Anda di halaman 1dari 49

PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu


1.0 Pendahuluan
1.1

Pengenalan

Menurut Abdullah Hassan ( 2005:14 ), keperluan manusia untuk berkomunikasi


menyebabkan terbitnya bahasa yang banyak dalam dunia ini malah setiap bangsa mempuanyi
satu atau lebih bahasa yang mempuanyi sejarahnya yang tersendiri dan berdasarkan kajian
beliau terdapat empat belas golongan besar bahasa ( Indo-Eropah, Semit-Hemit, Ural, Altaik,
Sino-Tibet, Austronesia, Irian, Bantu, Dravidia, Khoisan, Niger-Kongo, Makro-Sudan,
Amerika Utara dan Amerika Latin ) yang digunakan dalam dunia ini. walaupun begitu,
penulisan ini tidak mengkaji kesemua golongan bahasa tersebut tetapi hanya mengfokuskan
kepada pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu yang diklasifikasikan oleh beliau
sebagai golongan bahasa keenam dalam dunia iaitu dalam kelompok bahasa Austronesia yang
secara terperinci akan dibincangakan dalam penulisan ini.

1.2

Objektif

Adalah agak sukar untuk memperjelaskan secara terperinci keseluruhan sejarah dalam
pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu kerana keterbatasan dalam mendapatkan
sumber, walaupun begitu penulisan ini akan cuba mengupas kembali segala perancangan
yang digariskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka amnya dalam usaha mengangkat martabat
Bahasa Melayu dalam aspek pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan yang akan
ditekankan dalam penulisan ini membicarakan pembinaan atau perancangan korpus bahasa
dari segi istilah, kosa kata, laras bahasa, ejaan, sebutan dan tatabahasa tanpa menafikan akan
wujudkan pinjaman bahasa asing mengikut keperluan dalam Bahasa Melayu yang sangat
diperlukan dalam semua bidang. Bagi aspek perkembangan, adalah menjadi suatu yang
sinonim dalam penulisan untuk membicarakan kronologi perkembangan mengikut zaman
peralihan status bahasa, tetapi penulisan ini akan membicarakan perkembangan Bahasa
Melayu mengikut tahun, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 11990 hingga
2000 atas rasional, adalah menjadi keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan
perkembangan Bahasa Melayu bagi menilai sejauhmana usaha yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia
yang mampu menjadi pengerak kepada pembangunan negara dalam semua bidang.

1.3

Kaedah

Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah
kajian perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak
langsung dengan menggunakan laman web.

1.4

Batasan

Segala sesuatu kajian memiliki batasnya tersendiri, maka dalam kajian penulisan ini
adalah tidak dinafikan wujudnya batasan dalam mendapatkan sumber yang tepat dalam
kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang terhad. Dalam aspek penelitian kajian
penulisan pula, kajian adalah terbatas kepada aspek pembinaan dan perkembangan Bahasa
Melayu semata-mata, ini bermakna kajian penulisan ini tidak akan membincangkan perkaraperkara yang tidak berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, kajian mengenai Bahasa Melayu ini turut menyentuh perkaitan
perkembangannya berdasarkan perubahan dunia semasa yang sukar sekali mengetepikan
akan isu-isu yang menyumbang kepada perkembangannya yang dimaninkan oleh pihak-pihak
yang berkaitan. Batasan kajian penulisan juga berhadapan dengan kesukaran mendapatkan
data terbaru kerana tidak dapat menjalankan kajian lapangan bagi meneliti kebenaran isu-isu
tersebut.

1.5

Definisi Konsep

Konsep yang harus difahami dalam kajian penulisan ini adalah berkisar kepada
kehendak tajuk kajian, iaitu pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Awang
Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada
sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang
menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah
berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22
Jun 1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah
bertukar taraf kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan
Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959.
Perkembangan bahasa Melayu pula menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi
Mat ( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500
masihi ), Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12
masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala
menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa
Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik
tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi
meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun
1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan
perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang
turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ).

2.0 Sejarah ringkas Bahasa Melayu


Sehingga ke hari ini banyak sejarawan yang merumuskan akan hal asal usul Bahasa
Melayu sebagai suatu yang masih kabur yang masih memerlukan kajian lanjut dan
mendalam, maka penulisan ini secara tidak langsung akan membincangkan secara ringkas
berkaitan sejarah Bahasa Melayu dari aspek konsep etimologi ( perkataan ) dan bangsa,
salasilah dan hipotesis tempat asal Bahasa Melayu.

2.1

Konsep etimologi dan bangsa

Dari aspek etimologi atau perkataan, Melayu menurut Zuber Usman dalam Abdul
Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), berasal daripada perkataan Himalaya
yang telah disingkatkan kepada Malaya yang kemudiannya menjadi Melayu. Selain itu,
terdapat juga pengkaji yang mengutarakan bahawa Melayu berasal daripada perkataan
Malaiyur-pura yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak 1 di Sumatera Barat yang
akhirnya menimbulkan perkataan malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. Menurut Abdul
Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), perkataan Melayu berasal daripada
perkataan Jawa Kuno dan Baru, iaitu Mlaya dan Mlayu yang membawa maksud lari.
Tambahan beliau lagi, perkataan Melayu turut merujuk kepada kerajaan, iaitu berasal
daripada perkataan Malayu yang merujuk kepada sebuah kerajaan yang berpusat di Muara
Jambi pada abad ke-7 ( 644 M ) yang mendapat nama sempena nama sebatang sungai, iaitu
Sungai Malayu yang sangat deras arusnya selaju orang berlari yang disifatkan mempuanyi
pengertian yang sama dalam Bahasa Jawa.
Dari aspek konsep perkataan Melayu berdasarkan bangsa adalah merujuk kepada teori
awal perpindahan golongan manusia yang diberi nama Austronesia dari daerah Yunan ke
wilayah Asia Tenggara, iaitu Melayu Proto ( 2500 M ) dan Melayu Deutro ( 1500 M )
menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood
( 2004: 3 ). Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 11 ) pula,
penggunaan perkataan Melayu pada abad ke-17 merujuk kepada istilah yang lebih luas yang
merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara merujuk kepada istilah UNESCO ( 1972 ).
......Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga
bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama,berkulit sawo matang,
rambut lurus dan tinggi yang sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat
besar, iaitu suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina
dan Madagaskar yang merupakan satu stock bangsa yang sejak beberapa lama dahulu
dikenali sebagai Malayo-Polynesia ( Melayu-Polinesia ) atau Austronesia....

Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri menurut Abdul Rashid Melebek dan
Amat Juhari Moain ( 2006: 8 ), Perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 mengariskan Melayu sebagai seseorang yang berbahasa
melayu, berkebudayaan melayu dan beragama Islam.

2.2

Salasilah Bahasa Melayu

Kajian salasilah Bahasa Melayu akan merujuk kepada asal usul atau keturunan Bahasa
Melayu itu sendiri yang mana menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa
dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3-4 ), berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang
tergolong dalam satu keluarga bahasa besar bahasa Austris ( Austroasia, Tibet-Cina dan
Austronesia Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia ) dalam cabang Nusantara,
iaitu jumlah bahasa yang paling banyak merangkumi 16 golongan kira-kira 200 hingga 300
bahasa. Hal ini turut diutarakan oleh Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007: 2 ), bahawa Bahasa

Melayu merupakan bahasa yang berasal dari rumpun bahasa Austronesia ( Nusantara Barat
dan Timur, Melanesia dan Polinesia ) dalam kelompok Nusantara Barat ( Malagasi, Acheh,
Melayu, Jawa,Sunda, Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya dan lain-lain ) yang digunakan di sebelah
timur gugusan pulau-pulau Melayu dan Nusantara sejak abad pertama masihi menurut
Abdullah Hassan ( 2005:23).
Hal ini turut diutarakan oleh James T.Collins ( 2005 ), iaitu kewujudan akan Bahasa
Melayu sebagai salah satu komponen daripada 1000 bahasa yang terpenting dalam rumpun
bahasa Austronesia yang terbentuk di Taiwan yang kemudiannya tersebar dibahagian selatan,
timur dan barat melalui Filipina yang turut mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa
Polinesia menurut William Marsden ( 1754-1836 M ) dalam Abdul Rashid Melebek dan
Amat Juhari Moain ( 2006: 1 ) yang banyak mengkaji bahasa di Asia Tenggara dalam karya
penulisannya, seperti A Dictionary of the Malayan Language dan A Grammar of the Malayan
Language ( 1812 ) dan sehingga sekarang dikenali sebagai Bahasa Melayu-Polinesia oleh
Wilhelm Von Humboldt ( 1767-1835 ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain
( 2006: 2 ) berdasarkan perincian hubungan antara bahasa-bahasa di Asia Tenggara yang
serumpun dalam karyanya Uber die Kawisprache auf der Insel Java ( 1836 ) yang turut
disokong oleh Abdullah Hassan ( 2005: 23 ) berdasarkan jadual yang telah diambil dari
Crowely ( 1987 ) dalam James T.Collins ( 2005: 3 ). Walaupun begitu, terdapat juga pengkaji
barat, seperti John Crawfurd dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006:
2 ) yang tidak mempersetujui perkaitan yang wujud antara Bahasa Melayu dengan Polinesia
kerana tidak sekeluarga.
2.3

Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu

Menurut Northefer ( 1996 ) dalam James T.Collins ( 2005 ), kesepekatan ahli-ahli


arkeologi menyatakan bahawa Bahasa Melayu di kepulauan gugusan Melayu bermula di
Kalimantan sebelum tersebar di bahagian barat menyeberangi Laut China Selatan pada 100
masihi dahulu melalui Pulau Tambela dan Riau sebelum ke Sumatera dan ke selatan Benua
Asia atau kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama juga tidak
dinafikan berlaku penyebaran Bahasa Melayu di bahagian utara, selatan dan timur sehingga
ke barat Pulau Luzon yang kini dikenali sebagai Teluk Manila dan seterusnya di bahagian
timur kepulauan Maluku ( Indonesia ).
Kewujudan penggunaan Bahasa Melayu turut dibuktikan oleh Bede dalam James
T.Collins ( 2005 ), pada abad ke-8 dalam Caedmons Hymn to the Creator yang menyatakan
akan wujudkan tulisan teks tertua Bahasa Melayu bertarikh 682 masihi di atas batu di
Sumatera yang mengadaptasi ortografi india berdasarkan palawa yang dikenali sebagai teks
Bahasa Melayu Kuno.
3.0 Pembinaan Bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha
melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai
perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan,
sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan
Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai
jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah
Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959.

3.1

Pembinaan Istilah Bahasa Melayu

Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut


bidang ilmu pengetahan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau
sifat khusus bagi sesuatu ilmu menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ).
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan
suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, rasmi dan ilmu di negara ini yang telah bermula sejak 1957 yang melibatkan dua
bidang terawal iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini
mencatatkan jumlah hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil meliputi ratusan bidang
ilmu dan profesional yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199
judul melibatkan semua peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah
Hassan ( 1987: 85 ), iaitu perancangan korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak
1957 melalui penubuhan Jawatankuasa Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu
sebelum 1975 ( dengan penerbitanPedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka ) dan selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia
( MBIM ) yang menghasilkanPedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI ) yang telah
diisytiharkan penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Repblik Indonesia pada 30 Ogos 1975).
Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku
semasa pembinaan awal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara
tahun 1957 hingga 1960 yang merupakan titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak
kukuh kerana tiada sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan
Bahasa dan Pustaka menubuhkan dua Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan
istilah iaitu, Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains
Am yang secara tidak langsung mengubah panduan dan falsafah pembinaan istilah tahap
awal yang mengongkong proses pembinaan istilah, walapun terdapat juga istilah yang
bertahan sehingga sekarang misalnya stesen, kimia dan sains. Manakala istilah yang tidak
dapat mendukng konsep asal telah dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu
hisab dan kajibentuk bumi kepadapsikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi.
Zaman selepas 1975 pula memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
pembentukan istilah yang melibatkan bidang-bidang profesional sebanyak 71,887 istilah
sehingga 1975 berikutan kejayaan membentuk Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru
DBP ( mula digunakan sejak 1959 ), Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk istilah Baharu
Bahasa Melayu DBP ( selepas 1970 ) dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti
Malaya ( 1971 ) serta dengan tertubuhnya Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM )
sejak Disember 1972 yang pada awalnya hanyalah mewakili Malaysia dalam usaha
kerjasama dengan Indonesia bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi kemudiannya
telah diperluaskan lagi fungsinya yang mencakupi aspek peristilahan dan dianggap oleh
kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menjadi
dasar pembentukan istilah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Walaupun begitu, pembinaan istilah dalam Bahasa Melayu tidak menafikan akan
wujudnya pinjaman daripada bahasa asing melalui dua cara penggubalan, iaitu pinjaman dan
pinjam terjemah menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 255 ). Hal ini turut

disokong oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid
Mahmood ( 2004: 301-304 ), iaitu pembinaan istilah pinjaman yang dilakukan dalam dua
bentuk, iaitu pengambilan dengan penyesuaian ejaan, misalnya geography-geografi, biologybiologi, mathematics-matematik, isogamy-isogami dan sebagainya. Manakala, pengambilan
tanpa perubahan ejaan pula, seperti magnet-magnet, linear-linear, hilum-hilum, importimport, audit-audit dan sebagainya.Manakala pembinaan istilah pinjam terjemah pula
dilakukan melalui lima cara, iaitu terjemah langsung ( resistance = rintangan, dose =
sukatan, soluble = lart ), penciptaan kata baharu ( subsidence = antamman, allot = umpuk,
arrears = tunggakan ), perluasan makna ( salur = salir, hakis = kikis, gelap = legap ),
penggabungan dua kata umum ( missile = peluru berpandu, indicator lamp = lampu
penunjuk, right angle = sudut tepat ) dan pembentukan kata ganda separa (radius = jejari,
liquid = cecair, capillary = rerambut ), tetapi kesemua proses ini terikat
kepada had peminjaman, iaitu pinjaman istilah dilakukan sekiranya bahasa asing
mempunyai istilah tersebut dan haruslah sesuai dengan sistem bunyi Bahasa Melayu menurut
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 265 ).
Menurut Rogayah Osman dalam artikelnya mengenai Perancangan Bahan Ejaan dan
Sebutan, Peristilahan dan Perkamusan dalam Bahasa Melayu di Malaysia, kewujudan banyak
Jawatankuasa Istilah ( JKI ) yang mencakupi banyak bidang dengan konsep dan pemahaman
ilmu yang tersendiri menghasilkan bermacam-macam istilah sehingga satu istilah mendukung
pelbagai konsep dan pengertian, menyedari permasalahan ini dua jawatankuasa penyelarasan
dibentuk iaitu, Jawatankuasa Istilah Sains Tulen dan Jawatankuasa Istilah Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Disamping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan kembali kerjakerja dalam menyemak istilah sebelum 1975 terutamanya sebelum 1960 untuk diserahkan
kepada Jawatankuasa Penyemak Istilah sebagai tambahan kerja-kerja dalam penciptaan
istilah, pengklasifikasian bidang yang sebelumnya tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh
agar dapat membincangkan aspek-aspek pemasyarakatan istilah dalam disiplin bidang
masing-masing agar dapat diutarakan kepada sidang MBIM sekitar akhir 80-an dan awal 90an.
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) menurut Abdul Rashid Melebek dan
Amat Juhari Moain ( 2006: 36 ), sangat berperanan dalam pembentukan istilah Bahasa
Melayu yang mendokong tiga fungsi utama, iaitu bertindak sebagai badan bersama yang
mengadakan pertemuan demi pertemuan untuk memikirkan, menalaah dan membincangkan
hal-hal bersama berhubungan dengan soalan bahasa kedua-dua negara, menampung dan
menyalurkan bahan-bahan tentang bahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan
kajian bersama serta menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan
kebangsaan negara masing-masing kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan
diputuskan. Atas ketelusan dalam memainkan perana ini, MBIM berjaya
menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah ( PUPI ), Pedoman Penyusnan Kamus
Istilah danPedoman Tranliterasi Huruf Arab kepada Huruf Rumidisamping membincangkan
pedoman khusus pembentukan istilah kimia, biologi, fizik, matematik dan perubatan. Malah
sepanjang hasil persidangan MBIM ke-7 hingga ke-23 MBIM turut berjaya
menghasilkan Daftar Istilah MBIM ( A-J ) dan ( K-Z ) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1976.

3.2

Pembinaan Kosa Kata Bahasa Melayu

Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau
perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh para sarjana
asing sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar kata dan kamus, misalnya Daftar Kata
Melayu-Cina ( abad ke-15 ), Kamus Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama
abad ke-16, kamus Melayu-Inggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictonary
of The Malay Language oleh Marsden pada tahun 1821 dan beberapa buah kamus lain oleh
R.J.Wilkinson ( 1901,1908 dan 1932 ), W.G.Shellabear ( 1902, dan 1916 ) dan R.O.Winstedt
( 1913 ). Usaha ini kemudiannya telah diteruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara
terancang yang bermula pada 1964 yang akhirnya telah berjaya menerbitkan Kamus
Dewanpada 1970, iaitu sebuah kamus ekabahasa yang berwibawa sebagai rujukan kamus
yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah yang kemudiannya telah diterbitkan dalam
edisi baharu pada tahn 1984 dan 1989 ( masing-masing dengan tambahan 900 entri dan 2,000
entri ), edisi ketiganya pula pada tahun 1994 ( dengan tambahan 6,000 entri ) dan edisi
keempat pada tahn 2003 ( dengan tambahan 5,000 entri ).
Bagi tujuan keperluan pelajar sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka turut
memainkan peranannya dengan menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi
Pelajar pada tahun 1975 bagi pelajar sekolah menengah danKamus Rendah Dewan
Bergambar pada tahun 1989 bagi keperluan pelajar sekolah rendah disamping turut
menerbitkan edisi baharu pada tahun 2002 iaitu, Kamus KBSR Dewan dan Kamus Umum
Bahasa Melayu Dewan ( memuatkan 67,000 entri ) pada tahun 2007. Malah bagi memastikan
pembinaan kosa kata dalam bahasa Melayu lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka turut
mengadakan kerjasa dengan pihak swasta dengan menerbitkan kamus elektronik, Kamus
Telapak BESTA DBP-1 ( 1998 ) danKamus Pena Quicktionary ( 2000).
Seperti dalam pembinaan istilah Bahasa Melayu, pembinaan kosa kata Bahasa
Melayu turut meminjam kosa kata asing, dan menurut Yahya Othman ( 2005: ), Bahasa
Melayu meminjam 677 kosa kata Bahasa Sanskrit merangkumi 11 bidang.
Malah menurut James T.Collins ( 2005: 18 ), sejak kerajaan kesultanan Melayu
Melaka lagi, Bahasa Melayu telah menggunakan kosa kata pinjaman seperti yang direkodkan
oleh Yang Lin pada tahun 1560 yang diklasifikasikan sebagai kosakata Bahasa Melayu-Cina
sebanyak 500 kata untuk keperluan perdagangan disamping kosakata pinjaman dari Bahasa
Sanskrit, Tamil, Arab dan Persia.
( Rajah 6: Daftar beberapa kosakata Bahasa Melayu-Cina dari Dinasti Ming yang
dipetik dari Edwards dan Blagden ( 1930-1932 ) dalam James T.Collins, 2005: 19 )

3.3

Pembinaan Laras Bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu
merupakan perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa
yang sama dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan
berbahasa yang dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan
yang digunakan berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud
berdasarkan perkara yang ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan
perkataan dan ungkapan tertentu yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras.
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan laras bahasa ini dilaksanakan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk
pelbagai peringkat yang telah menghasikan hampir 10,000 judul buku dan berdasarkan
koleksi Perpustakaan Negara Malaysia ( 1966 hingga 2001 ), sejumlah 105,898 judul
direkodkan sebagai buku yang berdaftar di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966 yang turut merangkumi buku dalam bahasa lain
dan hanya 60,474 judul dalam Bahasa Melayu.
kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim
Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 36 - 40 ), disebabkan oleh ciri-ciri keperihalan
( situasi luaran dan persekitaran cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan
yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa ) sesuatu peristiwa bahasa dan
linguistik ( bunyi, perkataan khusus, kolokasi dan pinjaman dan ayat ) yang terbahagi
kepada sebelas laras berdasarkan bidang ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media,
rencana, undang-undang, agama, sukan, sastera, ekonomi dan akademik.
Laras bahasa biasa adalah laras yang tiak melibatkan sebarang bidang ilmu atau
konteks yang khusus kerana ianya digunakan dalam perbualan harian yang tidak melibatkan
istilah khusus tetapi menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan padat. tambahan
lagi, ianya tidak banyak menggunakan kata pinjaman serta menggunakan kosa kata dan
tatabahasa yang mudah difahami yang boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal
( menggunakan bahasa basahan ).
Laras bahasa perniagaan atau iklan pula adalah bertujuan untuk menyampaikan
maklumat dengan berkesan yang berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas dan terperinci
yang bersifat imaginatif dan kreatif menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan
untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa.
Laras bahasa sains pula dihubngkan dengan laras bahasa ilmiah yang bersifat formal
dan tidak menggunakan bahasa basahan kerana bersifat intelektual, saintifik, formal dan
objektif dalam mempersembahkan maklumat yang berdasarkan kajian dan fakta yang banyak
menggunkan kata nama dan ragam ayat pasif serta istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris.
Laras bahasa media massa menggunakan bahasa yang mudah, gaya tulisan yang jelas
dan ketepatan isi tulisan dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa dalam melaporkan
sesuatu peristiwa yang berlaku tanpa istilah teknikal dan khusus dalam mempersembahkan
judul dan teks.
Laras bahasa rencana pula adalah bersifat umum, hal ini kerana adalah untuk
keperluan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu dengan gaya bahasa yang
mudah difahami kerana terus menjurus kepada tajuk rencana yang bersifat laporan.

Laras bahasa undang-undang biasanya mengandungi prinsip undang-undang


berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen serta banyak menggunakan
istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Interpretasi menentukan makna kosa kata yang
digunakan tanpa mengambil kira struktur ayat dalam penyampaian tetapi menekankan
kepersisan dan kejelasan yang bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat dalam binaan ayat
yang panjang.
Laras bahasa agama tidak lari dari membincangkan isu agama yang banyak
menggunakan kata pinjaman Bahasa Arab dalam pembentukan struktur ayat yang
menekankan petikan al-quran dan hadis.
Laras bahasa sukan pula bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan dengan
kegiatan sukan dalam bentuk bahasa yang ringkas dan bersahaja tetapi jelas berikutan
pemilihan kosa kata yang senang difahami.
Laras bahasa saster atau kreatif adalah bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan
imaginasi dan pengalaman penulis yang bersifat imaginatif dan figuratif ( penyimpangan
makna aripada bahasa biasa ) serta mementingkan pemilihan diksi yang berkesan dengan
menggunakan bahasa tersirat, istilah-istilah khusus berkaitan sastera, perlambangan, kiasan,
imejan, personafikasi, metafora dan sebagainya yang mementingkan penyusunan dan
pengulangan kata atau ayat, bernada puitis dan komunikatif.
Laras bahasa ekonomi pula merupakan laras berbentuk ilmiah yang menggunakan
istilah-istilah terknikal, tidak mementingkan struktur ayat, bersifat formal serta
mementingkan susunan maklumat yang jelas dan eksplisit dalam bentuk data dan statistik.
Laras bahasa akademik adalah bersifat formal dan objektif yang menunjukkan
kematangan dan keintelektual, iaitu berkeupayaan menyamapaikan buah fikiran dan hujah
dengan tepat dan berkesan menggunakan istilah yang bersifat khusus dan sukar difahami
kerana menekankan kesempurnaan bahasa dalam pemaparan, perbincangan dan penghuraian
yang turut melibatkan sudut pandang orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat
majmuk serta turut memuatkan nota kaki, bibliografi, indeks dan sebagainya dalam
penulisan.

3.4

Pembinaan Ejaan Bahasa Melayu

Tradisi tulisan seperti tulisan Kawi, Batak, Lampung, dan Rencong telah menjadi
sistem tulisan orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang telah membawa bersama tulisan
Jawi daripada Tanah Arab. Sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi
banyak menggunakan lambing suku kata dan ambang baris untuk menunjukkan perbezaanperbezaan bunyi. Namun penggunaan tulisan Jawi tidak bertahan lama setelah pihak Barat
memperkenalkan sistem tulisan Rumi di Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Tulisan Jawi
adalah berdasarkan huruf Arab alif-ba-ta manakala tulisan Rumi adalah berdasarkan huruf
Roman a-b-c. sistem ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Barat di Tanah Melayu pada
pertengahan abad ke-19. Sistem ejaan tersebut telah digunakan dalam urusan rasmi dalam
kerajaan Barat di Tanah Melayu pada masa tersebut. Antara sistem ejaan yang telah
digunakan oleh Barat ialah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Maxweel
(1882), dan Ejaan Rumi Sweettenham (1881).
Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu pada masa penjajahan sangat penting
kerana sistemejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sisitem bunyi bahasa Melayu yang
sebenar bagi mereka yang tidak dapat memehaminya terutamanya pihak Barat yang kurang
pengetahuan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi lebih penting apabila dijadikan
bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah. Oleh yang demikian, satu sistem Rumi yang
seragam diperlukan untuk menggantikan sistem ejaan Jawi. Satu pertubuhan iaitu Pakatan
Belajar-Mengajar Bahasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor memainkan
peranan yang sangat panting dalam menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan
dalam kalangan masyarakat setempat.
Pembinaan sistem tulisan Rumi untuk bahasa Melayu telah melalui beberapa
peringkat oleh banyak pihak. Contohnya, pihak Barat banyak melakukan kajian dalam
membentuk sistem tulisan tersebut. Antara tokoh yang berasal dari Barat yang pernah
melakukan kajian dalam mengembangkan sistem tulisan bahasa Melayu ialah William
Marsden yang telah menulis buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language pada
tahun 1912. Dalam bukunya terdapat pendapat yang mengatakan bahawa bunyi ch, d, ng, p,
g, dan ny merupakan huruf-huruf yang telah ditambah oleh orang Melayu daripada huruf
bahasa Arab ( Rogayah Binti Osman, hlm 3). Selepas William Marsden, R.J Wilkinson yang
merupakan nazir sekolahsekolah bagi Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Bersekutu telah
menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Ejaan untuk mengkaji dan membentuk sebuah sistem
ejaan Rumi yang baru. Sistem ejaan yang telah berjaya dihasilkan telah dipanggil Ejaan
Wilkinson.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu sistem ejaan telah
diperkenalkan iaitu Ejaan Fajar Asia yang selaras bagi tiga buah negara iaitu Tanah
Melayu, Singapura dan Indonesia yang pada masa itu berada dalam pentadbiran tentera
Jepun. Majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura telah menggunakan sistem ejaan
tersebut dalam penerbitan majalah mereka. Huruf yang digunakan dalam sistem ini hampir
sama dengan Sistem Ejaan Wilikinson dan sistem Ejaan Rumi ZaBa. Menurut Asmah Haji

Omar (1993), sistem ejaan ini menggunakan enam huruf vokal iaitu a, e taling, e
pepet, i, o dan u. Manakala bagi huruf konsonan pula adalah sama dengan Sistem Ejaan Rumi
ZaBa.
Rajah 7: Huruf-huruf konsonan yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia.
ZaBa telah memulakan satu lagi sistem ejaan baru yang mana merupakan satu
perubahan yang telah beliau lakukan. Ejaan tersebut dihasilkan berdasarkan daripada Sistem
Tulisan Wilkinsin dan gabungan beberapa adjad bahasa Arab. ZaBa pada masa itu bertugas
di Maktab Perguruan Sultan Idris selepas Perang Dunia Ke-2. Sistem baru tersebut telah
dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah yang telah diggunakan sebelum digantikan oleh ejaan
baru yang telah diistiharkan pada tahun 1972. Sistem baru ini dihasilkan daripada
pengamatan sahaja dan mempunyai banyak kelemahan. Apabila terdapat kelemahan tersebt,
maka penggunaan bahasa Melayu pada masa tersebut telah terganggu.
Menurut Rogayah Binti Osman (hlm 4), satu persidangan antara kerajaan Malaysia
dengan kerajaan Indonesia telah dijalankan untuk membincangkan satu sistem ejaan yang
sama untuk kedua-dua negara. Persidangan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1959 hasil
daripada desakan Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu. Namun usaha untuk menjalankan
persidangan dengan kerajaan Indonesia telah tergendala kerana tercetusnya konfrantasi.
Persidangan kedua-dua negara tersebut telah menghasilkan satu sistem tulisan baru iaitu
sistem Malindo. Asmah Haji Omar (1993, hlm 154) mengatakan bahawa tulisan Malindo
tidak pernah diterbitkan oleh kedua-dua negara. Oleh yang demikian, bentuk dan sistem
ejaannya tidak diketahui. Pada tahun 1966, satu persidangan ttelah dijalankan oleh negara
Malaysia dan Indonesia untuk menyambung semula perbincangan yang telah tergendala
semasa konfrantasi. Dalam persidangan ttersebut beberapa perkera telah dibincangkan
seperti;
a) Soal bahasa dan jangka masa panjang.
b) Pertukaran antara bahan-bahan yang berkenaan dangan bahasa dan sastera.
c) Soal pemakaian istilah.
Pada September 1966, satu rombongan daripada Indonesia yang diketuai oleh Kolonel
Wahju Sukatjo telah membuat lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah
membangkitkan beberapa isu dan mereka juga telah membenangkan satu kertas kerja untuk
membaiki sistem tulisan Malindo yang mempunyai banyak kelemahan. Setelah kata sepakat
dicapai, maka kerajaan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan satu lagi sistem tulisan
baru iaitu Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia juga dikenali sebagai Ejaan Baharu. Walaupun
persefahaman teah dicapai pada tahun 1966, namun hanya pada tahun 1972 sahaja barulah
perjanjian antara kedua-dua kerajaan telah ditandatangan yang mana perjajian tersebut telah
ditandatagani oleh Menteri Pelajaran masing-masing pada masa itu iaitu Y.B Encik Hussien
Onn dan Bapak Mashuri. Perjanjian tersebut telah ditandatagani pada 23 Mei 1972.
Perbincangan tersebut telah memakan masa yang lama untuk menghasilkan satu sistem
tulisan sama bagi kedua-dua negara ini. Hanya pada 16 Ogos 1972 barulah sistem baru ini
diistiharkan secara serentak oleh kedua-dua negara tersebut.
Ejaan Rumi Baharu ini adalah hasil daripada pemikiran yang matang dan berlandaskan
perancangan bahasa yang baik. Perancangan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk
memperkenalkan bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ejaan ini memperlihatkan

prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan, dan fleksibiliti dan taraf standard yang
tinggi jka dibandingkan dengan sistem yang lama.
Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang berikut.
Sebutan masing-masing huruf disertakan di sebelahnya. Abjad dan sebutan tersebut adalah
hasil daripada perbincangan yang telah dilaksanakan oleh negara Malaysia dan Indonesia
yang telah diistiharkan bersama.
Rajah 8: abjad yang digunakan dalam bahasa Melayu dan sebutannya.
Huruf Vokal
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e
melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.
Antara perubahan yang telah berlaku dalam sistem ejaan tersebut ialah perubahan
konsanan contohya gabungan dua perkataan digugurkan salah satu yang membawa maksud
sama
seperti ch menjadi c dalam
perkataan chuba menjadicuba.
Contoh
lain
adalah dh menjadi d dalam
perkataanmudharat menjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam
perkataan sharat manjadi syarat. Pengunaan () dan () yang melambangkan hamzah dan ain
digugurkan dan digantikan dengan huruf konsonan k contohnya:
a)

Maana menjadi makna.

b)

Enche menjadi encik.

Terdapat juga perkataan yang dikekalkan seperti kh,ny, hg, dan ng dan masih diguna
pakai sehingga sekarang. Dewan Bahasa Dan Pustaka pula telah menerbitkan bukuPedoman
Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975 sebagai rujukan. Setiap negara telah menerbitkan
pedoman umum mengikut versi masing-masing sebagai panduan untuk rakyat di setiap
negara.

3.5

Pembinaan Sebutan Bahasa Melayu

Perancangan sebutan telah melalui banyak peringkat dalam memastikan tidak terdapat
kesalahan dalam penyebutannya. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah:
(i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal
Rancangan Malaysia keempat (1981)
(ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan
sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan
pakar-pakar bahasa.
(iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa
Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.
Menurut Mohd Rasdi Bin Saamah (hlm 8), aspek sebutan tidaklah menjadi satu
perkara yang semestinya ada transkripsi fonetiknya memandangkan sebutan kata Melayu
adalah onemik berbanding dengan bahasa Inggeris. Maksudnya ialah terdapat sesetengah

ejaan dalam bahasa Melayu yang sama dengan bahasa Inggeris namun membawa erti yang
berbeza. Contohnya ialah air dalam bahasa Inggeris membawa maksud udara namun dalam
bahasa Melayu pula merupakan sejenis cecair yang dalam bahasa Inggeris disebut
sebagai water.
Perancangan sebutan banyak ditulis dalam perkamusan yang menyusun sebutansebuta yang tepat. Contohnya Kamus Dewan menurunkan transkripsi fonetiknya kepada kata
masukan yang ejaannya mengandungi huruf e taling sahaja. Sebutan yang mengandungi e
pepet tidak diberi transkripsi fonetik. Contohnya ialah:
a)

enak (enak) = sedap,nyaman (rasa dll)

b)

enteng (enteng) = ringan, mudah

c)

empat = bilangan tiga yang dicampur dengan satu

Manakala dalam Kamus Besar pula tidak memasukkan sebarang tanda transkripsi fonetiknya
bagi membezakan kedua-dua bentuk e seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan.
Contohnya ialah :

3.6

a)

emak = ibu, mami, embok. Mak, indung, indu

b)

elok = ranggi, gagah, tampan, anggun, gombang

Pembinaan Tatabahasa Melayu

Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima bahagian besar yang mana setiap bahagian
mempunyai tugas masing-masing. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima
bahagian ini iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa.
Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis perkataan yang terbahagi kepada lima bahagian
yang besar iaitu:
a) Nama
b) Perbuatan
c) Sifat
d) Sendi
e) Seruan
Kesemua ayat tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza.
Kata Nama
Kata nama terbahagi lagi kepada dua bahagian besar iaitu Nama Betul dan Ganti Nama dan
Nama Terbitan. Kata Nama pula dibahagi lagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama
Khas. Kata Nama Am digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang bernyawa seperti orang,
haiwan dan yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan lain-lain lagi.
Dapat disimpulkan bahawa Kata Nama Am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am
atau umum. Contohnya:
a) Benda ; rumah, pencil, bunga, dan lain-lain.

b) Orang ; guru, murid, polis dan lain-lain.


c) Haiwan ; kucing, harimau, kerbau dan lain-lain.
d) Tempat ; bandar, desa, kampung dan lain-lain.
Kata Nama Am boleh ditulis dengan huruf besar jika berada pada awal ayat manakala boleh
ditulis dengan huruf kecil pada akhir ayat. Contohnya ;
a) Harimau itu mengaum dengan kuat.
b) Dia sedang member harimau itu makan.
Nama Khas pula digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas dan
huruf pertamanya mestilah ditulis dengan huruf besar. Contohnya ;
a) Benda ; Proton Saga, Bangunan Berkembar Petronas,dan lain-lain.
b) Orang ; Tuan Ahmad, Mejar Hamzah, dan lain-lain.
c) Binatang ; Si Comel, Pak Belang, dan lain-lain.
d) Tempat ; Kota Kinabalu, Sepanggar, dan lain-lain.
Kata Nama Terbitan.
Kata Nama Terbitan terbentuk apabila kata nama am diberikan imbuhan awalan, akhiran
ataupun apitan.
a) Imbuhan awalan ; pe-, pem-, pen-, peng-,meng-, ke, dan lain-lain.
b) Imbuhan akhiran ; -ita, -man, -wati, -wan, dan lain-lain.
c) Imbuhan apitan ; per-..-an, peng-.-an, ke--an, dan lain-lain.
Kata Ganti Nama.
Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA iaitu merujuk kepada
seseorang. Seterusnya yang telah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ganti nama diri,
ganti nama umum, ganti nama pertanyaan, ganti nama petunjuk, ganti nama sendi.
a) Ganti Nama Diri pertama. Contohny ialah beta, patik, saya, kami, kita, dan lain-lain.
b) Ganti Nama Diri Kedua. Contohnya ialah kamu, anda, engkau, tuanku, dan lai-lain.
c) Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya ialah ia, dia, beliau,mereka dan lain-lain.
Kata Ganti Tanya
Kata Ganti Tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa,
bilangan dan hal dengan maksub bertanya. Biasanya kata ganti ini ditambah kah dan tanda
soal di setiap akhir ayatnya. Ianya juga digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Contohnya kata tanya ialah apakah, siapakah, manakah, bilakah, bagaimanakah, kenapakah,
mengapakah, dan berapakah. Contoh ayatnya ialah:
a) Sudahkah awak menyiapkan kerja tadi?
b) Berapakah harga baju yang berwarna merah ini?

c) Siapakah pemilik rumah yang bercat merah itu?


d) Mengapakah awak tidak menghabiskan makanan itu?
e) Bila awak hendak menghantar surat ini ke pejabat pos?
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti jenis ini terbentuk hasil daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa
dan mana. Kata ganti ini hanya digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Contoh penggunaan ayat ini ialah ;
a) Jangan sesiapa yang berganjak daripada tempat duduk masing-masing.
b) Siapa-siapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengambil boring
pendaftaran di sini.
c) Ambilah mana-mana benda yang awak suka di sini.
Kata Ganti Nama Tunjuk.
Penggunaan kata ganti ini ialah untuk menunjukkan sesuatu tempat, orang, benda dan cara.
Contohnya ialah situ, sana, sini, begini, begitu dan banyak lagi. Contoh ayatnya ialah ;
a) Itu bagus.
b) Begini caranya.
c) Rupanya begitu.
d) Tingginya bangunan itu.
e) Cantiknya baju yang awak pakai ini.
Kata Hubung.
Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan ayat, perkataan dengan perkataan
dan rangkai kata dengan rangkai kata. Maksudnya disini ialah daripada dua ayat yang telah
dibina boleh menjadi satu setelah digabungkan dengan kata hubung. Kata hubung
mempunyai dua jenis iaitu bentuk akar dan terbitan.
Contoh kata hubung akar :
a) Dan
b) Hingga
c) Dengan
d) Jika
e) Kerana
f)

Serta

g) Supaya
h) Demi

i)

Kemudian

j)

Agar

k) Ketika
l)

Walhal
Contoh kata hubung terbitan ialah :

a) Semasa
b) Sementara
c) Sebaliknya
d) Itupun
e) Mudah-mudahan
f)

Meskipun

g) Setelah
h) Semoga
i)

Seketika

j)

Seandainya

k) padahal
Contoh ayat ialah :
a) Mimi dan Suzie menaiki bas pergi ke sekolah.
b) Restoran itu menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat namun harganya sangat
mahal.

Kata Kerja.
Kata kerja menunjukkan satu perbuatan yang sedang melakukan sesuatu perbuatan. Kata
Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif adalah bahagian yang terdapat dalam kata kerja.
Kata kerja transitif ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
Benda yang terkena dengan perbuatan tersebut dipanggil penyambut ataupun objek. Kata
kerja transitif juga dikenali sebagai perbuatan melampau. Biasanya kata kkerja jenis ini
menggunakan inbuhan me- seperti mendermakan, mengambil, menduduki dan sebagainya.
Contoh ayat ialah :
a) Anjing itu mengongong sesuatu dalam mulutnya.
b) Abang sedang menaip sesuatu.
c) Lelaki itu sedang mencuci kereta kesayangannya.
d) Ayah saya telah mendermakan meja kepada jiran sebelah.

e) Emak akan membacakan saya cerita sebelum saya tidur setiap malam.
Kata kerja tak transitif pula berbeza dengan kata kerja transitif kerana ianya hanya
mempunyai pembuat dan tidak mempunyai penyambut. Perbuatan yang dilakukan adalah
dilakukan ke atas diri sendiri atau keatas pembuat itu sendiri. Contoh ayat ialah :
a) Kucing itu sedang tidur.
b) Angin bertiup dengan kuat sekali.
c) Saya telah menyiapkan kerja itu semalam.
d) Bapa sedang memandu kereta itu.
Kata Adjektif.
Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama seperti hitam, banyak, kuat dan
banyak lagi. Kata Adjektif dapat dibahagikan kepada adjektif jati, adjektif bilangan atau
pecahan, adjektif tunjuk, dan adjektif pencerai.
1. Adjektif jati : menerangkan sifat atau rupa yang jati.
a) Bunga itu berwarna merah.
b) Pen itu sangat cantik.
c) Kereta yang cantik itu milik ayah saya.
d) Penyanyi itu sangat merdu suaranya.
2. Adjektif bilangan atau pecahan menunjukkan bilangan dan juga pecahan.
a) Saya memiliki dua batang pencil.
b) Ayah membelikan saya dua biji limau.
c) Satu per tiga biji guli itu ialah milik kawan saya.
d) Malik perlu mendapatkan lima lagi mata untuk menang.
3. Adjektif tunjuk menggunakan perkataan seperti bagaimana dan yang mana. Contohnya,
a) Jangan ulangi lagi perkara tersebut.
b) Yang mana satu yang betul caranya.
c) Begini caranya hendak mengendalikan alat ini.
d) Baju ini mahal harganya.
Kata Tanya.
Setiap Kata Tanya mempunyai kata atau perkataan yang membentuk ayat tanya dan selalnya
diikuti oleh partikel kah apabila digunakan pada awal ayat tanya. Kata Tanya juga boleh
wujud di awal, akhir atau tengah sesuatu ayat. Kata tanya juga mesti siikiti oleh tanda tanya
di setiap akhir ayat tersebut. Contoh kata tanya ialah :
a) Siapakah pemilik kereta itu?

b) Berapakah harga kuih ini?


c) Lama sudahkah awal menunggu saya?
d) Pelajar itu berasal daripada mana?
Kata Seru.
Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, terkejut, hairan,
sindiran, hiba, dan sebagainya. Kata seru mesti diikuti tanda seru (!) di setiap akhir ayat.
Setiap kata seru membawa maksud yang berbeza seperti wahai menyatakan perasaan sayang,
amboi menyatakan perasaan kagum, aduh perasaan sakit, dan wah menyatakan perasaan
terkejut. Contoh kata seru ialah :
a) Wahai adinda ku sayang!
b) Amboi, cantiknya baju ini!
c) Bedebah, berani sungguh dia melawan perintah saya.
Tanda Baca.
Satu lagi komponen yang penting dalam tatabahasa Melayu ialah tanda baca. Tanda baca
ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk member isyarat kepada pembaca supaya
melakukan sesuatu dalam pembacaan. Tanda baca diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam
ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Contoh tanda baca ialah :
a) Tanda nokhta atau titik (.).
b) Tanda koma (,).
c) Tanda tanya (?)
d) Tanda seruan (!)
e) Tanda sempang atau sempang (-)
f)

Tanda nokhta bertindih (:)

g) Tanda pengikat kata ()


Contoh penggunaan tanda tanya ialah :
a) Di mana dia membeli baju itu?
b) Wah, tingginya bangunan itu!
c) Ali berasal daripada Perak.
d) Ahmad, orang kampung yang telah merantau ke bandar telah berjaya mencari pekerjaan yang
sangat baik.

4.0 Perkembangan Bahasa Melayu


Perkembangan bahasa Melayu menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat
( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500
masihi ), Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12
masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala
menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa
Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik
tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi
meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun
1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan
perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang
turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ).
4.1

Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1950 hingga 1960


4.1.1 Penstandardan Bahasa Melayu
Konsep bahasa Melayu standard merujuk kepada bahasa yang dianggap baik dan
dijadikan norma penggunaan dan pengajian di sekolah-sekolah. Proses penstandardan bahasa
Melayu mengalami proses yang hebat apabila bertembung dengan bahasa asing seperti
bahasa Arab. Sistem Kongres telah disiapkan oleh ASAS 50 dan diserahkan kepada Kerajaan
pada tahun 1956. Pada tahun 1959, persetujuan persahabatan antara Malaysia dengan
Indonesia telah ditandatangani. Hasil daripada perjanjian ini, suatu sistem ejaan baru iaitu
Sistem Ejaan Malindo telah dilahirkan. Sistem Malindo tidak dilaksanakan. Malah, sistem
ini telah dikaji semula dan tercipta suatu ejaan iaitu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia.
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan dan
merupakan titik permulaan ke arah perancangan Bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu III mengusahakan penstandardan untuk memperkembang Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan. Namun, timbul permasalahan
apabila sukar untuk mengesan konsep standard bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu
standard, yang paling penting ialah dalam menentukan bentuk sebutannya, tatabahasa, dan
perbendaharaan
kata.
Dari
aspek
pembakuan
bahasa
Melayu,
konsepkonsep seperti Bahasa Melayu Tinggi atau bahasa Surat atau bahasa Sekolah telah
digunakan.
Pada tahun lima puluhan, perkara bahasa Melayu standard telah dihuraikan secara
khusus oleh golongan yang berusaha secara langsung mengembangkan Bahasa Melayu.
Selepas mencapai kemerdekaan, ejaan Rumi telah diterima rasmi oleh Kerajaan Semenanjung
Tanah Melayu. Dalam aspek penulisan Bahasa Melayu, usaha-usaha untuk merubahnya
adalah dari aspek penyempurnaan dan penyatuan Bahasa Malayu dengan Bahasa Indonesia
dan mempengaruhi aspek perkembangan bunyi-bunyi bahasa. Walaupun dalam ejaan yang
bersifat fonemik dibuat abstraksi dari bunyi, namun, pembacaan berlaku lagi pernyuaraan.

4.1.1.1 Konsep bahasa Melayu standard

Sebelum merdeka
Konsep bahasa Melayu standard dapat diselaraskan untuk mewujudkan satu norma yang
melampaui batas-batas dialek kedaerahan berdasarkan pertuturan orang-orang Melayu di
Tanah Melayu sahaja. Dalam pada itu, usaha untuk mewujudkan satu norma yang boleh
menyelaraskan bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Indonesia. (Raja
Mukhtaruddin & Raja Mohd. Dain, 1992)
Seorang ahli bahasa yang terkenal iaitu Zaba telah membezakan bahasa Melayu yang
dituturkan oleh orang Melayu dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan
Melayu. Sebagai contohnya, orang Jawa, Boyan, Minangkabau dan Rawa. Zaba telah
membandingkan bahasa Melayu orang Melayu kepada dua iaitu gaya cakap mulut dan gaya
surat. Gaya bahasa mulut merujuk kepada penggunaan bahasa dalam aspek perbualan yang
melibatkan susunan ayat-ayat ringkas dan menggunakan pelbagai singkatan dalam pertuturan.
Gaya bahasa surat pula ialah pemakaian bahasa dalam karangan bersurat sahaja. Susunan
adalah lebih lanjut dan lebih lengkap berbanding bahasa mulut.

Selepas Merdeka
Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu III telah memupuk usaha yang beterusan dalam penstandardan bahasa Melayu.
Dalam hal ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam
Sistem Pelajaran Kebangsaan, menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa, dan menubuhkan
Dewan Bahasa dan Pustaka. Perjanjian Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan
Indonesia telah termenterai. Perjanjian ini bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia. Ahli linguistik juga telah memberikan pelbagai sumbangan
dalam penulisan tentang bahasa Melayu.

4.1.1.2 Kesan Konsep Bahasa Melayu Standard terhadap perkembangan bahasa


Melayu
Radio dan Televisyen Malaysia dari segi sebutan standard Melayu menentukan bentuknya
dengan mengadankan rundingan dari semasa ke semasa dengan ahli bahasa dari Universiti di
Semenanjung Malaysia. Sebagai contohnya, pihak Radio dan Televisyen Malaysia
mengadakan perjumpaan untuk menentukan sebutan beberapa bunyi [r] di hujung
perkataan. Dari segi perkembangan, adalah sukar untuk menentukan keseragaman bahasa
Melayu. Sebagai contohnya, Radio Republik Indonesia dan Televisyen Malaysia masingmasing mempunyai bentuk sebutan mereka tersendiri yang dituturkan hanya oleh juruhebah
mereka. Masyarakat di luar pada umumnya menuturkan sebutan mereka sendiri.
Kesan konsep bahasa Melayu standard dalam rangka penyatuan bahasa Malaysia
dengan bahasa Indonesia dilaksanakan melalui sistem ejaan dan peristilahan. Perkara-perkara
yang berkaitan dengan tatabahasa dan sebutan tidak disentuh. Tatabahasa Asmah dan Zaba
masih digunakan kerana bahasa Melayu tidak banyak berubah dari segi tatabahasanya dalam

tempoh lima puluh tahun belakangan ini. Yang jelas perubahan yang berlaku hanya dari
perbendaharaan kata. Tatabahasa Zaba menjadi panduan utama apabila penulisan tatabahasa
baru dilakukan.

4.1.1.3 Tatabahasa Bahasa Melayu Standard


Dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu. Pelbagai tatabahasa baru telah
diperkenalkan. Tatabahasa dan perbendaharaan kata baru telah dibentuk agar masyarakat
dapat mengaplikasikannya dalam petuturan seharian mereka. Namun, hal ini telah
menimbulkan masalah konsep seperti tatabahasa tradisional dan tatabahasa moden. Masalah
kekacauan dalam penggunaan bahasa Melayu telah berlaku. Pengkaji atau pengajar bahasa
mudah terpengaruh bahawa apa yang ada pada masa sebelum timbulnya konsep itu adalah
tradisional dan apa yang timbul selepas wujudnya konsep itu ialah harus baru dan dianggap
moden.
Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek perbandingan antara dua pihak iaitu antara
tatabahasa Zaba dan Asmah Haji Omar. Zaba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa
melibatkan penggunaan teori, teknik atau prinsip linguistik. Tatabahasa Zaba ini dianggap
bersifat tradisional. Manakala, Asmah Haji Omar telah menggunakan pendekatan baru dalam
penulisannya. Pendekatan Asmah Haji Omar yang baru ini dianggap moden. Rakyat belum
bersedia menggunakan pendekatan baru ini. Akibatnya, Pedekatan ini tidak dapat
dilaksanakan. Hal ini bermakna bahasa Melayu harus selaras dengan norma masyarakat agar
bentuk dan struktur tatabahasa dapat diterima oleh masyarakat.
Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu juga berkembang dari satu tahap ke
satu tahap sehingga berlaku pemodenan dalam bahasa Melayu. Pertambahan leksis melalui
proses peristilahan telah meninggalkan kesan pada perkembangan bahasa Melayu. Konsep
tersebut dikaji dari aspek bunyi dan morfologi bahasa Melayu. Kemasukan kata bahasa asing
telah membawa bersama-sama unsur bunyi bahasa asing. Sebagai contohnya, kemasukan
perkataan Arab telah membawa masuk bunyi bahasa Arab. Dalam hal ini, kita melihat kepada
aspek ejaan. Pengejaan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja dengan ejaan
Rumi dengan menyesuaikan bunyi Arab itu atau menggantikannya dengan bunyi bahasa
Melayu yang terdekat sekali.
Dari aspek morfologi, kemasukan kata Arab telah membawa masuk akhiran [ah].
Akhiran [ah] ini menunjukkan jenis kelamin dan perkataan-perkataan seperti [muslimin] dan
[mslimah]. Kata tersebut telah dibawa masuk dalam bahasa Melayu sebagai kata yang
tersendiri. Istilah yang baru dicipta perlu ada unsur morfologi Melayu. Huraian serta komen
daripada ahli bahasa perlu diteliti tentang unsure baru morfologi bahasa Melayu. Perubahan
telah berlaku melalui pertambahan leksisnya. Perubahan ini ditinjau dari aspek pertambahan
perkataa baru, masuknya morfem-morfem terikat asing, dan penggunaaan morfem terikat
bahasa Melayu dalam menerbitkan perkataan-perkataan baru.
Dari aspek fonologi Melayu, pengaruh Islam telah meninggalkan kesan pada fonologi
Melayu iaitu bertambahnya bunyi konsonan. Tiada penambahan dalam vokal akibat

pertambahan leksis kepada perbendaharaan kata bahasa Melayu. Konsonan-konsonan yang


masuk ke dalam bahasa Melayu itu yakni selain daripada yang datang daripada bahasa Arab
yang datang dari bahasa Arab adalah jenis konsonan biasa iaitu [v].

4.1.2 Peranan Bahasa Melayu di Malaysia


Bahasa Melayu mempunyai status dan fungsi yang pelbagai di Malaysia. Masyarakat
memang sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 1996).
Bagi orang Melayu, bahasa Melayu ialah bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka. Bagi
orang bukan Melayu, bahasa Melayu menjadi berperanan sebagai bahasa kedua. Bahasa
Melayu wajib dikuasai oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada
sistem pendidikan dan pentadbiran di Negara kita. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa
formal. Semua lapisan masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi
atau formal. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa utama dalam
bidang pendidikan dan pentadbiran.

4.1.2.1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya
yang tersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan
menimbulkan pelbagai permasalahan. Kita tidak ingin peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang
kembali. Oleh sebab itu, kita memerlukan satu mekanisme untuk penyatuan untuk
mengeratkan hubungan kekitaan seluruh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang berperanan
sebagai bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa penyatu rakyat Malaysia. (Zulkifley. Ramli
Md. Salleh & Rahim Aman, 2007)
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa Bahasa
Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen. Manakala pada tahun
1967, bahasa Malaysia telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Negara Malaysia. Bagi
meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang
dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.
Perancang korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Mereka memulakan perancangan korpus bahasa dengan menyusun panduan ejaan, kamus,
tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman, dan peristilahan.

4.1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan


Selepas merdeka, pihak Kerajaan telah merancangkan pembinaannya dengan tujuan
supaya bahasa Melayu berkembang dan maju perananya yang utama sebagai asas
kebudayaan masyarakat. Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran
Negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meluaskan penggunaan
dan penguasaan Bahasa Melayu oleh masyarakat yang masih belum tahu berbahasa Melayu.

Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa


Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan. Namun demikian, pada keseluruhannya bahasa
Melayu gagal dalam melaksanakan pengajaran bahasa Melayu. Kegagalan ini dilihat dari
semua aspek penguasaan bahasa seperti sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan
peribahasa (Abdullah Hassan, 1996). Dalam pada itu, usaha giat dijalankan untuk
mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu moden. Sistem persekolahan aliran
kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran
jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaan,
mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran
tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Menurut Laporan Razak, bahasa Melayu harus
diajar disemua sekolah dan menjadi syarat utama bagi sesebuah sekolah memperoleh bantuan
Kerajaan.
Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan
Bahasa yang mempunyai dua peranan iaitu melatih guru mengajarkan Bahasa Melayu dan
menjalankan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Laporan Razak telah menyokong
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah
mencadangkan perkara-perkara seperti berikut:
(i)
(ii)

Kelulusan bahasa Melayu diperlukan untuk memasuki perkhidmatan awam.


Bahasa Melayu patut menjadi faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kanak-kanak
ke sekolah menengah dan diwajibkan dalam semua peperiksaan yang diawasi kerajaan.
(iii)
(iv)

Bahasa Melayu boleh dijadikan syarat kelulusan yang penting bagi calon yang
memohon biasiswa kerajaan.
Bonus akan diberi kepada pegawai Kerajaan yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu.

(v)

Bantuan kerajaan dalam mempelajari Bahasa Melayu akan diberi apabila cukup
alatan mengajar di sekolah itu.

(vi)

Bahasa Melayu boleh diwajibkan dalam sebahagian daripada kursus latihan guru dan
peperiksaan.

4.1.2.3 Pembinaan Sekolah Menengah Melayu


Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu, pembinaan sekolah Menengah Melayu
dipergiatkan. Sekolah-sekolah ini telah dibina pada awal abad ke-60an. Sekolah Menengah
Melayu yang mula-mula sekali siap dibina pada tahun 1963. Pertambahan sekolah Melayu
bertambah agak pesat. Sekolah Menengah Melayu berjumlah 363 buah pada akhir tahun
1974. Antaranya ialah Sekolah Sultan Abdul Halim Jitra, Sekolah Tun Fatimah Melaka, dan
lain-lain.
Berdasarkan jadual ini, perkembangan sekolah tidak berkadar terus dengan tahun.
Kemerosotan bilangan sekolah ini jelas terdapat pada tahun 1966, 1967, 1968, 1969, dan
1970. Antara sebab kemerosotan bilangan sekolah ini adalah disebabkan Sekolah Menengah
Melayu pada mulanya menumpang di sekolah Inggeris. Apabila bangunan barunya dibina,
sekolah yang menumpang ini akan ditutup. Bukan itu sahaja, malah Sekolah Menengah
Melayu yang kecil-kecil telah disatukan.

4.1.2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar


Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar dalam
sistem pendidikan Negara dan menjadi alat utama perpaduan kaum. Jawatankuasa Penyemak
Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang
berbahasa pengantar Inggeris dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula
pada tahun 1968.
Pada tahun 1959, perubahan pengantar dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu telah
dillaksanakan pada peringkat kolej. Hal ini kerana suatu tunjuk perasaan oleh penuntut
Maktab Perguruan Bahasa yang menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan
mengubah bahasa pengantar kolej itu.

4.1.2.5 Bahasa Melayu dalam peperiksaan


Penggunaan bahasa Melayu dalam peperiksaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran dan peperiksaan yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Pada tahun 1957, Peperiksaan bahasa Melayu
sebagai satu matapelajaran telah dilaksanakan.

4.1.2.6 Bahasa Melayu dalam latihan perguruan


Pada tahun 1957, kerajaan telah mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu di maktab atau di
pusat latihan guru. Bahasa Melayu diajarkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran wajib
kepada para guru pelatih. Penyediaan guru yang berkelayakan mengajar dalam bahasa
Melayu amat penting kerana sekolah menengah kebangsaan yang dimulakan itu hanya dapat
berkembang dengan pesat dan baik jika gurunya disediakan. Sejak tahun 1958, Maktab
Perguruan Bahasa telah melahirkan guru yang berkelayakan mengajarkan bahasa Melayu
sebagai Bahasa kedua dan bahasa pertama. Pada tahun 1958, kursus pengajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua telah diadakan bagi penuntut di maktab dan di Pusat Latihan
Harian untuk membolehkan mereka mengajarkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di
sekolah rendah jenis kebangsaan.

4.1.2.7 Bahasa Melayu sebagai bahasa Pentadbiran


Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran di Negara kita.
Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk
menggantikan bahasa Inggeris. Hal ini dikecualikan dalam beberapa perkara yang ditentukan
oleh Yang Dipertuan Agong.
Bahasa Melayu berperanan dalam kegiatan rasmi seperti penulisan surat, pembicaraan
dalam mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, penyediaan laporan adalah dalam bahasa
Melayu. Namun demikian, terdapat sestengah pihak yang kurang yakin tentang peranan
bahasa Melayu dalam menggantikan bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana mreka
mendakwa bahawa bahasa Melayu kurang lengkap istilahnya untuk melambangkan dan

memperkatakan berbagai-bagai perkara, benda, dan kejadian yang terdapat dalam


kebudayaan moden. Sebagai contohnya, bidang ilmu pengetahuan yang diperkatakan dalam
bahasa Inggeris.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran tidak berjaya dilaksanakan secara
keseluruhannya. Faktor utama yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah sikap rakyat di
Negara kita sendiri yang tidak yakin akan bahasa Melayu. Hal ini telah menjadi penghalang
dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam urusan
pentadbiran. Bagi menangani masalah ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada
tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan ejen utama dalam merancang penerimaan
bahasa Melayu oleh masyarakat di Negara kita.

4.1.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pusataka dalam memartabatkan Bahasa Melayu
Di samping berkembang dengan sendirinya, pembinaan bahasa Malaysia ini dikendalikan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tugas ini memang besar dan permintaan penutur
bahasa Malaysia untuk perkembangan kata-kata baru, istilah, ejaan, kamus, dan pedoman
tatabahasa.
Berbekal Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, yang diberi autonomi untuk
melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai salh satu bahasa
utama dunia menjelang tahun 2020. Wawasan keramat ini termaktub dalam Matlamat,
Falsafah, Misi, Moto DAN Budaya Korporat
Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan untuk memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan
serta memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa
dan Pustaka juga telah mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau
penerbitan buku-buku, risalah-isalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa-bahasa
lain. Dewan Bahasa dan Pustaka telah berperanan dalam menyamakan ejaan dan bunyi
sebutan, dan menggubal istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Sebuah kamus bahasa
kebangsaan juga telah disusun dan diterbitkan.
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah membantu kerajaan dalam usaha menerangkan
maksud bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang
paling mencabar ialah dalam meyakinkan orang tentang kesanggupan bahasa Melayu dalam
menggantikan bahasa Inggeris. Kemudahan-kemudahan untuk orang ramai seperti kakitangan
kerajaan telah disediakan untuk mempelajari bahasa Melayu. Menurut Perlembagaan Tanah
Melayu 1957, selepas sepuluh tahun merdeka, Parlimen akan besidang untuk menentukan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kerajaan telah membuat banyak
persediaan berhubung dengan pelajaran dan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
dan menjalankan pelbagai penyelidikan terhadap bahasa melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha membantu kerajaan menyedarkan orang ramai tentang
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan adalah bertujuan menyatukan rakyat
pelabagai bangsa di Tanah Melayu. Namun demikian, Perlembagaan Tanah Melayu tidak
mengetepikan kedudukan bahasa dan kebudayaan bangsa lain di negeri ini. Bahasa dan
kebudayaan bangsa lain tetap terjamin kedudukannya. Sebagai contohnya, pelancaran
program kempen Bulan Bahasa Kebangsaan. Bermula dari tahun 1960 Dewan Bahasa dan

Pustaka telah melancarkan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengarang,
bersyarah, melukis poster yang berdasarkan tema-tema perpaduan.
Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
mengumpulkan dan mencipta istilah untuk pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Dua
jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab ini. Jawatankuasa tersebut
ialah Jawatankuasa Istilah Jawatan dan Jabatan Kerajaan Serta Jawatankuasa istilah Sains dan
Teknik.
Dalam pada itu, kemudahan untuk orang ramai telah disediakan untuk mempelajari bahasa
Melayu. Kemudahan ini lebih diutamakan kepada kakitangan kerajaan. Pelbagai kursus telah
dilaksanakan. Kerajaan dan badan-badan serta pertubuhan di luar kerajaan harus menguasai
bahasa Melayu dalam tempoh sepuluh tahun selepas merdeka. Hal ini kerana, Perlembagaan
Tanah Melayu menyatakan bahawa selepas sepuluh tahun merdeka, parlimen akan bersidang
untuk menentukan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang menggantikan
bahasa Inggeris. Bermula dari tahun 1960, Pengarah Pelajaran Lanjutan telah menganjurkan
kursus bahasa kebangsaan kepada pegawai dan Kakitangan kerajaan. Hal ini bertujuan
memberi pengetahuan bahasa Melayu dalam urusan pekerjaan seharian mereka. Tindakan ini
membolehkan jentera pentadbiran Negara pada masa akan datang dijalankan dengan
menggunakan bahasa kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka giat melaksanakan pembakuan dalam sistem ejaan, peristilahan
,tatabahasa, perkamusan, sebutan, laras dan lain-lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka pelbagai kongres dan seminar tentang bahasa dan
sastera Melayu telah diadakan. Sebagai contohnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
pada tahun 1952. Kegiatan- kegiatan seumpama ini membolehkan bahasa Melayu semakin
berkembang sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di
institusi pengajian tinggi dan tulisan ilmiah.

4.2

Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1970 hingga 1980


Pada tahun 1970, bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar utama di
sekolah-sekolah, sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perhubungan
awam. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan berlipat ganda untuk melengkapkan
bahasa. Isu yang wujud pada tahun 1970-an ialah bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
di sekolah-sekolah jenis Kebangsaan Inggeris yang menggantikan bahasa Inggeris. Selain
itu, isu yang wujud pada tahun ini juga ialah semua kuliah yang diajar di universiti-universiti
tertentu telah dikuliah dalam bahasa Malaysia. Misalnya, Universiti Malaya dan Universiti
Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia). Di samping itu, perancangan bahasa juga telah
berlaku dalam tempoh 1970-an. Perancangan yang dilaksanakan adalah seperti pembinaan
istilah-istilah baru, sistem ejaan yang baru dan kamus-kamus telah diterbitkan dalam
sepanjang tempoh ini.
Menurut Mukhtaruddin (1982), mulai daripada tahun 1970, PENA telah menggesa
supaya semua darjah Satu dan darjah Dua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Di samping itu, jumlah waktu
mata pelajaran bahasa Melayu ditambah. Selain itu, pada peringkat sekolah menengah pula,
PENA juga telah menggesa supaya bahasa pengantar di kelas peralihan ditukar daripada

Inggeris kepada bahasa Melayu. Tambahan itu, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
diwajibkan mengambil ujian lisan sebagai sebahagian daripada penentu untuk lulus Bahasa
Kebangsaan dan mulai tahun 1971 Kertas Am Bahasa Kebangsaan diisyaratkan lulus untuk
Sijil Tinggi Persekolahan. Di samping itu, maktab digesa mengambil lebih ramai murid
aliran kebangsaan memasuki maktab seperti Maktab MARA, Maktab Teknik dan Maktab
Tentera manakala bagi maktab-maktab perguruan pula bahasa Melayu digunakan bahasa
pengantarnya dan pelajar-pelajar yang lulus haruslah mampu menguasai dan mengajar dalam
bahasa Melayu. Pada peringkat universiti, bahasa Melayu telah diwajibkan dalam
menyampaikan kuliah. Pada tahun 1976, semua kuliah telah dijalankan dalam bahasa
Melayu di Universiti Malaya dan Universiti Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia).
Dalam tempoh 1970-an, Peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut telah
dimansuhkan. Di samping itu, murid-murid Tingkatan Lima di sekolah menengah jenis
kebangsaan Inggeris mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dikehendaki lulus
dalam bahasa Melayu. (Ahmad Adam, 1994: 95). Pada tahun 1971, mata pelajaran Geografi
dan Sejarah di dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5 telah diperiksa dalam Bahasa Melayu di
sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris. Namun begitu, pada tahun 1974 semua mata
pelajaran dalam peperiksaan penilaian telah dijalankan dalam bahasa Melayu. Di samping
itu, mata pelajaran Lukisan, Pertukangan Tangan dan Muzik dalam Peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran pengantar Inggeris telah diperiksa dalam bahasa Melayu pada tahun 1974 juga. Di
sini dapat kita lihat bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar kepada beberapa
institusi yang penting di negara kita. Hal ini dapat menggalakkan semua penutur di Malaysia
menggunakan bahasa Melayu dengan lebih kerap di mana-mana sahaja mereka berada.
Terdapat dua kesan daripada gejala pengintensifan bahasa Melayu ini, iaitu yang
pertama ialah melalui usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh semua pihak, bahasa yang
dahulunya disifatkan sebagai anak tiri telah mekar berkembang menjadi sekuntum bunga
yang harum. Maksudnya di sini ialah bahasa Melayu yang pada mulanya kurang digunakan
telah menjadi bahasa yang mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza dan digunakan juga
dalam bidang yang berbeza dalam masa yang singkat. Kedua ialah perkembangan yang
terlalu pesat itu telah membawa kesan-kesan negatif yang boleh mengakibatkan pencemaran
bahasa. Oleh itu, bagi mengelakkan pencemaran bahasa semakin banyak berlaku, pihak yang
bertanggungjawab telah mewujudkan dan melaksanakan pelbagai kempen-kempen kesedaran
bahasa yang akan mengangkat martabat bahasa kita dengan lebih tinggi lagi.
Tahun 1970-an merupakan satu era baru bagi sejarah perjuangan bahasa dan
kesusasteraan Melayu di Malaysia. Pergerakan bahasa tidak lagi berkisar pada soal politik
tetapi lebih tertumpu pada usaha memperkaya dan mengembangkan bahasa itu.
Pada tahun 1983, tahun pertama di semua universiti harus menjalankan kursusnya
dalam bahasa Melayu kerana pada tahun itu mahasiswa yang memasuki universiti adalah
daripada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantarnya. Di samping itu, pada tahun ini juga terdapat implikasi yang penting kerana
seorang kanak-kanak Malaysia menerima seluruh persekolahannya dari darjah Satu
sehinggalah ke peringkat universiti dalam bahasa Malaysia. Selain itu, pelaksanaan
penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang-bidang lain juga telah selesai. Maka dengan
itu, dapatlah dikatakan bahawa tahun 1980-an merupakan tahun kematangan bagi bahasa
Melayu.

Jika dalam tahun-tahun 1970-an, penutur-penuturnya masih meraba-raba dalam gelap


dan istilah-istilah dan ungkapan baru masih dicari-cari, maka pada tahun-tahun 1980-an boleh
dianggap sebagai zaman taraf kesempurnaan hampir tercapai. Maksudnya di sini ialah
penutur-penuturnya masih tidak tahu akan fungsi bahasa Melayu serta masih tercari istilahistilah yang baru pada tahun-tahun 1970 dan pada tahun-tahun 1980 telah dianggap sebagai
zaman taraf kesempurnaan hampir tercapai. Selain itu, istilah-istilah teknik dapat diperoleh
dengan mudah. Gaya bahasa juga telah dikembangkan untuk membolehkan bahasa Melayu
memperkatakan sesuatu dengan tepat dan sempurna. Penutur-penutur terutamanya dalam
kalangan generasi muda dapat mengeluarkan buah fikiran dan perasaan dengan sempurna
dalam bahasa Melayu.

4.2.1 Perancangan Bahasa


4.2.1.1 Pembentukan Ejaan dan Istilah dalam Bahasa Melayu
Pada zaman Jepun, dan selepasnya Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, dengan
kebijaksanaan Zaba memulakan sistem ejaan baru yang dipanggil Sistem Ejaan Sekolah. Sistem
ejaan ini ialah gabungan Ejaan Wilkinson, dengan beberapa perubahan baru yang dibuat oleh Zaba.
Ini terkandung di dalam Petua-Petua Ejaan Rumi (1974). Sistem ejaan ini kemudiannya dijelaskan
dan digunakan oleh Zaba di dalam buku Pelita Bahasa Melayu. Penggal I, II, dan III. Sistem ini
dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah dan digunakan di negara ini hinggalah ejaan baru
diisytiharkan pada tahun 1972. Walau bagaimanapun, sistem ini didasarkan kepada pengamatanpengamatan umum sahaja, oleh itu terdapat juga pengaruh huruf Arab ke huruf rumi. Ini
menyebabkan Sistem Ejaan Sekolah itu tidak saintifik, dan mengandungi beberapa kelemahan.
Kelemahan-kelemahan ini telah mengganggu penggunaan bahasa Melayu waktu itu.

Secara lebih jelas lagi, sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem
ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC.
Sistem Ejaan Rumi Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku
pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu
Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan Melayu
(Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Zaba.
Sehubungan itu, usaha pengemaskinian sistem ejaan dilakukan untuk mengatasi masalah
tidak selarasnya beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Sistem
ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Malaysia pada tahap awalnya disusun oleh R.J. Wilkinson pada
tahun 1908. Kemudian pada tahun 1920-an tokoh ulung bahasa Melayu, iaitu Pendeta Za`ba (Zainal
Abidin bin Ahmad) telah menyusun sistem ejaan Rumi yang digunakan demikian lama di Malaysia
dalam sistem pendidikan, pentadbiran dan lain-lain, iaitu kira-kira setengah abad, sehinggalah
ditetapkan ejaan Rumi baharu pada tahun 1972.
Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran
Malaysia pada masa itu, Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik
Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk
melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan
Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan
Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu danbahasa
Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB)
yang diguna hingga kini.

Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang
berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharumerupakan
penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi
asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem
ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar
belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan
sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip
linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standard yang tinggi
berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang
cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.
Dalam pada itu, sebelum penetapan sistem ejaan baharu itu, ada pula sistem ejaan
Universiti Malaya, sistem ejaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan versi lain yang digunakan oleh
pelbagai pihak lain. Sesuai pula dengan semangat penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
untuk memenuhi kerjasama dan persefahaman serantau, sistem ejaan Rumi baharu yang dirasmikan
ialah sistem ejaan yang diselaraskan bersama antara Kerajaan Malaysia (melalui Jawatankuasa
Tetap Bahasa Melayu) dengan Pemerintah Indonesia (melalui Pakersa, iaitu Panitia Kerja Sama
Kebahasaan), melalui badan rasmi kerjasama kebahasaan antara negara, iaitu Majlis Bahasa
Indonesia Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada tahun 1972.
Penubuhan Majils Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 memulakan era baru
dalam kerjasama kebahasaan di rantau ini. Pada tahun 1972, Sistem Ejaan Baru Bahasa
Malaysia/Indonesia dihasilkan. Pengisytiharan Sistem Ejaan Bersama (di Malaysia disebut Sistem
Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia disebut Sistem Ejaan Yang Disempurnakan) berlangsung
secara serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, majlis
pengisytiharan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul
Razak bin Hussein.

Menurut Zulkifley (2004: 44), pada tahun 1972, penyelarasan sistem ejaan bagi
Melayu-Indonesia merupakan proses perancangan bahasa yang dilaksanakan pada peringkat
supranasional. Hasil yang pertama berjaya dilaksanakan ialah Sistem Ejaan 1972 yang
dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia di Malaysia dan di Indonesia pula
sebagai Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan. Sepanjang tempoh 1972
hingga 1975, beberapa perubahan kecil telah dilakukan oleh kedua-dua negara terhadap
sistem ejaan tersebut. Dengan itu, terhasil lah sebuah buku panduan atau pedoman ejaan
yang baru pada tahun 1975. Di Malaysia, buku panduan tersebut dikenali sebagai Ejaan
Rumi Baru Bahasa Malasysia manakala di Indonesia pula dikenali sebagai Ejaan Baru
Bahasa Indonesia.
Di samping itu, Risalah Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka untuk kegunaan ramai. Sistem ejaan itu nasih mengandungi beberapa masalah kecil.
Jadi Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dibentuk, dan bertemu dengan Panitia Pengembangan
Bahasa Indonesia maka terbentuklah masalah ejaan baru itu dibincangkan dalam persidanganpersidangan majlis tersebut.
Sebagai pedoman kepada masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan
sejumlah buku dan risalah, antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975), Daftar Ejaan
Rumi Bahasa Malaysia (1981), dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan Jawi (2001).
Penerbit swasta turut serta dalam pengembangan sistem ejaan baharu itu dengan penerbitan

pelbagai buku pedoman bahasa yang turut meliputi aspek sistem ejaan. Sistem ejaan baru ini
mengubah sistem ejaan sebelumnya misalnya daripada ch kepada c, sh kepada sy, dz
kepada d dan th kepada s. Lambang-lambang kh, ny, gh dan ng masih kekal dipakai.
Dengan adanya sistem ejaan Rumi yang dikemaskinikan itu, segala dokumen pentadbiran,
bahan pengajaran dan pemelajaran serta bahan untuk segala bentuk komunikasi tertulis diasaskan
pada satu sistem ejaan yang relatif seragam dan hal ini membantu berlangsungnya komunikasi yang
cekap dan berkesan, khususnya dalam pelaksanaan pentadbiran negara dan sistem pendidikan
negara.

Dengan itu, sebuah majlis telah ditubuhkan untuk menyatukan aspek lain bahasa
seperti peristilahan, iaitu Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis ini telah berjaya
menghasilkan sebuah pedoman untuk ejaan baru, iaituPedoman Umum Ejaan Bahasa
Malaysia dan sebuah lagi untuk peristilahan, iaitu berjudul Pedoman Umum Pembentukan
Istilah Bahasa Malaysia pada tahun 1975 yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Dengan terbitnya buku ini, maka sebahagian besar kekeliruan tentang sistem ejaan
bahasa Melayu dapat diatasi. Pada tahun 1976 pula, Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia yang
telah mengadakan persidangan di Kuatan memutuskan bahawa akhiran ysis dan esis
dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan secara malar dan diberikan bentuk isis sahaja
dan bukan kadang kalanya isa. Maka dengan itu, analisa misalnya kini telah menjadi
analisis.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah
Bahsa Melayu merupakan hasil yang penting daripada kerjasama tersebut yang telah banyak
membentuk kerja-kerja peristilahan. Sejumlah 164,049 isltilah dalam pelbagai
bidang/subbidang ilmu telah berhasil disepakati. Selain itu, 40 buah kamus istilah dapat
diterbitkan dalam tempoh dari tahun 1986-2002 dan beberapa buah kamus lain sedang
diusahakan.
Bahagian Peristilahan bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk
memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu. Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan
pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai jawatankuasa istilah. Jawatankuasajawatankuasa ini dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (mulai 1975). Mereka
menggunakan Pedoman Pembentukan Istilah (1975) hasil kerjasama dengan Indonesia
sebagai panduan membina istilah. Bank Istilah juga telah diwujudkan. Istilah-istilah yang
dibina didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan disebarkan dari semasa ke semasa.
Usaha menggubal istilah dalam bahasa Melayu untuk mengisi peranannya sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di negara ini telah bermula pada tahun 1957, dengan
dua bidang terawalnya Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan Teknik. Sehingga kini, istilah yang
terhasil dalam bahasa Melayu hampir mencecah jumlah 1 juta dan meliputi ratusan bidang ilmu dan
profesional (Bidang istilah yang sedang diupayakan di peringkat Majlis Bahasa Brunei Darussalam
Indonesia Malaysia berjumlah 250 bidang, manakala yang diusahakan di peringkat negara melebihi
300 bidang).

Bagi memudahkan kerja, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan dua
jawatankuasa istilah. Pertama ialah Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan, dan kedua
ialah Jawatankuasa Istilah Sains Am. Panduan dan falsafah yang dipegang dalam
pembentukan istilah tahap awal itu ialah menjaga kemurnian bahasa Melayu dan panduan ini
sebenarnya mengongkong proses pembentukan istilah itu. Namun begitu, beberapa istilah

telah dapat bertahan sampai sekarang seperti stesen, kimia, dan sains. Terdapat beberapa
istilah waktu itu sudah dipinda oleh sebab tidak dapat mendukung konsep asalnya.
Contohnya ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi. Istilah yang
dipakai sekarang ialah psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi.
Zaman kedua dalam pembentuk istilah berlaku sekitar tahun 1960 hingga 1975.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun tiga pedoman yang dapat disenaraikan seperti
berikut:
(a) Pedoman Membentuk Istilah-Istilah Baru DBP, yang mula digunakan sejak 1959.
(b) Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP, yang mula
digunakan selepas 1970.
(c) Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya yang mula digunakan pada 1971.
Beberapa Jawatankuasa Istilah lagi dibentuk kemudiannya oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk membentuk istilah-istilah bidang profesional yang amat mendesak pada ketika
itu. Jawatankuasa Istilah ini telah menghasilkan 71,887 istilah sehingga tahun 1975.
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) telah ditubuhkan sejak Disember 1972,
sebagai penasihat tertinggi mengenai bahasa bagi membantu usaha-usaha Dewan Bahasa dan
Pustaka. Pada tahap awal penubuhan JKTBM ialah untuk mewakili Malaysia dalam usaha
kerjasama bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru dengan Indonesia. Usaha ini berhasil dan
dipertingkatkan kemudiannya. Selanjutnya tugas jawatankuasa tersebut mencakupi pula
aspek peristilahan dan malahan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam
pembentukan istilah Bahasa Melayu.
Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) telah menandakan bermulanya zaman
ini. PUPI diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1975. Pedoman ini ialah
hasil usaha MBIM yang mengambil masa tiga tahun untuk dibentuk bagi membantu
pembentukan istilah untuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. PUPI dibentuk dengan
sumbangan pakar ahli bahasa dan ilmu kedua Negara, dengan berpandu kepada amalan dalam
usaha yang sama di peringkat antarabangsa. Pedoman ini telah diisytiharkan pemakaiannya
oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik
Indonesia pada 30 Ogos 1975 (Abdullah Hassan, 1987: 85).
Walaupun sudah ada PUPI tetapi disebabkan banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) dan
mencakupi bidang yang banyak pula, dengan konsep dan pemahaman ilmunya yang
tersendiri pula, maka wujudlah bermacam-macam istilah, malahan satu istilah mendukung
pelbagai konsep dan pengertian. Oleh sebab itu, istilah tertentu ciptaan pelbagai JKI itu perlu
diselaraskan. Dua buah jawatankuasa penyelarasan telah dibentuk, iaitu Jawatankuasa
Penyelarasan Istilah Sains tulen dan Jawatankuasa Penyelarasan Istilah Sains Sosial dan
Kemanusiaan.
Pada tahun 1981, DBP telah mengeluarkan bukuDaftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia. Buku yang paling muktahir tentang sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ialah
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996.
Menjelang pada tahun 1980-an, akhiran isasi atau ifikasi yang sangat popular
pada tahun 1960-an dan 1970-an telah digantikan dengan penggunaan pe-an oleh para
penerbit karya ilmiah tanpa sebarang sokongan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Contohnya ialah:

Modenisasi - Pemodenan

Islamisasi - Pengislaman

Klasifikasi Pengelasan
Dalam tahun 1980-an juga, satu ketetapan dicapai dalam sidang Majlis Bahasa
Malaysia-Indonesia di Bali bahawa de dalam istilah saintifik telah digantikan dengan
nyah. Contohnya perkataan mendewarnakan menjadi menyahwarnakan. Dalam
tempoh ini juga, pelbagai istilah saintifik telah wujud seiring dengan peredaran zaman.
Daripada hampir seluruh bidang ilmu moden yang digubal istilahnya itu, baik dalam bidang
ilmu sains sosial mahupun ilmu sains tabii, terdapat bidang baharu yang berkaitan dengan kemajuan
negara yang mutakhir, iaitu aeroangkasa, kejuruteraan kapal terbang dan kejuruteraan automotif.
Pengerusi Jawatankuasa Istilah Aeroangkasa, Dr. Ahmad Sabirin merupakan pakar yang mereka
bentuk, melancarkan dan mengoperasikan mikrosatelit pertama Malaysia, iaitu TiungSAT-1. Jumlah
buku istilah dalam bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja
ialah sekitar 213 judul. Seluruh peringkat dalam sistem pendidikan negara telah pun memanfaatkan
penggunaan istilah yang digubal untuk penyampaian dan pengembangan ilmu kepada pelajar semua
peringkat itu.
Keperluan terhadap istilah-istilah baharu dalam bidang tertentu dan keperluan terhadap
istilah bidang ilmu dan profesional yang baharu terus-menerus ditangani oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan kerjasama pakar-pakar ilmu yang sebilangan besarnya terdidik dalam sistem
pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya hingga di peringkat sekolah menengah.
Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya berupaya
menjadi bahasa ilmu moden, ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang kesemuanya merupakan aset
negara telah dan sedang terlibat secara intensif melakukan penggubalan istilah, menyusun glosari
dan kamus istilah serta mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan
juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing.
Dalam usaha memperluas sumbangan kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah merancang dan memulakan gerak langkah
melibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional itu dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku
dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing, iaitu sebagai peningkatan dan peluasan
daripada kerja penggubalan istilah selama ini. Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu dan
terancang itu, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup pesat dan
diharapkan dapat memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.
Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya berupaya
menjadi bahasa ilmu moden, ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang kesemuanya merupakan aset
negara telah dan sedang terlibat secara intensif melakukan penggubalan istilah, menyususn glosari
dan kamus istilah serta mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan
juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing. Dalam usaha memperluas sumbangan
kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, Dewan Bahasa dan
Pustaka sudah pun merancang dan memulakan gerak langkah meliibatkan pakar-pakar ilmu dan
profesional itu dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus ensiklopedik dalam
bidang masing-masing, iaitu sebagai peningkatan dan peluasan daripada kerja penggubalan istilah
selama ini. Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu dan terancang itu, penghasilan karya ilmu

dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup pesat dan diharapkan dapat memenuhi keperluan
mengilmukan generasi pembina negara.

4.2.2 Pembentukan Tatabahasa dalam Bahasa Melayu


Tatabahasa Melayu sebagai asas sistem bahasa Melayu yang berkaitan dengan proses pembinaan
kata dan ayat telah menjadi perhatian dan kajian sarjana Eropah, iaitu Belanda dan Inggeris sejak
abad ke-17. Usaha penyusunan tatabahasa Melayu yang meninggalkan kesan dan pengaruh yang
cukup besar ialah yang dilakukan oleh Pendeta Za`ba. Karyanya yang berjudul Pelita Bahasa
Melayu sebanyak tiga jilid telah membantu memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila
buku tersebut menjadi rujukan utama dalam sistem pendidikan di negara ini selama puluhan tahun
sejak 1940-an. Pada tahun 2000, buku itu diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
ejaan Rumi baharu sebagai buku edisi mewah. Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha
mengemaskinikan
tatabahasa
Melayu
dengan
menerbitkan Tatabahasa
Dewan
Jilid
1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).

4.2.3 Pembentukan Sebutan dalam Bahasa Melayu


Usaha membakukan sebutan bahasa Melayu telah mula dibincangkan dan dirumuskan dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
kerjasama Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1984 telah mula menggerakkan perumusan
sebutan baku yang berasaskan rumusan Kongres dan bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum
Bersepadu di sekolah pada tahun 1988, sebutan baku yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahan
terbitan yang telah dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya termasuklah Pedoman
Sebutan Baku Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa Melayu (berserta kaset) danDaftarKata Bahasa
Melayu: Rumi Sebutan Jawi.

Masalah sebutan disifatkan sebagai masalah yang sangat rumit. Oleh sebab itu,
perancangan pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas dimantapkan aspek-aspek
bahasa yang lain. Antara kegiatannya diperturunkan seperti yang berikut:
(i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal Rancangan
Malaysia keempat (1981)
(ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan sejak awal 1980an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan Persatuan
Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar-pakar bahasa.
(iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal antara
DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan PLM
serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.

4.2.4 Pembentukan dan Pengembangan Kamus


Menurut Ibrahim (1994: 4), tradisi penyusunan kamus di rantau ini mengalami
pengalaman yang hampir sama seperti yang berlaku di Barat. Jika tradisi permulaan

perkamusan Melayu bermula dengan disiplin yang agak longgar apabila bentuknya tidak
memenuhi ciri-ciri sebuah kamus, tetapi lebih kepada bentuk daftar kata atau glosari,
perkembangan yang sama juga berlaku di Barat. Mengikut catatan sejarah, bentuk daftar kata
atau glosari yang muncul dalam tradisi bentuk dwibahasa. Hal yang sama juga berlaku dalam
tradisi perkamusan Melayu apabila didapati bentuk kamus yang terawal adalah dalam bentuk
dwibahasa. Ini berdasarkan pembuktian daftar kata dwibahasa Sanskrit-Melayu kuno pada
abad ketujuh atau kelapan atau penemuan glosari atau daftar kata Latin dengan padanan
bahasa Inggeris zaman Anglo-Saxon pada ke -8.
Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa yang pertama bagi DBP telah berjaya
diterbitkan pada tahun 1970 dan diulang cetak pada tahun 1984, dengan perubahan ejaan
mengikut sistem ejaan baru; edisi kedua, iaitu Kamus Dewan Edisi Baru diterbitkan pada
tahun 1989; dan edisi ketiga diterbitkan pada tahun 1994. Kamus Melayu Edisi Pelajar,
iaitu Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar, terbit pada tahun 1975, lanjutan daripada kamus
ini, Kamus Pelajar Bahasa Malaysia telah diterbitkan pada tahun 1983. Kamus Pelajar
disusun berasaskan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajardan sebahagian besar daripada
kandungannya diserap daripada kamus tersebut, tetapi dilakukan sedikit pengubahsuaian. Di
samping itu, pada pertengahan tahun 1971, Kamus Dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris-Bahasa
Malaysia telah mula diusahakan dan terbit pada tahun 1991. Maka dengan itu, untuk
membantu usaha menyebarluaskan pengguna bahasa Melayu dalam kalangan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai bentuk kamus khusus
diusahakan. Kamus bahasa sukuan yang pertama diterbitkan oleh DBP ialah Kamus Bahasa
Iban-Bahasa Malaysia pada tahun 1989.
Usaha pertama Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah bermula pada tahun 1964 terhasil
pada tahun 1970 dengan terbitnya Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa bahasa Melayu yang
dianggap berwibawa sebagai rujukan. Kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah itu
kemudian diterbitkan dalam edisi baharu pada tahun 1984 dan 1989 (masing-masing dengan
tambahan 900 entri dan 2,000 entri), edisi ketiganya pada tahun 1995 (dengan tambahan 6,000
entri) dan edisi keempatnya pada tahun 2005 (dengan tambahan 5,000 entri).
Untuk pelajar sekolah menengah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka menyusun dan
menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975 dan Kamus Pelajar Bahasa
Malaysia pada tahun 1987, sementara untuk murid sekolah rendah disusun dan diterbitkan Kamus
Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 dan pada tahun 2003 terbit edisi keduanya dengan judul
Kamus KBSR Dewan Bergambar.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengusahakan dua buah kamus dwibahasa. Pertama
ialah kamus Melayu-Inggeris dan kedua kamus Inggeris-Melayu yang kedua-duanya
diterbitkan pada tahun 1984. Terdapat juga kamus yang diusahakan oleh penerbit-penerbit
swasta. Contohnya ialah seperti kamus-kamus ekabahasa dan dwibahasa yang diusahakan
oleh A.S Hornby et al. (1972), A.K. Mohamad (1973), Mohd Salleh Daud (1973), Sulaiman
Masri (1973), Meji Sulung (1974) dan Kader M.A. (1974).
DBP juga bertanggungjawab menyusun dan menerbitkan pelbagai jenis kamus.
Kamus-kamus yang diterbitkan terdiri daripada kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan;
kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan; kamus umum pelbagai bahasa
seperti Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina; kamus istilah dalam pelbagai
bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi, contohnya Kamus Istilah Sains
Am (1988); kamus khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan,

peribahasa, dan lain-lain lagi.; glosari sepertiGlosari Istilah Sains Nuklear (1993), dan
tesaurus yang meliputi tesaurus umum, tesaurus konsep, dan tesaurus bidang khusus.
Ada tiga jenis kamus yang diusahakan, iaitu kamus sinonim, antonim dan thesaurus
yang juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Badan perancang bahasa Melayu itu
juga ada menerbitkan kamus menurut bidang yang juga disebut kamus istilah. Kamus ini
disusun mengikut keperluan golongan profesional.
Sepanjang tempoh 1970-an dan 1980-an, terdapat banyak perubahan yang telah dibuat
dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang berkenaan. Mereka telah berusaha menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang mempunyai berbagai-bagai fungsi yang digunakan oleh
seluruh masyarakat yang ada di Malaysia pada masa itu. Dalam tempoh ini juga, Dewan
Bahasa dan Pustaka telah banyak memainkan peranan dalam mengembangkan bahasa
Melayu tidak kira dari segi ejaan mahu pun istilah. DBP juga telah berjaya menerbitkan
kamus yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Maka dengan ini, semua
maksud kepada sesuatu perkataan dapat diketahui dengan bantuan kamus.

4.2.5 Kempen Kesedaran Bahasa


Bagi mengekalkan kewujudan bahasa khususnya bahasa Melayu, beberapa usaha
telah dilaksanakan. Sebagai contoh ialah Program Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang
dilancarkan pada 11 Disember 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia, bertujuan untuk
membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan
masyarakat pengguna bahasa di Malaysia. Pelbagai kempen kesedaran bahasa telah
dijalankan supaya masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu khususnya akan lebih
menghargai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Walaupun kita telah menempuh era
yang baru, tidak bermakna bahasa yang kita gunakan juga baru. Kita harus mengekalkan
keaslian bahasa kita dalam negara mahu pun di luar negara. Kita sebagai rakyat Malaysia
harus bangga dengan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian yang melambangkan
identity sesebuah bangsa. Misalnya, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia digunakan oleh
rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

4.3

Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1990 hingga 2000


4.3.1

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia

Isu bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sering kali diperdebatkan kerana masyarakat
Malaysia masih tidak tahu perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Sebenarnya
kedua-dua bahasa tersebut walaupun pada zahirnya sama, ianya tetap berbeza dari segi
pendefinisian maksud dan latar belakang sejarah. Bagaimana kedua-dua bahasa ini berbeza di
kotak fikiran kita?
Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rahim Aman, berkata penggunaan
istilah bahasa Malaysia lebih berbentuk politik dan tidak merujuk kepada ilmu bahasa,

sedangkan istilah yang tepat ialah bahasa Melayu dengan mengambil kira sejarah, akademik
dan hakikat ilmu.
Istilah bahasa Melayu tidak mempunyai mandatnya lagi. Bahasa Melayu diganti dengan istilah
bahasa Malaysia kerana ianya dikatakan bersifat majmuk dan sesuai bagi menggambarkan bahasa
yang diterima pakai secara meluas oleh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu kononnya menjadi tidak
sesuai dengan kerencaman bangsa di negara ini selain tidak seiringan dengan cita-cita mahu
mewujudkan bangsa Malaysia yang selayaknya menggunakan bahasa Malaysia. Kononnya juga
apabila disebut bahasa Malaysia, maka dunia luar akan menggambarkan satu bahasa yang digunakan
oleh bangsa Malaysia sedangkan hakikatnya tidak begitu. Isu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia
mula ditimbulkan kerana kehadiran sesetengah pihak yang tidak faham maksud Bahasa Melayu.
Golongan tersebut terus mengunci bahawa Melayu dan Bahasa Melayu tersebut merujuk kepada
kaum melayu. Bahkan dalam kotak fikiran mereka bukankah kita sudah merdeka dan hidup
berbilang kaum, maka pengunaan frasa Bahasa Melayu adalah tidak wajar untuk masyarakat
Malaysia. Sesetengah golongan tersebut cuba menyatakan bahawa Bahasa Melayu bahasa anti
perkauman. Mengapa perlu kita kembali kepada zaman Jahiliah, zaman kegelapan tanpa ilmu.

Bahasa Melayu sebenarnya tidak merujuk kepada kaum Melayu, ianya adalah bahasa
untuk semua orang. Bahasa Melayu tidak perlu dihukum sebegitu rupa kerana bahasa Melayu
adalah warusan milik masyarakat Malaysia. Jika tidak , mengapa Bahasa Melayu digelar
sebagai lingua Franca pada zaman dahulu. Menurut Ahmad, bahasa melayu merupakan
bahasa yang berhubung secara meluas merentas etnik negara Malaysia. Maka, mengapa kita
perlu menganggap bahasa melayu sebagai unsur perkauman sedangkan masyarakat di luar
sana mengunakan bahasa inggeris tanpa merasakan unsur perkauman ? Malah, di Australia
walaupun mempunyai bahasa mereka sendiri, bahasa inggeris digunakan seperti biasa tanpa
wujud sentimen perkauman antara kaum asli Maori dengan kaum yang lain. Selain itu ,di
Singapura yang merupakan negara majoriti kaum Cina. Namun begitu, bahasa Melayu
dijadikan bahasa kebangsaan negara tersebut. Sekiranya pelancong asing bertanya kepada
rakyat Singapura, apakah bahasa kebangsaan negara Singapura?. Rakyat Singapura akan
menjawab bahasa melayu dan bukannya bahasa Singapura.
Menurut Utusan Malaysia bertarikh 22 November 2007, Selain itu, jika kita tinjau negara lain
terutama negara maju dan membangun seperti Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis, Itali, Rusia
dan Finland, kesemua negara ini menggunakan bahasa ibundanya.Jerman dan Jepun misalnya,
setiap ilmu kejuruteraan, sains dan matematik menggunakan bahasa ibundanya sehingga mereka
berjaya menjadi negara industri kejuruteraan yang utama. Begitu juga Rusia, menggunakan bahasa
ibundanya sehinggakan angkasawan kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mempelajari
bahasa Rusia untuk mengikuti misi pertama ke stesen angkasa lepas. Disini kita lihat, negara lain
seperti Russia tidak menukar bahasa Russia kepada Bahasa Inggeris walaupun ingin berkomunikasi
dengan negara lain. Mereka tetap cintakan dan agungkan bahasa kebangsaan negara mereka.
Walhal kita malu untuk bercakap bahasa melayu jika berkomunikasi dengan orang luar
negara. Pada 5 Mac 2010 lalu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan jayanya
menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Putrajaya.
Ia telah mengumpulkan 56 peserta dari 51 buah negara seluruh dunia. Kebanyakan peserta tersebut
bukan asli seperti rakyat Malaysia yang daripada kecil sehingga dewasa bertutur dalam bahasa
Melayu.
Perlembagaan Malaysia juga telah termaktub iaitu Pekara 152 menyatakan bahawa bahasa
yang dirujuk sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu.(Abdullah

Sani,2007) Walhal, penggunaan bahasa Melayu telah diiktirafkan oleh dunia dan bahasa tersebut
diterap dalam kursus di universiti luar negara. Maka, mengapa kita sebagai bangsa Malaysia yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak sekian lama ingin menukarkan
bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.

Keputusan Kabinet menukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi
mengelakkan polemik selain bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum, kata Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita tahu Bahasa Kebangsaan itu
merupakan Bahasa Melayu, tetapi kita nak bahasa itu dijadikan bahasa kepada semua
rakyat Malaysia, tidak kira keturunan, kumpulan etnik dan sebagainya. "Kita anggap
Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik kita semua, itulah rasionalnya," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia ke-3 di sini. Beliau
mengulas laporan muka depan akhbar The Star hari ini bahawa Bahasa Malaysia akan
dijadikan istilah rasmi bagi bahasa kebangsaan. Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin
Maidin dilaporkan berkata keputusan sebulat suara itu dibuat Kabinet pada April
memandangkan ia bakal menanamkan semangat bahasa kebangsaan milik semua tanpa
mengira kaum. Sehubungan itu, semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi
yang lain telah diarahkan supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk
menggunakan istilah Bahasa Malaysia dalam surat-menyurat, notis dan dokumen,
berkuatkuasa serta-merta. Istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan Bapa Kemerdekaan iaitu
Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman selepas negara mencapai kemerdekaan
sebagai langkah menanam identiti Malaysia. Ia diguna pakai secara meluas sehinggalah
1986 apabila ditukar kepada istilah Bahasa Melayu, kata Zainuddin. Beliau berkata RTM
sudah mula menggunakan istilah Bahasa Malaysia untuk merujuk kepada bahasa Melayu
dan mengarahkan semua stesen televisyen dan radio swasta serta suratkhabar supaya turut
menggunakannya.

(Dipetik daripada Berita Harian ,4 Jun 2007)

Berdasarkan berita tersebut, adakah visi atau matlamat yang sebenarnya bahasa melayu
ditukar kepada bahasa Malaysia berjaya dicapai? Tepuk dada tanya selera, bahasa Malaysia
atau bahasa Melayu belum dapat menjamin kestabilan di dalam negara kita. Tahun 2010 telah
memperlihatkan lagi isu perkauman dibangkit melalui aspek agama. Maka, mengapa kita
perlu menganggu warisan bahasa kita yang telah wujud beratus-ratus dahulu demi
kepentingan politik. Bahasa Melayu adalah sejarah dan kita perlu belajar daripada sejarah.
Dalam pergulatan bahasa Melayu yang menjadi bahasa
kaki lima di negara sendiri, tidak usahlah dibahaskan pula
istilah yang mana satu betul, bahasa Melayu atau bahasa
Malaysia. Secara mudah, bahasa Melayu termaktub dalam
Perlembagaan, bukan bahasa Malaysia. Kerana itu biarlah ia
terus menjadi bahasa Melayu daripada bahasa Malaysia yang
membawa konotasi asimilasi bahasa yang dituturkan oleh
semua kaum.(Utusan Malaysia Online, 5 Oktober 2009, ,)

Tamsilnya, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia, terpulang kepada kita bangsa Malaysia
untuk memahami apakah persoalan atau isu yang menjadi masalah sebenarnya. Sama ada diri
kita yang masih minda kelas ketiga atau bahasa yang perlu dipersalahkan.

4.3.2 Adakah pengunaan Bahasa Melayu merupakan pengerak pembangunan


negara

Bahasa sememangnya merupakan alat atau elemen yang penting dalam memajukan
tamadun manusia. Dalam erti kata yang lain, bahasa adalah alat budaya sesuatu bangsa. Tun
Mahatir sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia pernah berkata bahawa maju bangsa
Melayu majulah Bahasa Melayu. Konteks pengerak pembangunan negara yang dinyatakan
disini ialah pembangunan negara daripada segi ekonomi, politik dan sosial.
Tetapi, bagaimana bahasa tersebut menunjukkan ianya pengerak pembangunan? Kita lihat
sejarah perjuangan Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716) dalam kajian Bahasa dan Pembinaan
Tamadun Bangsa oleh Abdullah Hassan (Yang Dipertua Persatuan Penterjemah Malaysia). Leibniz
merupakan seorang sarjana matematik dan falsafah Jerman yang cuba mencari mengapa bangsa
Jerman masih lagi mundur walaupun ekonominya berkembang dan negara Jerman kaya dengan
pelbagai sumber. Permasalahan tersebut dikaji dan Leibniz menyedari bahawa bahasa Perancis dan
Latin yang digunakan menjadi tembok pemisah antara dua golongan rakyat Jerman. Golongan
atasan dan intelektual menggunakan bahasa Perancis dan Latin, dan ilmu pengetahuan dalam segala
bidang ditulis dan disebarkan melalui bahasa Perancis dan Latin saja. Rakyat biasa yang hanya
memahami bahasa Jerman tidak memahaminya. Antara ilmu dan rakyat wujud tembok bahasa.
Leibniz juga menyedari bahawa, apabila bahasa sendiri diketepikan dan bahasa asing didewakan,
rakyat akan kehilangan kepercayaan kepada diri sendiri dan pemikirannya pun terjejas. Dan bangsa
yang tidak percaya kepada diri sendiri tidak akan maju. Leibniz mengatakan bangsa Jerman hilang
kepercayaan kepada bahasa Jerman. Mereka sibuk mengatakan hanya bahasa Perancis itulah yang
mengandungi ilmu, bahasa antarabangsa, bahasa yang boleh membawa kemajuan. Akibatnya
mereka mengabaikan bahasanya sendiri. Dalam pada itupun, Leibniz melihat bahawa orang Perancis
sendiri tidak menerima mereka sebagai nukleus kepada masyarakat Perancis itu. Perjuangannya
disokong oleh orang-orang Jerman yang percaya kepada perjuangannya. Pada sekitar 1750-an
terbitlah sebuah tatabahasa Jerman ditulis oleh Johan Christoph Gottsched, dengan judul DasarDasar Tatabahasa Bahasa Jerman. Sambutan rakyat dan golongan intelektual terhadap buku
tatabahasa ini luar biasa. Gottsched mengatakan bahawa sambutan hangat rakyat Jerman terhadap
tatabahasa itu menunjukkan patriotisme rakyat Jerman terhadap bahasanya. Tatabahasa Jerman ini
membuktikan kepada semua bahawa bahasa Jerman adalah bahasa yang teratur yang sama mampu
dengan bahasa-bahasa mana pun di Eropah.
Bermula dari tarikh itu bahasa Jerman terus membangun dan digunakan dalam bidang-bidang
yang diusulkan oleh Leibniz. Itulah saat yang merupakan permulaan kebangkitan Jerman sebagai
salah satu negara maju di dunia. Leibniz meninggal pada tahun 1716 dan tidak menyaksikan hasil
perjuangannya. Tetapi wawasannya telah memupuk jalan yang meletakkan bahasa Jerman sebagai
bahasa utama yang memainkan peranannya sebagai bahasa pendidikan, pentadbiran dan
perhubungan dalam semua bidang termasuk perniagaan, di kalangan rakyat Jerman. (ABDULLAH
HASSAN, 2009 )

Kita lihat negara-negara timur seperti Jepun dan korea. Bahasa kebangsaan mereka masingmasing adalah bahasa Jepun dan Korea. Kedua-dua negara tersebut sangat maju walaupun pernah
dilanda kemelutan ekonomi dan politik yang teruk. (Abdullah Sani, 2007), Jepun tidak pernah
berganjak daripada mengunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat
pengajian tinggi dalam semua mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat
menengah dan bukan di sekolah rendah. Peluang untuk mempelajari bahasa asing lain seperti
Jerman, Sepanyol, Portugis , Rusia, Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi
pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun, bahasa Jepun tetap
diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya. Kita lihat perbezaan negara yang
maju(mengunakan bahasa ibunda sebagai bahasa utama) dan tidak maju(tidak mengunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa utama) :

Maka, dapat disimpulkan disini, kebanyakan negara yang tidak mengunakan bahasa Ibunda
sebagai bahasa utama menghadapi masalah dalam memajukan negara mereka. India misalnya,
mengunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama selama 300 tahun dan Filipina selama 60 tahun
dalam pentadbiran dan pendidikannya, tidak membantu dalam memajukan negara mereka.
(Abdullah Sani,2007) Berbanding Malaysia yang telah merdeka selama 53 tahun semakin maju
dengan pengunaan bahasa Melayu.

4.3.3

Bahasa Melayu VS Bahasa Inggeris dalam pendidikan

Isu pengunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga hangat diperkatakan dan banyak
mengundang kontroversi. Tetapi , yang menjadi mangsa ialah para pelajar yang keliru dengan
sistem pendidikan di Malaysia. Bila isu ini mula dibangkitkan? Isu mula timbul apabila pada tahun
1993, Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa semua
kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Tetapi pada
awal tahun 1970-an ketika menjadi Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia, keputusan Tun
Dr. Mahatir tersebutt bertentangan dengan pendiriannya pada peringkat awal iaitu beliau dengan
tegasnya menyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah dijadikan bahasa penghantar utama untuk
semua kursus di universiti.
Apabila pengumuman tersebut telah dilontarkan oleh Tun Dr. Mahatir , kumpulan-kumpulan
cendekiawan mengadakan pertemuan demi pertemuan dan gerakan untuk menasihati kerajaan agar
tidak melaksanakan keputusan Perdana Menteri pada masa tersebut. Bak kata pepetah,menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan , tidak sampai 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002,
Perdana Menteri yang sama iaitu Tun Dr. Mahatir telah membuat pengumuman bahawa mata
pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun
berikutnya, iaitu tahun 2003. Alang-alang mahasiswa dan mahasiswi yang berhadapan dengan
bahasa penghantar bahasa inggeris, biarlah dimulakan dengan rebung yang masih muda agar senang
dilenturkan.
Pada tahun 2003, setealah PPSMI atau nama penuhnyaPengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan salah satu dasar pendidikan Malaysiayang
menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara
mata pelajaran Sainsdan Matematik di semua peringkat pendidikan Banyak permasalahan yang
timbul sepanjang pelaksanaan Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik. Pelbagai
bantahan dan bentuk respon oleh masyarakat Malaysia terhadap isu tersebut. Pemuda UMNO
Barisan Nasional melahirkan kebimbangan dari segi pelaksanaan dasar tersebut terutamanya
membabitkan kecukupan tenaga pengajar dan jadual pelaksanaannya. Parti-parti politik tempatan

turut meragui pelaksanaan dasar baru tersebut dan wujud pula sesetengah yang mengambil
kesempatan untuk mengunakan isu tersebut sebagai isu perkauman. Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (KPPK) menyambut dengan baik pengunaan bahasa inggeris dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik bagi mengelakkan sindrom tidak tahu berbahasa inggeris menjadi
semakin buruk dalam kalangan pelajar luar bandar khasnya.
(Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad,
Rahimawati Abdul Rahim, 2007).
Isu Pelajar luar Bandar yang besar kemungkinan tidak dapat menyediakan diri dengan perubahan
dijawab dengan bernas oleh Tan Sri Musa bin Mohamad. Antaranya ialah :
Salah satu isu kritikal dalam pelaksanaan dasar bahasa Inggeris ini ialah kedudukan para pelajar
Melayu di luar bandar. Banyak pihak mendakwa kononnya pelajar-pelajar Melayu di luar bandarlah
yang akan menjadi mangsa dasar bahasa Inggeris. Mereka akan ketinggalan untuk mengikuti
pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Itulah hujah mereka. Apakah langkahlangkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan senario seumpama itu tidak
berlaku?
MUSA: Yang pertama kita kena faham bahawa pelajar-pelajar tahun satu yang masuk sekolah pada
tahun 2003 mempunyai masa selama enam tahun untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka.
Enam tahun itu adalah satu jangka masa yang panjang. Saya yakin selepas enam tahun, mereka
akan fasih dalam bahasa Inggeris.
Peperiksaan UPSR dalam bahasa Inggeris sepenuhnya hanya akan diwajibkan selepas enam
tahun. Dalam tempoh enam tahun itu, kita akan gunakan segala cara untuk mengatasi kelemahan
para pelajar di luar bandar iaitu dari segi prasarana, guru dan alam sekeliling. Orang selalu
berkata mengapa kita tidak betulkan dahulu kelemahan-kelemahan itu sebelum laksanakan dasar
bahasa Inggeris. Kalau kita buat macam itu, jika kita beri tempoh enam tahun dari sekarang baru
kita hendak laksanakan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, apa yang akan
berlaku ialah tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Inilah perangai manusia. Mereka selalunya
tunggu hingga waktu terakhir baru hendak membuat langkah ke depan.
Cara kerajaan menggerak kemajuan ialah dengan memaksa kemajuan itu berlaku dan bukannya
memupuk benda itu sampai matang, barulah kita hendak lakukan sesuatu. Kalau kita buat macam
itu, iaitu tunggu wujud dulu suasana yang sesuai, ketika itu orang lain telah pun jauh ke depan.
Kita pula masih lagi leka membaiki itu, membaiki ini. Saya tidak khuatir jikalau pada tahun 2003
nanti akan ada banyak masalah. Kita harus berani menghadapi masalah. Kalau dilihat di luar
bandar, masalah itu lebih besar. Kita kena terima dan kita kena hadapi masalah itu dengan berani.
Jangan kita lari daripada masalah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada petikan Jangan kita lari


daripada masalah Musa, 2002)
Namun begitu, rambut sama hitam tapi hati lain-lain, segelintir warga pendidik
mempersoalkan usaha memperkenalkan dasar baru tersebut. Guru yang berfikiran terbuka
menerima dasar tersebut sebagai satu pendekatan yang baik dan cabaran untuk meningkatkan taraf
pendidikan di Malaysia. (don, 2007), Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa
melayu apabila bekas perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahatir menyarankan pengunaan bahasa
inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia . Ia dilihat sebgai
jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan
pelajar.

Kita memang tidak boleh menyangkal kebaikan yang kita peroleh daripada pelaksanaan dasar
tersebut. Bahasa Inggeris telah pun diiktirafkan sebagai bahasa sejagat dan Malaysia memerlukan
tenaga-tenaga pekerja tempatan yang mahir berbahasa inggeris. Pengunaan bahasa inggeris
bukanlah meruntuhkan institusi bahasa melayu sebaliknya mengangkat mertabat bahasa melayu di
mata dunia. Maka, semua pihak haruslah berganding bahu dalam pelaksanaan tersebut agar tiada
pihak yang tersinggung serta pengunaan bahasa inggeris tersebut tidaklah seperti menghakis bahasa
melayu daripada kamus kehidupan masyarakat Malaysia. Sebaliknya, memperkukuhkan bahasa
melayu serta bidang pendidikan Malaysia.
Namun begitu, keputusan pemimpin negara perlu dihormati kerana mereka tahu apa yang
terbaik untuk rakyat. Pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan
dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam. Seperti yang
diduga Tun Dr. Mahatir memberi kenyatan bahawa Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) wajar diteruskan untuk memastikan
pelajar khususnya bangsa Melayu tidak ketinggalan. Menurut beliau lagi , PPSMI bertujuan untuk
melengkapkan pelajar di sekolah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik sekaligus menguasai
bahasa Inggeris yang diguna pakai di peringkat antarabangsa
Menurut SHURA atau Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) menggesa kerajaan
memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan.Setiausaha Agung Shura Mohd Azmi Abd Hamid berkata sejak PPSMI dilaksanakan pada
tahun 2002, ia telah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan negara. Mohd Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas
menghantar Memorandum Bantahan terhadap PPSMI kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan
Sri Engku Ibrahim Engku Ngah di sini hari ini.(BERNAMA, 10 JUN 2009).
Marilah kita fikir sejenak, dapatkah kita menentukan bahasa yang mana lebih penting atau
akan menang sekiranya kedua-dua bahasa tersebut dapat bertanding antara satu sama lain?
Sebenarnya, menang atau kalah, kita tidak perlu tentukan. Pekara yang paling penting ialah keduaduanya membawa kebaikan bukannya menimbilkan permasalahan yang rumit.

4.3.4

Bahasa rojak mengancam Bahasa Melayu

Kerajaan perlu bertegas dalam menangani isu bahasa rojak jika mahu kedaulatan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikekalkan. Tokoh akademik dan pemimpin pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) berpendapat, jika tidak dikawal semangat slogan `Bahasa Jiwa
Bangsa? akan luntur khususnya di kalangan generasi akan datang. Mereka bimbang,
memandangkan penggunaan bahasa rojak digunakan secara meluas termasuk di media
elektronik. Sehubungan itu, mereka mencadangkan badan pemantau bahasa ditubuhkan atau
memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertindak mengikut undangundang jika terdapat mana-mana pihak menggunakan bahasa rojak secara formal.
Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putera
Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Musa Abu Hassan menegaskan semua pihak mesti
bekerjasama dalam usaha menghapuskan penggunaan bahasa rojak terutamanya di media
dan majlis rasmi kerajaan.Bahasa Inggeris berjaya dimartabatkan oleh British tanpa ada
campuran atau dirojakkan, jadi kita mesti menunjukkan bahasa Melayu yang sebenar dalam
urusan kita.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Kerajaan Perlu tegas tangani isu Bahasa rojak ,
Berita harian, 29 April 2004)
Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa , bahasa jiwa bangsa yang membawa
maksudnya, daripada bahasa orang lain dapat mengenal siapa diri kita dan bagaimana kita
membawa diri.Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai satu
sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Bagaimankah tanggapan atau pendapat kita
setelah melihat serta memahami isu bahasa rojak yang semakin berleluasa terutamanya dalam
kalangan generasi muda? Pendefinisian, ciri-ciri serta contoh bahasa rojak adalah
seperti berikut :
1) Definisi : Bahasa rojak boleh didefinisikan sebagai bahasa campuran antara bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris. Biasanya penggunaan bahasa rojak sama ada menggunakan bahasa
Inggeris diantara bahasa Melayu dalam ayat atau separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa
Inggeris.
2) Contoh :
I. ha, mana kipas tu tok?, saya nak repair(baiki) ni,
II. sebenarnya i(saya) nak ajak you(kamu) pergi round-round(jalan-jalan) satu
Kuala Lumpur malam ni,
III. hei, lu(kamu) ingat i(saya) ni stupid(bodoh) ke?
Perbezaan bahasa rojak dan bahasa melayu sangat ketara pengunaannya. Dalam
mengunakan bahasa rojak, tatabahasa tidak penting asalkan maksud penyampai
dapat difahami. Isu tersebut amat serius dan akan berlarutan sekiranya tidak
diambil perhatian. Pelbagai permasalahan yang timul apabila bahasa rojak mula
membanjiri kehidupan harian masyarakat Malaysia. Pekara yang membimbangkan
apabila bahasa rojak digunakan secara meluas di media massa sehingga
mengancam serta menjejaskan usaha-usaha untuk memertabatkan bahasa
kebangsaan. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu bahawa bahasa Melayu adalah
dibawah perlembagaan negara. Bahasa rojak yang menjadi punca krisis kecelaruan
penggunaan bahasa Melayu kini umpama barah yang hampir merosakkan keseluruhan sistem
bahasa Melayu itu sendiri. Bukan sahaja dari percakapan mengalami perojakan , lagu
tempatan juga mengalami keadaan yang sama seperti lagu seksis yang dinyanyikan oleh
Anita Sarawak dan lagu tipah tertipu yang dinyanyikan oleh kumpulan Ruffedge. Lagulagu ini diharamkan untuk disiarkan di radio mahupun di televisyen kerana lagu-lagu tersebut
mencemarkan mermatabat bahasa kebangsaan.
Menurut Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sebuah
kenyataan akhbar , beliau menyatakan bahawa bahasa kebangsaan kini didapati luntur terutamanya
dalam pertuturan kerana ia dicampur aduk dengan unsur-unsur bahasa rojak.``Kini, jarang kita
dapati orang yang boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan yang utuh.``Kebanyakan kita di
Malaysia berbahasa Melayu sekerat belut, sekerat ular iaitu sekerat bahasa Melayu, sekerat bahasa
Inggeris,'' katanya.
Bahasa rojak bukan sahaja meracuni bahasa Melayu dalam pertuturan seharian, di dalam Dewan
Parlimen juga berlaku perdebatan dalam bahasa rojak. Harapkan pagar, pagar makan padi, kita
mengharapkan pemimpin-pemimpin memberi teladanyang baik, lain pula kejadiannya. Yang

Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib Selasa membuat teguran terhadap ahli Parlimen
yang suka mencampur-adukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ketika berucap di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, bukan sahaja ini tidak sedap didengar, tetapi lebih serius lagi ialah ia
mencemarkan bahasa Melayu. Ramli berkata kecenderungan mencampur-adukkan bahasa timbul
antaranya didorong oleh faktor berpengetahuan lebih daripada satu bahasa atau merasakan
perkataan Bahasa Inggeris mampu memberikan penerangan yang lebih baik lagi kepada daya
fikirannya daripada menggunakan Bahasa Melayu. (http://www.malaysiakini.com/news, 18 April
2006)
Maka, melihat keadaan bahasa Melayu yang semakin parah, pelbagai langkah dan tindakan oleh
kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk memastiikan martabat bahasa kebangsaan kita
tidak luput ditelan bahasa rojak. Sehubungan dengan isu tersebut , pindaan Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) 1959 diharap dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa
rojak' di kalangan masyarakat negara ini. Timbalan Menteri Pelajarn , Dr.Mohd. Puad Zarkashi menyatakan
bahawa kuasa yang diberi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bukanlah bertujuan untuk menghukum tetapi
memberi pendidikan. Selain itu banyak seminar diadakan dengan tujuan untuk memperkasakan bahasa
melayu. Raja Muda Perak Darul Ridzuan iatu Duli yang Teramat Mulia, Raja Dr.NAzrin Shah memberi titah
baginda
Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada semangat perjuangan kemerdekaan ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan
ke-50.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah
memberi titah baginda semasa mencemar duli merasmikan Seminar Bahasa Rojak:
Kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu, pada 19 Julai lalu di Dewan Seminar, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Seminar tersebut bertujuan untuk mengenal pasti bentuk dan
penggunaan bahasa rojak dalam mencari kaedah membimbing penggunaan bahasa yang baik
dalam berbagai-bagai situasi dan konteks.Seminar tersebut berlangsung selama dua hari dan
dihadiri seramai 248 orang peserta yang terdiri daripada guru, pensyarah, pengamakl dan
penyelidik berbagai-bagai bahasa moden di universiti tempatan dan luar negara. Sepanjang
seminar tersebut dijalankan , sebanyak enam belas kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar
bahasa , pengamal bidang , pensyarah dan tokoh agama mengikut lima skop yang ditetapkan
meliputi bahasa rojak dari segi system dan struktur , etiologi (kajian tentang punca) bahasa
rojak , sikap masyarakat terhadap bahasa rojak , situasi dan konteks bahasa rojak dan inovasi
teknologi komunikasi.(Azahari Edin, Seminar Bahasa Rojak : Kecelaruan pengunaan bahasa
Melayu, 15 ogos 2007, berita harian)
Asmah Haji Omar (1988), seorang tokoh linguistik Melayu telah memberi pengertian tentang
bahasa dalam erti kata yang luas.Menurut beliau bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada
sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara
hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut. Menurut ,Pendita Za'ba, dalam
bahasa Melayu terdapat hanya tiga perkataan yang tidak berasal daripada bahasa lain, yakni benarbenar perkataan Melayu. Tiga perkataan itu ialah batu, babi dan kayu. Perkataan-perkatan yang
lain dipinjam daripada bahasa yang lain. Namun begitu, janganlah kita meinjam daripada bahasa
rojak keranan bahasa rojak bukan bahasa standard. Kesimpulannya, bahasa rojak harus dibendung
agar ianya tidak mengamcam bahasa Melayu kerana jika pincang bahasa ibunda kita, maka
pincanglah bangsa Malaysia.

4.3.5

Bahasa Melayu merupakan agen penyatuan rakyat Malaysia

Kerajaan perlu melakukan beberapa perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Cendekiawan negara,
Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keunikan bahasa Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi
memantapkan lagi perpaduan kaum yang telah lama wujud. Menurut beliau, pada masa ini usaha
menggunakan bahasa Melayu untuk mewujudkan perpaduan kaum masih belum berjaya
sepenuhnya. "Kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta masih belum
menggunakan sepenuhnya dan menguasai bahasa Melayu dengan baik," katanya. Ungku Aziz
menegaskan, sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan perpaduan negara agar lebih
mantap dan ampuh. Menurutnya, Laporan Abdul Razak 1956 juga menekankan kepada matlamat
pendidikan adalah untuk menyatukan dan menekankan kepada perpaduan. "Kalau kita ada sistem
pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang mudah tidak mustahil kita dapat lahirkan
pelajar berwawasan bagi mewujudkan perpaduan kaum," katanya. Sementara itu Alimudin
berkata, beliau tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh Ungku Aziz yang mahukan beberapa
perubahan perlu dilakukan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran agar bahasa Melayu
menjadi agen mewujudkan perpaduan kaum. "Cadangan ini amat menarik dan pihak kami akan
membuat pertimbangan wajar," katanya. Beliau tidak menafikan bahawa bahasa Melayu dapat
menjadi agen untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara ini. Menurutnya, rakyat
seharusnya dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana ia boleh menyatukan masyarakat
melalui komunikasi.
(Dipetik daripada Bahasa mampu memantapkan perpaduan kaum, Utusan Malaysia Online , 29
Julai 2008)
Hampir 53 tahun kita merdeka, keamanan yang sudah dicapai haruslah dikekalkan kerana tidak
terbayar untuk kita mendapatkannya semula. Bahasa Melayu sudah menjadi sejarah dan sebati
dengan diri kita sebagai rakyat Malaysia. Bahasa Melayu tidak semestinya hak milik orang melayu
tetapi milik kita bersama. Dalam perlembagaan sudah termaktub bahawa bahasa Melayu adalah
bahasa kebangsaan dan rasmi negara. Pekara tersebut tidak wajar dipersoalkan. Sebelum
penjajahan barat ke atas bumi asia, bahasa Melayu sudah pun menjadi lingua Franca dimana
semua orang yang datang ke bumi asia akan berkomunikasi mengunakan bahasa Melayu. Bahasa
Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200
bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana
bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang
terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan
bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi bahasa ilmu bagi rantau kepulauan
Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan dan senjata paling ampuh dalam
merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses
yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Laporan kabinet 1985 menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah
bertujuan untuk menyatukan kaum di negara Malaysia serta menjadikannya sebagai bahasa untuk
memperoleh ilmu.Kewajaran mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk
berkomunikasi antara para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya dapat
diperkukuhkan lagi melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa
perpaduan di Malaysia melalui aktiviti sosial seperti sukan, olahraga, kesenian , kerja-kerja
kebajikan, gotong royong dan sebagainya. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan perhubungan antara
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.( Rohaidah Mashudi & J. Sham Wahid, 2010)

Sesetengah pihak mungkin akan menimbulkan persoalan mengapa perlu bahasa dijadikan
medium untuk masyarakat Malaysia mengekalkan keharmonian. Tepuk dada tanya selera, sejak
dahulu lagi kita menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan atau bahasa utama untuk
kita berkomunikasi. Maka, untuk mengubah persepsi sesetengah pihak yang masih lagi tidak
memahami fungsi bahasa Melayu sebagai agen penyatuan rakyat Malaysia, bulan bahasa setiap
diadakan.Menurut tajuk rencana Memberi signifikan Bulan Bahasa yang bertarikh 5 Oktober 2009
daripada Utusan Malaysia Online, ia merupakan acara tahunan bagi menyuntik kesedaran tentang
kepentingan menggunakan bahasa Melayu di tempat rasmi dengan kualiti tinggi. Kehadiran
Muhyiddin pada satu program bahasa harus dibaca sebagai isyarat keseriusan kerajaan terhadap
kedudukan bahasa ini Ia merupakan acara tahunan bagi menyuntik kesedaran tentang kepentingan
menggunakan bahasa Melayu di tempat rasmi dengan kualiti tinggi.

4.3.6

Status Bahasa Melayu di mata masyarakat Malaysia selepas 53 tahun merdeka

Bahasa Melayu di Malaysia memiliki status sebagai bahasa kebangsaan dimana ianya
telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152 ) menyatakan bahawa Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Menurut Pekara 152 ,
Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan
hendaklah digunakan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen
dengan syarat iaitu tidak seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
atau daripada mengajarkan atau belajar mana-mana bahasa asing. Syarat lain adalah tiada
apa-apa yang boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan
Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa mana-mana
kaum lain dalam persekutuan.
Maka , jelas menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah mengakui kedudukan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, namun penggunaannya dalam
acara-acara rasmi belum ditekankan. Penyata Razak telah diterbitkan pada tahun1956 bagi
mengusulkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam proses
belajar dan mengajar di lembaga pendidikan dan akhirnya ia dikuatkuasakan dalam Akta
Pelajaran 1961 (kini Akta Pendidikan 1996). Antara kedudukan dan status bahasa kebangsaan
ialah :

1.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

2.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967

3.

Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)

Walaupun perlembagaan yang memperakui status Bahasa Melayu, bukan semua


masyrakat Malaysia memperakuinya. Sudah perpuluh tahun merdeka, kita hanya mempelajari
luaran bahasa melayu dan bukannya dalaman. Jika kita betul-betul menguasai bahasa Melayu
, kita mampu berfikir secara kristis, cekap dan jelas dalam bahasa Melayu. Dalam minda
masyarakat sekarng jika pandai berbahasa Melayu, itu pekara biasa dan jika tidak berpandai
berbahasa Inggeris, maka bodohlah diri kita ini dan perlu malu kepada diri sendiri. Mengapa
kita perlu menundukkan kepala sekiranya bahasa Inggeris kita di tahap teruk? Di negara lain

seperti Russia, Jepun dan Korea, diplomat-diplomat negara mereka ada yang tidak begitu
fasih berbahasa Inggeris sehingga terpaksa membawa seserang untuk menterjemahkan bahasa
mereka tetapi mereka masih berupaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
pemimpin-pemimpin yang lain. Renungkanlah jika anda pandai dalam bahasa Inggeris tapi
jahil dalam bahasa Melayu, anda yang patut malu dan tidak patut digelar rakyat Malaysia
kerana untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang unggul, bahasa Melayu perlu dikuasai.
Jika tidak , anda menjadi seseorang yang digambarkan dalam peribahasa hidup segan tidak
mahu di negara sendiri
Namun begitu, tahap penggunaan Bahasa Melayu semakin baik khususnya dalam
kalangan generasi muda pelbagai kaum. Hal ini kerana kejayaan ini adalah kesan daripada
pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang mewajibkan penyampaian diadakan dalam
bahasa kebangsaan biarpun di sekolah jenis kebangsaan. Dalam pada itu, usaha demi usaa
yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu telah menggalakkan
orang ramai memilih bahasa itu sebagai bahasa utama mereka. Pembatalan PPSMI adalah
satu contoh bagaimana tekanan daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan
individu menyebabkan kerajaan membatalkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional.
Tamsilnya, untuk memastikan kemerdekaan dan bahasa Melayu tetap terpelihara, kita
harus berganding bahu walaupun berlainan kaum dan agama supaya sejarah yang pahit tidak
akan berulang kembali. Hal ini demikian kerana bahasa adalah faktor yang sangat penting.
Ianya mampu menyatukan penduduk sesebuah negara termasuk Malaysia. Satu bahasa
merupakan kaedah paling mudah bagi memajukan dan memodenkan pemikiran rakyat yang
berbilang kaum kerana dengan satu bahasa, pelbagai kumpulan etnik yang memiliki beraneka
budaya, agama dan pegangan hidup dapat disatukan dalam satu wadah. Satu bahasa juga
menjadikan identiti nasional dan kesetiaan kepada negara lebih kuat dan kukuh.

5.0 Penutup
5.1

Kesimpulan

Penilaian yang dapat dirangkumkan dalam kajian penulisan ini mendapati bahawa
dari aspek pembinaan sehingga kepada perkembangan, Bahasa Melayu memerlukan
pinjaman bahasa asing dalam mengukuhkan fungsinya yang merangkumi banyak bidang
ilmu. Tidak dapat dinafikan Bahasa Melayu telah mengalamai perkembanag yang terancang
dari tahun 1950 sehinggalah sekarang yang banyak digerakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pendidikan,
pengantar, pentadbiran serta mencakupi banyak bidang ilmu. Disamping itu juga, kajian
penulisan ini mendapati Bahasa Melayu tidak lari daripada berhadapan dengan isu-isu
terutamanya selepas 1990-an, bermula kepada konsep asas, iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa
Malaysia, peranan dalam pembangunan negara, persaingan dengan Bahasa Inggeris dalam
pendidikan dan bnayak lagi yang disifatkan mengugat kedudukan Bahasa Melayu berikutan
penelitian status dimata masyarakat selepas 53 tahun merdeka.

5.2

Cadangan

Sejauhmana wujudnya nilai Bahasa Melayu adalah bergantung kepada pemikiran


masyarakat itu sendiri yang meletakkan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain
di dunia ini.

Bibliografi
Abdullah Hassan, 2005, Linguistik Am:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan, 1987, Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain, 2006,Sejarah Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.
Abdullah Hassan, 1987. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2000, Teori dan Teknik Terjemahan, Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus
perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

kepada

Awang Sariyan, 2002, Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di


Malaysia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ibrahim Ahmad, 1994, Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
James T.Collins, 2005, Bahasa Melayu,Bahasa Dunia:Sejarah Singkat, Jakarta: Yayasan
Obor Indonesia.
Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007, Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi?, Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Rasdi bin Saamah. Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Tengku Ampuan
Afzan. Kamus Dewan dan Kamus Besar: PerbandinganAspek Kandungan Medan
Maklumat.
Nik Safiah Karim, 2003, Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, Selangor Darul Ehsan: K
Publishing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
2004, Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rogayah Binti Osman. http//jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20%20Perancangan%20 BAHAN%20EJAAN%20DAN SEBUTAN.pdf. Perancangan
Bahan Ejaan Dan Sebutan, Peristilahan Dan Perkamusan Dalam Bahasa Melayu Di
Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, & Rahimawati Abdul Rahim, 2007, Membina
Pelajar Cemerlang, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh pada 7 Ogos
2010,www.google books. Com.
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2009,Perkembangan Pembentukan Istilah Bahasa
Melayu di Malaysia, Indonesia: Kimli Malang..
Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat, 2009,Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu
dari Teori ke Praktik,Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.

Yahya Othman, 2005, Trend dalam Penagajaran Bahasa Melayu, Pahang Darul Makmur:
PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Yahya Don, 2007, Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Selangor: PTS Publication.
Diperoleh pada 7 Ogos 2010, www.google books. Com.
Zulkifley, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman, 2007,Linguistik Melayu Edisi Kedua,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Akhbar Tempatan daripada Laman Sesawang:


Azahari Edin, (15 ogos 2007), Seminar Bahasa Rojak : Kecelaruan pengunaan bahasa
Melayu, diperoleh pada 5 Ogos 2010, http://www.bharian.com.my/bharian/article
Bahasa mampu memantapkan perpaduan kaum. (29 Julai 2008). Diperoleh pada 4 Ogos
2010. http://www.utusan.com.my/utusan
Jangan kita lari daripada masalah Musa, (2002). Diperoleh pada 6 Ogos
2010.http://www.tutor.com.my/tutor/dunia
Keputusan tukar B. Melayu kepada B. Malaysia elak polimek (4 Jun 2007). Diperoleh pada 3
Ogos 2010,http://www.bharian.com.my/bharian/article
Kerajaan Perlu tegas tangani isu Bahasa rojak .( 29 April 2004). diperoleh pada 4 Ogos
2010.http://dbp.gov.my/lamandbp
Memberi signifikan Bulan Bahasa. (5 Oktober 2009) .diperoleh pada 3 Ogos
2010. http://www.utusan.com.my
Ramli tegur penggunaan bahasa rojak di Dewan Rakyat . (18 April 2006) . Diperoleh pada 7
Ogos 2010.http://www.malaysiakini.com/news, ,

Rejab Ismail , (22 November 2007), Guna semula bahasa Melayu , diperoleh pada 1 Ogos
2010,http://www.utusan.com.my
Shura Gesa Kerajaan Mansuhkan PPSMI . (10 JUN 2009). Diperoleh pada 6 Ogos
2010.http://www.bernama.com/bernama/v3/bm
Artikel dari laman sesawang:
Abdullah Sani. (2009). Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa. Diperoleh pada 8 Ogos
2010. www.kongresbahasa.org
CIA World Factbook (2007), www.wikipedia.com.my
Artikel majalah:
Rohaidah Mashudi, J. Sham Wahid . (Julai 2010).Fungsi bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan, Dewan Masyarakat, 26-2

Anda mungkin juga menyukai