Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PERKHEMAHAN

Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 3 hari 2 malam di Sk Bakar Arang, Sg Petani, Kedah. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam hal aktiviti ko kurikulum. Kami telah membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan yang mempunyai semua badan beruniform dalam satu kumpulan Disana saya belajar tentang erti semangat berpasuka. Jika kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat hidup dengan aman dan selesa disana. Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh amanah sekali. Pada hari pertama saya dah lihat bagaiman peserta-peserta bersemangat untuk menghadapi aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka. Semangat kepasukan jelas terlihat apabila mereka bekerjasama membina khemah masingmasing. Begitu juga aktiviti malam yang dijalankan suai kenal semua yang terlibat baik guru-guru, peserta-peserta mahupun fasilitator yang terlibat. Keesokannya, pelajar-pelajar Nampak begitu ceria untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan oleh guru-guru untuk memperlihatkan daya ketahanan dan sifat kepimpinan yang ada pada mereka. Aktiviti pada hari kedua berjalan dengan lancar dan menyaksikan terpapar keseronokan di wajah mereka. Segala aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama sepenuhnya dari peserta-peserta. Walaupun Nampak keletihan di wajah mereka, namun mereka tetap bersemangat menjalankan aktiviti yang diatur itu. Kemuncak pada malam terakhir ialah Malam Kebudayaan. Seramai enam pasukan yang membuat persembahan pada malam itu. Antara persembahan yang dijankan ialah Koir , menyanyikan lagu-lagu patriotik. Seterusnya,ialah persembahan sajak, sketsa, nyanyian dan dikir barat. Ternyata pada malam itu, para peserta telah menunjukkan bakat terpendam mereka.

Pada keesokannya hari, iaitu hari terakhir, Nampak sedikit pada wajah kesuraman pada para peserta, kemungkinan ini adalah hari terakhir mereka. Namun apabila masing-masing menerima saguhati dan sijil penyertaan, keceriaan kembali semula. Dari maklum balas yang diterima para peserta menyatakan yang mereka amat seronok kerana dapat menyertai perkhemahan ini, yang memberikan mereka banyak ilmu pengetahuan , menguji ketahanan mental dan fizikal serta juga memupuk sifat kepimpinan dan semangat berpasukan. Saya berharap dapat menjayakan aktiviti ini, jika diberikan kesempatan lagi.

Anda mungkin juga menyukai