Anda di halaman 1dari 11

2.

0 PROSES PEMBENTUKAN KATA Dalam Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara dalam membentuk

perkataannya.dalam bahagian ini akan membincangkan proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil, seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Namun dalam tugasan ini hanya berfokus kepada proses pembentukan kata yang melibatkan proses pengimbuhan dan proses penggandaan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. 2.1 Proses pengimbuhan. Pengimbuhan adalah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut kata akar. misalnya ber- + tapa (bertapa) dan ke- + tawa (ketawa). Terdapat empat jenis imbuhan iaitu 1. Awalan, 2. Akhiran, 3. Apitan, 4. Sisipan. Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar, membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. 2.1.1 Imbuhan awalan i) Proses pembentukan imbuhan awalan Kata nama awalan-awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu adalah : a) Imbuhan peNawalan peN- terdiri daripada empat bentuk awalan , iaitu pe-, pem-, pen, dan peng-. Imbuhan pempenpengpengeproses + + + + Kata dasar bantu tadbir hibur bom Kata terbitan pembantu pentadbir penghibur pengebom

pelpe-

+ +

ajar pukul

Pelajar pemukul

Namun jika kata dasar bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s maka huruf pertama akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Misalnya kata dasar pukul bila menerima imbuhan pe- akan menjadi pemukul dan bukan pepukul. Huruf p akan luluh diganti dengan huruf sengau m b) Imbuhan peImbuhan pe- adalah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut. Imbuhan peproses + Kata dasar sawah Kata terbitan pesawah

c) Imbuhan awalan peRImbuhan ini boleh bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi pada awal kata dasar. Imbuhan per+ Kata dasar tapa Kata terbitan pertapa

d) Imbuhan awalan keAspek makna awalan ke- adalah sebagai satu penanda makna sahaja, iaitu penanda orang atau benda yang menjadi tumpuan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Imbuhan ke+ Kata dasar tua Kata terbitan ketua

e) juruDari aspek makna, juru- mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar. Imbuhan juru+ Kata dasar taip Kata terbitan jurutaip

f) Imbuhan kata nama kata pinjaman. mahatataprasubsupra+ + + + + siswa tertib sekolah sistem segmental mahasiswa tatatertib prasekolah subsistem suprasegmental

ii) Proses pembentukan imbuhan awalan kata kerja Awalan yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu adalah, meN, beR-, terR-, di-, mempeR-, dan diperR-. a) awalan meNmememmenmengmenge+ + + + + parang buat dokong asuh cat memarang membuat mendokong mengasuh mengecat

Namun jika kata dasar bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s maka huruf pertama akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Misalnya kata dasar parang bila menerima imbuhan me- akan menjadi memarang dan bukan meparang. Huruf p akan luluh diganti dengan huruf sengau m.

b) Awalan beRperkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat transitif, sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. berbebel+ + + rasa layar ajar berasa belayar belajar

Apabila ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi seperti contoh di atas, Ber + rasa = berasa Demikian juga, bagi perkataan ajar, gabungan ber- dengannya menghasilkan bentuk kekecualian iaitu belajar. c) Awalan teRter+ rancang terancang

Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf r yang bergabung dengan ter-, satu daripada r gugur hasil daripada proses peleburan bunyi seperti contoh di atas. Bagi huruf selain huruf r masih boleh mengekalkan huruf pertama dalam kata dasar sekiranya bergabung dengan imbuhan ter-. c) Awalan diAwalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. di+ angkat diangkat

Contoh : Barang itu tidak terangkat oleh Zul

e) Awalan mempeRawalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasanya juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan meNkecuali dalam ayat perintah. memper+ besar memperbesar

f) Awalan dipeRAwalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif yang wujud dalam satu bentuk iaitu diper-. diper+ isteri diperisteri

iii) Proses pembentukan imbuhan awalan kata adjektif Imbuhan terteseproses + + + Kata dasar cantik rendah nipis Kata terbitan tercantik terendah senipis

2.1.2 Imbuhan akhiran a) Proses pembentukan imbuhan akhiran kata nama Kata dasar cuci juta seni olahraga sosial mukmin muslim sultan proses + + + + + + + + Imbuhan -an -wan -man -wati -isme -in -at -ah Kata terbitan cucian jutawan seniman olahragawati sosialisme mukminin muslimat sultanah

b) Proses pembentukan imbuhan akhiran kata kerja Kata dasar laksana urut proses + + Imbuhan -kan -i Kata terbitan laksanakan uruti

2.1.3 Imbuhan Apitan a) Proses pembentukan imbuhan apitan kata nama Apitan pe--an pem--an pen--an peng--an penge--an pe--an per--an pel---an ke--an imbuhan pepempenpengpengepeperpelke+ + + + + + + + + Kata dasar rangka bikin cerna hasil luar perang atur ajar malu + + + + + + + + + Imbuhan -an -an -an -an -an -an -an -an -an Kata terbitan perangkaan pembikinan pencernaan penghasilan pengeluaran peperangan peraturan pelajaran kemaluan

b) Proses pembentukan imbuhan apitan kata kerja Apitan me--kan men--kan mem--kan meng--kan menge--kan ber--kan ber--an di--kan me--i imbuhan memenmemmengmengeberberdime+ + + + + + + + + Kata dasar lepas definisi buruk hasil tin landas maaf siar lepas + + + + + + + + + Imbuhan -kan -kan -kan -kan -kan -kan -an -kan -i Kata terbitan melepaskan mendefinisikan memburukkan menghasilkan mengetinkan berlandaskan bermaafan disiarkan melepasi

men--i mem--i meng--i di--i diper--kan diper--i memper--kan memper--i ke--an

menmemmengdidiperdipermempermemperke-

+ + + + + + + + +

ceroboh bohong anggota percaya dendang setuju sembah halus sejuk

+ + + + + + + + +

-i -i -i -i -kan -i -kan -i -an

mencerobohi membohongi menganggotai dipercayai diperdendangkan dipersetujui mempersembahkan memperhalusi kesejukan

b) Proses pembentukan imbuhan apitan kata adjektif Apitan Ke--an imbuhan Ke+ Kata dasar melayu + Imbuhan an Kata terbitan kemelayuan

2.1.4 Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataanperkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam : a) Kata nama b) Kata adjektif c) Kata kerja a) Proses pembentukan sisipan kata nama Kata dasar tunjuk gigi + + Imbuhan sisipan -el-erKata terbitan telunjuk gerigi

b) proses pemebntukan sisipan kata adjektif Kata dasar serak + Imbuhan sisipan -elKata terbitan selerak

godak serbak sambung

+ + +

-er-em-in-

gerodak semerbak sinambung

c) Proses pembentukan imbuhan sisipan kata kerja Kata dasar jajah 2.2 Proses Penggandaan. Dalam Bahasa Melayu proses penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar. Dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu : I. II. III. Penggandaan penuh. Penggandaan Separa Penggandaan berentak + Imbuhan sisipan -elKata terbitan jelajah

2.2.1 Penggandaan Penuh Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. a) penggandaan penuh kata tunggal Kata dasar kerusi lembu Kata ganda Kerusi-kerusi Lembu-lembu

b) Penggandaan penuh kata imbuhan 1) Imbuhan awalan Kata dasar pembalak pelari Kata ganda pembalak-pembalak pelari-pelari

2) Imbuhan akhiran Kata dasar Kata ganda

hasutan jualan

hasutan-hasutan jualan-jualan

3) Imbuhan apitan Kata dasar kesatuan persatuan 2.2.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. a) Penggandaan separa kata tunggal Kata tunggal gelang tikus Proses pembentukan ge+ gelang te + tikus Kata ganda separa gegelang tetikus Kata ganda kesatuan-kesatuan persatuan-persatuan

b) Penggandaan separa kata berimbuhan. i) Imbuhan awalan Kata kerja Kata berimbuhan berterdi meNProses pembentukan ber- + kejar-kejar ter- + sengih-sengih di- + baling-baling men- + cari-cari Kata berimbuhan separa berkejar-kejar tersengih-sengih dibaling-baling mencari-cari

Kata adjektif Kata berimbuhan seProses pembentukan se- + pintar-pintar Kata berimbuhan separa sepintar-pintar

ii) Imbuhan akhiran Imbuhan akhiran Kata nama -an Kata kerja -kan -i Kata adjektif -an iii) Imbuhan apitan Imbuhan apitan Kata kerja ber--an meN--kan meN--i di--kan di--i Kata adjektif ke--an ke- + (kuning-kuning) + -an kekuning-kuningan ber- + (salam-salam) + -an men- _ (dewa-dewa) + -kan mem- + (bohong- bohong) + -i di- + (agung-agung) + -kan di- + (halus-halus) + -i bersalam-salaman mendewa-dewakan membohong-bohongi diagung-agungkan dihalus-halusi Proses pembentukan Kata berimbuhan separa rindu- (rindu + -an) rindu-rinduan doa- (doa + -kan) amat- (amat + -i) doa-doakan amat-amati buah- (buah + -an) buah-buahan Proses pebentukan Kata berimbuhan separa

2.2.3 Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dengan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak dapat dibahagikan kepada tiga jenis : I. Penggandaan berentak pengulangan vokal Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Kata nama Kuih-muih Lauk-pauk Kata kerja Cerai-berai Gotong-royong

Kata adjektif

Hiruk-pikuk

II.

Penggandaan berentak pengulangan konsonan Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada

bunyi-bunyi konsonan tertentu Kata nama batu-batan suku-sakat Kata kerja dolak-dalik huyung-hayang Kata adjektif kontang-kanting

III.

Penggandaan berentak bebas. Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri

persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Kata nama Saudara-mara Anak-pinak Kata kerja Ulang-alik

Kata adjektif

Lintang-pukang

Anda mungkin juga menyukai