Anda di halaman 1dari 5

Set induksi, langkah satu, langkah dua dan penutup.

Definisi refleksi pengajaran


Refleksi pengajaran ialah pernyataan yang ditulis oleh seseorang guru yang menyatakan
tentang amalan dan tingkah laku pengajaran yang telah dilakukannya. Refleksi cuba
mengupas tentang hasil, akibat dan kesan mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil
daripada itu akan terbentuklah kefahaman baru, kesedaran, keeinsafan dan perubahan
persepsi. Di samping itu juga refleksi pengajaran dapat menjadikan seseorang guru membuat
penilaian kendiri. Seseorang guru yang mempunyai pemikiran reflektif juga dapat berfikir
secara analitis, kreatif dan kritis dalam menambahbaik sesi pengajaran agar lebih bermakna.
Semasa menulis refleksi juga guru dapat melihat perkara penting supaya masalah yang timbul
dapat diselesaikan dan diubah ke arah yang lebih baik.
Perasaan sebelum dan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya
berasa bimbang kerana sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan harus
dirakamkan. Saya perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik, mengawal disiplin
murid-murid supaya mereka dalam keadaan yang terkawal. Selain itu, saya juga perlu
mengajar dengan penuh keyakinan. Segala perkara ini amat membimbangkan saya. Namun
saya dapat mengawal perasaan saya walaupun ada sedikit langkah yang saya terlupa kerana
saya sedang dirakam.
Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya berpuas hati kerana muridmurid dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya walaupun terdapat murid
yang masih terlalu aktif. Walau bagaimanapun, aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya
dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Definisi set induksi
Set induksi mempunyai pelbagai maksud antaranya, Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan
set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja
untuk tujuan-tujuan tertentu.
Set induksi juga bermaksud satu cara memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan
pengajaran amat penting kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada pelajar dan
menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya.
Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya
mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan
oleh guru mereka.
Dalam pengajaran makro Bahasa Melayu saya pada permulaan ianya berjalan lancar. Namun
kelemahan pada sesi itu ialah apabila murid tidak memberitahu tentang rasa barang yang
dipegang di dalam beg dengan jelas kepada rakan-rakan yang lain. Pada ketika itu saya
memilih murid yang berumur lima tahun yang kurang aktif. Kebaikannyaialah, murid

tersebut berasa seronok dan murid-murid yang lain dapat memberi tumpuan. Mereka rasa
tertanya-tanya apakah barang yang ada di dalam beg itu. Dengan itu guru dapat memulakan
pengajaran dengan baik dan meneruskan langkah satu dengan lebih teratur.
Dalam langkah satu saya menunjukkan carta gambar buah-buahan. Murid mudah menyebut
kerana mereka pernah melihat sebahagian daripada buah-buahan tersebut. Namun saya perlu
menerangkan mengenai buah-buahan itu tentang kegunaannya, cara memanam, cara menjaga,
cara mengupas, cara makan, warna, rasa, bentuk, kebaikan, kekurangan dan murid perlu
meneroka tentang buah-buahan tersebut supaya pembelajaran lebih bermakna. Di samping itu
juga, murid dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Dengan masa
yang singkat saya tidak dapat menyampaikan secara lebih mendalam tentang buah-buahan
tersebut dalam satu masa. Murid juga tidak akan dapat menumpukan perhatian penuh jika
masa itu terlalu panjang. Ini adalah kerana faktor usia murid yang masih kecil iaitu sekitar
lima dan enam tahun. Walaupun begitu saya boleh menyambung pengajaran tentang buahbuahan pada waktu yang lain dengan aktiviti praktikal seperti murid menanam pokok buahbuahan, menyiram, membuat rojak buah dan sebagainya. Saya perlu menunjukkan gambar
buah-buahan pada ketika itu supaya murid dapat mengingat semula tentang buah-buahan.
Pada langkah kedua pula, ia sangat penting kerana di sinilah murid belajar mengeja,
membaca dan menulis. Saya ingin memastikan semua murid saya dapat menguasai
kemahiran ini. Ia merupakan asas yang perlu dikuasai sejak di prasekolah lagi. Pada ketika
ini, murid dapat mengikuti dan memberi perhatian kepada langkah kedua saya. Namun masih
ada murid aktif yang hanya dapat memberi perhatian dalam masa yang singkat. Pada masa
akan datang saya perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang berasaskan teknologi
multimedia untuk aktiviti mengeja dan membaca. Ketika aktiviti menulis, sebagai guru saya
perlu memastikan muri d dapat menulis dengan betul. Ini memerlukan kesabaran yang tinggi
bagi memastikan objektif tercapai. Ia adalah kerana, di dalam kelas saya murid terbahagi
kepada lima kumpulan. Pertama bijak, kedua baik, ketiga sederhana, keempat lemah dan
kelima mempunyai masalah pembelajaran. Sebagai penyelesaiannya, saya perlu memantau
murid ini mengikutkumpulan mereka. Saya memberikan semua perhatian penuh mengikut
masa masing-masing. Sebagai contoh, yang bijak aktiviti lebih mencabar seperti dikehendaki
bercerita dan membantu rakan di samping peneguhan positif yang tinggi kepada mereka.
Namun murid yang lemah saya beri semangat agar mereka rajin dan rasa dihargai.
Saya juga mendapati bahawa murid berasa seronok dan aktif melibatkan diri semasa murid
belajar mengeja dan membaca. Saya juga perlu menambah baik aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan sesuatu media elektronik atau menggunakan kemudahan
komputer di dalam kelas supaya terdapat bunyi-bunyian yang menarik perhatian murid dan
murid lebih seronok belajar dengan sesuatu tayangan mengenai buah-buahan. Murid
prasekolah memang berminat dengan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai lagu,
gerakan, gambar yang berwarna-warni dan aktiviti yang menarik.
Secara jujurnya, saya kurang berpuas hati dalam aktiviti penutup. Ini adalah kerana
penyampaian saya kurang berkesan dalam masa yang singkat itu. Namun saya lihat semua
murid berpuas hati kerana mereka dapat menikmati sedikit ganjaran yang saya sediakan, di

samping mereka dapat makan semua buah-buahan yang guru bawa iaitu pada waktu
rehat. Saya juga mahu semua murid saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan di rumah
agar ada kesinambungan buat mereka ketika di rumah lebih-lebih lagi bagi murid yang
lemah. Harapan saya sebagai seorang guru agar semua murid saya berjaya di dunia dan di
akhirat. Pada keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran saya telah berjaya menambah
ilmu pengetahuan untuk anak didik saya dan perlu ditambah baik pada sesi pengajaran dan
pembelajaran seterusnya.

contoh REFLEKSI
Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik
darjah sebuah kelas prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan,
pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut.
Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad. Sistem pencahayaan
dan pengudaraan kurang baik menjadikan suasana kelas panas. Terdapat banyak hasil
kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas menjadikan kelas kelihatan
berserabut, agak padat dan sesak.
Kumpulan kami mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum
pengajaran. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan maujud dalam
kumpulan. Terdapat juga murid yang kurang berpuas hati apabila tidak dapat menyentuh
semua bahan. Dari segi penilaian, kami mendapati terdapat rekod penilaian yang tidak
dilengkapkan. Guru menggunakan corak kepimpinan autokratik dalam mengawal disiplin
murid. Kadang kala guru menggunakan suara yang agak tinggi dan sesekali menunjukkan
pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid agak takut dan sedikit pasif. Seorang murid
menangis setelah dimarahi guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan guru dapat
difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan.
Setelah selesai membuat pemerhatian, kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi
melengkapkan laporan. Kami dapati suasana kelas kurang kondusif. Walaupun guru
merancang dengan baik, keadaan fizikal bilik darjah yang sempit dan panas sedikit
sebanyak mengganggu emosi pelajar seperti tidak selesa dan berpeluh-peluh. Ini seperti
yang dikatakan oleh Marland dalam buku yang ditulis oleh Ee Ah Meng (2001) iaitu suasana
fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Susun atur
bilik darjah yang baik boleh merangsang pembelajaran murid. Murid-murid prasekolah
berminat dengan bahan maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan rakan mereka
disebabkan oleh sifat egosentrik yang ada dalam diri masing-masing. Komunikasi dan
gaya kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi murid terganggu.
Kami juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak disempurnakan boleh
menyebabkan guru sukar mengubahsuai perancangan pengajaran dan pembelajaran
berikutnya supaya bersesuaian dengan tahap murid.
Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang keperluan murid-murid
prasekolah dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah.
Berdasarkan pengurusan kelas yang telah kami perhatikan, kami berpendapat guru
prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan
mengubah susunan kerusi meja dalam kelas supaya ada ruang yang lebih luas untuk
memudahkan pergerakan murid. Bilangan hasil kerja murid perlu sesuai dengan ruang agar
tidak terlalu sesak dan ditukar ganti setiap minggu supaya dapat menarik perhatian murid.
Ubahsuaian tingkap perlu bagi mewujudkan pengudaraan yang lebih dalam kelas. Semasa
mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang
disediakan mencukupi supaya tidak menjadi rebutan murid.
Murid-murid prasekolah masih tergolong sebagai kanak-kanak yang amat gemar kepada
aktiviti permainan. Justeru guru prasekolah perlu merancang isi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berbentuk permainan untuk menarik minat murid. Semasa mengelolakan
pengajaran dan pembelajaran, arahan guru harus jelas dan tidak mengelirukan.

Hati kami tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang menangis setelah
dimarahi guru. Oleh itu kami sedar bahawa sebagai guru prasekolah kita tidak boleh terlalu
berkasar dengan murid. Sebaliknya murid-murid ini memerlukan perhatian dan kasih
sayang. Justeru, guru-guru prasekolah perlu memenuhi tuntutan tersebut agar murid tidak
rasa tertekan dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Cara ini sedikit berbeza
dengan cara menangani murid KBSR yang usianya lebih tinggi.
Guru prasekolah juga tidak boleh mengabaikan aspek
penilaian ke atas perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap pembelajaran
aktif. Perkembangan kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh
kesedaran dan tanggungjawab.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa sebagai seorang guru
prasekolah kita perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak
prasekolah.

Anda mungkin juga menyukai