Anda di halaman 1dari 27

Berupaya mengkaji bahasa (atau bahasabahasa) pada masa tidak terbatas.

Kajian linguistik diakronik ini biasanya bersifat historis dan komparatif. Tujuan linguistik diakronik ini terutama adalah untuk mengetahui sejarah struktural bahasa itu beserta dengan segala bentuk dan perubahannya.

Linguistik diakronik memeriksa bagaimanabahasa berubah dengan berlalunya masa,kekadang selama berabad-abad. Linguistik sejarah mempunyai sejarah yangkaya (kajian linguistik tumbuh daripadalinguistik sejarah) dan asas teori yang kuatuntuk mengkaji perubahan bahasa.

Di dalam universiti-universiti di Amerika Syarikat, sudut pandangan bukan sejarah kelihatan lebih berkuasa. Sebagai contoh, banyak kelas linguistik permulaan hanya meliputi linguistik sejarah secara sepintas lalu. Peralihan dalam tumpuan ke sudut pandangan bukan sejarah bermula dengan Saussure dan menjadi berpengaruh dengan Noam Chomsky.

Secara nyata, sudut-sudut pandangan sejarah termasuk linguistik sejarah perbandingan dan etimologi. Pada abad ke-19, hampir seluruh bidang linguistik merupakan linguistik, khususnya berkaitan dengan bahasa-bahasa Indo-Eropah.

Yang dikaji pada zaman itu adalah,misalnya, bagaimana bahasaYunani Kuno dan bahasa Latin menunjukkan keserumpunan. Hal tersebut ditemukan berkat penelitian bahasa Sanskerta.

Pada abad itu diteliti pula bagaimanakahrumpunrumpun bahasa German (sepertibahasa Jerman, bahasa Belanda, bahasaInggeris, dan bahasabahasa Skandinavia)saling berkaitan secara historis; danbagaimanakah bahasa-bahasa Roman(seperti bahasa Perancis, bahasa Oksitan,bahasa Sepanyol, dan bahasa Portugal)diturunkan dari bahasa latin.

Ferdinand de Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik Moden. Beliau telah mengetengahkan konsep: > Linguistik diakronik dan linguistik sinkronik > Langue, parole dan langage > Bentuk dan bahan, > Bentuk dan makna > Sintagmatik dan paradigmatik Linguistik diakronik ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji perkembangan bahasa dari semasa ke semasa, iaitu kajian yang bersifat vertikal
10

Linguistik sinkronik meneliti bahasa dengan tidak mempersoalkan urutan waktu, iaitu bersifat horizontal.
Langage bermaksud bahasa secara umum, langue bermaksud bahasa tertentu, dan parole bermaksud dialek, ucapan, ujaran, pertuturan. Langage: objek paling mujarad, langue: objek mujarad, dan parole: objek konkrit. Bentuk merujuk bunyi, dan bahan merujuk idea. Bahasa mengandung sistem nilai bukan koleksi unsur yang ditentukan oleh bahan.
11

Sistem nilai ditentukan oleh keterbatasannya. Contoh: tari dan lari. Dua kata ini berbeda bukan kerana perbedaan fonem / t / dan / l /, tetapi perbedaan nilai dalam sistemnya, iaitu / t / dan / l / membedakan makna. Lambang merupakan gabungan antara bentuk dengan makna. Kata yang diucapkan sebagai / rumah / ialah bentuk yang mengandung makna rumah. Makna rumah itu merupakan abstraksi daripada sesuatu yang wujud di luar bahasa. Lambang dalam sistem tidak berubah, tetapi realitinya boleh berubah dan berbeza.

12

Contoh:

rumah: bele: huis: loaigo: house:

Melayu Gorontolo Belanda Suwowa Inggeris


13

Sinonim lain untuk rumah: cungkup, gerogol, sudung, pondok, bangsal, rompok, bait, panti, tempat tinggal, vila, gedung, pejabat, balai, dewan, wisma, khanah, bangunan

Apabila orang menyebut [rumah], terdengar kepada kita rentetan bunyi / r, u, m, a, h /, yang kalau ditulis menjadi rumah, maka yang didengar itu bentuknya, dan bayangan kita terhadap rumah itu (jendela, tangga, atap, dinding) ialah maknanya.

14

Noam Chomsky telah menghasilkan Syntactic Structures (1957). Kewujudan buku ini memulakan fasa linguistik baharu, dan revolusi ilmiah dalam linguistik.
N. Chomsky menyarankan bahawa tatabahasa merupakan teori ilmiah yang berdasarkan pengamatan korpus ungkapan oleh penutur asli. N. Chomsky berpendapat bahawa tingkat kajian linguistik dalam fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis belum merupakan deskripsi linguistik yang tuntas, tetapi merupakan tatacara untuk mencapai kajian linguistik yang tuntas.
16

Premis teori Chomsky ini ialah bahawa seseorang dewasa dapat mengeluarkan kalimat baharu bahasanya pada kesempatan yang sesuai, dan penutur lain dapat pula mengerti kalimat itu dengan segera. Buku Chomsky Aspects of the Theory of Syntax (1965) menampakkan pendiriannya yang lebih jelas. Teorinya dikenali dengan nama Teori Tansformasi Generatif. Chomsky beranggapan bahawa tatabahasa terdiri daripada tiga komponen asas, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.
17

Tujuan kajian bahasa untuk penyusunan tatabahasa yang dapat dijadikan tatabahasa pegangan. Tatabahasa merupakan sistem kaedah yang menghubungkan bunyi dengan makna.
Tatabahasa itu perlu memenuhi syarat: > Ayat harus berfungsi dalam ujaran. > Bersifat umum, dan tidak berdasarkan gejala bahasa tertentu.

Chomsky juga mengetengahkan konsep kemampuan bahasa (competence) dan perlakuan bahasa (performance).
18

Kemampuan ialah pengetahuan penutur terhadap bahasa ibundanya, dan perlakuan ialah penampilan bahasa penutur dalam kegiatan harian. Dalam pertuturan harian, kecekapan berbahasa tidak merupakan refleksi kemampuan.
Dari sudut semantik, tatabahasa ialah yang didengar dan dilatih dahulu sewaktu belajar bahasa. Ayat terdiri daripada dua struktur, iaitu struktur luaran dan struktur dalaman. Struktur bahasa ialah peristiwa bahasa dalam bahasa berkenaan. Struktur bahasa mencakup susunan fonem, susunan kata, susunan frasa, lagu bicara dan intonasi.
19

Struktur luaran ialah pewujudan sintaksis peringkat akhir ayat yang menjadi input komponen fonologi, iaitu ayat sebenar yang diucapkan. Contoh:
> > > > A menonton teater (aktif) Menonton teater, A (aktif songsang) Teater ditonton (oleh) A (pasif) Ditonton oleh A teater (pasif songsang)

Contoh ini menunjukkan bahawa struktur luarannya berbeda, walaupun struktur dalamannya sama.
20

Struktur dalaman ialah pewujudan sintaksis abstrak ayat, yang menentukan faktor pengawalan interpretasi ayat. Contoh: > A menonton teater, menonton teater A, teater ditonton oleh A

Ayat di atas sama struktur dalamannya, tetapi berbeda struktur luarannya.


Terdapat juga struktur luaran yang sama, tetapi struktur dalamannya berbeda. Contoh: > Kereta api lama berhenti di Serdang. lama = masa, lama = sifat.
21

Proses perlakuan bahasa dan kemampuan bahasa dapat dilihat dengan jelas dalam skema laku ucapan Teori Chomsky. Teori linguistik bersifat mental. Tugas linguis mengikut Chomsky: mencari dan menerangkan kemampuan linguistik nurani penutur jati. Penganalisisan kalimat dapat dilakukan menerusi tatabahasa model generatif, dan penanda frasa.

22

PERINGKAT PEMODENAN: SKEMA LAKU UCAPAN TEORI CHOMSKY

Kemampuan: competence Tatabahasa: grammar

Kemampuan: comp[etence Tatabahasa: grammar

Kalimat: data

percakapan

Penutur (P1)

Pendengar (P2)
23

TATABAHASA MODEL GENERATIF


representasi semantik komponen semantik rumus struktur frasa [ struktur dalaman ] rumus transformasi struktur permukaan komponen fonologi representasi fonetik leksikon

24

RUMUS STRUKTUR FRASA BM


A S S FN FN FKJ FAdj FSN + P

FN

(bil) + (penj. bil.) + (gel) + KNI + (KNI) + (pen) + (pent)

25

RUMUS STRUKTUR FRASA BM

KJT +
FKJ (kb) KJTT +

obj
AKomp Pel AKomp + (Ket)

FAdj

(kb) + (peng) + Adj + (Ket) + (AKomp)

FSN

(kb) + KSN + (KNA) + FN +

AKomp (Ket)
26

Anda mungkin juga menyukai