Anda di halaman 1dari 2

ZULHILMI BIN ABD RAHMAN

RABI MATIUS
Jenis Penyelidikan
Terdapat empat jenis penyelidikan iaitu penyelidikan asas, penyelidikan
gunaan, penyelidikan tindakan dan penyelidikan penilaian. Huraian di bawah
menerangkan setiap daripada penyelidikan tersebut.
2.1.1 Penyelidikan Asas
Penyelidikan asas merupakan suatu penyelidikan yang berasaskan
kepadapenyiasatan dan analisis yang berfokuskan kepada kefahaman sesuatu
subjek, fenomena atau keadaan semula jadi tetapi tidak memerlukan rawatan
ataupun penyelesaian. Pada amnya, penyelidikan asas adalah untuk
memperluaskan pengetahuan sedia ada serta menambahkan maklumat mengenai
masalah yang hendak dikaji dan ianya dijalankan sebelum menjalankan kajian
selanjutnya (Rosinah, 2011).
2.1.2 Penyelidikan Gunaan
Penyelidikan gunaan merupakan penyelidikan yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang lebih praktikal. Ianya bukan digunakan untuk tujuan
menambah ilmu pengetahuan tetapi lebih kepada menyelesaikan situasi kemanusian
(human condition). Penyelidikan gunaan dijalankan unuk menerokai dan
mengenalpasti masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk
menyelesaikan masalah berkenaan (Rosinah,2011).
Sebagai contoh penyelidikan gunaan mengkaji cara-cara:
- memperbaiki pengeluaran tanaman
- merawat penyakit
- menambahbaik kecekapan
pengangkutan.

penggunaan

tenaga

di

rumah,

pejabat atau

2.1.3 Penyelidikan Tindakan


Penyelidikan tindakan telah mendapat tempat yang baik dalam bidang
pendidikan terutamanya dalam konteks perkembangan profesionalisme dan pembuat
keputusan berasaskan data (Othman, 2011). Ia biasanya digunakan untuk
menyelesaikan masalah sosial (organisasi) atau pun fenomena dalam jangka masa
yang singkat (Lewin, 1964); ini termasuklah bidang-bidang seperti bidang perubatan,
keselamatan, pendidikan dan sebagainya.
Tujuan melakukan penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti sesuatu
amalan bagi pengamal atau pun individu yang terlibat dengan situasi sosial

berkenaan bagi memperbaiki kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan


masalah agar keberkesanan amalan dapat diperbaiki (Chua, 2006).

2.1.4 Penyelidikan Penilaian


Penyelidikan penilaian merupakan suatu bentuk penyelidikan untuk mengkaji
kesan atau hasil daripada sesuatu program atau pun intervensi sosial. (Rosinah,
2011). Sering kali tujuan penyelidikan penilaian adalah untuk penambahbaikan
program atau intervensi

Anda mungkin juga menyukai