Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS BAHASA MELAYU,

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR


Bilangan Jurnal

: Ke-4

Minggu Praktium

:4

Tarikh Peristiwa/Kejadian

: 24 Februari 2015

Tajuk Jurnal

: Murid bising

PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berlakunya
interaksi dua hala antara murid dan guru. Suasana pembelajaran yang baik ialah
berlakunya sedikit perbincangan dan diskusi antara murid-murid. Namun, jika keadaan
atau suasana terlalu riuh semasa melaksanakan suatu aktiviti, maka dikatakan aspek
kawalan kelas tidak berjaya. Apabila keadaan bilik darjah tidak dikawal dengan baik
dan efisien, maka berkemungkinan besar objektif pengajaran dan pembelajaran tidak
akan tercapai dengan jayanya.
MASALAH
Kali ini, saya telah masuk ke dalam Kelas Tahun 3 Intelek. Pada masa itu juga,
penyeliaan telah dilaksanakan oleh pensyarah di bahagian belakang bilik darjah. Pada
awalnya, murid-murid sangat terkawal dari aspek tingkah laku dan mampu melakukan
apa sahaja arahan guru. Namun, pada langkah yang kedua, murid-murid dikehendaki
untuk masuk ke dalam kumpulan yang baru ditubuhkan dan melaksanakan kerja
kumpulan. Kemudian, murid-murid mula teruja dan keadaan bilik darjah menjadi sangat
riuh. Keriuhan bilik darjah ditambah lagi dengan pertengkaran antara murid di dalam
kumpulannya.
ANALISIS MASALAH
Keadaan bilik darjah menjadi tidak terkawal apabila ada murid yang tidak mahu
bekerjasama di dalam kumpulannya. Malah, ada juga murid yang tidak mahu ahli-ahli
kumpulannya membantunya melaksanakan tugasan yang diberikan. Ada pula murid

yang bersembang tanpa menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh kerana keadaan ini,
aktiviti ketiga iaitu menyampaikan semula cerita Kura-Kura yang Lalai menggunakan
ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam peta alir tidak terlaksana dengan
berkesan.
Natijahnya, objektif pembelajaran pada hari itu iaitu murid dapat menyampaikan
cerita Kura-Kura yang Lalai dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk
tidak tercapai. Saya pula tidak menunjukkan sifat yang asertif kepada murid-murid.
Akibatnya, murid-murid tidak menghormati guru dan melaksanakan arahan guru yang
ada di hadapan meskipun memahami setiap arahan yang diberikan termasuklah arahan
untuk murid berhenti bersembang dan fokus kepada tugasan yang diberikan.
CADANGAN
Masalah murid yang bising ini boleh diselesaikan mungkin dengan berlandaskan
beberapa cadangan di bawah:
Cadangan-cadangan itu termasuklah:
1 Melaksanakan Sistem Token dengan segera seperti yang dinyatakan dalam Teori
Behaviorisme dalam Teori Pelaziman Operan oleh Skinner.
2 Memberi penerangan dengan tegas mengenai aktiviti yang bakal dilaksanakan dan
menyatakan akibatnya jika tidak melaksanakan tugasan seperti yang telah
dikehendaki guru.
3 Sebagai seorang guru, sikap asertif perlu ditunjukkan kepada semua murid yang
berada di dalam bilikd arjah supaya murid-murid tahu bahawa arahan guru adalah
tegas dan perlu dipatuhi. Dengan mengamalkan sikap asertif ini juga, murid akan
lebih menghormati guru sebagai pemudah cara dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS BAHASA MELAYU,


59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
Bilangan Jurnal

: Ke-9

Minggu Praktikum

: 10

Tarikh Peristiwa/Kejadian

: 9 April 2015

Tajuk Jurnal

: Murid keliru

PENGENALAN
Perkara yang paling penting sekali yang perlu guru ambil kira dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah dari aspek penyampaian ilmu dengan berkesan seperti
memahami konsep, contoh dan sebagainya supaya murid tidak keliru.
MASALAH
Pada minggu ini, saya telah melaksanakan pengajaran bersama tetapi sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berasingan. Saya telah masuk ke
dalam Kelas Tahun 3 Inspirasi untuk mengajarkan imbuhan akhiran. Di akhir
pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya mendapati bahawa terdapat masalah
dalam penyampaian konsep mengenai imbuhan akhiran.
ANALISIS MASALAH
Pada awalnya, pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lancar
bermula dari set induksi sehinggalah langkah pertama. Dalam langkah yang pertama,
saya telah memberikan penerangan mengenai imbuhan akhiran. saya juga telah
meminta semua murid mengemukakan contoh perkataan berimbuhan akhiran yang
mereka tahu.
Masalah dapat dikesan semasa dalam langkah kedua pengajaran dan
pembelajaran. Dalam langkah kedua ini, murid dikehendaki untuk mengenal pasti dan
menggariskan perkataan-perkataan yang mengandungi imbuhan akhiran (-kan, -an dan
-i). Hasilnya, hampir semua murid yang tampil ke hadapan menggariskan perkataan
yang salah. Mereka keliru dengan imbuhan apitan dan imbuhan akhiran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
4 Guru sepatutnya menuliskan contoh perkataan bagi setiap imbuhan akhiran supaya
murid-murid dapat membezakan penggunaan setiap imbuhan akhiran.
5 Guru perlu bijak memberikan contoh perkataan dan ayat yang sesuai dengan
konsep yang diajarkan pada hari tersebut agar murid-murid tidak keliru dengan
konsep yang lain seperti imbuhan apitan dan imbuhan awalan.
6 Guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai