Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Dalam maysarakat melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam kehidupan mereka.Setiap
perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis
perkahwinan masyarakat melayu. Adat akan memainkan peranan dalam memastikan kelancran
sesebuah majlis tersebut. Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan
perempuan dalam satu ikatan yang sah. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat
akan dilakukan seperti merisik,meminang,bersanding dan sebagainya. selain itu, perkahwinan
masyarakat melayu juga akan diselitkan beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.
Lau Ghee Hoong 204917
di 6:16 AM 7 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

MERISIK(MENENGOK)

Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin jarang
diamalkan oleh generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim dengan
'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan disini bererti
memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran
yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman
dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara yang terdekat. Orang
kata 'tak kenal maka tak cinta'. Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak
perempuan dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku.Adat ini sebenarnya wajar diteruskan
oleh generasi masa kini agar tidak di telan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi
semua pihak. Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya berakhir dengan
baik.InsyaALLAH. Setelah selesainya adat ini, barulah beralih ke adat bertunang.Berikut
merupakan sebuah pantun lama yang memiliki perkaitan maknanya dengan pertunangan individu
yang berjauhan.
Pucuk pauh delima batu,
Anak seluang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang dimata di hati jangan.
Nurul `Izzati Binti Shaari
203561
di 6:13 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

MEMINANG (HANTAR TANDA)

Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas kahwin dan
wang belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara perkahwinan itu
ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang tanda yang diserahkan kepada pihak
perempuan ialah cincin emas atau berlin serts diiringi dengan barang-barang smpingan seperti
buah-buahan,kasut,baju dan sebagainya. Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan
melambangakan pihak perempuan telah menyetujui syarat-syarat perkahwinan tersebut. Antara
syaratnya :

jika pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangkan,pihak perempuan
tidak berhak untuk menuntut semula.

jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka harus dikembalikan
semula kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi bilangan ataupun
nilainya.

Dalam masyarakat melayu, terdapat dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti pertunangan
antara dua keluarga yang rapat atau saudara dari usia kecil atau bayi dan seterusnya petunangan
dibuat secara wasiat bagi memenuhi permintaan mendiang ibu bapa.

Khairul Azri Bin Ahmad Robert 204889


di 1:19 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

AKAD NIKAH
Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk
menghalalkan perkahwinan.Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau
berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang
hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi

akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barangbarang yang dibawa termasuklah mas kahwin. Manakala imam tersebut akan menyemak
kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh kedua-dua mempelai. Seterusnya, akad
akan dimulakan.
"..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku
dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya."
Ayat bagi lelaki untuk menjawab
" aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinya ......dan belanjanya."

Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengari oleh para saksi dan para
tetamuyang hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.
Siti Nur Hidayah Binti Rahman 204977
di 1:15 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

BERANDAM DAN BERASAH GIGI


Adat ini akan dilakukan sebelum upacara akad nikah berlangsung. Tujuan adat ini dilakukan
adalah untuk meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Oleh itu, ranbut dibahagian dahi
dan juga bulu kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak pengantin(tukang solek).
Selain itu, gigi pengantin akan diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta berkilat. Selepas
berandam ,pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintok-limau bagi membuang nasib
malang yang terdapat pada pengantin tersebut.Manakala sebelum tidur pula,pengantin
perempuan akan dipakaikan inai di setiap jari tangan dan juga kaki sebagai menampakan lagi
keserian pengantin tersebut.
Khoo Cheng ling 206746
di 1:14 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

ISTIADAT BERINAI

Terdapat tiga adat berinai dalam masyarakat melayu iaitu berinai mencuri yang dilakukan pada
waktu petang selepas pengantin berinai waktu malam berandam. Kedua, berinai kecil dan berinai
besar.Istiadat berinai besar akan dilakukan pada hari persandingan pengantin tersebut. Berinai
besar ini memerlukan beberapa jenis bahan seperti nasi kunyit, bertih,air daun setawar, inai dan
tangkai daun wangi. Antara cara untuk melakukan berinai ini ialah mengambil sedikit nasi kunyit
dan bertih dibalingkan kepada pasangan tersebut. Kemudian tangkai daun wangi dicelupkan
dengan air daun setawar serta meletakan sedikit inai dibahagian tengah tapak tangan pengantin
lelaki dan perempuan. Selesai berinai seorang daripada tetamu atau orang yang paling tua akan
membacakan doa kesyukuran dan kebahagian pasangan pengantin tersebut.
Lee Kar Yan 206839
di 1:14 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

BERSANDING
Pada hari persandingan,pihak pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau
rebana bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan
pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan
untuk masuk ke rumah pengantin. Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan
zapin ataupun silat yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut. Selain itu, pengantin
lelaki akan ditahan oleh pemuda dihadapan pintu sebelum masuk ke rumah jika pengantin lelaki
tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah yang kecil setiap orang sama juga
seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu pengantin juga akan turut
sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari mereka. Selepas itu barulah
pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas pelamin
yang dihiasi dengn indah. Di atas pelamin, mempelai akan amalan adat makan bersuap kemudian
pengantin diberi ruang untuk bersama dengan rakan-rakannya.

Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk
memberi peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian
mereka. Kedua- dua pengantin akan menjamu selara bersama ahli keluarga pihak lelaki yang
dipanggil makan beradap atau berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan
bersama pasangannya selama 2 hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin
perempuan dibenarkan masuk ke bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan.
Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya
dengan berpakaian serba putih.
Nur Afiqah Binti Ibrahim 204925
di 1:12 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

ADAT MANDI LIMAU


Adat mandi limau dilakukan adalah untuk memastikan keperawanan pengantin perempuan
tersebut. Adat ini dilakukan pada awal pagi selepas malam bersatu pengantin tersebut. Emak
pengantin akan memastikan keperawanan pengantin perenpuan tersebut melalui pengantin lelaki
yang di bekalkan dengan sehelai sapu tangan putih.Sapu tangan tersebut akan ditunjukan kepada
kedua-dua keluarga terutama keluarga lelaki. Setelah memastikan keperawanan pengantin
tersebut, adat mandi limau dilakukan dengan memercikkan air sintok dan limau purut kepada
kedua-dua pengantin tersebut. Selepas selesainya upacara tersebut, kedua-dua pengantin dibawa
masuk ke bilik dan memegang salah satu hujung sapu tangan . Sarung yang digunakan dalam
istiadat mandi akan diberikan kepada emak pengantin bukan sahaja sebagai hadiah tetapi untuk
tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin diingat tidak dibenarkan memerah air dari
sarung tersebut.
Mohd Firdaus Bin Manaf 206843
di 12:45 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

HIBURAN DALAM PERKAHWINAN

Dalam majlis perkahwinan, hiburan akan diadakan bagi menghiburkan pasangan pengantin
mahupun masyarakat setempat. Hiburan ini diadakan bagi hiburkan hati pengantin yang gemuruh
menghadapi alam perkahwinan dan juga bagi menghilangkan penat masyarakat setempat yang
telah bergotong-royong dalam melancaran majlis perkahwinan seperti makanan, membasuh
pinggan dan sebagainya serta memeriahkan lagi majlis tersebut.Antara hiburan yang diadakan
adalah zapin, ghazal, kuda kepang, dikir barat dan sebagai.
Aeefi alghazali Binti Mohd Idrus 204945
di 12:29 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

PANTANG LARANGAN SEORANG PENGANTIN


Dalam masyarakat melayu terdapat pantang larangan yang ditujukan kepada bakal pengantin
baru. Antara pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat melayu adalah pengantin
perempaun dilarang keluar bersama pasangannya selama 40 hari sebelum diijabkabulkan.
Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan daripada tohmah masyarakat sekeliling
dan juga uantuk mengawal nafsu pasangan pengantin tersebut. selain itu, akan menimbulkan
perasaan rindu dendam dalam diri masing-masing. Bagi masyarakat melayu, rindu yang timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang yang dilakukan
dalam masyarakat melayu mempunyai tujuan yang tersendiri terutama menjaga maruah bakal
pengantin dan juga ahli leluarga. Terdapat juga pantang larang lain yang dilakukan iaitu jangan
tidur di rumah orang kerana takut dikena ilmu dan juga disantau dan sebaganya. Hal ini
sedemikian menunjukan bahawa masyarakat melayu kaya dengan adat dan juga pantang larang.

Anda mungkin juga menyukai