Anda di halaman 1dari 3

TEORI PERKAMUSAN

• Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus.
Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus
sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai
kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan.

• Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik
selengkap mungkin dalam sesebuah kamus.

• Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-
kata.

• Dengan kata lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang dengan
menggunakan lambang itu sendiri.
• Lambang ini ialah lambang linguistik. Oleh itu, setiap kamus yang disusun mestilah mengutamakan prinsip
kesarjanaan sebagai asas penyusunan kamus. Pandangan ahli linguistik perlu dipertimbangkan selain daripada
keperluan pengguna kamus.

• Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2014), penyusun kamus hendaklah memastikan bahawa makna yang
dibuat dalam pemerian sebaik-baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna
perkataan yang digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada kerana gayanya
yang berbeza, situasi penggunaannnya atau sifat-sifat pragmatiknya yang berbeza.
PRINSIP PENYUSUNAN KAMUS MENURUT NORESAH BAHAROM
PRINSIP-PRINSIP PENYUSUNAN KAMUS
(2009)
• Perancangan • Keaslian
• Pentadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, • Kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa
penentuan individu, dan penentuan prasarana. bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.
• Siapakah yang terlibat? • Keperwakilan
• Individu yang terlibat bersangkutan dengan persyaratan • Bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh
keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan
perkamusan. yang benar-benar mewakili ruang lingkup khalayak misalnya
• Aspek linguistik bahasa untuk kanak-kanak.
• digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan • Kelayakan
dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, • Penyusun harus memastikan bahawa hasil kerjanya sesuai
pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus
sebagainya. ekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa.Selain
• Pemasaran daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira
• Aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.
meluas sebagai satu produk. • Sumber
• Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus • Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang
• Penguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu
akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan
terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga perlulah kepustakaan.
mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan
kecermatan. Selain daripada itu, semangat untuk terus
belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak
kurang penting.
• Bagaimanakah penelitian dilakukan?
• Penelitian leksikologi termasuklah yang bersangkutan
dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data.
Penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai
maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan.
KATA ENTRI KATA STANDARD KATA VARIASI
 Kata atau ungkapan utama dlm kamus yg  Kata yang diterima  Ragam bahasa:
disusun mengikut urutan abjad yang disertai sebagai yang rasmi atau -Variasi bahasa berdasarkan
takrif dan maklumat lain seperti sebutan, kelas yang sah. Misalnya penggunaannya, yang berkaitan
kata. bahasa baku. dengan situasi
 Kata masukan  Kata yang dijadikan dasar o Tajuk pembicaraan
 Digunakan oleh pengguna yang menghadapi untuk sukatan atau piawai. o Bidang
masalah dalam penggunaan bahasa terutama  Sebagai contoh, usaha-  Laras bahasa:
berkaitan ejaan dan ketepatan makna usaha untuk -Variasi bahasa berdasarkan
perkataan. menstandardkan bahasa penggunaannya
 Entri disusun mengikut urutan, kata akar, urutan Melayu telah lama -Ragam bahasa
perkataan, golongan kata atau pertalian makna. dijalankan oleh Dewan o Bahasa klasik
 Huraian makna yang diberikan dalam sesuatu Bahasa dan Pustaka. o Bahasa istana
entri dapat diperjelas dengan contoh  Pembakuan/ tatabahasa o Bahasa sains
penggunaan ayat yang mendasari makna entri bahasa Melayu  Dialek:
tersebut. -Variasi bahasa yang dituturkan
 Contoh: Kamus Dewan (Pada tahun 2005, edisi oleh sesuatu kumpulan sosial
keempat diterbitkan, memaparkan sekitar atau lapisan masyarakat
82,900 kata masukan (34,578 entri, 24,180 -Variasi bahasa seseorang
subentri, dan 24,142 frasa entri) dalam 1,817 individu:
halaman. o Walaupun seorang penutur
 Jika dilihat pertambahan entri dalam setiap edisi bahasa Melayu itu
keluaran, DBP telah cuba mengutip dan mempunyai dialek dan
mengumpul kata dalam pelbagai budaya hidup variasinya sendiri, bahasa
masyarakat di negara ini dengan memberi Melayu baku mestilah
makna semasa serta ejaan yang betul. digunakan dlm situasi
formal.

Anda mungkin juga menyukai