Anda di halaman 1dari 14

Tugasan 2: Pelaporan Kajian Kes satu persatuan/pertubuhan di Malaysia atau

Antarabangsa

1.0 PENGENALAN

Kajian kes adalah salah satu pendekatan yang biasa digunakan kerana ia
berkeupayaan menyokong siasatan dengan lebih mendalam dan lebih terperinci untuk
setiap kes dan ia adalah perlu untuk menjawab soalan yang berbentuk bagaimana dan
mengapa. Penyelidikan kajian kes juga digunakan untuk mengkaji peristiwa- peristiwa
semasa yang berkaitan tingkah laku yang tidak boleh dimanipulasi.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN

Bagi tujuan soalan ini, saya telah memilih pertubuhan Educational, Welfare and
Research Foundation di mana ia didefinisikan sebagai salah satu kelab yang aktif bergiat
di sekitar Malaysia. Educational, Welfare and Research Foundation (EWRF) didirikan oleh
sekelompok profesional India dari bidang pendidikan, layanan sivil dan perdagangan pada
tahun 1979. Pada masa kini, EWRF memiliki 23 cabang di seluruh negeri di Malaysia.
Selama bertahun-tahun EWRF telah bekerja di peringkat mikro dan makro untuk
meningkatkan kebajikan sosial, pendidikan dan ekonomi penduduk India yang sering
dipinggirkan di Malaysia. Bagaimanapun, kejadian yang tidak diingini baru-baru ini yang
dilakukan oleh belia India di Malaysia telah menjadikan EWRF mengkaji semula
tumpuannya. Kadar keciciran sekolah telah meningkat dengan kenaikan yang sama dalam
kegiatan juvana dan jenayah dan kemiskinan dan sub-budaya kemiskinan dikenal pasti
sebagai sebab utama. Program-program EWRF direka untuk menangani tingkah laku
sosial dan tahap pendidikan masyarakat India di Malaysia.

Educational, Welfare and Research Foundation (EWRF) menyedari isu ini dan telah
memutuskan untuk menyelaraskan kegiatannya untuk mengatasinya pada peringkat awal.
Semua program EWRF dirancang sama ada untuk mengurangkan masalah yang mungkin
menyumbang ke arah keadaan. Adalah dipercayai bahawa dengan mengurangkan kadar
keciciran, kadar jenayah dalam kalangan masyarakat di peringkat kebangsaan dapat
dikurangkan juga.

1
3.0 KAEDAH DAN PENUBUHAN

Educational, Welfare and Research Foundation (EWRF) menyedari isu ini dan telah
memutuskan untuk menyelaraskan kegiatannya untuk mengatasinya pada peringkat awal.
Semua program EWRF dirancang sama ada untuk mengurangkan masalah yang mungkin
menyumbang ke arah keadaan. Adalah dipercayai bahawa dengan mengurangkan kadar
keciciran, kadar jenayah dalam kalangan masyarakat di peringkat kebangsaan dapat
dikurangkan juga. EWRF telah didaftarkan secara rasmi pada 1979 dengan YB Tan Sri
Dato Marimuthu sebagai presiden pertama. Selama bertahun-tahun inisiatif EWRF telah
memberi manfaat kepada beribu-ribu orang dari masyarakat. pada tahun 2016, sebanyak
10,000 pelajar dari 220 buah sekolah mengambil bahagian dalam program EWRF. Pada
masa ini EWRF mempunyai 16 cawangan di seluruh negara dan 4 lagi tahap informatif.
dengan lebih daripada 3000 ahli dan sukarelawan di seluruh negara.

4.0 AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

Program EWRF sedang membangunkan pemimpin-pemimpin generasi akan datang,


menyediakan dana untuk menjadikan komuniti India sebagai komuniti yang lebih baik, dan
membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan. Dan program mereka bukan hanya untuk
ahli kelab sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh EWRF. Contoh program
yang dianjurkan oleh EWRF ialah Intervensi Sivil Masyarakat (CIVIL SOCIETY
INTERVENTION). CSI komited untuk membawa peluang dan berharap kepada pelajar-pelajar
yang kurang berprestasi dari segi akademik dan sosial dari keluarga B40 di 38 daerah dengan
penduduk India yang tinggi di Malaysia. Program inovatif ini menyediakan peluang untuk
transformasi tingkah laku, membina keyakinan dan meningkatkan tahap pendidikan di
kalangan pelajar sekolah menengah yang terdedah dan berisiko terjatuh dan terjunam ke
dalam kehidupan jenayah dan juvana.

2
GAMBAR 2 MURID MENYERTAI PROGRAM CSI

GAMBAR 2 AKTIVITI DALAM PERKHEMAHAN CSI

Selain itu, program lain dianjurkan oleh EWRF ialah ‘’English For Juniors’ (E4J). E4J,
sebelum ini dikenali sebagai Program Pengayaan Bahasa Inggeris, bertujuan meningkatkan
kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan pelajar di sekolah rendah sekolah rendah jenis
Tamil. Program 20-minggu, ia memberi tumpuan kepada kemahiran lisan, membaca, menulis
dan mendengar. Pelbagai aktiviti merangsang dan berkesan digunakan untuk mendorong
pembelajaran, pemahaman dan penggunaan Bahasa Inggeris.

3
Gambar 4 Murid-murid sekolah rendah menyertai E4J

Program lain yang dijalankan oleh EWRF ialah Program Induksi Sukarelawan (Volunteer
Induction Programme). Sukarelawan adalah sokongan kritikal dalam pelaksanaan banyak
Inisiatif EWRF. EWRF dapat memobilisasi hampir 400 sukarelawan pada 2017. VIP adalah
program latihan yang digubal untuk mengajar dan membimbing bakal sukarelawan tentang
peranan mereka ketika berinteraksi dengan para pelajar di lapangan. Mereka menjadi
perantara yang berkesan dalam menjangkau para pelajar, yang pada masa akan datang akan
menjadi ahli masyarakat India yang bertanggungjawab. Dalam proses ini, sukarelawan ini
mendapat pendedahan dan kemahiran yang relevan untuk menjadi pemimpin masyarakat
yang sedar pada masa akan datang. EWRF juga menyediakan beberapa perkhidmatan iaitu
Kaunseling dan Bantuan Perubatan dan Kebajikan.

5.0 STRATEGI MENJANA KEWANGAN

Hasil daripada penilitian peribadi, EWRF mempunyai beberapa sumber kewangan kukuh
yang telah membantu pergerakan persatuan sehingga hari ini. Sumber-sumber tersebut
termasuklah yuran ahli, tabung kutipan dana serta sumbangan daripada agensi luar sama ada
secara individu mahupun sebagai wakil sesebuah syarikat. Hasil daripada sumber-sumber
kewangan tersebut telah sedikit sebanyak mampu menampung perkembangan pesat EWRF
sejak beberapa tahun kebelakangan. Strategi lain yang digunakan oleh persatuan ini adalah
melalui mencari penyumbang bagi sesuatu program yang bakal dianjurkan oleh kelab mereka.
Kebanyakan dari penyumbang yang mereka perolehi adalah dari syarikat-syarikat yang besar
dan syarikat yang mendapat wang dalam jumlah yang besar. Strategi yang digunakan oleh
mereka memang menampakkan kesan yang positif di mana ia membantu mereka untuk
meneruskan dengan pelbagai jenis program yang lebih efektif kepada para remaja.

4
6.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN

Setiap persatuan dan kelab mempunyai konsep yang sama kecuali dari segi program dan
aktiviti yang diamalkan. Terdapat persatuan lain-lain di Malaysia tetapi persatuan-persatuan
tersebut tidak mempunyai kekuatan berbanding dengan persatuan EWRF. Sebagai bukti,
EWRF mengadakan banyak program dan aktiviti yang berkesan kepada belia dan pelajar-
pelajar India. Kelab ini banyak mendapat bantuan dari segi sumber kewangan berbanding
dengan persatuan-persatuan lain. Hal ini berlaku kerana, kelab ini banyak menjalankan aktiviti
untuk komuniti India seperti yang dinyatakan dalam perancangan tahunan.

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT

Isu utama yang berbangkit terutama dalam persatuan ini ialah kewangan. Kewangan
merupakan faktor penting yang menjadi penggerak aktiviti secara kemas dan teratur.
Selalunya menjadi isu yang sensitif. Pengurusan kewangan yang baik, memberi kesan yang
baik terhadap perjalanan dan pengurusan persatuan. Dana merupakan perkara penting dalam
program sukan. Ketiadaan dana, sukar untuk melaksanakan program pembangunan sesuatu
persatuan. Ia uga menyebabkan persatuan kurang bergerak cergas.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN ANALISIS SWOT

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat ke atas kelab ini yang berkaitan
dengan strategi penjanaan kewangan kelab ini menggunakan SWOT. SWOT meliputi 4 aspek
yang utama iaitu Strength, Weakness, Opportunities dan Threats. Kekuatan strategi
penjanaan kewangan kelab ini ialah mereka mampu meraih banyak keuntungan memalui
sumbangan-sumbangan yang mereka dapati disebabkan oleh mutu perkhidmatan yang
dihasilkan oleh kelab mereka dapat digunakan sebaik-baiknya. Apabila kita beralih kepada
kekurangannya ialah kurang kesedaran para masyarakat tentang pertubuhan ini. Ada lagi
banyak golongan yang masih tidak tahu tentang kewujudan kelab seperti ini. Masyarakat juga
tidak mampu melibatkan diri dalam segala peluang yang dihasilkan oleh kelab ini iaitu
Opportunities. Kelab ini menyediakan banyak aktiviti kemasyarakatan kepada banyak orang
dan hasilnya amat ketara. Walau bagaimanapun, ancaman dalaman yang diterima oleh

5
persatuan dari segi ketidakstabilan sumber kewangan merupakan faktor yang boleh
memundurkan EWRF. Ancaman dalaman juga terjadi apabila perebutan kuasa yang berlaku
dalam kalangan pemimpin EWRF telah memecahkan struktur dalaman persatuan.

9.0 PENUTUP

Dengan melaksanakan kajian kes ini, saya dapat memahami bahawa bagi melaksanakan
sesuatu persatuan, SWOT merupakan aspek yang perlu diambil kira oleh seseorang
penasihat. Begitu juga, dengan penasihat EWRF yang melaksanakan sesuatu kelab dengan
berkesan dengan mengkaji kelebihan, kelemahan, peluang dan ancaman untuk menjalankan
sesuatu aktiviti. Akhir sekali, EWRF yang terkenal di negara Malaysia memang merupakan
pertubuhan yang amat prihatin terhadap masyarakat India. Mereka memang menyalurkan
banyak bantuan kepada masyarakat.

6
RUJUKAN

Amira, D. (2017, Mei 13). Slide Share. Retrieved from Kajian Kes:
https://www.slideshare.net/kuku2107/kajian-kes-andrewhuang
Educational, Welfare, Research Foundation . (n.d.). Retrieved from
https://ewrf.org.my/?page_id=88
Malaysia, E. (n.d.). Facebook. Retrieved from https://web.facebook.com/EWRFMALAYSIA/

7
LAMPIRAN A
IDENTITI PERSATUAN EWRF

LOGO PERSATUAN

Lambang rasmi Educational, Welfare, Research Foundation (EWRF) dicipta pada


tahun 1979 dan telah digunakan secara rasmi sehingga hari ini. Gambar di bawah merupakan
logo rasmi EWRF.

Gambar 1 Logo EWRF

MISI

Pembangunan komuniti dengan memberi kuasa kepada pelajar-pelajar yang


mencabar akademik dengan kemahiran yang relevan ke arah meningkatkan pencapaian
akademik mereka, perwatakan dan kebolehan bekerja dengan sendiri.

VISI

EWRF akan meneruskan komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan terbaik


dengan mengekalkan hubungan dan kerjasama yang kuat yang menyokong respons komuniti
India di Malaysia.

8
MATLAMAT

Matlamat utama EWRF akan mempunyai kesan positif terhadap perkhidmatan dan
program yang ditawarkan atau diselaraskan oleh bahagian dan cawangan dengan memegang
komitmen yang kuat terhadap piawaian tinggi yang mengekalkan kecemerlangan. EWRF
akan beroperasi sebagai organisasi pembelajaran, mencari maklum balas yang berterusan
mengenai prestasi yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan ahli dan peningkatan
keseluruhan organisasi.

9
LAMPIRAN B

LAMAN WEB RASMI EWRF MALAYSIA

SALURAN MENDAPAT DERMA

10
LAMPIRAN C

LAMAN FACEBOOK EWRF MALAYSIA

11
LAMPIRAN D

PERBUALAN BERSAMA NAIB PENGERUSI EWRF MELALUI WHATSAPP

12
LAMPIRAN E

SENARAI AHLI JAWATANKUASA EWRF

13
LAMPIRAN F

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN EWRF

14

Anda mungkin juga menyukai