Anda di halaman 1dari 27

ANALISIS

SKRIP DRAMA
BAWANG MERAH BAWANG PUTIH
ISI KANDUNGAN
WATAK &
TEMA &
SINOPSIS PERWATAKA
PERSOALAN
N

PLOT &
LATAR
GAYA STRUKTUK
TEMPAT &
BAHASA DRAMALISTI
MASA
K
D

PEMIKIRAN AKSI
D
D
SINOPSIS
Kisah ini menceritakan si suami, Pak
Labi yang beristeri dua iaitu Mak Kundur dan
Mak Labu. Pak Labi telah berkahwin dengan
Mak Kundur selama 12 tahun namun, tidak
dikurniakan cahaya mata. Setelah Pak Labi
berkahwin dengan Mak Labu, akhirnya
kedua-dua isterinya mengandung. Setelah
sembilan bulan kandungan, Mak Kundur dan
Mak Labu melahirkan dua orang puteri yang
dinamakan Bawang Putih dan Bawang
Merah. Bawang Putih merupakan puteri
kepada Pak Labi dan Mak Kundur manakala
Bawang Merah adalah puteri kepada Pak
Labi dan Mak Labu.

Keluarga ini hidup bahagia sehinggalah


suatu hari Pak Labi telah disengat ikan
sembilang lalu meninggal dunia. Sejak hari
itu, Mak Labu dan Bawang Merah sering
menyiksa Mak Kundur dan anaknya, Bawang
Pada suatu hari, Mak Labu dan Bawang Merah
memikirkan idea untuk menyingkirkan Mak Kundur.
Ketika Mak Kundur sedang mencuci pakaian di
sebuah telaga, Mak Labi telah menolaknya jatuh ke
dalam perigi lalu meninggal dunia. Sejak hari tu,
Mak Labu dan Bawang Merah menyiksa pula
Bawang Putih. Dia disuruh melakukan kesemua
kerja rumah. Pada suatu malam, Bawang Putih
bermimpi bahawa dia didatangi ibunya, Mak Kundur.
Ibunya menceritakan peristiwa dia ditolak oleh Mak
Labu dan menyuruh Bawang Putih untuk ke telaga
dan membawa nasi melukut dan sayur keladi.
Disebabkan terlalu rindu akan ibunya, Bawang Putih
melakukan pesanan Mak Kundur itu pada keesokan
hari.

Ketika Bawang Putih menemui ikan kaloi yang


merupakan ibunya, tanpa disedari perbuatannya
diperhatikan oleh Bawang Merah. Bawang Merah
terus memberitahu Mak Labu lalu mereka
merancang untuk menangkap ikan kaloi tersebut.
Mereka berdua sangat kejam dengan memasak ikan
kaloi itu lalu diberikan kepada Bawang Putih untuk
dimakan. Bawang Putih makan dengan sangat
Sesudah makan, dia teringat akan ibunya lalu
pergi ke telaga sambil membawa nasi melukut dan
sayur keladi. Namun, ikan kaloi iaitu ibunya tidak
muncul. Tiba-tiba, terdapat suara ghaib mengatakan
ikan kaloi itu telah ditangkap oleh ibu dan kakak
tirinya dan dimakan oleh Bawang Putih sebentar tadi.
Bawang Putih sangat terkejut lalu berlari menuju ke
hutan kerana terlalu sedih.

Di dalam hutan, Bawang Putih menaiki buaian


sambil menyanyikan lagu kerana terlalu rindu akan
ibunya. Suaranya sangat merdu. Pada masa yang
sama, Sultan Indera Iskandar serta hulubalang-
hulubalangnya sedang berburu di hutan dan
terdengar akan nyanyian Bawang Putih itu. Baginda
sangat tertarik akan suara tersebut lalu berhasrat
untuk menjadikan pemilik suara itu sebagai
permaisuri baginda. Keesokan harinya, Sultan Indera
Iskandar bersama-sama hulubalang memeriksa
semua rakyat termasuklah Mak Labu dan Bawang
Merah. Mak Labu telah menipu baginda dengan
mengatakan suara merdu itu milik Bawang Merah.
Namun, mereka telah dihukum kerana menipu lalu
Sultan Indera Iskandar menemui pemilik sebenar
TEMA
Kegigihan seorang wanita dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan daripada keluarga
tirinya.
PERSOALAN
o KEKEJAMAN IBU TIRI TERHADAP
Ini ANAK TIRI melalui perbuatan Mak Labu yang
dapat dilihat
bersekongkol dengan anaknya Bawang Merah
untuk menyeksa Bawang Putih. Bawang Putih
disuruh melakukan semua kerja rumah.
o KASIH SAYANG ANAK TERHADAP
Ini IBUNYA
digambarkan melalui perbuatan Bawang Putih
yang sentiasa ke telaga untuk berjumpa dengan
ibunya. Dia turut membawa makanan untuk
ibunya iaitu nasi melukut dan sayur keladi.
o KEPATUHAN RAKYAT TERHADAP
Ini KEDAULATAN RAJA
dibuktikan melalui tindakan Mak Labu dan
Bawang Merah yang sanggup dihukum kerana
menipu Sultan Indera Iskandar.
o KEPERCAYAAN MASYARAKAT
Ini TERHADAP BOMOH
jelas ditunjukkan apabila Mak Kundur
memanggil Pawang Bobolian untuk mengubati Pak
Labi yang disengat ikan sembilang. Bomoh itu
juga turut menggunakan ilmu-ilmu jin.
Watak
Perwatakan
WATAK PERWATAKAN
Bawang Merah • Anak Pak Labi dan Mak Labu
• Kakak tiri Bawang Putih
• Licik, jahat
• Benci Bawang Putih
Bawang Putih • Anak Pak Labi dan Mak Kundur
• Adik tiri Bawang Merah
• Cantik, penyabar, lembut, pandai menyanyi
• Selalu didera oleh Mak Labu dan Bawang Merah
Mak Labu • Isteri kedua Pak Labi
• Ibu Bawang Merah
• Benci Mak Labu
• Disumpah menjadi katak pisang
Mak Kundur • Isteri pertama Pak Labi
• Ibu Bawang Putih
• Kecewa dengan sikap suaminya yang ingin berkahwin lain
• Selalu didera oleh Mak Labu dan Bawang Merah
• Berubah menjadi ikan kaloi setelah mati
Sultan Indera Iskandar • Sultan negeri Indera Pura
• Lelaki tampan
• Terpikat dengan Bawang Putih
Pak Labi • Suami Mak Kundur dan Mak Labu
• Ayah Bawang Merah dan Bawang Putih
• Rajin bekerja
Pawang Jidun • Pawang terkenal di kampong
• Merawat Pak Labi ketika disengat ikan sembilang
Pawang Bobolian • Mempunyai seekor jin
• Pawang kedua yang merawat Pak Labi
Jin Pawang Bobolian • Jin milik Pawang Bobolian
• Setia mengikut Pawang Bobolian
Datuk Menteri • Pengiring Sultan Indera Iskandar
• Menurut perintah Sultan untuk mencari pemilik selendang
Hulubalang 1 • Hulubalang Sultan Indera Iskandar
• Mengikut Sultan Indera Iskandar berburu ke hutan
Hulubalang 2 • Hulubalang Sultan Indera Iskandar
• Mengikut Sultan Indera Iskandar berburu ke hutan
Pembantu Pawang Jidun • Pembantu kepada Pawang Jidun
• Membantu Pawang Jidun merawat Pak Labi
Latar Masa &
Tempat
Latar Masa
Pagi
01
Senja
02
Malam
03
Petang
04
Latar Tempat

Sungai • Rumah Pohon Beringin


• Rumah Pawang

Perigi Istana
Gaya Bahasa
RITMA/IRAMA
(Alunan lembut dan keras bunyi
yang berulang secara teratur, PERSONAFIKASI
imbangan kata dalam baris, dan • Bawang Putih menangis sekuat-kuat
panjang pendek baris sebuah hatinya
sajak. Keharmonian bunyi dan
susunan kata dalam karya puisi.

• Contoh :
Wahai perigi INVERSI (Pembalikan
Perigi airnya biru kata/ayat/rangkai kata)
Tempat bermain • Dalam tidurnya dia bermimpi
Bermain pari dan mambang
Mohon izinkan
Hamba merayu ibu
Izinkan hamba merayu ibu
Bagi penawar
Hatiku yang bimbang
Wahai bonda
Ibu kandungku
SINKOPE (Singkatan bagi sesuatu
perkataan
• Pak Labu – “Apabila dah berbin dua
ni, kenalah cari rezeki lebih”
APIFORA (Perulangan perkataan di
akhir baris yang sejajar/berturutan)

• Pak Labi – “Bini dua, anak pon dua”


Plot & Struktur
Dramalistik
RINGKASAN PLOT

BABAK 1 BABAK 2 BABAK 3


Monodrama semua Pak Labi disengat ikan Mak Kundur ditolak ke
watak sembilang dalam perigi

BABAK 5 BABAK 4
Sultan mencari Bawang Bawang Putih diseksa
Putih oleh Mak Labu dan
Bawang Merah
BABAK 1
Pak Labi masuk pentas dengan
iringan lagu “Madu Tiga” dan
memperkenalkan perwatakannya. Pak
Labi undur ke belakang pentas dan kaku.
Mak Kundur pula masuk pentas dan
memperkenalkan perwatakannya lalu
berundur ke belakang pentas dan kaku.
Monodrama diteruskan lagi oleh Mak
Labu, Bawang Putih dan Bawang Merah.
BABAK 2
Pak Labi membawa joran dan bakul Mereka berusaha pula untuk
untuk memancing di sungai. Bawang mendapatkan Pawang Bobolian dan
Putih mengikut bapanya sambil jinnya. Pawang Bobolian memberitahu
membawa mangkuk bertingkat. Bawang bahawa susah untuk mengubati Pak Labi
Putih mengajak bapanya untuk makan kerana dia disengat ikan sembilang
bersama-sama. Tiba-tiba, Pak Labi yang berpenunggu. Pawang Bobolian
disengat oleh seekor ikan sembilang meminta 50 Ribu Juta Rupiah untuk
yang baru sahaja tersangkut pada mata mengubati Pak Labi.
kailnya. Bawang Putih dengan cemas Walaubagaimanapun, Pawang Bobolian
memapah bapanya pulang ke rumah. gagal menyelamatkan Pak Labi dan
Mak Labu sangat terkejut lalu akhirnya Pak Labi meninggal dunia.
memanggil Pawang Jidun yang terkenal
di kampungnya untuk mengubati Pak
BABAK 3
Pada suatu hari, Mak Kundur pergi
ke perigi untuk mencuci pakaian. Tanpa
dia sedar, Mak Labu dan Bawang Merah
sedang merancang untuk
menghapuskannya. Mak Labu berpura-
pura ingin membantu Mak Kundur
membasuh pakaian lalu menolak Mak
Kundur jatuh ke dalam perigi. Mak Labu
dan Bawang Merah ketawa terbahak-
bahak lalu meninggalkan Mak Kundur
dalam perigi itu. Akhirnya, Mak Kundur
mati kelemasan.
BABAK 4
Bawang Putih sedang mengemas Bawang Merah terus berlari pulang
rumah sambil memikirkan keberadaan ke rumah dan mengadu kepada ibunya.
ibunya yang masih tidak pulang. Tiba- Mereka terus membawa sekepal nasi
tiba, Bawang Merah melemparkan baju- melukut dan sayur keladi ke tepi perigi
bajunya ke arah muka Bawang Putih itu. Bawang Merah terus bergurindam
dan menyuruhnya mencuci baju-baju walaupun suaranya tidak sesedap
itu. Bawang Putih menangis kesedihan Bawang Putih. Seketika kemudian, ikan
lalu tertidur. Dia bermimpi ibunya itu timbul. Mereka terus menangkapnya
menceritakan segala perkara yang dan dibawa pulang untuk digoreng.
terjadi dan menyuruhnya membawa Mereka memberikan ikan itu kepada
sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Bawang Putih. Dia makan ikan itu tanpa
Bawang Putih tersedar daripada tidur menyedari bahawa itu adalah ibunya
lalu membawa makanan tersebut ke sendiri. Tiba-tiba satu suara ghaib
tepi perigi. Dia memanggil-manggil muncul yang menyuruhnya menanam
ibunya sambil bergurindam. Ikan kaloi tulang-tulang tersebut. Bawang Putih
terus muncul sebaik sahaja mendengar menangis kesedihan lalu berlari menuju
gurindam itu. Tanpa dia sedari, Bawang buaian pohon berangin. Dia menyanyi
Merah menyaksikan segala kejadian sehingga menarik perhatian Sultan
yang berlaku. yang kebetulan lalu di situ. Selendang
BABAK 5
Keesokannya, Sultan dan
pengiringnya mencari Bawang Putih
berpandukan selendang yang
ditinggalkan. Apabila tiba di rumah Mak
Kundur, dia menipu Sultan dengan
memberitahu bahawa Bawang
Merahlah yang baginda bertemu
semalam. Sultan menguji Bawang
Merah dengan menyuruhnya menyanyi.
Suara sumbang Bawang Merah telah
membuka mata Sultan bahawa Mak
Labu dan Bawang Merah telah
menipunya. Mak Labu memohon ampun
kepada Sultan dan memanggil Bawang
Putih yang sebenar. Baginda sangat
murka lalu menyumpah Mak Labu
menjadi seekor katak pisang. Sultan
terus melamar Bawang Putih untuk
mengahwininya.
Pemikiran
PEMIKIRAN CONTOH

Kerajinan seorang ayah mencari rezeki untuk Pak Labi mencari ikan di sungai untuk menyara
keluarga keluarganya. (babak 2)

Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya Bawang putih membawa nasi melukut dan sayur
keladi kepada ikan kaloi setiap hari. (babak 4)

Kesetiaan seorang pengikut kepada ketua Datuk Menteri menurut perintah Sultan Indera
Iskandar untuk mengahwini Bawang Merah.
(babak 4)
Perbuatan jahat akan mendapat balasan Mak Labu telah disumpah menjadi katak pisang
dan Bawang Merah dipaksa berkahwin dengan
Datuk Menteri kerana perbuatan jahat mereka.
(babak 4)

Iri hati membawa kebinasaan Mak Labu dan Bawang Merah telah menolak Mak
Kundur sehingga jatuh kerana sikap iri hati
mereka. (babak 3)
Aksi
AKSI PAWANG BOBOLIAN MENJAMPI PAK LABI
• Kesan Bunyi : Lagu Ulik Mayang
• Mengumat ngamit sambil mengeleng-geleng kepala dengan mata terpejam
• Asap berkepul-kepul setelah diletakkan kemenyan

AKSI PERGADUHAN BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH


• Melempar baju kepada Bawang Putih “Ambil ni, pergi basuh baju aku. Basuh cuci-cuci.”
• Bawang Merah ketawa mengilai-ngilai
• Bawang Putih merayu dengan menangis teresak-esak “Kak Merah, Putih penat! Kasihanilah Putih! Sampai hati
Kak Merah buat Putih macam ni.”
• Penggunaan suara lantang dan sinis. “Rupa tak cantik! Comot! Ada hati nak pakai kalung cantik begini! Ha Ha
Ha”

AKSI DI BAWAH POHON BERINGIN


• Wajah sebak dan pilu “Ibu! Ibu! Putih rindukan ibu”
• Sambil berbuai, Bawang Putih menyanyi
• Bersuara lunak dan merdu
• Berlari meninggalkan buaian tanpa menoleh ke belakang
• Sultan memanggil Bawang Putih beberapa kali “tuan hamba! tuan hamba!”
• Selendang Bawang Putih diambil dan dicium Sultan
SEKIAN,TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai