajah 2.18). Bunyi ini terdapat dalam dialek Kelantan seperti yang berikut: di awal perkataan: [bat], [ta], [r], [peh]. di tengah perkataan: [pk], [sudh], [ph], [brh]. di akhir perkataan: [kit], [bil], [blak], [guan].

[]

Rajah 2.18 : Penghasilan Vokal []

Vokal Tengah Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah. Keadaan bibir adalah hampar. Vokal Tengah [] Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini, proses yang berikut turut berlaku: (i) Keadaan bibir hampar. (ii) Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [] (lihat rajah 2.19). Bunyi ini hadir dalam perkataan seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [ma], [mbun], [mpat], [nam]. di tengah perkataan: [pnat], [brat], [rgas], [kmas].

[]

Rajah 2.19 : Penghasilan Vokal []

Kesimpulannya di sini dapat dirumuskan bahawa jumlah vokal kardinal ialah lapan jenis, iaitu vokal [i,] [e], [], [a], [], [] , [o] dan [u]. Vokal asli dalam bahasa Melayu hanya enam jenis, iaitu vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan []. Semua vokal adalah bersuara. kecuali vokal [] yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang, vokal-vokal lain adalah nyaring dan lantang. Sementara itu, berikut pula diberikan rajah serta nama dan lambanglambang vokal antarabangsa.

HADAPAN TENGAH BELAKANG

Sempit

Separuh sempit

Separuh luas Luas

Apabila lambang hadir secara berpasangan, maka lambang pada sebelah kanan mewakili vokal bundar Rajah 2.20: Carta Kedudukan Vokal Antarabangsa (Sumber: J.B. Martin & J. Rahilly, 1999: 226)

Bunyi Konsonan
14

Kontoid ialah golongan bunyi artikulasi yang secara tradisi dikenali sebagai konsonan.Jadi ,

kontoid bertaraf fonetik sedangkan konsonan bertaraf fonemik.

Bunyi disebut sebagai

konsonan apabila terjadinya arus udara dihalang atau disekat pada

sebahagian alat artikulasi. Arus udara dihalang semasa bunyi dihasilkan. Proses halangan pada arus udara ini dapat disertai dengan bergetarnya pita suara. Jika hal ini terjadi, maka yang terbentuk adalah bunyi konsonan bersuara, misalnya bunyi [b, d, g, v, z, l] dan lain-lain. Jika artikulasi itu tidak disertai bergetarnya pita suara, glotis dalam keadaan terbuka, maka bunyi yang dihasilkan adalah konsonan tak bersuara, misalnya bunyi [p, t, k, f, s] dan seumpamanya.

14

Kamus Linguistik (1997:222)

Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paruparu, contohnya [b], [d] dan [g].

Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t] dan [k]. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu: i. konsonan asli dan ii. konsonan pinjaman
15

Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan yang tersedia ada dalam bahasa

Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan. Menurut Yunus Maris, terdapat 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada: (i) 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p, b] (ii) 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t, d] (iii) 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k, g] (iv) 1 konsonan hentian glotis () (v) 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [, ] (vi) 2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran glotis bersuara [h] (vii) 1 konsonan getaran bersuara [r] (viii) 1 konsonan sisian bersuara [l] (ix) 4 konsonan sengau bersuara [m, n, , ] (x) 2 konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan 1 separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

15

Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012)

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, rongga hidung dan lain-lain. Berikut diberikan carta konsonan asli bahasa Melayu dan daerah artikulasi dan cara penyebutannya sekali.

Daerah Sebutan Cara Sebutan

1 Dua bibir

2 Gusi Gusi

4 Lelangit keras

5 Lelangit lembut Pita

Lelangit Keras

suara

Letupan bersuara

tak p

b Letupan bersuara Letusan tak bersuara

Letusan bersuara

Sengau

Geseran bersuara

tak

h Geseran bersuara r Getaran l Sisian Separuh vokal w y/j

Rajah 2.21 : Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu

Di samping itu, terdapat juga lambang-lambang linguistik untuk melambangkan bunyi-bunyi bahasa yang terdapat dalam kalangan bahasa dunia. Lambang-lambang fonetik antarabangsa itu adalah seperti dalam rajah 2.21. Berikut diberikan nama bunyi konsonan antarabangsa tersebut: [p] Letupan dua bibir tidak beraspirat tidak bersuara (Voiceless unaspirated bilabial stop) [b] Letupan dua bibir tidak beraspirat bersuara (Voiced bilabial stop) [t] Letupan gigi-gusi tidak beraspirat tidak bersuara (Voiceless unaspirated dental-alveolar stop) [d] Letupan gigi-gusi tidak beraspirat bersuara (Voiced unaspirated dental-alveolar stop) [c] Letupan lelangit keras tidak beraspirat tidak bersuara (Voiceless unaspirated palatal stop) [] Letupan lelangit keras tidak beraspirat bersuara (Voiced unaspirated palatal stop) [k] Letupan lelangit lembut tidak beraspirat tidak bersuara (Voiceless unaspirated velar stop) [g] Letupan lelangit lembut tidak beraspirat bersuara (Voiced unaspirated velar stop) [q] Letupan anak tekak tidak beraspirat tidak bersuara (Voiceless unaspirated uvular stop)

[G] Letupan anak tekak tidak beraspirat bersuara (Voiced unaspirated uvular stop) [] Letupan glotis tidak beraspirat tidak bersuara (Voiceless unaspirated glottal stop) [ph] Letupan dua bibir beraspirat tidak bersuara (Voiceless aspirated bilabial stop) [bh] Letupan dua bibir beraspirat bersuara (Voiced aspirated bilabial stop) [m] Sengau dua bibir bersuara (Voiced bilabial nasal) [] Sengau bibir-gigi bersuara (Voiced labio-dental nasal)

Dua bibir Letupan Sengau Getaran Tap/ Flap Geseran Geseran Sisian Malaran Tak Bergeser Malaran Tak Bergeser Sisian p b m B

Gigi bibir

Gigi Gusi t n r d

Postalveola

Retrofleks

Lelangit keras C

Lelangit lembut k g R

Uvular

Faringal

Glotal

fv

Sz

* Apabila lambang hadir secara berpasangan, maka lambang pada sebelah kanan mewakili konsonan bersuara. * Bahagian berwarna menandakan artikulasi mustahil berlaku. Rajah 2.22: Carta Lambang Konsonan Antarabangsa (The International Phonetic Alphabet) (Sumber: J.B. Martin & J. Rahilly, 1999:226)

[n] Sengau gigi-gusi bersuara (Voiced dental-alveolar nasal) [] Sengau gelungan bersuara (Voiced retroflex nasal) [] Sengau lelangit keras bersuara (Voiced palatal nasal) [] Sengau lelangit lembut bersuara (Voiced velar nasal) [N] Sengau anak tekak bersuara (Voiced uvular nasal) [] Geseran dua bibir tidak bersuara (Voiceless bilabial fricative) [] Geseran dua bibir bersuara (Voiced bilabial fricative) [f] Geseran bibir-gigi tidak bersuara (Voiceless labio-dental fricative) [v] Geseran bibir-gigi bersuara (Voiced labio-dental fricative) [] Geseran gigi tidak bersuara (Voiceless dental fricative) [] Geseran gigi bersuara (Voiced dental fricative) [s] Geseran gigi-gusi tidak bersuara (Voiceless dental-alveolar fricative) [z] Geseran gigi-gusi bersuara (Voiced dental-alveolar fricative) [ ] Geseran gelungan tidak bersuara (Voiceless retroflex fricative) [] Geseran gelungan bersuara (Voiced retroflex fricative) [] Geseran gusi-lelangit keras tidak bersuara (Voiceless palato-alveolar fricative)

[] Geseran gusi-lelangit keras bersuara (Voiced palato-alveolar fricative) [] Geseran lelangit keras tidak bersuara (Voiceless palatal fricative) [] Geseran lelangit keras bersuara (Voiced palatal fricative) [x] Geseran lelangit lembut tidak bersuara (Voiceless velar fricative) [] Geseran lelangit lembut bersuara (Voiced velar fricative) [] Geseran anak tekak tidak bersuara (Voiceless uvular fricative) [] Geseran anak tekak bersuara (Voiced uvular fricative) [] Geseran rongga tekak tidak bersuara (Voiceless pharyngeal fricative) [] Geseran rongga tekak bersuara (Voiced pharyngeal fricative) [h] Geseran pita suara tidak bersuara (Voiceless glottal fricative) [] Geseran pita suara bersuara (Voiced glottal fricative) [w] Malaran tidak bergeser bibir-lelangit lembut (Labial-velar approximant) [] Malaran tidak bergeser bibir-lelangit keras (Labial-palatal approximant) [] Malaran tidak bergeser bibir-gigi (Labial-dental approximant) [] Malaran tidak bergeser gigi-gusi (Dental-alveolar approximant) [] Malaran tidak bergeser gelungan (Retroflex approximant) [j] Malaran tidak bergeser lelangit keras (Palatal approximant)

[] Malaran tidak bergeser lelangit lembut (Velar approximant) [] Sisian bergeser gigi-gusi (Dental-alveolar lateral fricative) [] Sisian bergeser lepas gusi (Post-alveolar lateral fricative) [l] Sisian tidak bergeser gigi-gusi (Dental-alveolar lateral) [] Sisian tidak bergeser gigi-gusi (Retroflex lateral) [] Sisian tidak bergeser lelangit keras (Palatal lateral) [r] Getaran gigi-gusi (Dental-alveolar trill) [R] Getaran anak tekak (Uvular trill) [] Tamparan gigi-gusi (Dental-alveolar trill) [] Tamparan gelungan (Retroflex flap) [R] Tamparan anak tekak (Uvular flap) (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:53-58)

Cara Penghasilan Bunyi Konsonan 1. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).

(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] (lihat rajah 2.23). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [papan], [pasu], [pukul], [putri]. di tengah perkataan: [lpas], [sepa], [dapur], [dapat]. di akhir perkataan: [dakap], [atap], [sdap], [santap].

[p]

Rajah 2.23 : Penghasilan Konsonan [p] 2. Letupan Dua Bibir Bersuara [b] Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i)Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara [b] (lihat rajah 2.24). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:

di awal perkataan: [buru], [buku], [buda], [batu]. di tengah perkataan: [tubuh], [subuh], [tabur], [tiba]. di akhir perkataan: [sbab], [karib], [kitab], [adab].

[b]

Rajah 2.24 : Penghasilan Konsonan [b]

3. Letupan Gusi Tidak Bersuara [t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] (lihat rajah 2.25). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:

di awal perkataan: [taan], [tahu], [tolo], [tare]. di tengah perkataan: [pta], [putus], [satu], [bantu]. di akhir perkataan: [pnuntut], [patut], [sbut], [lmbut].

[t]

Rajah 2.25: Penghasilan Konsonan [t]

4. Letupan Gusi Bersuara [d] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut perlu berlaku: (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [d] (lihat rajah 2.26). Konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:

di awal perkataan: [dalam], [dahulu], [duka], [dapur]. di tengah perkataan: [pda], [pada], [sida], [padah]. di akhir perkataan: [abad], [tekad], [masud], [hasad].

[d]

Rajah 2.26: Penghasilan Konsonan [d]

5. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta-merta.

(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] (lihat rajah 2.27). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:

di awal perkataan: [kawan], [kuda], [kalau], [kita]. di tengah perkataan: [sukat], [bakat], [dkat], [pukat]. di akhir perkataan: [buda], [pka], [teo], [ma].

Rajah 2.27 : Penghasilan Konsonan [k]

6. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g] Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g], proses berikut perlu dilakukan: (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh [k] arus udara yang keluar dari paru-paru. pada (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

(iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] (lihat rajah 2.28). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: di awal perkataan: [guru], [ganti], [gantu], [gambar]. di tengah perkataan: [aga], [agar], [uga], [ragu]. di akhir perkataaan: [beg], [dialog], [monolog].

[g]

Rajah 2.28 : Penghasilan Konsonan [g] 7. Hentian Glotis [] Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, proses berikut turut berlaku: (i) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan. (iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis [] yang terdapat dalam bahasa Melayu (lihat rajah 2.29). Contoh perkataan yang mengandungi bunyi konsonan ini ialah:

di awal perkataan: [ibu], [ada], [ikan], [ora]. di tengah perkataan: [saat], [umaat], [kadaan], [soal]. di akhir perkataan: [tida], [ana], [ka], [gala].

[]

Rajah 2.29 : Penghasilan Konsonan []

8. Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut turut berlaku: (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta-merta).

Walau bagaimanapun, untuk bunyi konsonan [] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara untuk bunyi konsonan letusan (afrikat) dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan church. Bunyi konsonan [] yang hadir dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [ari], [uti], [uri], [ontoh]. di tengah perkataan: [sui], [bani], [bni], [kuni]. di akhir perkataan: [ma], [ko].

[]

Rajah 2.30 : Penghasilan Konsonan [] 9. Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ ] Bunyi letusan lelangit keras-gusi dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras-gusi. Udara dilepaskan perlahan (bukan dilepaskan dengan cepat atau serta-merta). Bagi bunyi kononan [ ] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat daripada pelepasan udara untuk bunyi konsonan j dalam bahasa Inggeris seperti untuk perkataan judge.

(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [ ] (lihat rajah 2.31). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: di awal perkataan: [aan], [olo], [agut], [uga]. di tengah perkataan: [taam], [trun], [bua], [huan]. di akhir perkataan: [ime], [kole].

[]

Rajah 2.31 : Penghasilan Konsonan []

10. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s] Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], proses yang berikut turut berlaku: (i) Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara [s] (lihat rajah 2.32). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:

di awal perkataan: [saya], [sapu], [suguh], [sdap]. di tengah perkataan: [basuh], [kasar], [dasar], [pasar]. di akhir perkataan: [habis], [bilis], [hiris], [bras].

[s]

Rajah 2.32 : Penghasilan Konsonan [s]

11. Geseran Glotis Bersuara [h] Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h], proses yang berikut turut berlaku: (i) Pita suara dibuka (direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada glotis. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. (iii) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan. (iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara [h] (lihat rajah 2.33). Kehadiran bunyi ini adalah seperti yang berikut:

di awal perkataan: [habis], [hulur], [hantu], [higap]. di tengah perkataan: [lihat], [tahap], [peha], [sehat]. di akhir perkataan: [brseh], [lteh], [kaseh], [lbeh].

[h]

Rajah 2.33 : Penghasilan Konsonan [h]

12. Getaran Gusi Bersuara [r] Bunyi getaran gusi bersuara [r] dihasilkan dengan cara yang berikut: (i) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [r] (lihat rajah 2.34). Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:

di awal perkataan: [rasa], [rabun], [runtuh], [rusuh]. di tengah perkataan [bras], [kras], [laras], [karut]. di akhir perkataan: [bsar], [kasar], [lebar], [edar].

[r]

Rajah 2.34 : Penghasilan Konsonan [r]

13. Sisian Gusi Bersuara [l] Konsonan sisian gusi bersuara [l] dihasilkan dengan cara: (i) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l] (lihat rajah 2.35). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [lama], [lambat], [lampu], [lupa]. di tengah perkataan: [slamat], [klat], [kilat], [bulat]. di akhir perkataan: [tigal], [bkal], [pegal], [pukul]

[l]

Rajah 2.35 : Penghasilan Konsonan [l]

14. Sengau Dua Bibir Bersuara [m] Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dihasilkan dengan cara: (i) Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan (lihat rajah 2.36). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: di awal perkataan: [makan], [malam], [mula], [masin]. di tengah perkataan: [timun], [namun], [timur], [lima]. di akhir perkataan: [salam], [silam], [dalam], [tilam].

[m]

Rajah 2.36 : Penghasilan Konsonan [m]

15. Sengau Gusi Bersuara [n] Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara: (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n] (lihat rajah 2.37). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:

di awal perkataan: [nasi], [nuri], [naka], [naluri]. di tengah perkataan: [knari], [binasa], [panas], [lontar]. di akhir perkataan: [papan], [simpan], [lapan], [smbilan]

[n]

Rajah 2.37 : Penghasilan Konsonan [n] 16. Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara [] Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku: (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [] (lihat rajah 2.38). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [ai], [ata], [amo], [ao]. di tengah perkataan: [baa], [mia], [taa], [sui].

[]

Rajah 2.38 : Penghasilan Konsonan [] 17. Sengau Lelangit Lembut Bersuara [] Bunyi konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] dihasilkan melalui proses yang berikut: (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara [] (lihat rajah 2.39). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [aa], [iau]. di tengah perkataan: [bua], [sia], [baga], [taga]. di akhir perkataan: [tagu], [bara], [tanu], [gunu].

[]

Rajah 2.39 : Penghasilan Konsonan []

18. Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w] Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara [w] ini dihasilkan dengan cara: (i) Bibir dibundarkan. (ii) Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u]). (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah [] (lihat rajah 2.40). Kehadiran konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [wau], [waris], [waja], [wa]. di tengah perkataan: [kawan], [lawan], [kawat], [lewat]. di akhir perkataan: [sepa takraw].

[w]

Rajah 2.40: Penghasilan Separuh Vokal [w] 19. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j] Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j], proses yang berikut turut berlaku: (i) Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [i], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah []. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [i], kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah []. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j] (lihat rajah 2.41). Kehadiran bunyi konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [ja], [jakin], [jatim], [juran]. di tengah perkataan: [daja], [saja], [baja], [smbahja].

[j]

Rajah 2.41 : Penghasilan Separuh Vokal [j]

c. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

Sistem Ejaan Bahasa Melayu bermaksud sistem ejaan baharu yang dipersetujui bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia berikutan dari perisytiharan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia serentak pada 16 Ogos, 1972. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan, dan Jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka. (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1978:v)
16

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi Bahasa Melayu dilakukan oleh pedagang,

pengembara, dan penjelajah yang datang dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Semasa di sini, mereka tertarik dengan tatabahasa bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Rumi Latin. Huruf Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis perihal bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1522. Bermula dalam abad ke-16, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Rumi oleh pedagang, pengembara, penjelajah dan juga sarjana dari Eropah.

16

Abdul Hamid Mahmood (2010:120)

Namun demikian, hasil usaha mereka dalam banyak hal tidak begitu sempurna, dan banyak pula terdapat kesilapan. Dalam abad ke-17 dengan kedatangan bangsa Belanda ke Timur, tulisan Rumi mula mendapat asas dalam ejaan Rumi bahasa Indonesia. Begitu juga dengan orang Inggeris yang mula berminat terhadap bahasa Melayu telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Tanah Melayu pada abad ke- 17 hingga akhir abad ke-19. Antara sistem ejaan Rumi yang disusun oleh orang Inggeris sebelum abad ke-20 termasuklah ejaan Rumi Thomas Bowrey (1701), ejaan Rumi J.Howison (1800), ejaan Rumi Swettenham (1881), dan ejaan Rumi Maxwell (1882), yang kesemuanya berpedomankan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada Rumi. (Ismail Dahaman, 1992: 43) Pedoman umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu ini mencakupi penggunaan abjad dan huruf vokal, diftong dan huruf konsonan lama kepada baharu, penggunaan tanda koma di atas dan huruf yang diperkenalkan. HURUF Aa Bb Cc Dd Ee Fe Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr SEBUATAN e bi Si di i ef Gi Ec ai je Ke el Em en o pi kiu ar PERKATAAN ayam butang cacing dagu emak foto gusi hutan lada jala kaki lembu mata nasi obor pisang quran ratu

Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz

es ti yu vi dabliu eks wai zek

sagu tali ular video wau x-ray yu zip

Huruf Vokal Terdapat sebanyak enam vokal atau bunyi vokal standard dalam bahasa Melayu. Huruf-huruf yang melambangkan pemakaiannya adalah seperti yang berikut: Huruf vokal a (i) pepet e (ii) taling i o u di depan aki mak enak ikat otak udang di tengah batu tnat merah sikat botak cubit di belakang buka vandalism tauke curi soto kayu

Huruf Diftong Dalam bahasa Melayu terdapat tiga diftong, iaitu ai, au dan oi. Contoh pemakaiannya adalah seperti berikut: Huruf diftong ai au oi di depan aidil audit oidium di tengah khairiah saudari boikot di belakang cerai bakau boroi

Huruf Konsonan Dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 26 huruf konsonan. Daripada 26 konsonan tersebut lima daripadanya memakai huruf gabungan, iaitu gh, kh, ng, dan nya. Berikut diberikan contoh pemakaian konsonan tersebut dalam perkataan: Huruf diftong b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w y Z (i) z (ii) x di depan bata ciku dagu feri guli ghazal hati jari kutu khamis lampu mata nasi nganga nyaring paku quran raja siput syair tenun visa wang yis zip xenom di tengah rambut baca adat afdal sangkar maghrib bahtera keju duku bakhil balu kamu santai bingka banyak sapu wuquf merah masjid masyhur bantu universal bawang bayu Razip di belakang akrab Mac abad alif kacang tabligh kalah siraj lokek tarikh tebal tilam telan sarang atap buraq bakar cemas Quraisy cabut takraw lafaz

Daripada 26 huruf konsonan dalam sistem ejaan Melayu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v, x. i. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf jawi qaf ( ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata mengenai agama yang asal daripada bahasa Arab. Contohnya: ii. quran qadak dan qadar wuquf

iii.

Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contohnya:

iv. vitamin revolusi vokal subversif novel universiti

Huruf -ve yang hadir diakhir kata ditukar menjadi f. Contohnya:

Lama active passive negative

Baharu aktif pasif negatif

iii. Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang ditukar menjadi z. Contohnya: Lama xeromorph xenon xanthate Baharu xeromorf xenon xantat

Sistem Keselarasan Huruf Vokal Sistem Keselarasan Huruf Vokal bererti sistem atau aturan mengikut kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal ini mengikut syarat yang berikut: i. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar. ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup. iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir.

Pola Keselarasan Huruf Vokal Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, terdapat sebanyak 18 pola keselarasan huruf vokal seperti yang berikut: Pola Keselarasan Vokal Suku kata praakhir 1. a 2. a 3. a 4. pepet 5. pepet 6. pepet 7. e taling 8. e taling 9. e taling 10. i 11. i 12. i 13. o 14. o 15. o 16. u 17. u 18. u Suku kata akhir tertutup a i u a i u a e taling o a i u a e taling o a i u Contoh pemakaian asap,darah,sarang, dalang api,kalis,manis,masin ayu,kayu.ladu,baldu mak,bban,ktam,tmbelang lmbik,bras,ptik,crdik lmbut,blut,tnuk,mrbuk erat,merah,esa,becak,lepak nenek,cetek,seret,cerek ekor,benjol,cedok,centong ikan,ikat,tikam,kisar,cerita itik,mirip,jirim,sendiri siul,bisul,liut,siput otak,bola,roda,pola koleh,toreh,lokek,molek sotong,lontong, sorong,obor pukat,ulat,sulam,kuda,uda ubi,budi,curi,sumbing,tulip ukur,busut,kutu,duku,cucu

Pola Kekecualian kepada Keselarasan Huruf Vokal

Selain pola-pola keselarasan huruf vokal tersebut, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai kekecualian kepada pola keselarasan huruf vokal. Pola kekecualian ini digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman seperti kata-kata daripada bahasa Nusantara atau bahasa Inggeris. Contohnya:

Pola Vokal

Contoh Kata Bahasa Nusantara

Contoh Kata Bahasa Inggeris

1. a e taling

awet, aneh, kaget, pamer, kabaret, panel raden

2. a o

calon, lakon, lancong, lapor, keratin, perabot

atom, kontraktor

3. pepet e taling 4. pepet o 5. i e taling 6. i o 7. u e taling 8. u o 9. a pepet 10. e taling i 11. e taling u 12. pepet pepet

gmbleng jmpol, bndok imlek gabnor, intrkom parlimen, simen, tiket

ijon, pilon tuln, ulat bunglon, buron pakm

diftong, transistor subjek, dokumen kupon, konduktor, lelucon teatr hipotesis, objektif

petroleum, spektrum dmdem, ppt

13. i pepet 14. o i 15. o u 16. u pepet

isng

film, artikl, partikl

hipokrit, fosil bonus, forum lumr skutr

Penyesuaian Huruf Ejaan Kata Pinjaman Ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan bahasa Melayu. Berikut diberikan contoh-contoh perkataan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang disesuaikan ejaannya mengikut ejaan bahasa Melayu: Bahasa Inggeris (BI) Bahasa Melayu (BM) Perubahan huruf BI BM

1. abstract plate

abstrak plat

2. aerial aerpgraph

aerial aerograf

ae

ae

3. aesthetics haematite

estetik hematit

ae

4. aileron trailer

aileron trailer

ai

ai

5. automatic auditorium

automatik auditorium

au

au

6. barbecue lobby

barbeku lobi

b, bb

7. cylinder cent

silinder sen

8. carbon classic

karbon klasik

c, cc

9. accent vaccin

aksen vaksin

cc

ks

10. machine achelin

mesin eselin

ch

11. technique cholera

teknik kolera

ch, chh

12. dividend 13. effective system

dividen efektif sistem

d, dd e

d e

14. bearing idealist

bearing idealis

ea

ea

15. beaker grease

bikar gris

ea

16. beer

bir

ee

jamboree

jambori

17. protein atheist

protein ateis

ei

ei

18. geometry stereo

geometri stereo

eo

eo

19. petroleum europium

petroleum europium

eu

eu

20. factor traffic

faktor trafik

f,ff

21. geology aggressive

geologi agresif

g,gg

22. harmony hotel

harmoni hotel

23. identity textile

identity tekstil

24. taxi express

teksi ekspres

ks

25. xenon 26. dynasty 27. royalty yankee

xenon dinasti royalti yangki

x y y

x i y

28. zodiac

zodiak

z, zz

Bentuk Ejaan Tampak Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual. Maksudnya ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu dieja mengikut bentuk tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan (dalam bahasa asalnya). Contohnya:

BahasaInggeris

BahasaMelayu

atom blok bonus carbon cartoon Jadi

atom blok bonus karbon kartun Bukan

atum belok bonos kaban katun

Kekecualian bagi Ejaan yang Sudah Lama Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu membenarkan beberapa kekecualian daripada peraturan yang ditetapkan. Kekecualian ini diberikan kepada perkataan Inggeris atau asing yang sudah lama digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan yang sudah sebati pemakaiannya dalam bahasa Melayu. Contohnya:

BahasaInggeris

BahasaMelayu

class club costum driver plan

Jadi

kelas kelab kastam drebar pelan

Bukan

klas klab kusom driver,driber plan

KESIMPULAN

Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu.

Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, misalnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh berdasarkan agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian itu pula boleh diuji kebenarannya.

RUJUKAN

1. 2.

Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services.

3.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan fonologi siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional.

4. 5. 6.

Jones, D. (1958). An outline of English phonetics. London: Heffer. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

7.

Alias Mohammad Yatim (1992). Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kulim: Penerbit Sarlis.

8. 9.

Arbak Othman (1983). Permulaan ilmu linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Harimurti Kridalaksana (1983). Kamus linguistik. Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia Jakarta.

10.

Marsono (1986). Fonetik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Anda mungkin juga menyukai