Anda di halaman 1dari 10

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Dewasa ini, golongan remaja dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik. Isu yang mencetuskan
polemik dalam kalangan media massa saban hari ini pantas meniti dari bibir ke bibir. Remaja acap kali
dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonistik yang begitu cepat merebak umpama virus
epidemik. Maka, prakarsa yang pragmatik perlu diambil demi memastikan api semangat patriotik
dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi bubur.
Antara langkah dominan bagi menyuburkan semangat patriotik adalah dengan menyertai Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh kerajaan. Program yang telah dilaksanakan
sejak dua tahun lalu ini sememangnya mempunyai pelbagai maslahat yang amat berguna. Hal ini
demikian kerana tentatif program tersebut dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotik
seperti latihan kawat kaki, kursus menembak, dan aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti aktiviti ini,
pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai
murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati. Hal ini dapat memupuk
perpaduan yang merupakan elemen penting dalam semangat patriotik, bak kata pepatah, bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh.
Di samping itu, tokoh-tokoh yang berjasa dan telah banyak menabur bakti kepada negara sewajarnya
dikenali dan dihargai. Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul
Rahman Limbong dapat menjadi inspirasi dan idola para remaja. Semangat tokoh-tokoh tersebut
berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah mengalir
dalam darah para remaja dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas agar tidak menjadi lipatan
sejarah semata-mata. Para remaja perlulah mengimplementasikan semangat patriotik ke arah yang
positif seperti belajar bersungguh-sungguh, bekerja keras memajukan negara, dan memartabatkan
nama negara sehingga Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju
yang lain.
Sebagai kesimpulannya, semangat patriotik amat penting demi kelangsungan negara kita pada masa
hadapan. Tanpanya negara hanya gah pada pandangan zahir tetapi pada hakikatnya kosong dan
rapuh. Para remaja digalakkan menyertai PLKN dan membaca kehidupan tokoh-tokoh pejuang bangsa
bagi menyuburkan kecintaan kepada negara. Pendek kata, Negara Kita Tanggungjawab Kita tema
hari kemerdekaan akan direalisasikan oleh warga yang patriotik. Ayuh para remaja, hidup suburkanlah
semangat patriotik ke dalam diri kita semua !

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan


masyarakat di negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini
seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing
sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain.
Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha
untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan
semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak
mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak
mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan
memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku
sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti

kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat
patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan
dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkaraperkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid
akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam
mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di
dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari muridmurid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di
institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran
melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di
samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuangpejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan
filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat
cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di
kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari
kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di
samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai
bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu
masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpinpemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpinpemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah
selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah
dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati
ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak
dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk
dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan
datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi

individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang
memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan
dalam kalangan masyarakat.
Patriotisme

berasal

daripada

bahasa

Greek,

iaitu

patriots yang

bermaksud

fellow

countrymen, iaitu rakan senegara dan pratrice bermaksud fatherland atau country,iaitu
tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di
hadapan usaha membela tanah air . Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang
cintakan negarana dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankan negaranya.
Menurut kamus dewan dan Oxford English Dictionary mengatakan patriot bermaksud orang
yang mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan atau hak tanah air serta pembela
negara. Selain itu, maksud patriot menurut kamus New Websters Dictionary bererti orang
yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa sahaja demi untuk negaranya tercinta.
Menurut kamus dewan edisi keempat patriotisme bermaksud perasaan cinta yang
kuat terhadap tanah air. Semangat patriotisme merupakan perasaan taat setia kepada
negara ianya senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada
sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sifat
cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau
tamadun manusia. Setiap warganegara Malaysia sewajarnya perlu ada sifat cinta akan tanah
air. Masyarakat majmuk pula membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa
kaum dan suku menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Menurut J. S Furnival (1948)
masyarakat majumuk terdiri daripada berbagai kaum dan etnik yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah
sistem politik yang sama.
Semangat patriotisme sangat penting dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia yang
khususnya

mempunyai

masyarakat

majmuk.

Anak

jati

Malaysia

perlulah

berjuang

menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah

negara yang berdaulat. Patriotisme sememangnya tidak dapat dipisahkan dari kewujudan
sesebuah negara. Namun kelansungan semangat patriotism di kalangan rakyat khasnya
generasi muda tidak akan dating dengan sendirinya. Semangat patriotisme semestinya
perlu terus dipupuk sama ada secara formal mahupun sebaliknya di kalangan masyarakat
sesebuah negara khasnya negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.

Senario Semangat Patriotisme di Malaysia.

Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai patriotism telah bermula sejak daripada


sekolah rendah. Menurut Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah
(Kementrian Pendidikan ; 1994) nilai-nilai patriotisme perlu diterapkan melalui kurikulum dan
ko-kurikulum. Oleh itu subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan
Moral, Pendidikan Islam, Kajian Tempatan dan lain-lain subjek

sekolah rendah, perlu

diterapkan nilai-nilai patriotism yang disepadukan melalui topik. yang diajar. Begitu juga
melalui ko-kurikulum seperti aktiviti sukan, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Manakal
di peringkat menengahh pula, penenrpan nilai-nilai patriotism dibuat melalui subjek Sejarah,
Pendidikan Moral, Geografi, Pendidikan Islam dan subjek-subjek lain. Walau bagaimanapun,
setelah melalui proses pendidikan selama 13 tahu, ternyata

penghayatan semangat

patriotism di kalangan pelajar masih longgar dan berada pada tahap sederhana (Rizal Uzir:
2002).
Menurut pendapat Wan Zahid (1993) pula, bangsa dan negara yang kuat serta mulia
tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya yang bercorak kebendaan dan teknologi.
Maka negara harus membina kekuatan di atas asas budaya, ilmu pengetahuan, akhlak
mulia, keyakinan diri yang teguh, semngat tanggungjawab dan pengorbanan diri yang
tinggi. Oleh hal yang demikian nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada
nilai-nilai

murni,

sekiranya

dapat

diamalkan

dengan

sebaik

mungkin

akan

dapat

menyumbang kearah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Justeru, wajar

para pelajar terutamanya di peringkat menengah menjadikan nilai-nilai

patriotisme sebagai amalan atau pegangan.

Usaha individu dan masyarakat.

Penerapan Nilai Semangat Patriotisme dalam diri.


Individu juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat
patriotisme terhadap negara. Di peringkat sekolah kita dapat lihat bahawa terdapat subjek
pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan yang dapat mendorong
pemupukan semangat patriotisme dalam diri terutama pelajar. Individu perlulah mengambil
insiatif untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri mereka.
Selain itu, individu perlulah mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan mereka
sebagai

contoh

menghormati

lagu

negaraku,

menyambut

sambutan

kemerdekaan,

mempertahankan maruah negara terutamanya apabila timbul isu melibatkan negara .Dari
segi penerapan nilai. Nilai-nilai mornal juga boleh diterap dalam memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Seperti yang kita tahu
terdapat

36

nilai

yang

dipelajari

dalam

pendidikan

moral.

Oleh

itu,

kita

boleh

mengaplikasikan nilai-nilai moral tersebut ke dalam memupuk semangat patriotism. Selain


pendidikan moral, dalam sejarah juga kita boleh menerapkan nilai didalamnya.
Nilai

semangat

cinta

akan

tanah

merupakan

sifat

atau

amalan

yang

bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan kepada


Negara, bangsa dan berani serta sanggup mempertahankan Negara bangsa sedia bekorban
apa sahaja demi cinta akan tanah air.

Sambutan Perayaan Beramai-Ramai


Sambutan perayaan beramai-ramai merupakan satu wahana integrasi rakyat
pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme. Usaha ini dapat mengeratkan
silaturrahim melalui penghayatan perayaan dan tuan rumah berpeluang meraikan tetamu

yang datang dan memberikan layanan yang mesra. Majlis rumah terbuka yang diadakan
sempena sambutan perayaan ini akan membolehkan masyrakat berbilang kaum beramah
mesra sambil menikmati juadah yang disediakan bersama-sama. Melalui majlis seperti ini,
akan mewujudkan kasih sayang antara sahabat handai dan jiran tetangga seterusnya
masyarakat setempat yang berbilang kaum.
Dalam konteks, Negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat resam,
sambutan perayaan beramai-ramai menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan
dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. Semangat
dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam sambutan perayaan seperti berbudi bahasa,
menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua, bersopan santun dan bersyukur
adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa dan seterusnya
dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Oleh hal yang demikian , usaha ini dilihat sebagai satu usaha yang positif yang dapat
menaikkan semangat patriotisme antara masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia.
Semua pihak sama ada pihak swasta atau pihak kerajaan dapat perlu bekerjasama dalam
mengendalikan program sebegini untuk memastikan semangat cintakan tanah air subur
dalam diri setiap rakyat kerana integrasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan
semangat patriotisme antara rakyat.

Peranan Ibubapa.
Ibubapa merupakan individu yang akan memainkan peranan penting dalam
memupuk

semangat

patriotisme

dari

peringkat

akar

umbi

lagi.

Ibubapa

haruslah

menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak sebagai tanda wujudnya semangat
patriotisme contohnya memasang bendara jalur gemilang di rumah dan kenderaan
terutamanya apabila menjelang hari kemerdekaan. Selain itu, ibubapa juga boleh
menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak mereka melalui aktiviti riadah yang
dilakukan bersama anak-anak seperti melawat tempat bersejarah, membacakan buku
tentang tokoh kemerdekaan kepada anak-anak, menonton filem kemerdekaan iaitu filem

Hati Malaya. Aktiviti riadah yang akan memupuk semangat patriotisme dalam diri anak sejak
kecil perlulah dilaksanakan oleh semua ibubapa tidak mengira kaum di Malaysia. Seperti
pepatah ada mengatakan melentur buloh biarlah dari rebungnya jika kita mahu
melahirkan individu yang mempunyai semangat patriotisme kita perlulah pupuk nilai
tersebut dari kecil lagi kerana individu ini merupakan pemimpin negara pada masa akan
datang.

Usaha Institusi Kerajaan


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Program latihan khidmat negara telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 16 Februari
2004. Tarikh tersebut dianggap sebagai tarikh yang bersejarah dan amat bererti bagi
pengukuhan golongan remaja di Malaysia. PLKN ini dijadikan sebagai satu platform
permulaan satu agenda nasional untuk melatih remaja Malaysia supaya menjadi generasi
pewaris negara yang lebih cemerlang daripada generasi pada hari ini.
Program latihan khidmat negara dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah
digariskan iaitu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan
generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri. Program PLKN ini jelas
menunjukkan

bahawa

objektif

utama

pelaksanaannya

adalah

untuk

meningkatkan

semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Generasi muda merupakan peneraju
kepimpinan negara pada masa akan datang.
PLKN mempunyai beberape modul yang diajar kepada pelatih. Antara modul PLKN
ialah modul fizikal, modul kenegaraan, modul khidmat komuniti dan modul pembinaan
karekter. Modul kenegeraan merupakan modul yang paling penting dalam memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk. Hal ini kerana PLKN disertai
oleh pelatih daripada pelbagai jenis kaum iaitu melayu, china dan india.

Modul

kenegaraan

merupakan

sebuah

modul

yang

diaplikasikan

untuk

memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-bulding) dan meningkatkan


perasaan cinta serta pengorbanan para pelatih program kepada negara. melalui latihan
dalam

kumpulan

,jurulatih

akan

memimpin

kumpulan

untuk

mempelajari

tentang

kenegaraan yang merangkumi tanah air,rakyat,kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran


dalam dan luar negara. Tanah air pelatih akan mengenal negara dan memupuk perasaan
kasih sayang serta cinta akan tanah air, kerajaan pelatih akan memahami sistem
pentadbiran negara dan aspek rakyat pelatih akan diajar mengenai kepentingan perpaduan
kaum dan rakyat sebagai sumber pembangunan dan kemajuan negara.
Aspek kedaulatan merupakan salah satu aspek penting untuk didedahkan kepada
para pelatih. Dalam aspek ini pelatih akan mengetahui kepentingan memelihara dan
mempertahankan kebebasan dan akhir sekali aspek cabaran dalam dan luar negara jurulatih
akan menyedarkan cabaran dan ancaman yang datang dari dalam dan luar negara. Semua
aspek

dalam

modul

ini

akan

diajar

dengan

menggunakan

kaedah

lawatan,simulasi,lakonan ,dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat dan


mentafsir peristiwa.

SEMANGAT patriotisme dan cintakan negara bukanlah perkara yang mampu


timbul sendiri dalam diri setiap individu.
Ia perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil lagi, agar jiwa
mereka sebati dengan perasaan itu.
Ini adalah sesuatu yang amat penting terutama dalam kalangan generasi
muda kerana mereka perlu sedar bahawa keamanan dan kesejahteraan
negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma. Ia perlu
dibayar dengan harga yang mahal melalui peluh keringat, darah serta nyawa
pejuang negara terdahulu termasuk anggota pasukan keselamatan.
"Generasi muda tidak pernah melalui pahit getir zaman darurat, mereka lahir
dan hidup dalam era diwarisi daripada generasi sebelumnya yang terpaksa
mempertaruhkan nyawa mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan
negara.
"Mereka tidak tahu apa erti sebenar sebuah perjuangan dan pengorbanan,"
demikian dikatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam satu
pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bercakap sempena Sambutan Hari Pahlawan semalam, beliau berkata, untuk


menggilap semangat patriotik, institusi pendidikan memainkan peranan
penting dalam memupuk generasi muda agar cintakan negara.
Pupuk rasa cintakan tanah air
"Rasa cintakan tanah air dan patriotisme harus dipupuk dari peringkat awal
alam persekolahan. Disamping sistem pendidikan sedia ada, penubuhan
sekolah wawasan menggabungkan tiga sekolah iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan SRJK
Tamil dalam satu kawasan adalah inisiatif terbaik memupuk toleransi antara
kaum dalam kalangan pelajar berbilang bangsa dan agama," kata Khalid.
Bagaimanapun katanya, pendidikan awal di rumah menjadi teras utama
dalam mendidik dan memupuk semangat patriotisme dalam jiwa anak.
"Ibu bapalah pendidik utama yang memberi kesedaran dan pendedahan
mengenai pengorbanan generasi terdahulu yang berjuang untuk menuntut
kemerdekaan daripada penjajah.
"Justeru, keluarga dan golongan pendidik serta semua pihak berkepentingan
harus berusaha keras memastikan kelangsungan toleransi antara kaum dan
agama yang sedia ada dapat dikekalkan," katanya lagi.
Katanya, sebarang isu yang boleh menimbulkan kebencian antara kaum
perlu dielak pada saat toleransi antara kaum kini dalam keadaan yang rapuh.
"Umum mengetahui ada pihak yang cuba menyemai semangat perkauman
dan kebencian. Ini adalah perkara yang tidak wajar berlaku dalam sebuah
negara yang berbilang bangsa dan agama.
"Pada ketika ini, adalah amat penting untuk kita bersama-sama berusaha
keras menyemai semangat patriotisme, hormat menghormati antara kaum
dan agama serta bertolak ansur di samping mewujudkan masyarakat yang
cinta negara dan saling bekerjasama mengekalkan kedaulatan negara.
Mengulas peranan pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dalam mengekalkan keamanan negara, Khalid berkata, selepas 58
tahun merdeka, PDRM masih berdiri teguh sebagai agensi yang
bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat kekal terjamin.
Beliau berkata, PDRM terus mengorak langkah melawan pelbagai arus
perubahan zaman dan cabaran semasa untuk membuktikan mereka masih
relevan sebagai agensi keselamatan terunggul untuk menjaga keselamatan
dalam negara.
"Sikap keberanian dan pengorbanan serta nilai-nilai integriti yang tinggi
dalam setiap diri warga PDRM dalam menjalankan tugas dan amanah
dipertanggungjawabkan, sudah terbukti secara keseluruhan.
"Di sebalik tohmahan dan rintangan yang dihadapi, PDRM tetap berusaha
menjalankan amanah yang dipikul, dan sebagai bukti, situasi keselamatan
negara masih dalam keadaan terkawal, aman dan sejahtera," tambah beliau.
Justeru, beliau dan warga PDRM mahu rakyat sedar bahawa ada insan yang
terpaksa bersengkang mata tatkala orang lain lena tidur, terpaksa berpanas
berhujan, meredah hutan belantara dan lautan luas, dalam memastikan
rakyat berasa selamat dan hidup dalam keadaan aman.

"Keberanian dan pengorbanan setiap anggota PDRM dalam menjalankan


tugas tanpa mengira masa dan tenaga, menjadi teras utama dalam
memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin.
"Ada kalanya kita mengambil mudah akan kenikmatan hidup yang dikecapi
ketika ini dan sering kita terlupa bahawa keamanan yang wujud adalah hasil
jerih dan kepayahan pahlawan yang sanggup berkorban nyawa demi agama,
bangsa dan negara," kata beliau.
Ops Daulat contoh pengorbanan PDRM
Menurut Khalid, peristiwa Ops Daulat di Sabah yang mengorbankan 10 wira
negara adalah contoh terbaru pengorbanan PDRM dalam menjaga
kedaulatan negara yang diceroboh pengganas asing.
"Kebajikan keluarga dan ibu bapa wira negara itu kita jaga dengan
sebaiknya. Mereka menerima bantuan dan kemudahan sewajarnya untuk
memastikan kehidupan serta pembelajaran anak mendapat pembelaan.
"Keluarga mereka akan menerima bantuan sepanjang hayat, manakala anak
akan dibantu sehingga umur mereka mencecah 25 tahun, selain memastikan
setiap keluarga mempunyai rumah sendiri," katanya.
Khalid berkata, PDRM akan sentiasa menjaga kebajikan mereka sebaiknya,
namun mungkin rakyat yang mudah terlupa akan peristiwa itu dan gugurnya
10 wira negara yang menggadai nyawa demi keamanan negara.
Justeru, katanya Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai adalah sebaikbaik peluang untuk rakyat Malaysia menunjukkan penghargaan kepada
pasukan keselamatan.
"Kami amat menghargai usaha kerajaan menghadiahkan tanggal 31 Julai
sebagai Hari Pahlawan bagi memperingati jasa dan pengorbanan pasukan
keselamatan demi mempertahankan negara.
"Bagi saya, sambutan Hari Pahlawan sepatutnya menjadi azimat kekuatan
kepada bangsa yang menghargai erti pengorbanan dan tahu mensyukuri
nikmat keamanan kerana pengorbanan wira negara harus disanjung dan
dikenang," katanya.
Tambah beliau, jasa dan sumbangan wira terdahulu bukanlah sesuatu yang
boleh dilupakan begitu sahaja, kerana pengorbanan mereka terlalu besar
dan tinggi nilainya kepada generasi sekarang.
Beliau berkata, untuk sambutan kali ini, PDRM mengambil giliran daripada
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai hos penganjuran Hari Pahlawan
2015 yang diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 7.30 pagi.

Anda mungkin juga menyukai