Anda di halaman 1dari 55

Morfologi Penggolongan kata

1.0

Pengenalan
Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan

berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang
sama . Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan sesuatu kata
mengikut gatra
tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah
seperti
sesumpah iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat. Justeru , kita
seharusnya mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul dan boleh
membezakan mengikut kelas kata tersebut. Dalam menggolong kata, terdapat
empat kriteria yang digunakan dalam linguistik iaitu kriteria morfologi, kriteria
sintaksis, kriteria semantik dan kriteria fonologi. Kriteria-kriteria ini dihuraikan
secara ringkas untuk mendapat kefahaman asas bagaimana hendak menjeniskan
perkataan . Selain menggolongkan kata dari sudut morfologi dan semantik,
penggolongan kata berdasarkan ciri sintaksis dijadikan panduan. Cara ini
membolehkan pengolonggan kata yang lebih tepat. Ciri sintaksis merujuk kepada
fungsi sesuatu kata itu dalam struktur frasa atau ayat
Penggolongan kata digolongkan dalam beberapa golongan tertentu
berdasarkan kriteria struktur fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan
kriteria semantik. Lazimnya perkataan digolongkan dalam kriteria sintaksis dan
kriteria semantik.
Justeru , dalam Bahasa Melayu terdapat empat bentuk golongan kata utama iaitu kata
nama , kata kerja , kata adjektif dan kata tugas .

Morfologi Penggolongan kata


2.0

Kata Nama
2.1 Definisi
Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan

frasa nama. Erti atau definisi kata nama menurut Abdullah Hassan (2003) ialah kata
yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
Zaba (1965) pula mendefinisi kata nama sebagai semua perkataan yang menyebut
benda atau orang dan sebagainya. Mengikut Tatabahasa Dewan (2008) pula
menyatakan kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan
frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat,
benda, atau konsep. Berdasarkan definisi kata nama menurut tokoh di atas dapat
disimpulkan bahawa kata nama ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama
orang, haiwan, benda, undang-undang, bangsa, bahasa, dan pangkat.
2.2 Binaan Kata Nama
Perkataan perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji
dari segi pembinaan atau pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya.
Berdasarkan itu, kata nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk iaitu :
i.
Kata Nama Tunggal
ii.
Kata Nama Terbitan
iii.
Kata Nama majmuk
iv.
Kata Nama Ganda
2.2.1 Kata Nama Tunggal
Kata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja
di mana
perkataan tersebut tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Perkataan ini
juga boleh
masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap. Kata akronim yang sudah
diterima pakai

Morfologi Penggolongan kata


juga tergolong dalam kata nama tunggal. Selain akronim, terdapat segolongan kata
nama tunggal
yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk
atau keadaan
pada kata nama yang mengikutinya. Kelompok perkataan ini lazimnya disebut
penjodoh bilangan.
Contoh kata nama tunggal

kata dasar

- mata, jalan, tudung

Akronim

- LUTH, Mara, Proton

Penjodoh bilangan

- seutas tali, sebiji telur,

setitis air
2.2.2 Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada pengimbuhan, iaitu proses
menggandingkan imbuhan-imbuhan kata nama kepada kata dasar. Terdapat empat jenis
imbuhan kata nama yang boleh berganding dengan kata dasar iaitu ;
i.

Imbuhan awalan

ii.

Imbuhan akhiran

iii.

Imbuhan apitan

iv.

Imbuhan sisipan

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada
beberapa kelas iaitu :-

Morfologi Penggolongan kata

kelas kata

kata dasar

kata terbitan

kata kerja

peraga

peragawati

latih

latihan

bawa

pembawaan

lawan

perlawanan

oleh

perolehan

untuk

peruntukan

lombong

perlonbongan

rumah

perumahan

guru

perguruan

cantik

kecantikan

besar

pembesar

tinggi

ketinggian

kata sendi

kata nama

kata adjektif

2.2.2.1 Imbuhan Awalan


Imbuhan awalan yang membentuk kata nama terbitan dalam bahasa Melayu
ialah :

Morfologi Penggolongan kata


i.

peN- Awalan peN terdiri daripada empat bentuk awalan iaitu pe, pen.

ii.

pem, dan
peng.
Contoh : pelayan, penahan, pembaca, penggali
peAwalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan dengan kata dasar
tanpa

iii.

melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut.


Contoh : sakit pesakit
peR- Awalan peR- pada umumnya boleh bergabung dengan kata dasar
daripada
jenis kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan apa-apa perubahan
bunyi pada awal kata dasar.
Contoh : per + asap perasap
Awalan ke- hanya bergabung dengan beberapa perkataan sahaja

iv.

ke-

v.

dan tidak
melibatkan sebarang perubahan huruf.
Contoh : ke + tua ketua
juru- Awalan juru- hanya terdapat satu bentuk yang dapat berfungsi
sebagai
awalan kata nama.
Contoh : juru + wang
- juruwang

2.2.2.2 Imbuhan Akhiran


Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu an yang boleh bergabung dengan
kata dasar
tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.
Contoh imbuhan akhiran an : kisar + -an kisaran
Darat + -an daratan
2.2.2.3 Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam Bahasa Melayu terdiri
daripada

Morfologi Penggolongan kata


empat jenis imbuhan apitan iaitu :i.

ii.

iii.

iv.

peN- -an Apitan peN- -an terdiri daripada empat bentuk iaitu pe-an,
pem--an, pen--an, dan peng--an
Contoh : penantian, penipuan, pembacaan, penggalian.
pe--an
apitan pe-an mempunyai satu bentuk pewujudan sahaja
iaitu
apabila pe--an bergabung dengan kata-kata dasar.
Contoh : pekarangan, petempatan, peperangan, peratusan
peR--an
Apitan peR--an mempunyai satu bentuk pewujudan iaitu
per--an apabila bergabung dengan semua kata dasar kecuali
kata dasar yang bergabung itu berawalan r. Dua huruf r yang
bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan.
Contoh ; persatuan, perbukitan, perbarisan, perpaduan
ke--an
Apitan ke--an boleh bergabung dengan kata dasar tertentu
tanpa
melibatkan sebarang perubahan huruf
Contoh : kedatangan, kedaulatan, kerugian, ketidakadilan

2.2.2.4 Imbuhan Sisipan


Ada tiga bentuk sisipan kata nama iaitu -el-, -er-, dan -em-.
i.

ii.

iii.

-eldan

-eruntuk

-emuntuk

Sisipan -el- dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja


kata adjektif untuk menerbitkan kata nama.
Contoh : tapak telapak
kupas kelupas
Sisipan -er- dapat bergabung dengan beberapa perkataan
menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu yang
mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
Contoh : kuping keruping
suling seruling
Sisipan em- dapat bergabung dengan beberapa perkataan
menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu sesuatu
yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
Contoh : kuning kemuning
kuncup kemuncup

2.2.3 Kata Nama Majmuk


Kata nama majmuk terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. Kata nama
majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit kecuali yang sudah mantap

Morfologi Penggolongan kata


sebagai satu perkataan. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di
antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna
tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa.
Contoh : guru besar
anak emas
setiausaha
2.2.4 Kata Nama Ganda
Kata ganda boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan maknamakna tertentu. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar. Ada tiga jenis penggandaan
yang melibatkan kata dasar nama iaitu :i.

ii.

iii.

Penggandaan penuh
melibatkan penggandaan seluruh kata dasar
tanpa sebarang
perubahan bentuk.
Contoh : kereta
kereta-kereta
Cerpen
cerpen-cerpen
Penggandaan separa
melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar.
Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan
yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi
vokal tengah, iaitu e pepet.
Contoh : langit
la-langit
lelangit
pohon
po-pohon
pepohon
Penggandaan berentak
mengikut rentak

proses menggandakan kata dasar nama


bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
Contoh : gunung
gunung-ganang
sedu sedu-sedan
saudara
saudara-mara

2.3 Golongan Kata Nama Mengikut Golongan Kecil


Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan
kepada

tiga kumpulan iaitu :kata nama khas

Kata nama

kata nama am

Morfologi Penggolongan kata


kata ganti nama
2.3.1 Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan
untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa
dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama
manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah
nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu,
khusus atau khas. Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini
hendaklah ditulis dengan huruf besar. Pembahagian Kata nama Khas
adalah seperti berikut :-

K
h
ia
d t
a
u
p
n
a
m
a
k
h
a
s

Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata nama
yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat,
dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis
dengan huruf besar. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu
nama khas hidup dan nama khas tak hidup. Nama khas hidup dibahagikan
kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia .

Morfologi Penggolongan kata


2.3.1.1 Kata nama khas hidup manusia
Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk
manusia. Kata nama khas hidup manusia ini juga boleh didahului oleh
nama panggilan atau gelaran.
2.3.1.2 Kata nama khas hidup bukan manusia
Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk bendabenda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan,
tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya.
2.3.1.3 Kata nama khas tak hidup
Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk bendabenda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi,
negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang, dan
seumpamanya.

2.4 Kata Nama Am

Morfologi Penggolongan kata


Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuhtumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am
digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Kata Nama Am boleh
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya
iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi,
konkrit atau abstrak, dan berbilang atau tak berbilang. Pembahagian Kata Nama Am
adalah seperti berikut :-

K
h
tim
k
a
b
i
n
u
o
b
e
a
t
d
rsn
k
u
a
tk
b
p
sh
irn
b
itn
la
e
d
m
tu
k
ra
m
u
sa
n
b
a s
p
in
g
u
s
a
m
n
a
u
g
s

a
an

i
i
lt
i

it

g t

m
t t
i n

n
mm

a
t

2.5 Kata Ganti Nama

a
i

a
u

j
10

Morfologi Penggolongan kata

Kata Ganti Nama terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :-

i. Kata Ganti Nama Tunjuk - Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi
pengganti
kata nama khas dan kata nama am. Ia menunjukkan
benda atau
perkara yang dirujuk. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk
iaitu :
(a) ini: menunjukkan pada yang dekat.
(b) itu: menunjukkan pada benda yang jauh.

ii. Kata Ganti Nama Diri

- Kata ganti nama diri dibahagikan kepada dua kumpulan


iaitu:
(a) Kata Ganti Nama Diri Tanya
- Manusia.
Merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya
apa --> benda / perkara
11

Morfologi Penggolongan kata


mana --> benda / orang
siapa --> orang.
- institusi
Apabila kata ganti nama diri Tanya mengalami
pengandaan
ia akan bermaksud rujukan tidak tentu.
apa --> apa - apa
mana --> mana - mana
siapa --> siapa -siapa / sesiapa
(b) Kata Ganti Nama Orang
- Kata ganti nama diri orang pertama
aku, beta, patik, kami, kita.
- Kata ganti nama diri orang kedua
anda, engkau, awak, kalian
- Kata ganti nama diri orang ketiga
ia, dia, nya, mereka

3.0 Kata Adjektif atau Sifat


Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda
atau kata nama.
Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas
12

Morfologi Penggolongan kata


predikat
sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguh dan
sangat. Terdapat
sembilan jenis kata adjektif iaitu:
a.Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan
- ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur
keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
kuat, pintar, nakal, keras, lemah, sihat, bijak, cergas, dan jahat.
Contoh ayat:
Budak nakal selalu kena marah.
b.Kata Adjektif Warna
- sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi
pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
jingga, perang, hitam, putih, biru, dan kelabu.
Contoh ayat:
13

Morfologi Penggolongan kata


Adik suka pakai baju hijau.
c.Kata Adjektif Ukuran
- sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi
pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah, dan
kecil.
Contoh ayat:
Buku tebal itu sudah saya baca.
d.Kata Adjektif Bentuk
- sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
lurus, bulat, bujur, bengkok, leper, bundar, lonjong, buncit, dan tajam.
Contoh ayat:
Jalan lurus mudah dilalui.
e.Kata Adjektif Waktu
- sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi
pengertian konsep masa , seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
14

Morfologi Penggolongan kata


- kerap, awal, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, dan
lampau.
Contoh ayat:
Kedatangannya lewat hari ini.
f.Kata Adjektif Jarak
-sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kerap, awal, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, dan
lampau.
Contoh ayat:
Kedatangannya lewat hari ini.
g.Kata Adjektif Cara
- sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang
memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam,
seperti contoh
yang berikut:
Contoh perkataan:
pantas , deras , ligat , lambat , gopoh , perlahan ,
laju , cermat ,
15

Morfologi Penggolongan kata


dan cepat.
Contoh ayat:
Kereta itu dipandu dengan laju.
h. Kata Adjektif Perasaan
- ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur
keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau
konsep
perasaan, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
- kasih , takut , malu , saying , hendak , geram ,
cinta , rindu ,
dan marah.
Contoh ayat:
Dia masih marah kepada saya.
i.Kata Adjektif Pancaindera
- sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang
membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan
rasa.

16

Morfologi Penggolongan kata


Contoh pancaindera pandang
comel

, hodoh , molek

Contoh pancaindera dengar


nyaring , lembu , mersik
Contoh pancaindera bau
wangi , hanyir , harum
Contoh pancaindera rasa
manis , kelat , masam
3.1 Bentuk Kata Adjektif
3.1.1 Kata adjektif tunggal
Kata adjektif tunggal terdiri daripada hanya satu perkataan sahaja
contoh:
nyenyak , masam , manis , pahit , besar , terang , pendek dan gemuk .
3.1.2 Kata adjektif terbitan
Kata adjektif terbitan merupakan satu kata dasar yang menerima
imbuhan sama ada
imbuhan awalan, apitan atau sisipan.
Contoh:
termasyur , setinggi, kemarahan , kemetot.,

17

Morfologi Penggolongan kata


a. Awalan kata adjektif
Imbuhan awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter-..
dan se-..
i. Imbuhan awalan ter-
imbuhan awalan ini dapat mnerbitkan kata adjektif apabila
bergabung dengan
kata dasar yang sememangnya jenis kata adjektif . Kata adjektif
terbitan
yang demikian berfunggsi sebagai penjelasan keadaan
perbandingan atau
keadaan paling.
Contohnya :
Terkecil , terpendek , tertua , terbesar , terkenal
Contoh ayat :
1. Pak Ali adalah penduduk tertua di kampung Parit Raja .
2. Seniwati terkenal itu telah meninggal dunia pagi tadi .
3. Negeri yang terbesar di Malaysia ialah negeri Sarawak .
ii. Awalan se-..
18

Morfologi Penggolongan kata


Imbuhan awalan se-.. digunakan bagi menerbitkan kata
adjektif apabila
bergabung dengan kata dasar , untuk membawa pengertian
yang sama .
Contohnya :
Setinggi , sebesar , seburuk , seindah , sepandai
Contoh ayat :
1. Kelulusan Ahmad tidak setinggi kelulusan Supian .
2. Aziz tidak sepandai adiknya .
3. Keadaan ekonomi Malaysia tahun lalu tidak seburuk
ekonomi pada
tahun ini .

b. Apitan kata adjektif


Imbuhan apitan kata adjektif terbitan ialah ke--an. Gabungan
19

Morfologi Penggolongan kata


imbuhan apitan ini dengan kata dasar daripada jenis kata nama
menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau
sifat kata nama yang diterangkan . Imbuhan kata adjektif ini biasanya
dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa ,
Contohnya :
Kebaratan , memelayuan , kearaban , kecinaan
Contoh ayat :
1. Cara kehidupan keluaraga Salman sungguh kebaratan .
2. Sifat gadis kemelayuannya begitu menyerlah .
3. Paras rupanya agak kecinaan .
c. Sisipan kata adjektif
Imbuhan sisipan kata adjektif ini dibentuk melalui gabungan kata dasar
daripada kata dasar daripada kata adjektif , kata nama atau kata kerja
dengan sisipan . Proses ini melibatkan empat jenis sisipan , iaitu em- . el, -er- . dan in- . Walau bagaimanapun bentuk-bentuk ini amat terhad dan
tidak produktif sifatnya .
i. Sisipan emSisipan ini menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan
beberapa

20

Morfologi Penggolongan kata


kata dasar tertentu .
Contohnya :
guruh

gemuruh

gilang -

gemilang

serbak -

semerbak

santan -

semantan

Contoh ayat :
1. Jamal Abdilah menerima tepukan yang gemuruh daripada
penonton.
2. Bau bunga-bungaan di kawasan rumahnya semerbak .
3. Upacara pembukaan Sukan Malaysia itu bertambah
gemilang dengan
kehadiran Perdana Menteri Malaysia .
ii. Sisipan elImbuhan sisipan el- yang bergabung dengan beberapa kata
dasar tertentu
juga berfungsi menerbitkan kata-kata adjektif.
Contoh :
21

Morfologi Penggolongan kata


Serak

Geman
Gembung

selerak
-

geleman

gelembung

Contoh ayat :
1. Azah geli-geleman apabila melihat gumpalan cacing di dalam
tempurung
itu .
2. Kulit gelembung di kakinya mula bernanah .
3. Jamuan di rumah Pak Abu secara selerak itu berlanjutan
hingga tengah
malam .
iii.Sisipan erImbuhan sisipan er- ini dapat bergabung dengan beberapa kata
dasar untuk
menerbitkan kata adjektif .
Contoh :
Godak

gerodak

Kelip

ker(e)lip
22

Morfologi Penggolongan kata


Contoh ayat :
1. Kebanyakan rumah dihiasi lampu kerlip apabila menyambut
Hari Raya
Aidil Fitri .
2. Bunyi gerodak kedengaran apabila mesin itu dihidupkan .
iv. Sisipan inDalam bahasa Melayu , hanya terdapat satu sahaja kata terbitan
yang
terhasil daripada gabungan iaitu :
sambung

sinambung

Contoh ayat :
1. Kesusasteraan Melayu moden adalah sinambung daripada
kesusasteraan Melayu lama.

3.1.3 Kata adjektif ganda


Kata adjektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara iaitu penggandaan penuh ,
penggandaan separa , penggandaan berentak. Kata adjektif ganda bermaksud makna
keadaan sifat yang menyeluruh .
23

Morfologi Penggolongan kata


Contoh:
rendah-rendah , kecil-kecilan , gilang-gemilang.
a. Penggandaan penuh kata adjektif
Penggandaan penuh kata adjektif merupakan cara yang paling mudah , iaitu dengan
menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberi makna keadaan sifat yang
menyeluruh .
Contohnya :
besar-besar

bijak-bijak

tinggi-tinggi

rendah-rendah

panjang-panjang
hijau-hijau

Contoh ayat :
1. Rumah di kawasan itu besar-besar belaka .
2. Tinggi-tinggi pemain pasukan bola tampar itu .
3. Panjang-panjang tali yang digunakan untuk mengikat kayu-kayu itu .
b. Penggandaan separa kata adjektif
Penggandaan ini ialah proses mengulang atau menggandakan kata dasar adjektif
tanpa menggandakan imbuhannya . Dalam penggandaan ini terdapat tiga bentuk
iaitu :
24

Morfologi Penggolongan kata


i. Penggandaan separa pada kata berawalan
Comtohnya :
setinggi-tinggi

sepandai-pandai

sebaik-baik

Contoh ayat :
1.Sepandai-pandainya , akhirnya tertipu jua .
2. Zaharah menaruh setinggi-tinggi kepercayaan terhadapnya .
3. Sebaik-baik manusia , pasti ada juga kekurangannya .
ii. Penggandaan separa pada kata berakhiran
Contohnya :
Besar-besaran

rindu-rinduan

jadi-jadian

Contoh ayatnya :
1. Kejadian harimau jadi-jadian itu telah mengemparkan penduduk kampung.
2. Majlis besar-besaran itu diadakan di dewan untuk meraikan kejayaan
anaknya .
3. Sejak berjauhan dengan suaminya , Ani sering rindu-rinduan .
iii.Penggandaan separa pada kata berapitan .
Contohnya :
25

Morfologi Penggolongan kata


Kekuning-kuningan

kehijau-hijauan

kemalu-maluan

Kebodoh-bodohan
Contoh ayatnya :
1. Payung berwarna kekuning-kuningan digunakan dalam adat istiadat itu.
2. Sawah yang luas terbentang itu kehijau-hijauan .
3. Perangai kebodoh-bodohan sesuai dengan watak utama drama itu .
c. Penggandaan berentak kata adjektif
Penggandaan berentak kata adjektif ialah proses yang terhasil daripada pengulangan
kata dasar berasaskan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar .
Contohnya :
Kucar-kacir

hiruk-piruk

lekak-lekuk

Gilang-gemilang

gelap-gelita

kusut-masai

Compang-camping porak-peranda
Contoh ayatnya :
1. Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang suka berjudi .
2. Penyiasat itu sanggup memakai baju yang compang-camping untuk mencari
maklumat .
26

Morfologi Penggolongan kata


3. Kejadian kecurian itu sering berlaku pada waktu malam yang gelap-gelita .
3.1.4 Kata adjektif majmuk
Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata
dasar atau lebih yang membawa makna tetentu. Kata adjektif majmuk ini dieja secara
terpisah dan bertindak sebagai satu unit .
Contoh:
merah jambu , biru laut , hijau daun , putih telur , kuning langsat .
Contoh ayatnya :
1.Ular di pangkal pokok itu berwarna hijau daun .
2..Ruang tamu di dakam rumah itu dicat warna biru laut .
3.Baju berwarna merah jambu itu kepunyaan kakak .
Selain itu , terdapat juga sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa
maksud kiasan , iaitu terdiri daripada simpulan bahasa .
Contoh :
Panjang tangan

ringan tulang

Terang hati

besar kepala

rabun ayam
kaki botol

Contoh ayatnya :
27

Morfologi Penggolongan kata


1.Perangai Zarul yang panjang tangan menyebabkan dia tidak disukai .
2. Sikap Amir yang ringan tulang disanjung oleh penduduk kampung .
3. Penglihatannya kurang baik pada waktu malam kerana dia rabun ayam .
Di samping itu , terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolaholah kata adjektif majmuk . Binaan perkataan ini terdiri daripada bentuk frasa dan
boleh menerima penyisipan di antaranya .
Contohnya : riang gembiratua muda

miskin kaya muda remaja

3.2 Darjah Perbandingan Kata Adjektif


Darjah perbandingan atau tahap adjektif ada tiga :
3.2.1 Darjah Biasa
Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menunjukkan darjah biasa .
Contoh:
a.Baju dia cantik.
b.Buah betik itu manis.
c.Tubuh budak itu kurus .
d.Malam semalam bulan terang .
3.2.2 Darjah perbandingan
28

Morfologi Penggolongan kata


Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menyatakan darjah bandingan
dengan dua
cara iaitu :
a. Bandingan yang sama
Bandingan ini menggunakan kata adjektif dengan awalan seContohnya :
secantik

sesedap

sebesar

setinggi

sepandai

Contoh ayatnya :
i. Masakannya tidak sesedap masakan ibu ,
ii. Jumaah tidak sepandai adiknya .
iii. Gadis itu secantik puteri raja .

b. Bandingan yang berbeza.


Kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang , yang berfungsi
sebagai bandingan .
Contoh :
29

Morfologi Penggolongan kata


i. Rumah Osman lebih besar daripada rumah Jailani .
ii. Syarikat kasut itu kurang maju daripada syarikat-syarikat kasut lain .
iii. Murid kelas itu kurang pandai daripada kelas ini .
3.2.3 Darjah penghabisan
Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan adalah
menerangkan
adjektif paling atau penghabisan .
. Contoh:
a. Gunung Kinabalu ialah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
b.Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia .
c. Dialah yang paling pandai dalam kelas itu .

30

Morfologi Penggolongan kata

4.0 Kata Tugas


Kata tugas mempunyai tugas atau fungsi yang mustahak di dalam ayat. Kata
tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk
menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Sebab itulah ia dikenali juga kata struktural.
Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.
Dalam kata tugas terdapat 17 jenis yang boleh dikelompokkan berdasarkan
kriteria
kedudukan dan fungsinya dalam konstituen ayat, iaitu :
a) Kata hubung - dan, sambil, tetapi, yang, bahawa
b) Kata seru
c) Kata tanya

- Aduh!, Aduhai!, Ah!, Amboi!,


- Mengapakah?, Berapakah?, Bilakah?

d) Kata perintah - Jangan, Usah, Sila, Jemput, Minta,


e) Kata pangkal ayat - Hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah

31

Morfologi Penggolongan kata


f) Kata bantu

- telah, dapat, sudah, pernah

g) Kata penguat - terlalu, sangat, amat, sungguh, benar, sekali


h) Kata penegas - lah
i)

Kata nafi - bukan, tidak.

j)

Kata pemeri - ialah, adalah

k)

Kata sendi nama - di, ke, daripada, pada

l)

Kata pembenar - benar, betul, ya

m) Kata bilangan - dua, lima, tujuh


n)

Kata arah - utara, selatan, tepi, hadapan, belakang

o)

Kata adverb laju, cepat

p)

Kata pembenda perlahannya, Datangnya, Tingginya

q)

Kata penekan - sesungguhnya, bahawasanya.

Untuk memudahkan analisis atau penghuraian , kata tugas boleh dikelompokkan


kepada 4
kelompok besar iaitu:
4.1 Kata penyambung ayat
32

Morfologi Penggolongan kata


4.1.1 Kata hubung
Kata hubung ialah kata penyambung ayat,iaitu sejumlah perkataan
yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi
satu bentuk ayat
yang berlapis. Kata hubung ini terbahagi kepada dua iaitu :
4.1.1.1 Kata hubung gabungan
Kata yang menggabungkan dua klausa yang bersifat setara
atau lebih .
Contohnya:
Kata Hubung
Gabungan
atau
dan

kecuali

Penggunaan
menunjukkan pilihan
menggabungkan dua
atau lebih unsur yang
setara
menunjukkan
kekecualian

Ayat Contoh
Kamu boleh memilih baju
ini atau baju itu.
Nariah suka membaca surat
khabar dan majalah.
Semua ahli keluarga Farhan
memakai cermin mata
kecuali
kakaknya.

lalu, seraya
menggabungkan dua
33

Hamdan

Morfologi Penggolongan kata


perkara yang berlaku

bangun seraya berkata,

berturutan

Inilah hasil kerja saya.

menunjukkan sesuatu

Bukan itu saja, malahan dia

malahan
yang kian bertambah
sanggup melakukan apaapa
sahaja.

4.1.1.2 Kata hubung pancangan


1.Kata hubung pancangan keterangan
Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi
keterangan.
Contoh :
semoga , ketika , sekiranya , sungguhpun , tatkala
2.Kata hubung pancangan komplemen
a.Terdiri daripada perkataan bahawa dan untuk,
b. Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa
utama.
Contoh;
34

Morfologi Penggolongan kata


i.Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
ii. Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya.
3.Kata hubungan pancangan relatif
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al
( 2004), kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif
ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan
satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif
ialahyang .
Contoh;
a.Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.
b. Pengemis yang berbaju kusam itu sedang tidur di
kaki lima
kedai.
4.2 Kata praklausa
Perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk
menimbulkan
seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa .
4.2.1 Kata seru
35

Morfologi Penggolongan kata


Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang
seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya.
Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada
meninggi atau menurun.
Contoh:
i) Aduh, sakitnya tanganku!
ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!
iii) Ah, aku tidak bersetuju!
iv) Amboi, sombongnya dia!
v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!

4.2.2 Kata tanya


Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.
Contoh:
36

Morfologi Penggolongan kata


Berapa

- Harga barang itu berapa?


- Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

Bila

- Mereka sampai bila?


- Bilakah gerangan kekanda akan pulang?

Bagaimana - Kesihatannya sekarang bagaimana?


- Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?
4.2.3 Kata perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas
terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh:
i)Jangan buang sampah di sini.
ii)Usah biarkan dia berseorangan.
iii)Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.
iv)Jemput masuk!
v)Minta tuan-tuan bersabar sebentar.
4.2.4 Kata pembenar
Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan.
37

Morfologi Penggolongan kata


Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan betul.
Contoh:
i) Ya, esok awak boleh bercuti.
ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.
iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.
iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.
v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.
4.2.5 Kata pangkal ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat
ini tidak begitu banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan
dalam bahasa Melayu klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan,
dan sebagainya.
Contoh:
i) Hatta istana itu pun siaplah.
ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan.
iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
38

Morfologi Penggolongan kata


iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.
4.3 Kata prafrasa dan pascafrasa
Perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa
kerja dan frasa
adjektif.
4.3.1 Kata bantu
Kata bantu ialah sejenis perkataan yang bertugas membantu frasa
kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makanmakna
tambahan dari aspek waktu atau ragam.
Contoh:
i)Pekerja itu telah pulang.
ii)Kami pernah ke utara Malaysia.
iii)Kanak-kanak itu sudah makan.
iv)Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
v)Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
39

Morfologi Penggolongan kata


4.3.2 Kata penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata
adjektif dan
berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Contoh:
i)Pokok itu terlalu tinggi.
ii)Masakan itu paling sedap.
iii)Kelakuan anak itu baik sekali.
iv)Bas itu tiba lambat benar.
v)Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

40

Morfologi Penggolongan kata


Jenis

Kata Penguat

hadapan

terlalu
paling

Ayat Contoh
a) Kamus itu terlalu tebal.
b) Masakan isterinya paling sedap.
c) Tapak kasutnya agak nipis.

agak
kurang

d) Minuman di dalam jag itu


kurang manis.
a) Rumahnya jauh sekali.
b) Rajin benar dia menulis surat.

sekali
benar
nian

belakang

c) Pemandangan di tepi laut indah


nian.
a) Hasil anyaman amat kemas.
b) Kotak itu sangat besar.
c) Baju kurung itu sugguh cantik.

amat
bebas

sungguh
sangat

Rajah di bawah menjelaskan penggunaan kata penguat di dalam ayat .

41

Morfologi Penggolongan kata

4.3.3 Kata penegas


Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah
sejumlah
perkataan yang meberikan penekanan pada bahagian-bahagian
tertentu dalam
ayat.
Contoh:
i)Di manakah ibu kamu itu?
ii)Bilakah kamu datang?
iii)Apatah daya kita?
iv) Dialah orang nya.
v) Inilah isteri kesayanganku.

42

Morfologi Penggolongan kata


4.3.4 Kata nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa
predikat, iaitu
Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
Contoh:
i)Dia bukan murid di sekolah ini.
ii)Idah tidak pandai memasak kari ayam.
iii)Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat.
iv)Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
v)Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
4.3.5 Kata pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai
antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu
ialah dan adalah.
Contoh:
i) Dia ialah seorang guru.

43

Morfologi Penggolongan kata


ii) Berita itu adalah palsu.
iii) Mereka ialah pelari pecut.
iv) Pendapat itu adalah karut.
v) Nama saya ialah Abu.

4.3.6 Kata sendi nama


Kata Sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambung frasa
nama dengan
kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama
yang
membentuk predikat ayat.
Contoh:
i) Dia berasal dari pedalaman.
ii) Ibu pergi ke pasar.
iii) Saya menetap di Ipoh.
iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu.
v) Dia balik pada pukul 5.00 petang.

44

Morfologi Penggolongan kata


4.3.7 Kata arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama
dan lazimnya
sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah
sesuatu.
Contoh:
i) Bunga hiasan itu itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah.
ii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium.
iii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.
iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utar ke selatan.
v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.
4.3.8 Kata bilangan
Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau
jumlah orang,
benda, atau perkara.
Contoh:
i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.
ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan.
45

Morfologi Penggolongan kata


iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.
iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku.
v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo
4.3.9 Kata adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata
adjektif, kata
nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.
Contoh:
i) Bas itu bergerak laju.
ii) Saya hampir terjatuh ketika melompat.
iii) Datang ke sini cepat.
iv) Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak.
v) Mereka sesat berhari-hari di tengah lautan.
4.4 Kata pascakata
4.4.1 Kata penekan
Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu
kata yang

46

Morfologi Penggolongan kata


hadir dan melekat selepas perkataan.Bentuk kata tersebut ialah
-nya, yang dapat
berfungsi sebagai penekan atau pembenda.
Contoh:
i)Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.
ii)Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.
iii)Cuaca nampaknya semakin gelap.
4.4.2 Kata pembenda
Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu
perkataan yang
bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya
perlahannya, sedapnya,
sejuknya.
Contoh:
i) Lajunya ialah 350 km sejam.
ii) Bukan kepalang sakitnya.
iii) Datangnya secara mendadak.
iv) Air sungai mengalir dengan derasnya.
47

Morfologi Penggolongan kata

5.0 Kata Kerja


Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk
menunjukkan sesuatu
48

Morfologi Penggolongan kata


perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja ini terbahagi kepada dua
,iaitu :
5.1 Kata kerja transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada
frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya . Menuruf Asraf (2012), kata kerja
transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat
bertugas sebagai predikatnya . Objek yang menyertai kata kerja transitif itu pula
mestilah frasa nama . Ini bermakna kata kerja transitif tidak boleh berdiri dengan sendiri
. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2008), kata transitif ialah kata kerja yang
mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya .
Selain itu , menurut Abdullah Hassan (2003) , kata kerja transitif ialah perbuatan
itu terkena kepada orang lain atau pun benda lain . Ini dikuatkan lagi dengan Pendeta
Zaba yang menyatakannya sebagai perbuatan melampau . Malahan , menurut Nik
Safiah Karim et.al (1996 ) , menjelaskan bahawa kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mengandungi objek yang terdiri daripada trasa nama untuk melengkapkan
maksudnya .
Kata kerja transitif ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
5.1.1 Kata kerja transitif berfungsi dalam ayat aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan me-N
dengan atau
tanpa akhiran - kan atau - i.

49

Morfologi Penggolongan kata


Contoh kata kerja transitif aktif :
a. Mahali menampan bola itu .
b. Abang sedang melakar gambar kereta .
c. Kakak menbasuh kasut sekolah .
d. Datuk membaca tafsiran Al-Quran.
5.1.2 Kata kerja transitif berfungsi dalam ayat pasif
Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi
atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif .
Contoh kata kerja transitif pasif :
a. Bola itu disepak oleh Safee Sali .
b. Gambar sawah padi itu sedang dilukis oleh Amiruddin .
c. Baju kurung itu dicuci oleh emak .
d. Novel itu dibaca oleh Salina .
5.2 Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang dapat berdiri dengan sendirinya
dalam
sesuatu ayat tanpa memerlukan objek lagi . Kata kerja tak trasitif ini terbahagi
kepada dua

50

Morfologi Penggolongan kata


iaitu :
5.2.1 Kata kerja Tak Transitif Berpelengkap
Menurut Nik Safiah ( 2004) , kata kerja tak trasitif berpelengkap ialah kata kerja
yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat .
pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif .
Selain itu , ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan . Unsurunsur yang menjadi pelengkap ini terdiri daripada tiga jenis iaitu :

5.2.1.1 Kata kerja tak transitif berpelengkap- kata adjektif


Kata kerja tak transitif berpelengkap kata adjektif biasanya akan
diikuti oleh kata adjektif di dalam ayat yang digunakan .
Contohnya :
a. Mesyuarat itu menjadi tegang .
b. Kesihatan Azman beransur baik .
5.2.1.2 Kata kerja tak transitif berpelengkap kata nama .
51

Morfologi Penggolongan kata


Kata nama boleh menjadi pelengkap pada kata kerja tak transitif
yang berbentuk : ber kan dan kata kerja yang mempunyai unsur
menjadi dan ada .
Contohnya :
a. Cikgu Sufian ada kereta besar .
b. Lelaki gelandangan itu tidur berbantalkan kertas kad bod .
5.2.1.3 Kata kerja tak transitif berpelengkap frasa sendi nama.
Frasa sendi nama juga digunakan dalam kata kerja tak transitif
berpelengkap untuk memberikan pengertian tempat .
Contohnya :
a. Wak Karno tinggal di Bandar Baru Uda .
b. Bas persiaran itu berhenti di hadapan rumah .
Selain itu, menurut Tatabahasa Dewan ( 2011 ), kata kerja tak transitif berpelengkap
ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud
ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut , kerana
objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula
mengalami proses pasif . Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak
transitif untuk menyempurnakan ayat.

52

Morfologi Penggolongan kata


Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh
dipasifkan. .
5.2.2 Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Menurut Nik Safiah Karim et.( 2004 ), kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap adalah kata kerja yang boleh berdiri dengan sendiri tanpa
objek atau penyambut .
Contohnya :
a. tidur
e. berlari

b. makan

c. belajar

d. bermain

f. belajar

Selain itu ,kata kerja tak transitif tanpa pelengkap juga boleh diikuti oleh
unsur keterangan yang berfungsi memberikan maklumat tambahan .
Contohnya :
a. Zikri berdiri di sana .
b. Farizal telah pergi ke padang .
c. Emak duduk di depan pintu.
d. Abdul Aziz menyikat rambut di hadapan cermin .
Secara keseluruhannya , kata kerja dapat dijelaskan dengan rajah berikut :

53

Morfologi Penggolongan kata

Peta Konsep Penggolongan Kata Kerja


6.0 Kesimpulan
Sebagai pengguna bahasa Melayu penting sekali bagi kita untuk mengetahui aspek
morfologi dan sintaksis . Kesedaran tentang hal ini penting demi menjaga
kesempurnaan dan keindahan bahasa kita . Semoga kita dapat menggunakan Bahasa
Melayu dengan tepat serta memartabatkan Bahasa Melayu standing dengan bahasabahasa lain . Justeru , pembelajaran melalui penggolongan kata amat perlu bagi
menjamin kesinambungan bahasa yang betul digunakan dan diamalkan oleh ahli
masyarakat. Sesungguhnya , keempat-empat aspek iaitu kata kerja , kata tugas , kata
adjektif dan kata nama di dalam bidang penggolongan kata amat penting bagi
memastikan kesempurnaan penggunaan Bahasa Melayu .

54

Morfologi Penggolongan kata


BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan (2006 ). Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. PTS
Profesional Publishing Sdn.Bhd. Selangor.
Asmah Hj.Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir.Dewan Bahasa dan Pustaka .Kuala Lumpur
Asraf (2012) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.Sasbadi Sdn.Bhd. Petaling Jaya.
Asraf ( 1990 ) Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM. Sasbadi Sdn.Bhd. Petaling Jaya.
Md.Sidin Ahmad Ishak dan Mohd Saleeh Rahamad (1999) . Strategi Bahasa. Panduan Nahu dan
Retorik untuk Penulisan. Universiti Malaya.. Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim dan rakan (2011 ), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.

55

Anda mungkin juga menyukai