Anda di halaman 1dari 2

snin, 18 Ogos

2008http://noddenberek12kbr.blogspot.com/2008/08/integriti
-dalam-pendidikan.html
INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN.

1. Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota
perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan
berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.Kod etika dan piagam
pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja
organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan
kepada kepentingan awam.

2. Guru bertanggungjawab mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa
depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keikhlasan dan sifat penyayang
akan memberi impak baik.Murid ibarat pokok yang ditanam perlu disirami dan dibajai dengan
kasih sayang. Guru pula menjadi lautan yang luas dan murid menjadi ikan.Benih yang baik jatuh
ke laut menjadi pulau. Benih yang baik jatuh ke darat menjadi gunung. Guru juga perlu
memupuk kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat.

3. Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Di
antaranya ialah seperti berikut:-

a. Sentiasa memikirkan masa depan murid.


b. Ada tahap kesabaran yang tinggi.
c. Bersifat pengasih dan penyayang.
d. Pupuk suasana seronok belajar.
e. Beri pengharapan baru.
f. Bentuk roh dan sahsiah terpuji.
g. Ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik.

4. Fungsi guru memupuk integriti:-

a. Sebagai pendidik (Muallim).


b. Sebagai a good motivator.
c. Sebagai a good coach.
d. Sebagai a good preacher (Murabbi).

5. Ditangan guru akan terletak satu amanah merealisasi misi nasional bagi mencapai wawasan
dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Teras kedua dan teras ketiga
menyatakan peranan pendidikan secara langsung.Teras kedua meningkatkan keupayaan
pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Dan teras ketiga
menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan
produktif. Guru berkeupayaan melahirkan modal insan kelas pertama bila bekerja dengan niat
yang ikhlas dan ada sifat penyayang terhadap murid-muridnya yang tertanam di sanubarinya.
Minda kelas pertama adalah ciri-ciri modal insan yang akan memenuhi keperluan pembangunan
individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Ia merangkumi aspek penguasaan ilmu yang
tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan
pembangunan yang bersifat holistik ke arah pembangunan tamadun dengan acuan imej
tersendiri.

6. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan
terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, R&D dan
inovasi serta pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.Dalam konteks
ini pendekatan guru mengajar dan murid belajar perlu dijadikan amalan profesyen guru di
sekolah.Guru yang berintegriti dan beretika sangat diperlukan dalam pendidikan.Etika dan
integriti yang dimiliki oleh seseorang guru akan menjadikan seseorang guru itu
bertanggungjawab kepada Tuhannya.

Anda mungkin juga menyukai