Anda di halaman 1dari 2

BAB 1

SEMANTIK DAN LINGUISTIK

Definisi

Semantik Linguistik
 Semantik ialah kajian yang berkaitan  Linguistik ialah kajian bahasa secara
dengan makna kata dan ayat dalam santifik
sesuatu bahasa.  Istilah linguistik berasal daripada
 Kajian ini menumpukan pada aspek perkataan Latin lingua yang
makna bentuk linguistik dan membawa maksud 'bahasa'.
hubungannya dengan konteks.  Lingusitik berkait rapat dengan ilmu
 Semantik juga merupakan salah satu morfologi dan sintaksis.
bidang linguistik sama seperti
morfologi dan sintaksis.
 Namun begitu, semantik adalah
berbeza dengan sintaksis kerana
semantik mengkaji makna manakala
sintaksis mengkaji struktur bagi
sesuatu ayat.

Kaitan ilmu semantik dan linguistik

1. Proses linguistik dan ilmu semantik


- Melalui proses linguistik seperti akronim, pengimbuhan, penggandaan dan
pemajmukan, Bahasa Melayu telah mempunyai makna yang banyak dan berbeza-
beza.
- Contohnya, makna kata ‘main’ berbeza daripada ‘permainan’ dan ‘pemain’ apabila
diberi imbuhan.
- Contoh lain dapat dilihat melalui proses penggandaan. ‘langit’ berbeza dengan
‘lelangit’.
- Ini jelas menunjukkan semantik berkait rapat dengan ilmu linguistik.
2. Ilmu semantik dan tatabahasa
- Dalam Bahasa Melayu, rumus tatabahasa yang tepat sahaja tidak cukup untuk
membuktikan sesuatu ayat atau ujaran itu tepat. Sebaliknya, ilmu semantik juga perlu
diambil kira.
- Sebagai contoh, Baju kemeja tertidur di atas sofa. Ayat yang dicondongkan mungkin
betul dari segi rumus tatabahasa (mempunyai subjek dan predikat). Namun, dari segi
makna atau semantik ianya tidak tepat dan tidak logik.
- Hal ini kerana, kata kerja tertidur adalah untuk kata nama yang hidup dan frasa nama
baju kemeja bukan sesuatu yang hidup.
3. Sejarah linguistik dan semantik
- Ilmu semantik juga telah mengalami perubahan makna mengikut perubahan masa,
teknologi dan hubungan sosial dalam masyarakat.
- Perubahan makna telah berlaku sama ada dari segi perluasan makna atau
penyempitan makna.
- Perluasan makna misalnya berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung makna
tertentu memiliki makna-makna yang lain.
- Contohnya saudara:
- Justeru sejarah bahasa ini telah direkodkan dalam kamus bagi tujuan penggunaan
bahasa dan pengkaji bahasa.

orang yang sama


ayah dan ibu

orang yang
saudara
beragama islam

bentuk panggilan
untuk orang yang
baru dikenali

Kesimpulannya sebagai penutur, pilihan kata perlulah sesuai dengan konteks dan ilmu
semantik amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang betul dalam
perbualan. Kajian ini juga menjelaskan dari sudut linguistik iaitu makna kata, frasa dan ayat
,masing-masing mempunyai makna yang berbeza dan melihat bagaimana hubungan antara
makna penutur dan makna ujaran yang dapat diketahui dengan bantuan konteks pertuturan
yang diujarkan.

Anda mungkin juga menyukai