Anda di halaman 1dari 25

PERIBADI KREATIF

Biasanya insan seni amat berhati-hati: sentiasa menghalusi,


sentiasa menilai, rajin berwaras dan bersabar mengeram
sesuatu sebelum mencernanya menjadi karya seni.
Seniman adalah petani seni yang berfikir, di samping cepat
tersentuh oleh sesuatu angin peristiwa atau ribut
pengalaman.

Sasterawan Negara A. Samad Said


Maksud Peribadi
Menurut Kamus Dewan edisi keempat muka surat
1184
Peribadi maksudnya manusia sebagai diri sendiri

Maksud Kreatif
Menurut Kamus Dewan edisi keempat muka surat 828
Kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan
asli
Pandangan Herbert Mead
“Dari semasa ke semasa akan muncullah seorang
yang istimewa sifatnya: istimewa kerana dia
mempunyai pandangan dunia yang khusus dan
mempunyai cara yang khusus pula membentangkan
pandangan dunia yang khusus itu sehingga
mendorongnya mencipta sesuatu yang unik”
Pandangan Barron (1968)
Penulis kreatif mempunyai kecerdasan yang tinggi,
mengambil berat tentang aktiviti intelektual , suka
akan kebebasan, memiliki kebolehan bertutur yang
tinggi, cenderung pada pelbagai cabang seni,
tertarik dengan persoalan falsafah, bercita-cita
tinggi, minat yang banyak, tidak mahu terikat
dengan mana-mana fikiran atau pendapat, suka
berterus terang, nampak risau, cepat bertukar
watak, lebih mudah berubah daripada orang biasa
dan suka memencilkan diri.
Manusia kreatif maksudnya mempunyai sifat
tertentu seperti kecerdasan yang tinggi,
kuasa menolak tradisi, mempunyai emosi
yang stabil, matang, tenang dan realistik
dalam menanggapi kehidupan, suka
mengasingkan diri dan banyak bermenung,
gemar menganalisis diri sendiri.
George F. Kneller dalam bukunya
The Art and Science of Creativity
11 sifat dominan individu kreatif:
1. Kecerdikannya
2. Kewaspadaan , kesedaran atau sensitif.
3. Lancar dari segi berfikir dan berkomunikasi
4. Mudah dilentur atau mudah berubah
5. Asli dari segi idea, memancarkan sikap dan
kaedah bertindak balas.
6. Mempunyai daya, menambahkan sesuatu
supaya menjadi lebih baik dan pelbagai guna.
7. Gemar mempersoalkan sesuatu atau tetap
meragui selagi belum pasti kebenarannya.
8. Tabah, tekun, ‘berkeras’, dalam masa yang lama dan
berterusan.
9. Mempunyai humor yang tinggi iaitu kebolehan
memberi reaksi secafra spontan dan menjadikan
kaedah ini sebagai penyalur perasaan yang berkesan.
10. Tidak mahu sama dengan orang lain , tidak mahu
patuh pada kebiasaan, tidak gemar budaya yang
mengikat.
11. Mempunyai keyakinan diri.
Pendapat John W. Haefele dalam bukunya Creativity
and Innovation ialah
KREATIVITI DAN INOVASI DILIHAT DARI EMPAT SUDUT.
1.Hubungan dengan orang lain.
a)Tidak suka bergaul
b)Tidak mempunyai banyak kawan
c)Berdikari
d)Berkuasa atau berpengaruh
e)Tegas, tekun, berani dan tabah.
f)Kurang berminat pada hubungan peribadi
g)Tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa
h)Tidak mahu terikat pada mana-mana penilaian
i)Mempunyai sahsiah konvensional
KREATIVITI DAN INOVASI DILIHAT DARI EMPAT SUDUT.
2. Sikap terhadap kerja
a)Lebih menyenangi idea dan benda daripada manusia
itu sendiri.
b)Mempunyai kecenderungan yang tinggi pada minat
intelektual.
c)Kurang memberi penekanan atau bersifat main-main
pada kepentingan kerja.
d)Kurang menyenangi kerja rutin sebaliknya suka
dengan kerja yang melibatkan keperincian.
e)Mempunyai tahap penyesuaian diri yang tinggi.
f) Suka mempersoalkan sesuatu sehingga rasa curiga
dan was-wasnya terjawab.
g) Cermat, teliti dan kritis.
h) Jujur, mementingkan maruah diri
i) Berkebolehan ‘mempermainkan sesuatu unsur,
mampu membuat dirinya diuji kaji, dalam usaha
untuk memperoleh sesuatu jawapan
j) Mempunyai toleransi yang tinggi pada sesuatu yang
kabur, atau gemar mengkaji sesuatu yang tidak
jelas.
k) Tekun dan tabah dalam jangka masa yang
berterusan dan lama.
l) Menekankan nilai teori
3. SIKAP PADA DIRI SENDIRI
a) Suka menyelidik diri sendiri, mementingkan diri dan
asyik dengan dunianya sendiri.
b) Terbuka pada pengalaman baharu.
c) Mempunyai kesedaran diri yang tinggi.
d) Mempunyai kematangan dalaman intrapersonal.
e) Mempunyai kekuatan ego yang besar, peribadi
yang kukuh.
f) Mudah dan cepat menunjukkan tindak balas emosi
g) Mempunyai kedudukan emosi yang goyah
h) Kurang mempunyai penerimaan diri iaitu sentiasa
mahu mencapai kejayaan yang lainnya setelah
berjaya.
4. SIFAT LAZIM YANG LAINNYA
a) Spontan dan mempunyai perasaan atau minat yang
kuat pada sesuatu.
b) Degil dan sombong
c) Asli tidak suka meniru
d) Suka meneroka aktiviti baharu
e) Mudah teransang mudah radang
f) Kuasa memaksa
g) Mempunyai perwatakan yang kompleks
h) Mudah simpati
Menurut Ainon Muhammad dan Abdullah Hasan dalam
bukunya: Teknik Berfikir: Konsep dan Proses
1. Mempunyai jiwa yang merdeka, tidak suka
dikongkong, tidak suka terikut-ikut, tidak peduli
dengan kritikan orang lain.
2. Mereka tidak memerlukan pengiktirafan, pujian
atau ganjaran kerana mampu memuji dan
mengkritik diri sendiri.
3. Berani membuat keputusan, sedia
bertanggungjawab pada risiko atas keputusan yang
diambil, tidak suka akan undian atau akur pada
tekanan luar.
4. Bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan
bahawa mereka kadang kala tidak rasional. Oleh itu
mereka bersikap toleransi terhadap kritikan orang
lain.
5. Peribadi mereka stabil iaitu tidak berubah hanya
kerana tekanan kuasa luar.
6. Berminat terhadap seni dan berjiwa halus.
7. Berperangai dominan dan tegas , tidak suka
menjadi pengikut dan kecewa apabila orang lain
tidak mengikut aliran pemikirannya.
8. Jiwanya lebih kompleks, sukar difahami oleh orang
lain.
9. Mudah menerima hakikat kelemahan dan
kekurangan diri.
10. Panjang akal, tidak mahu menerima jawapan tidak
dan akan terus berusaha.
11. Berani dan suka mencuba perkara yang baharu dan
mencabar.
12. Berjiwa radikal , berani mencabar perkara pokok
dan tidak takut menongkah arus.
13. Dapat mengawal diri sendiri.
14. Berkemungkinan besar menjadi introvert, banyak
bercakap dan berhujah dengan diri sendiri.
KAJIAN YANG DIJALANKAN TERHADAP INDIVIDU
YANG BELUM PERNAH MENULIS
Manusia selalu memberikan alasan bahawa saya
kurang kreatif tetapi sebenarnya alasan-alasan yang
diberikan itulah yang menjadikan mereka tidak
kreatif.
Menurut Drevdahl (1956) manusia yang tidak pernah
menulis berada di bawah paras kreatif, hal ini
menjadi mercu tanda atau sistem penghakiman
dalam menilai samaada mereka telah berjaya
mengharungi segala tahap dan tuntuan sampingan
yang lazim atau sebaliknya.
Responden yang dipilih ialah pelajar-pelajar
universiti yang mempunyai kebolehan intelektual
yang diandaikan dapat membantu proses pemikiran
kreatif. Pandangan profesor mereka juga diambil
kira. Responden dikaji dari aspek seni dan sains.
Guildford (1957) – mengkaji dari aspek emosi,
motivasi, kefasihan, keaslian dan sifat fleksibel.
Hasil kajiannya terdapat pertalian yang positif dan
negatif. Positifnya dari sudut pertalian antara
kefasihan pertuturan dengan keperluan kebebasan,
negatifnya kefasihan pertuturan dengan sifat akur.
Responden tadi gemar pada ‘kesamaran’ ,
kebebasan, tidak mahu terikut-ikut selagi belum
mempertimbangkan sesuatu, tidak peduli pada
pelbagai sistem dan peraturan yang dicipta oleh
manusia, percaya pada diri sendiri dan akhirnya
mempunyai displin kerja dan aturan hidup yang
ketat.
Akibat mempunyai sikap-sikap seperti di atas, maka
mereka kelihatan terasing dan serius.
RUMUSAN
Insan yang diramalkan menjadi individu kreatif
tidak jauh berbeza dengan insan kreatif. Faktor
penting seseorang itu mestilah tahu apa yang
dikehendakinya menetapkan satu cita-cita dan
hulu tuju dan tidak jemu-jemu mencuba.
Kata-kata Anthony Robbins ; Thomas Elva Adison
menempuh kegagalan sebanyak 9,999 kali
sebelum berjaya mentol lampunya.
RUMUSAN
Semua insan boleh berjaya jika berjaya
memecahkan ‘ mental block’ dan berjaya
menukar perkataan ‘main-main’ menjadi
manifestasi sikap, suka mencuba, menimbang dan
membuat keputusan tentang sesuatu.
KUMPULAN 2
AHLI KUMPULAN
PN LIZA BT MD YATIM
PN NAWABIYATON BT ZAINON
PN NOR HANIAH BT ABD RAHMAN
PN NOR AZIAH BT YUSUF

Anda mungkin juga menyukai