Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Budi bahasa merupakan budaya kita. Semenjak dahulu kala, kita telahpun diajar untuk
berbudi bahasa, bukan sahaja terhadap orang tua, malah kepada rakan-rakan dan mereka yang
lebih muda daripada kita. Terdapat banyak pendapat-pendapat mengenai budi dan bahasa
daripada pelbagai tokoh, tidak kira tokoh dari Malaysia serta negara barat. Budi bahasa juga
mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kepentingan dan kebaikan kepada rakyat serta
negara Malaysia.
2.0 Konsep Budi Bahasa

Menurut Yaakub Isa, 1997 dalam Kamus Bahasa Melayu Klasik, budi ialah kebajikan,
kesopanan, adat dan perangai yang baik. Manakala bahasa merupakan penyatuan sistem
lambang, bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan untuk menyatakan fikiran, perasaan dan
maksud dalam lingkungan satu kelompok manusia. Menurut Amdun Husain et. all, 2007 dalam
Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, budi mempunyai banyak makna. Antaranya ialah akal fikiran
sebagai alat untuk menimbang mana yang buruk dan mana yang baik, kepandaian dan
kecerdikan. Selain itu, cara seseorang melayan orang lain, tabiat dan tingkah laku atau kelakuan
orang yang baik. Bahasa pula merujuk kepada lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran.
Contohnya, Bahasa Melayu. Selain itu, kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan
digunakan seseorang dalam percakapan atau tulisan dan seterusnya kelakuan yang baik. Budi
bahasa merujuk kepada adat sopan santun dan kesopanan. Lazimnya budi bahasa merujuk
kepada tutur kata , kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan
kebajikan yang tercantum dalam kata-kata dan akhlak mulia. (Rosni Abdullah, Penyelaras
Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 2014)

Penggunaan bahasa yang sopan dan berbudi bahasa sudah terdapat dalam budaya
melayu sejak turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang lain sebaagai warisan budaya
yang sentiasa dipelihara. Menurut Ahmad Mahmood Musanif (2007) komunikasi antara penutur
dan pendengar budaya serta budaya sapaan santun sangat penting untuk memuelihara
hubungan antara dua pihak dan memelihara komunikasi tersebut agar dapat berterusan
keadaan yang selesa. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad, (1994:306,308) gaya
melambangkan budi bahasa dan akhlak yang baik. Ia terbit daripada niat ikhlas ingin memahami
orang lain baik dengan menggunakan fikiran mahupun perasaan kita.
Menurut Leech (1983) “Being polite involves making the hearer to feel good” (polite as
friendly), Brown and Levinson(1987) berpendapat “Being polite means making him not feel
bad”(polite as diplomatic), Fraser (1990) “Polite is the expected state” (polite as socially correct).
Menurut Kramsch 1998:3, sikap kepercayaan, pemikiran dan menggambarkan realiti budaya.
Konsep budi bahasa dalam masyarakat melayu pula merujuk kepada tradisi pemikiran
melayu menggunakan bahasa sebagai alat untuk membentuk makna kehidupan dan makna alam
secara sangat kreatif dan produktif (Ahmad Sarji,2004). Budi dan bahasa ialah dua perkataan
yang begitu sinonim yang kerap datang bersama sehingga lahir perkataan budi bahasa.(Noriati
A. Rasyid,2005) Menurut Amat Juhari Moain, 2001:286, budi bahasa ialah unsur penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu yang diasaskan daripada tingkah laku dan penggunaan kata-kata
yang dipilih dengan cermat. Lahirlah satu pengertian yang jelas apabila budi digabungkan
dengan bahasa, iaitu percakapan yang baik yang mengandungi tutur kata sempurna dan
menyenangkan, penuh dengan sifat-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun diiringi
dengan akhlak yang mulia.

Budi bahasa dalam kalangan orang Melayu amnya dan umat Islam khasnya dikaitkan
dengan hati atau kalbu. Mustaffa Hj Daud (1995:87-131) telah menjelaskan konsep budi bahasa
di hati dan bagaimana konsep hati dikaitkan dengan tindakan dan perlakuan manusia dalam
bukunya “Budi Bahasa Dalam Tamadun Islam”. Menurut Islam, telah menjadi keistimewaan budi
bahasa, apabila menggabungkan antara budi bahasa di hati dengan yang lahir dalam bentuk
bahasa yang halus dan murni. Budi bahasa bermula dengan sifat ikhlas di hati. Maksud ikhlas
ialah bersih, jernih, suci dan murni. Jadi, ikhlas merupakan suatu tindakan, budi dan bahasa yang
dilakukan dengan penuh keihklasan niat di hati, bersih, jernih, suci dan murni. Sifat ini,
merupakan budi bahasa terpenting dan utama. Peribadi seseorang dapat dipantulkan melalui
bahasanya. Sekiranya bahasanya santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa,
sebaliknya sekiranya bahasa yang digunakan kasar dan tidak menyenangkan pendengar, maka
dia dikatakan sebagai kurang ajar.

3.0 Kepentingan budi bahasa


Bahasa dan budi bahasa sesuatu masyarakat bahasa itu boleh dibuat kajian. Kita boleh membuat
penilaian terhadap budi bahasa sesuatu kumpulan manusia itu, sama ada tinggi, rendah dan
sebagainya, berdasarkan bahasa yang digunakannya. Umum mengetahui bahawa Masyarakat
Malaysia telah mengamalkan konsep budi bahasa sejak dahulu kala. Jadi, jika dilihat dari aspek
yang berbeza, kita akan mendapati bahawa terdapat banyak kepentingan sekiranya sesuatu
masyarakat itu mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan sehari-hari.

3.1 Perpaduan utuh


Perpaduan bermaksud keadaan, hal berpadu atau persatuan. (Kamus Pelajar Edisi
Kedua,2016). Wujudnya perpaduan ialah apabila wujudnya budi bahasa antara
masyarakat berbilang kaum. Oleh yang demikian, sekiranya masyarakat Malaysia
mengamalkan sifat berbudi bahasa, tidak mustahil objektif gagasan Malaysia dappat
dicapai. Umum mengetahui bahawa, negara Malaysia kaya dengan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban dan
Kadazandusun serta berbeza agama seperti Islam, Hindu, Budhha dan Kristian. Apabila
amalan berbudi bahasa dipraktikkan di Malaysia, maka terpupuklah sikap-sikap seperti
toleransi, bertolak-ansur dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Masyarakat dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Oleh hal yang
demikian, isu-isu perbalahan, iri hati dan dendam sesama masyarakat dapat dielakkan.
3.2 Kehadiran pelancong
Amalan berbudi bahasa juga amatlah penting bagi menarik perhatian pelancong asing
dari negara luar untuk melancong ke Malaysia. Apabila rakyat Malaysia mengamalkan
sikap berbudi bahasa seperti hormat-menghormati dan tolong menolong, para
pelancong tidak akan serik untuk datang melancong semula. Pelancong akan berasa
selamat dan selesa sepanjang mereka berada di sini. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa, tiada pelancong yang ingin bercuti di negara yang sedang bergolak dan
berperang. Jika dilihat dari sudut yang berbeza, sekiranya ramai pelancong hadir dari
negara luar, pasti banyak pertukaran mata wang asing boleh berlaku. Oleh hal yang
demikian, ekonomi negara turut mendapat impak yang positif. Pengusaha-pengusaha
hotel dan tempat penginapan juga akan mendapat manfaat kerana pelancong akan
menginap di sana.
3.3 Imej dan maruah negara terjaga
Sekiranya masyarakat mengamalkan konsep budi bahasa dalam kehidupan seharian,
maka secara tidak langsung imej dan maruah negara Malaysia akan terjaga. Hal ini
kerana, dalam dunia yang berlandaskan teknologi, khabar angin dan informasi sangat
mudah untuk tersebar. Hal ini disebabkan, dunia maya tidak mempunyai batas.
Sekiranya terdapat pergolakan atau pergaduhan yang berlaku di negara kita, bukan
sahaja negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand malah negara yang jauh
seperti Amerika Syarikat juga dapat mengetahuinya. Namun sekiranya rakyat Malaysia
berbudi bahasa dan hidup daalam keadaan harmoni, maka hubungan diplomatik yaang
terjalin dengan negara yang lain akan dapat dikekalkan dan dieratkan.

4.0 Penutup
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengetahui dan mengamalkan konsep
budi bahasa. Janganlah dilupakan konsep budi bahasa yang kita telah amalkan sejak zaman
dahulu kala. Budi bahasa haruslah dijadikan sebagai asas pegangan bagi mewujudkan
masyarakat penyayang. Sebagaimana kundi dan saga adalah daripada spesies yang sama,
begitulah juga budi dan bahasa. Andai diketepikan salah satu akan hilanglah baik dan indahnya.

Anda mungkin juga menyukai