Anda di halaman 1dari 4

Contoh Refleksi Bina Insan Guru BIG

Dec 9, 2013 | Bina Insan Guru, Contoh Refleksi BIG, contoh refleksi bina insan guru, Kem
BIG, Perkhemahan BIG, Refleksi BIG | 0 comments
Program Bina Insan Guru, BIG, merupakan satu program wajib yang perlu dilalui oleh para
pelatih di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia. Ia bertujuan melahirkan modal insan yang
mantap dari aspek kerohanian, nilai etika, dan akhlak keguruan di samping meningkatkan daya
ketahanan dan kekuatan individu dari segala sudut; fizikal, emosi, rohani dan sosial.

Selepas pulang dari Program BIG ini, setiap pelajar dikehendaki membuat refleksi berdasarkan
aktiviti yang telah dijalankan di sana. Releksi yang baik perlu meliputi pengalaman sebelum BIG,
semasa BIG, dan semasa BIG. Di sini saya berbesar hati untuk berkongsi contoh refleksi Bina
Insan Guru yang telah di buat.
REFLEKSI KENDIRI
Puji-pujian dan syukur yang tidak terhingga saya panjatkan pada Allah, yang
telah mencurah rahmat dan nikmat. Jutaan terima kasih saya tujukan buat ibu bapa,
para pensyarah, jurulatih dan rakan-rakan yang tidak putus-putus berkongsi ilmu dan
idea sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Kem BIGberlangsung dengan baik. Banyak kenangan baru yang kami galas
pulang. Bermula dari aktiviti-aktiviti lasak di darat, di air, hinggalah aktiviti ringan
seperti LDK, memasak, berbincang dan bergotong-royong, setiap incinya tersimpan
pengalaman dan pengajaran.Berikut adalah nilai-nilai yang kami perolehi sepanjang
program BIG ini:

(1) Aktiviti Darat


Aktiviti Darat merangkumi aktiviti pemasangan khemah, Istiadat Bendera,
kawad kaki, memasak, ikatan tali paracut, ekspedisi Gua Kerbau, dan gotong-royong.

1-Pemasangan Khemah.
Semasa khemah dipasang, saya dapat melihat betapa pentingnya semangat
kerjasama sesama ahli kumpulan. Khemah tidak akan boleh dibina berseorangan.
Salah seorang perlu memegang tiang, seorang lagi mengikat tali dan ahli-ahli yang
lain perlu menarik kain bumbung dan lantai khemah supaya tidak kendur dan runtuh.

2-Istiadat Menaikkan Bendera


Istiadat Menaikkan Bendera merupakan aktiviti di mana semua peserta
perlu menyanyikan lagu dalam keadaan berdiri tegak, sambil bendera dinaikkan.
Setelah itu, ketua skuad akan memberi laporan kepada Ketua Komandan atau mana-
mana jurulatih. Melalui istiadat ini, saya dapat belajar bahawa etika dan protokol
sangat penting kerana ia adalah salah satu cara untuk mendisiplinkan diri ketika
berada di kalangan pemimpin atau orang besar.
3- Kawad Kaki.
Setiap kali berhimpun, semua peserta akan mengadakan kawad kaki dengan
diketuai oleh ketua skuad. Aktiviti ini membuatkan saya tahu bahawa setiap peserta
perlu berada dalam keadaan senang diri sewaktu sebarang taklimat dibuat. Ketua
skuad yang dilantik bergilir-gilir juga dilatih untuk membuat laporan. Ini dapat mendidik
kami supaya sentiasa menjaga etika terutamanya ketika bercakap dengan insan-
insan yang berpangkat.

4- Memasak.
Dalam sehari, kami diberi makan sebanyak empat kali. Setiap hidangan akan
disediakan oleh kumpulan yang berbeza-berbeza mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Perkara ini nampak remeh, namun, di sebaliknya saya mendapati bahawa
pentingnya kerjasama sesama sendiri ketika sesuatu lauk dimasak. Selain itu,
memandangkan bahan-bahan yang digunakan agak terhad, ia dapat melatih kami
supaya kreatif untuk mencari menu yang sesuai supaya lauk yang dimasak,
bertepatan dengan selera semua kaum; Melayu, India dan China.

5- Belajar ikatan
Dengan menggunakan tali paracut, kami sempat mempelajari empat jenis
ikatan; Bunga Geti, Buku Sila, Manok dan Tindih Kasih. Setiap ikatan ini punya
kegunaan yang berbeza. Ikatan Tindih Kasih misalannya sesuai digunakan ketika
mahu menyelamatkan mangsa lemas. Melalui apa yang kami pelajari, dapatlah kami
praktikkan simpulan-simpulan ini seandainya berlaku kecemasan.

6- Gotong-royong
Di akhir perkhemahan, kami diminta bergotong-royong membersihkan sekitar
kawasan kem. Setiap peserta mengambil bahagian dan melaksanakan tugas dengan
baik sekali. Apa yang dapat saya lihat ialah, setiap peserta perlu ada sikap rajin, dan
tolong-menolong. Perbezaan bangsa dan agama sedikit pun tidak menjadi masalah.
Buktinya, setiap daripada kami ringan tulang dan mengamalkan sikap yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

(2) Aktiviti Air


Ia terbahagi kepada dua: Water Confidence dan berkayak.
1- Water Confidence
Semasa berada di Taman Tasik Darulaman, kami diminta berendam dalam air
tasik, yang dalamnya mencecah lebih 10 meter. Ada dua perkara yang sempat saya
kutip sebagai pengalaman di sini, iaitu, yang pertama, setiap peserta perlu ada
keyakinan pada diri sendiri. Pada awalnya, saya asyik mencari-cari seseorang untuk
saya berpaut. Tetapi setelah jurulatih mengarahkan kami supaya menjarakkan
kedudukan, keyakinan saya mula bertambah kerana saya tidak perlu lagi bergantung
pada orang lain. Yang kedua, setiap peserta perlu ada sikap sabar dalam apa jua
keadaan. Sewaktu berada di permukaan air, ada satu masa, kami perlu berpasangan.
Perasaan saya yang gelisah akhirnya berjaya ditenangkan oleh pasangan saya yang
berbangsa China. Saya kagum dengan kesabarannya yang tinggi semasa melayan
karenah saya.

2- Berkayak
Aktiviti berkayak yang dijalankan menyumbang pengajaran-pengajaran
bermakna buat saya. Pertama, saya dapat mempelajari teknik memegang dayung dan
cara mendayung dengan betul. Kedua, ketika dua orang rakan dari kumpulan kami
terbalik kayaknya, kesabaran kami betul-betul teruji. Di bawah bahang mentari yang
kian terasa, kami bertungkus lumus menolong mereka hingga berjaya naik ke atas
kayak. Dari situ, saya mendapati peri pentingnya sikap sabar dan semangat
berpasukan pada setiap ahli kumpulan, kerana tanpa kedua-dua sifat ini, mungkin
dua orang rakan kami tadi boleh lemas.

(3) Latihan Dalam Kumpulan


Aktiviti ringan ini walaupun hanya berlangsung di atas lantai dewan, ia tetap
memberi saya pulangan berharga. Ice breaking yang diadakan pada hari pertama
berjaya mengikat hati-hati kami untuk lebih akrab. Jauh dari itu, kemesraan juga
terjalin sesama ahli-ahli kumpuulan yang lain dengan adanya interaksi dua hala ketika
sesi pembentangan. Jati Diri 1 dan 2 yang diadakan pada hari kedua juga tidak
kurang hebatnya. Kisah Cikgu Sunan begitu terkesan di hati dan mengajar kami
tentang pentingnya sikap prihatin terhadap anak murid bagi seorang guru yang baik.

Rumusan Keseluruhan

Secara keseluruhan, saya secara peribadi merasakan bahawa program yang


kami jalani ini telah berjaya dilaksana. Melalui semua aktiviti yang kami sertai
samaada di darat ataupun di air , dapatlah saya rumuskan bahawa program ini amat
mendidik saya menjadi seorang yang berdisiplin berpatutan dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang menuntut para guru supaya menjaga tingkah laku dan etika
perguruan walau di mana pun berada. Selain itu, program ini juga mengajar saya
supaya bijak membahagi dan menepati masa. Program BIG yang disertai oleh tiga
kaum yang berbeza ini membuatkan saya banyak belajar budaya baru di samping
dapat mengukuhkan tali persaudaraan dengan mereka. Sikap toleransi dan hormat-
menghormati juga secara tidak langsung tersemai dalam hati saya dan rakan-rakan
melalui setiap aktiviti yang dilakukan. Sesungguhnya program Kem BIG yang
dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini sangat praktikal dan memberi
banyak imbuhan kepada para pesertanya hingga sukar untuk saya mencari
kelemahan. Justeru saya berharap program umpama ini akan diteruskan supaya
setiap bakal guru akan melengkapkan diri bukan sahaja dari segi mental, tetapi juga
dari segi ketahanan fizikal.

Anda mungkin juga menyukai