Anda di halaman 1dari 3

Refleksi BIG

Untuk memenuhi keperluan subjek BIG, kami telah melibatkan diri dalam Kem Bina
Insan Guru (BIG) yang diadakan di Taman Negara, Kuala Tahan selama 5 hari 4 malam,
dari 8 hingga 12 Oktober. Sepanjang BIG ini, kami telah menjalankan pelbagai aktiviti
seperti kembara hutan, khidmat masyarakat, keyakinan dalam air serta membina rakit.
Selepas aktiviti BIG ini, pelbagai pengalaman yang berharga telah saya peroleh, di samping
beberapa kelebihan dan kelemahan aktiviti ini telah saya kenalpasti.

Pada pendapat saya, membina keyakinan diri guru pelatih merupakan salah satu
kelebihan aktiviti BIG. Keyakinan diri amat penting bagi guru pelatih yang bakal menjadi
pengajar pada masa depan. Melalui aktiviti seperti kembara hutan dan keyakinan dalam air,
kami dapat memupuk sifat keyakinan diri dalam menempuh sesuatu cabaran. Semasa
aktiviti keyakinan dalam air, kami berpeluang untuk membiasakan diri dalam persekitaran
air. Kebanyakan penyerta BIG sememangnya tidak biasa dalam air kerana tidak pernah
belajar berenang, ini telah menyebabkan mereka takut dalam persekitaran air di mana ini
akan membahayakan mereka sekiranya terdapat bencana air pada masa depan. Melalui
aktiviti ini, kami telah belajar beberapa teknik berapung dan berenang serta teknik
penyelamatan di air. Oleh itu, kami akan lebih yakin sekiranya menghadapi kecemasan di ari
pada masa depan.

Selain itu, BIG telah membolehkan kami memperoleh pengalaman baru yang
bisanya sukar didapati dalam kehidupan seharian. Pada hari ketiga keempat BIG, kami telah
berpeluang untuk membina rakit serta merakit. Kami telah disediakan dengan tiub tayar dan
juga buluh untuk membina rakit. Keadaan cuaca pada masa itu amat panas, kami
bekerjasama mengikat buluh dengan tiub tayar untuk membina satu rakit yang dapat
menampung sebanyak sembilan orang. Apabila rakit itu siap dibina, kami berasa amat
berpuas hati. Selepas itu, kami perlu menolak rakit tersebut ke dalam sungai lalu merakit ke
destinasi yang ditetapkan. Mula-mula saya menganggap ini tidak begitu susah kerana kami
akan merakit ikut arus sungai, tetapi saya dapat merasa kesusahannya pada pertengahan
jalan kerana aktiviti ini amat menggunakan tenaga fizikal. Kami terus merakit ke destinasi
dengan tabah walaupun keletihan. Akhirnya, kami amat berpuas hati apabila sampai ke
destinasi. Ini merupakan pengalaman yang amat bermakna kepada kami. Kata-kata
fasilitator yang mengatakan bahawa rakit itu bagaikan murid kita, dibawa ke mana
semuanya pada tangan kita juga memberi iktibar bagi saya.

Semasa aktiviti khidmat masyarakt, kami berpeluang untuk berenalan dengan


masyarakat tempatan. Aktiviti ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, iaitu
megutip sampah di Taman Negara, memasak Bubur Asyura, membersihkan dewan awam
dan melukis petak parking. Dalam aktiviti-aktiviti tersebut, kami perlu menyiapkan tugas
yang diberikan bersama dengan orang tempatan. Saya terlibat dengan aktiviti
membersihkan dewan awam. Semasa aktiviti tersebut, saya dan rakan sekumpulan saya
berpeluang untuk berinteraksi dengan orang tempatan. Mereka telah menunjukkan kami
cara merumput dengan mesin rumput serta menjolok kelapa. Kami juga bekerjasama
mebersihkan dewan awam yang amat kotor dan penuh dengan sarang labah-labah. Selepas
kerja selesai, kami minum air kelapa bersama-sama. Saya berpeluang menengok mereka
memanjat pokok lalu menjatuhkan buah kelapa yang ada pada pokok tersebut. Kami juga
cuba makan isi kelapa dengan sudu yang diperbuat daripada kulit kelapa. Melalui interaksi
serta kerjasam dengan mereka, kami telah mengeratkan hubungan silaturahim sesame
kami.

Selain itu, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti. Antara


kelemahannya ialah kemudahan air yang tidak sempurna. Sepanjang aktiviti BIG ini, kami
telah mengalami beberapa kali masalah air. Bekalan air terhad serta tidak diterima di
sesetengah bilik air. Ini telah menyebabkan kami terpaksa beratur panjang untuk mandi
dengan bekalan air yang terhad itu. Ini amat membazir masa serta tenaga kami. Untuk
menyelesaikan masalah ini, saya memberi cadangan bahawa pihak berkuasa perlu sentiasa
mengambil berat tentang masalah air serta membuat pemberitahuan awal sekiranya
mengesan masalah air yang akan mucul. Selain itu, tempat BIG pada masa akan datang
boleh ditetapkan di tempat perkemahan yang lebih dijamin bekalan airnya supaya masalah
ini tidak berlaku lagi.

Di samping itu, aktiviti kembara hutan yang kurang mencabar juga merupakan salah
satu kelemahan perkemahan BIG ini. Pada hari sebelum aktiviti kembara hutan, kami telah
dimaklumkan bahawa laluan kembara hutan akan ditetapkan sepanjang lebih kurang 20km
di mana 10km pergi dan 10km balik. Walaubagaimanapun, apabila kami sampai ke jeti, kami
telah dimaklumkan bahawa aktiviti masuk ke hutan terpaksa dibatalkan kerana kemasukan
ke hutan tersebut memerlukan bayaran tambahan. Kami hanya dapat menyeberangi sungai
dan melawat ke pusat peranginan di sana sahaja. Ini telah menjadikan aktiviti kembara
hutan tidak cukup mencabar. Kami juga kurang menimba pengalaman baru melalui aktiviti
tersebut kerana hanya berjalan ikut jalan raya sahaja. Saya mencadangkan agar tempat
perkemahan BIG yang akan datang mesti dapat membolehkan penyerta BIG masuk ke
hutan kerana ini lebih dapat melatih guru pelatih dari segi jasmani dan emosi. Lagipun,
memandangkan kami telah pun samapi ke Taman Negara, kami sepatutnya dapat menyertai
aktiviti yang hanya boleh dijalankan di Taman Negara sahaja seperti berjalan di titian kanopi
supaya perkemahan ini lebih berbaloi.
Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana aktiviti perkemahan BIG ini telah
dijalankan dengan lancer dan berjaya. Walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam aktiviti
ini, saya masih mendapat pengetahuan dan pengalaman yang amat bermakna kepada
saya. Segala masalah dan kesusahan yang saya hadapi boleh menjadi iktibar kepada saya
pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai