Anda di halaman 1dari 5

1.

PEMERINTAHAN INGGERIS
1.1
Sebelum Merdeka
1.1.1 Zaman Bahasa Melayu Pramoden
Zaman bahasa Melayu pramoden ini wujud dalam abad ke-19
Masihi. Ia merupakan zaman peralihan antara zaman bahasa Melayu
klasik dengan bahasa Melayu moden. Dalam zaman ini tamadun barat
dan budaya barat sudah Berjaya meresap ke dalam tamadun dan budaya
Melayu tetapi bahasa Melayu itu sendiri dari segi gaya bahasa, kosa
kata, ungkapan dan lain-lain masih banyak berbentuk bahasa Melayu
klasik.
Namun pada zaman ini alat percetakan sudah mula diperkenalkan
(1806), sekolah Melayu mula dibuka (1821), majalah dalam bahasa
Melayu mula diterbitkan (1821), Suratkhabar Melayu mula dicetak dan
diedarkan

(1856),

pengajaran

bahasa

Melayu

secara

formal

diperkenalkan (1821), persatuan bahasa Melayu mula ditubuhkan (1888),


pemerintahan cara barat mula diterima pakai oleh orang Melayu terutama
di negeri Johor (1885), gaya bahasa laporan diketengahkan seperti
dalam karangan Abdullah Munsyi dan buku-buku untuk bacaan sekolah
mula dikarang sebagaimana yang dilakukan oleh Syed Mahmud bin Syed
Abd. Kadir (1890-an), perlembagaan negeri Melayu yang moden mula
digubal (1895), istilah-istilah pemerintahan Inggeris diberi padanan
Melayunya (1888) dan beberapa unsur baru yang lain termasuk
penulisan tatabahasa Melayu dan kamus Melayu oleh orang-orang
Melayu sendiri.
Itulah unsur-unsur baru daripada tamadun dan budaya barat
yang meresap ke dalam tamadun dan budaya Melayu. Namun demikian
tidak semua yang baru itu dari barat atau kolonial barat kerana ada juga
unsur-unsur itu datangnya melalui Asia Barat seperti pendapat-pendapat
daripada para ulama kaum muda seperti Syeikh Ahmad Rhatib dan
Syeikh Tahir Jalaluddin, dan pada ketika itu juga tidak semua daerah
alam Melayu dikuasai barat atau dijadikan koloni oleh barat. Contohnya
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu baru ditakluki Inggeris pada
tahun 1909, dan Johor baru menerima penasihat Inggeris pada tahun
1914. Jadi dengan itu tidak benar sama sekali dan tidak tepat sama
sekali untuk menonjolkan kolonialnya. Paling tinggi yang kita boleh
katakan ialah wujudnya pengaruh tamadun barat sahaja.

Daripada keterangan dan bukti di atas menunjukkan wujudnya pengaruh


barat atau kolonial baru jelas, dalam zaman bahasa Melayu promoden
tetapi unsur-unsur lama masih tetap ada terutama dari segi gaya bahasa,
pemilihan kata, terbatasnya kata-kata pinjaman daripada bahasa barat,
tulisan jawi tetap menjadi tulisan bagi orang Melayu dan tulisan rumi
masih asing bagi orang Melayu, demikian juga agama Kristian yang
gencar disogokkan kepada orang Melayu masih belum dapat menerobosi
benteng Islam-Melayu.
1.1.2

Zaman Bahasa melayu Moden


Apabila menginjak abad ke-20 banyak perubahan berlaku. Negeri-negeri
Melayu yang dahulunyamasih bebas terpaksa tunduk ke bawah kolonial
Barat-Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula dicengkam
oleh penjajah Inggeris, kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda.
Demikian juga negeri-negeri Melayu yang lain di Indonesia. Pengaruh
budaya dan tamadun barat terus mengental. Akhirnya dominasi
penjajahan, budaya dan tamadun barat berdiri tegak di alam Melayu.
Bahasa Melayu jatuh menjadi bahasa vernacular, demikian juga bahasabahasa peribumi yang lain. Pendidikan barat dikembangkan, sekolahsekolah berbahasa penjajah dan sekolah-sekolah Kristian didirikan di
merata-rata tempat di seluruh nusantara; pegawai-pegawai penjajah
disebarkan

ke

seluruh

ceruk

rantau

tanah

jajahan

bagi

mengkonsolidasikan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu


menjadi anak jajahan. Namun sinar-sinar untuk kemajuan mengerlip dari
timur ketika Jepun mengalahkan Rusia (1905), pandangan-pandangan
Islam moden yang dicetuskan al-Afghani dan Abduh dan Asia Barat
meresap ke dalam pemikiran sebahagian orang-orang Melayu yang
berjiwa merdeka.
Dengan mengsintesiskan fikiran-fikiran dan pengaruh barat dan timur
yang meresap ke dalam bahasa Melayu maka bahasa Melayu mula
manapaki jalan kemajuan.
Pada awal abad ke-20, penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika
(Ethical Policy), tulisan rumi dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan

ejaannya, iaitu ejaan van Ophuijsen. Kemudian kerajaan penjajah


Belanda

mengadakan

sebuah

Suruhanjaya-Cominissie

voor

de

Inlandsche School en Volkslectuur, pada tahun 1908 yang diketuai Dr.


G.A.J. Hazeu. Pada tahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai
Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A Ringkes. Balai Poestaka
menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan Pandji
Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan
Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Siti Nurbaja oleh Luarah Roesli
(1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).
Pada tahun 1928 diadakan Kongres Pemuda Indonesia ll, dan dalam
kongres ini diputuskan nama bahasa Melayu ditukar kepada BAHASA
INDONESIA. Ini termaktub dalam Soempah Pemoeda yang diadakan
pada akhir Kongres Pemuda tersebut. Sejak itu bahasa Indonesia
menjadi bahasa persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia. Pada tahun
1945 ia dinobatkan sebagai bahasa negara Indonesia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi.
Bagi meningkatkan citra bahasa ini Kongres Bahasa Indonesia telah
diadakan. Mula-mula diadakan di Solo (1938), kemudian di Medan (1954)
dan selepas itu di Jakarta. Kemudian bagi memantapkan korpus
bahasanya, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah
didirikan, bermula dari Instituut voor Taal en Cultuur Ordenzoek (ITCO)
pada 1947. Tetapi ia ditukar namanya beberapa kali seperti Lembaga
Bahasa dan Budaya, lembaga Bahasa dan Kesusasteraan, Direktorat
Bahasa dan Kesusasteraan, Lembaga Bahasa Nasional, dan akhir sekali
Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.
Dalam menapaki liku-liku perjalanan sejarahnya beberapa angkatan
penulis telah lahir seperti Angkatan Balai Pustaka, Angkatan Pujangga
Baru, Angkata 45, Angkatan 66 dan Angkatan 98.
Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa
tahap seperti bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab
Perguruan Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah al-Imam (1906),
kemudian muncul zaman SITC Pejabat Karang mengarang yang
berpusat di Tanjong Malim (1922 1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun

(1942 1945), Bahasa Melayu Pasca Perang (1945 1949), Bahasa


Melayu Pramerdeka (1950 1957), Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957
1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.
Dalam abad ke-20 bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh
kolonial barat dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah
sekolah Melayu semakin bertambah banyak berlipat-lipat kali ganda,
maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah dan akhbar pelbagai
jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dan kitabkitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada
yang dicetak di Bombay, Cairo, Mekah Madinah dan Istanbul.
Persatuan-persatuan

penulis,

persatuan-persatuan

kebajikan,

kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan


subur sekalipun ditekan dan dicengkam oleh kuku besi penjajah.
1.2

Selepas Merdeka
Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu
semakin

pesat

apabila

negara-negara

di

dunia

Melayu

mencapai

kemerdekaannya Indonesia (1945), Malaysia (1957), Singapura (1963) dan


Brunei (1984). Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelaskelas menengah Melayu yang menjadi cikal bakal sekolah menengah Melayu,
begitulah juga dengan terdirinya institusi-institusi yang lain seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka,

Maktab Perguruan Bahasa, kemudian Universiti

Kebangsaan Malaysia yang menjadi puncak dasar pelajaran kebangsaan. Bagi


mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa banyak penyata, akta, dan
penggubalan perlembagaan negara yang diluluskan seperti Penyata Datuk Abdul
Razak Hussein (1956), Penyata Datuk Abdul Rahman Talib (1960), Ordinans
Pelajaran (1957), Perlembagaan-perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu

(1957) dan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan1995),
Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan
Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti Pindaan (1975), dan
pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.
Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana
unsur-unsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang
ditulis dan diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan

dalam pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhi keperluan hidup manusia
Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat
selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains
dan teknologi.
Buku-buku ilmiah banyak diterbitkan termasuk untuk teks-teks pengajian tinggi,
istilah-istlah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah
mencapai ke angka 1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu
bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran di semua peringkat
perkhidmatan awam, dalam mahkamah, pengajian rendah dan menengah serta
pengajian tinggi.
Daripada segala kenyataan yang terpapar di atas jelas menunjukkan bahawa
bahasa Melayu moden mempunyai ciri yang moden seperti kemampuan bahasa
Melayu untuk digunakan dalam bidang ilmu yang tinggi dan mendalam, bukan
sahaja dalam bidang falsafah tetapi juga dalam bidang sains dan teknologi.
Dengan kata lain ia mempunyai kudrat dan kekuatan untuk membahas ilmu-ilmu
moden dan bagi menupang budaya dan tamadun dunia moden yang tinggi. Ini
semua merupakan hasil daripada usaha perancangan bahasa Melayu yang
dibuat secara individu atau kelompok dalam mengemaskinikan tatabahasa
Melayu dan membakukannya, menambah kosa kata ilmiah dengan menggubal
istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang ilmu sehingga bahasa Melayu menjadi
perkasa.

Anda mungkin juga menyukai