Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Perkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud


tempat menonton pada zaman Yunani (greek tua). Secara khususnya teater adalah
satu kesenian persembahan yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung
menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan
sebagainya. Sebuah karya teater terbentuk apabila wujud di dalamnya dimensi dan
sudut yang lebih mendalam. Hal ini kerana, Imaginasi dan kreativiti manusia
menjadikan seni itu memiliki nilai estetika yang tersendiri sehingga dapat diterjemahkan
dalam suatu bentuk lakonan sehingga dapat dinikmati oleh masyarakat tanpa mengira
batasan umur.
Oleh kerana teater merupakan satu seni gabungan imaginasi ke alam realiti yang
diterjemahkan dalam bentuk lakonan, teater mestilah menyentuh perasaan dan juga
mesti melibatkan perasaan, kosentrasi, kestabil emosi, kesungguhan, bakat dan minat.
Oleh demikian, akan wujud satu seni persembahan yang menarik dan dapat memberi
satu nilai-nilai norma yang terdapat dalam kehidupan manusia. Selain itu juga perkara
yang penting dalam teater ialah mesti mempunyai cerita, pelakon, penonton dan
tempat.
Sabagai tambahan, teater juga merupakan satu cermin atau gambaran masyarakat
realiti. Bertindak sebagai satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan,
namun setiap persembahan teater tersirat dengan pelbagai nilai dan kritikan yang
dipersembahkan kepada penonton secara langsung dan tidak langsung. Oleh yang
demikian, teater dan nilai pengajaran dan kemasyarakatan memang tidak boleh
dipisahkan.
Akhir sekali, teater perlulah merangsang pemikiran penonton agar dapat mendalami
nilai dan dapat menyentuh perasaan terhadap sesuatu isu. Oleh yang demikian, teater
amat sesuai digunakan dalam pendidikan kerana dapat membawa isu yang sudah
wujud, ataupun belum wujud kerana boleh dibawa ke dalam kelas secara terus melalui
sesi pengajaran yang diadakan supaya dapat mewujudkan proses KBKK iaitu
kemahiran berfikir secara kritis dan keratif. Selain itu juga, teater dapat membina
1

peribadi seseorang individu kerana dapat membawa keyakinan diri, membina mod,
emosi dan aksi. Ini jelas sekali berketepatan dengan falsafah pendidikan kebangsaan
yang ingin mewujudkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan sosial.

1.0 Konsep
Seni teater pada asalnya merupakan hasil dari sebuah proses yang berkembang
dari waktu ke waktu sehingga sesuai dengan perkembangan pemikiran, mental dan
spritual masyarakat pada hari ini. Ruang dalam teater adalah ruang untuk manusia
membaca tanda-tanda kehidupan, baik kehidupan di masa lampau, sekarang atau yang
akan datang, dimana sebuah ruang boleh berfungsi berfungsi sebagai cerminan norma
kehidupan dan juga nilai-nilai murni serta pengajaran. Bagi konsep teater dalam
pendidikan yang diguna pakai pada hari ini, wujud konsep yang berpadukan kepada
konsep British, iaitu merujuk kepada teater kanak-kanak yang menggunakan bahan
daripada

kurikulum atau

isu semasa sebagai tema dalam pengajaran dan

pembelajaran. Konsepnya adalah seperti berikut:

Sering dipersembahkan oleh


kumpulan teater professional
atau pelakon guru
Menggunakan
bahan daripada
kurikulum dan isu
semasa sebagai

Mesti
menghiburkan
supaya dapat
mengekalkan
tumpuan dan
minat penonton
walaupun
hiburan bukan
matlamat utama

Konsep teater
dalam pendidikan

Tidak hanya di
dilaksanakan untuk
kanak-kanak
sahaja, tetapi
dilaksanakan juga
pada penonton

Perlu merangsang
dan menyentuh
perasaan penonton
terhadap sesuatu
isu

Matlamat utama
pementasan
adalah untuk
merangsang
pelajar dalam
pemahaman isi
pembelajaran
disamping
sebagai hiburan

2.0 Jenis
Teater adalah suatu kegiatan manusia yang secara sedar menggunakan tubuh
sebagai alat atau media utama untuk menyatakan rasa dan perasaan bagi diwujudkan
dalam suatu karya seni. Di dalam menyatakan rasa dan perasaan, karyanya itu adalah
alat atau media utama yang ditunjang oleh unsur gerak, unsur suara, dan bunyi, serta
unsur rupa. Oleh yang demikian, wujud jenis-jenis teater yang dibahagi mengikut
kategorinya. Antaranya adalah teater boneka, teater muzikal, teater gerak, teater
daramatik dan teater puisi.
2.1 Teater boneka

Berbagai jenis boneka


dimainkan dengan
cara yang berbeza.
-Boneka tangan
dipakai di
tangan
-boneka tongkat
digerakkan
dengan tongkat
yang dipegang
dari bawah.
-Marionette,
atau boneka tali,
digerakkan
dengan cara
menggerakkan
2.2 Teater muzikal
kayu silang
tempat tali
boneka
diikatkan.

Boneka sering dipakai untuk


menceritakan legenda atau
kisah-kisah keagamaan

Teater boneka

wayang kulit,
wayang dimainkan
di belakang layar
nipis dan disinari
cahaya lampu yang
menciptakan bayang

Boneka Bunraku dari Jepun mampu melakukan


banyak gerakan sehingga memerlukan tiga
dalang untuk menggerakkannya. Dalang
berpakaian hitam dan duduk besetentang di
depan penonton. Dalang utama akan
mengendalikan kepala dan lengan kanan
manakala pencerita bernyanyi dan
menceritakan kisahnya.

Merupakan pertunjukan teater yang menggabungkan seni


menyanyi, menari, dan lakonan.teater musikal
mengedepankan unsur musik, nyanyian, dan gerak
daripada dialog para pelakonnya.

Kemampuan pelakon tidak hanya pada penghayatan karakter


melalui skrip yang diucapkan tetapi juga melalui lagu dan
gerak tari

Disebut drama musikal kerana memang latar belakangnya


adalah karya musik yang bercerita. Dari karya musik
bercerita tersebut perkara ini kemudian dikombinasi
dengan gerak tari, alunan lagu, dan tata pentas.

2.3 Teater Gerak

Teater gerak merupakan


pertunjukan teater yang unsur
utamanya adalah gerak dan
ekspresi wajah serta tubuh
pemainnya.

Teater gerak, tidak dapat


diketahui kelahirannya dengan
pasti tetapi ekspresi bebas
terutama dalam hal gerak
menemui puncaknya dalam
masa commedia delArte di
Italia

2.4 Teater Dramatik

Penggunaan dialog sangat


dibatasi atau bahkan
dihilangkan seperti dalam
pertunjukan pantomim
klasik

Dari kebebasan ekspresi


gerak inilah gagasan
mementaskan pertunjukan
dengan bersulam gerak
secara sendirinya muncul.

Istilah dramatik digunakan untuk menyebut pertunjukan teater


yang berdasar pada lakonan dramatik yang dipentaskan

Dalam teater dramatik, perubahan karakter secara


psikologinya sangat diperhatikan dan situasi cerita serta latar
belakang kejadian dibuat secepat mungkin

Rangkaian cerita dalam teater dramatik mengikuti susunan


plot yang ketat dan Mencuba menarik minat dan perasaan
penonton terhadap situasi cerita yang dipersembahkan.

2.5 Teater Puisi

Pertunjukan teater yang dibuat berdasarkan karya


sastra puisi
Karya puisi yang biasanya hanya dibacakan dicuba
untuk dipentaskan

Menonjolkan nilai estetika puitis di atas pentas


melalui watak dan jalan cerita

Memberikan ruang kepada seniman mencuba


menterjemahkan makna puisi ke dalam penampilan
aksi dan tata artistik di atas pentas melalui
pementasan.

3.0 Aktiviti teater


3.1 Main Peranan

Pelajar melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang
ditetapkan. Untuk menjayakannya, dia dikehendaki menghayati watak tersebut
melalui aksi dan laras bahasa yang sesuai.
Contoh:
a. Watak Petani yang budiman.
b. Situasi Situasi gembira.
3.2 Simulasi
Aktiviti yang dipindahkan daripada alam nyata di luar bilik darjah ke dalam
bilik darjah. Keadaan sebenar diwujudkan di dalam bilik darjah melalui
perubahan persekitaran serta lakonan. Situasi yang dilakonkan berdasarkan
pemerhatian, pengalaman dan pembacaan yang dilakukan oleh pelajar.
Contoh:
Membeli setem di pejabat pos.
3.3 Dialog
Pelajar akan membaca dan membina skrip dialog mengikut peranan yang
ditetapkan dengan bahasa, intonasi, nada, gaya dan aksi yang sesuai. Aktiviti ini
dapat dilakukan secara kumpulan ataupun individu.

3.4 Teater Membaca


Guru memilih skrip drama yang baik. Pelajar akan membaca dengan lancar
serta menggunakan sebutan, nada intonasi dan gaya yang betul berdasarkan
cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita.
3.5 Boneka
Dalam aktiviti ini guru boleh menggunakan berbagai-bagai jenis boneka yang
melambangkan watak-watak tertentu. Dengan menggunakan boneka, pelajar
memainkan peranan dan menimbulkan situasi yang sesuai dengan jalan cerita.
Penggunaan boneka adalah melalui pergerakannya serentak dengan lafaz,

iringan skrip dan iringan bunyi-bunyian. Aktiviti ini menggunakan gerak-geri,


sarung tangan, topeng, pepatung dan gambar.
3.6 Improvisasi
Lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi
sebenar dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan kecil,
iaitu antara dua hingga lima orang sahaja. Pelajar diberi masa yang pendek, iaitu
antara 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog untuk dilahirkan
secara spontan.
3.7 Mimos
Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka
bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.
Mimos boleh dilakukan secara individu atau secara kumpulan.

3.8 Pantomin
Satu bentuk lakonan yang skripnya tidak dilafazkan oleh pelakon tetapi
dibaca oleh pelajar lain serentak dengan aksi pelakon. Oleh itu, pelakon dan
pembaca skrip mestilah bersama-sama menghayati skrip tersebut sebelum
dilakonkan. Lakonan jenis ini dapat memberikan peluang kepada pelajar
berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafal dialog.
Contoh:
Peristiwa Malam Kemerdekaan Negara.

4.0 Rancangan pengajaran harian

5.0 Kekuatan bahan bantu mengajar yang disediakan


Bahan bantu mengajar merpakan salah satu elemen yang dapat membantu
kelancaran pengajaran dan pembelajaran seorang guru dalam bilik darjah. Selain itu
juga,bahan bantu mengajar juga bertujuan untuk memudahkan dan menjimatkan
masa penyampaian isi pengajaran. Perkara ini penting bagi menjadikan proses
pembelajaran

dan

pengajaran

lebih

bermakna,

menarik dan

guru

dapat

menerangkan konsep dengan tepat.


Antara kekuatan yang kami kenal pasti untuk bahan bantu mengajar yang
kami sediakan ialah bahan yang bantu mengajar bersifat maujud. Hal ini penting
kerana, setiap bahan yang disediakan mestilah bersifat nyata bagi melahirkan
dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
Kekuatan yang kedua pula ialah, bahan bantu mengajar ini dapat menarik
perhatian dan mewujudkan aktiviti yang berpusatkan murid. hal ini kerana, aktiviti
yang dirancangkan di dalam rancangan pengajaran harian, menggunakan alat
bantu mengajar bagi mencapai objektif pada hari tersebut disamping wujud aktiviti
yang menarik kerana berpusatkan kepada murid.
Selain itu juga, bahan yang teah disediakan ini juga mempunyai kekuatan
yang amat positif kerana dapat memberi satu pengalaman baharu kepada murid.
Hal ini penting kerana, setiap aktiviti yang dijalankan mestilah memberi sedikit
banyak pengalaman kepada murid agar dapat dipraktikkan pada masa yang formal
ataupun tidak formal.
Akhir sekali, bahan bantu mengajar amatlah penting sekali kerana dapat
mewujudkan interaksi dan kerjasama antara murid dengan guru dan murid dengan
murid. ini demikian, daripada bahan bantu mengajar yang disediakan, dapat dilihat
bahawa wujud interaksi dalam penggunaanya kerana melibatkan sosial murid yang

10

menekankan aspek lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dengan


menggunakan bahan bantu mengajar yang telah dibina.

6.0 Kelemahan bahan bantu mengajar yang disediakan

11

Rujukan
Perpustakaan Negara Malaysia (1992), Kemahiran Berbahasa KBSR, Percetakan Rina
Sdn. Bhd.
Dr Ali Mahmood, En Mashudi Bakri, En Lokman Abd Wahid, Dr Seman Salleh, Munsyi
Zainal Abidin Kassim (2006), Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, Meteor
Doc. Sdn Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Bahasa Melayu 2, Oxford Fajar Sdn. Bhd
Faziah Binti Sulaiman Et All (2006), Modul Kursus Pendek Kelolaan Institut
Improvisasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Jabatan
Pengembangan Kebudayaan Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu.
Modul Kursus Pendek Kelolaan Institut Bercerita Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Jabatan Pengembangan Kebudayaan Bahasa
Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu.

12

Refleksi
Muhammad farid bin mohd yatim
910916-02-5199
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana

dengan limpah

rahmatnya saya dapat menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran PSE 3104 Iaitu Teater
Dalam Pendidikan . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang membantu saya kerana memberikan saya tunjuk ajar bagi saya menyiapkan
tugasan ini.

13

Pada awal mendapat soalan, pandagan saya mengenai tugasan ini ialah agak
susah bagi saya untuk melaksanakan tugasan ini. Tapi Alhamdulillah dengan tunjuk ajar
daripada pensyarah dan rakan-rakan yang tidak jemu memberikan komitmen yang
tinggi, tugasan ini dapat dilaksanakan.
Antara perkara yang saya dapat pelajari daripada tugasan ini ialah, saya dapat
mengaplikasikan teater dalam pendidikan. Hal ini kerana, jika saya wujudkan perkara ini
saya akan dapat menjdikan pengajaran yang kreatif kerana akan wujud pengajaran
yang bermakna dan lebih menarik.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari cari menyediakan rancangan pengajaran
harian dengan mengaplikasikan elemen didik hibur berdasarkan kurikulum baharu iaitu
Kurikulum Standart Sekolah Rendah dengan memasukkan teater dalam pengajaran
dan pembelajaran disamping menyediakan aktiviti yang berpusatkan murid.
Antara kekangan yang saya perolohi pula ialah dari segi mengaturkan langkahlangkah mengajar kerana perlu memasukkan elemen teater dalam rancangan
pengajaran harian yang disediakan. Hal ini kerana, pengurusan waktu akan menjadi
pokok

utama

dalam

menyediakan

langkah-langkah

mengajar

kerana

akan

melaksanakan aktiviti secara berkumpulan.

Setelah bertungkus lumus, akhirnya tugasan ini Berjaya dilaksanakan tanpa


sebarang masalah. Saya dapat mempelajari banyak perkara sewaktu menyiapkan
tugasan ini. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Cik Wan Norlidza Wan
Mohd Zain serta rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam melaksanakan
tugasan ini. Sekian terima kasih.

14

JADUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS


MATA PELAJARAN

TEATER DALAM PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MUHAMMAD FARID BIN MOHD YATIM


MUHAMAD FIRDAUS ISMAIL BIN MAHMAD
FUAD

KUMPULAN
PENSYARAH PEMBIMBING :

PPISMP SEM.5C

CIK WAN NORLIDZA WAN MOHD ZAIN

15

TARIKH
28.2.2013

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

Menerima soalan kerja kursus dan


penerangan cara untuk melaksanakan kerja
kursus oleh pensyarah.

1.3.2013

Mula mengumpul maklumat dan membuat


draf kasar.

3.3.2013

Mula menaip kerja kursus.

11.3.2013

Menghantar draf untuk diperiksa

22.3.2013

membetulkan kesalahan

BORANG REKOD KOLABORASI


MATA PELAJARAN

TEATER DALAM PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MUHAMMAD FARID BIN MOHD YATIM


MUHAMAD FIRDAUS ISMAIL BIN MAHMAD
FUAD

KUMPULAN

PENSYARAH PEMBIMBING :

TARIKH
28.2.2013

PPISMP SEM.5C

CIK WAN NORLIDZA WAN MOHD ZAIN

PERKARA DIBINCANGKAN
Menerima soalan kerja kursus
dan penerangan cara untuk
melaksanakan kerja kursus oleh
16

KOMEN

T/TANGAN

pensyarah.
4.3.2013

Berbincang dengan pensyarah


untuk konsep serta aktivitiaktiviti yang sesuai dengan
perkara yang diminta soalan

11.3.2013

Menghantar draf penuh kerja


kursus untuk diperiksa.

17

Anda mungkin juga menyukai