Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 7)

SEMANTIK BAHASA MELAYU


(BMMB3123)

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ZUL FARIZ BIN WAHID

ANGKA GILIRAN : 2020192340170

NO KAD PENGENALAN : 011119050501

KUMPULAN : PISMP F9

NAMA PENSYARAH : PUAN ROZEHA BINTI HARUN

TAJUK TUGASAN : PENULISAN ESEI

TARIKH HANTAR : 16 FEBRUARI 2023

TARIKH MENERIMA MAKLUM :


BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN

Penghargaan ................................................................................................................................. 3
Pengenalan .................................................................................................................................... 4
Konsep Fitur Makna Dalam Bahasa Melayu .............................................................................. 4
Sifat Makna ................................................................................................................................ 4
Pilihan Menentukan Makna .................................................................................................. 5
Berhubung dengan Kebudayaan ......................................................................................... 5
Makna Konteks ...................................................................................................................... 6
Makna dalam Peribahasa...................................................................................................... 7
Makna Leksikal.............................................................................................................................. 7
Makna Langsung ....................................................................................................................... 8
Makna Umum ......................................................................................................................... 8
Makna Khusus ....................................................................................................................... 9
Makna Kiasan ............................................................................................................................ 9
Makna Konotatif ..................................................................................................................... 9
Makna Afektif ....................................................................................................................... 10
Makna Stilistik ...................................................................................................................... 11
Makna Reflektif .................................................................................................................... 12
Makna Kolokasi ................................................................................................................... 12
Makna Idiomatik ................................................................................................................... 13
Makna Struktural ......................................................................................................................... 13
Makna Gramatikal ................................................................................................................... 14
Makna Tematik......................................................................................................................... 14
Komponen Makna ................................................................................................................... 15
Lewah Dalam Makna ............................................................................................................... 15
Perubahan Makna Leksikal dalam Semantik ........................................................................... 17
Ketaksaan Makna Leksikal dalam Tatabahasa ....................................................................... 17
Kesimpulan .................................................................................................................................. 18
Rujukan ........................................................................................................................................ 20
Penghargaan

Bismillahirrahmannirrahim,
Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan ke hadrat Ilahi atas rahmat nyawa, masa dan tenaga
kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Syukur dipanjatkan kerana
pada mulanya terdapat sedikit kerumitan dan cabaran dihadapi namun berkat pertolongan pihak-
pihak berikut dapat juga saya menyiapkan amanah yang diberikan ini dalam tempoh yang
ditetapkan.
Pertama kalinya, suka untuk saya dedikasikan sekalung penghargaan kepada pensyarah
saya, Puan Rozeha binti Harun atas tunjuk ajar serta bimbingannya yang secara tidak langsung
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana tidak berhenti
memberikan sokongan moral dan motivasi serta kemudahan yang diperlukan bagi saya
menyiapkan amanah ini.
Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang memberi dorongan
dan sokongan moral. Terima kasih kerana menjawab pertanyaan-pertanyaan yang saya telah
utarakan kepada mereka selama proses penyiapan tugasan ini.
Akhir kalam, kepada semua yang terlibat dalam proses penyiapan tugasan ini sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung, saya ingin mengucapkan terima kasih dan saya hargai
segala bentuk pengajaran serta pembelajaran yang diberikan.
Pengenalan
Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang dapat menghubungkan manusia dan bersifat
dinamik. Bahasa juga merupakan satu bidang yang sering menjadi tumpuan dan perhatian
oleh para pengkaji untuk menjalankan kajian dalam segenap aspek. Pelbagai teknik dan
pendekatan diaplikasikan untuk mengkaji tentang bahasa. Antara pendekatan yang
digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik
merupakan bidang ilmu yang mengkaji dan menganalisis makna dalam sesuatu bahasa
(Patarai Cholen et. al., 2022). Menurut Mary Fatimah Subet dan Mohd Ridzuan Md Nasir
(2019), semantik dalam linguistik adalah ilmu yang menjurus kepada makna dan tafsiran
makna memandangkan kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Semantik ialah istilah yang digunakan dalam kajian linguistik bagi menganalisis makna
tentang perihal sesuatu perkataan. Kajian ini mencangkupi segenap aspek bidang linguistik
sama ada pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana. Dalam sejarah linguistik,
istilah semantik merujuk perkembangan dan perubahan makna dalam bidang bahasa.
Menurut Nurul Syazana Roslan dan Nurul Jamilah Rosly (2021), bidang semantik merupakan
bidang yang penting dalam pembelajaran bahasa yang bersifat dinamik serta memahami
perbezaan atau perubahan makna. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan mengenai
fitur makna dalam bahasa Melayu, makna leksikal dalam bahasa Melayu, perubahan makna,
ketaksaan makna dan makna ayat dalam bahasa Melayu.

Konsep Fitur Makna Dalam Bahasa Melayu


Bidang linguistik mempunyai beberapa kaedah penganilisian makna. Antaranya ialah
analisis komponen makna atau lebih dikenali sebagai fitur makna. Menurut Salihah Ab Patah
(2004), fitur makna didefinisikan sebagai hubungan antara makna dengan sejumlah kata
yang memiliki ciri-ciri tersendiri. Fitur makna ini boleh diteliti berdasarkan beberapa aspek
seperti sifat makna, kelas makna, makna leksikal, makna struktural, komponen makna dan
lewah dalam makna.
Sifat Makna
Makna perkataan bukan sahaja boleh ditentukan daripada kamus sahaja, tetapi juga cara
penggunaanya. Sifat sesuatu bahasa adalah berubah dan berkembang mengikut peredaran
masa . Hal ini dapat dilihat daripada beberapa perkataan yang mempunyai makna yang
pelbagai. Secara ringkasnya, makna bersifat dinamis dan boleh berevolusi berdasarkan
beberapa ciri (Asmah Haji Omar, 2008). Antara ciri yang membantu perubahan makna ialah
pilihan menentukan makna, berhubung dengan kebudayaan, makna konteks dan makna
dalam peribahasa peribahasa. Rajah 1 menunjukkan empat ciri sifat makna.
Rajah 1
Ciri-ciri Sifat Makna

Berhubung
Makna
Dengan
Konteks
Kebudayaan

Pilihan Makna
Menentukan Dalam
Makna Ciri-ciri Peribahasa
Sifat
Makna

Pilihan Menentukan Makna


Unsur pilihan dalam menentukan makna bermaksud, penutur sesuatu bahasa harus memilih
perkataan yang ingin diungkapkan mengikut kesesuaian situasi dan penggunaannya dalam
sesuatu konteks ayat. Jika penutur tidak memilih penggunaan kata atau perkataan yang tepat,
maka makna yang dihasilkan adalah salah dan tidak mengikut konteks ayat yang ingin
disampaikan. Hal ini diterangkan melalui ayat di bawah:
1. Ibu memasak nasi.
2. Ibu menanak nasi.
Kedua-dua ayat di atas mempunyai maksud yang hampir sama, Namun begitu, pilihan ayat
haruslah betul dan sesuai mengikut fungsi dan situasi agar makna yang ingin disampaikan
adalah tepat. Bagi situasi di atas, perkataan yang paling tepat untuk menentukan kata kerja
bagi perbuatan ‘memasak’ nasi ialah perkataan menanak nasi, bukan memasak nasi.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), menanak membawa maksud memasak nasi
dalam periuk, kawah dan lain-lain. Pelbagai ujaran boleh digunakan dan setiap ujaran
mempunyai makna tertentu. Namun begitu, pilihan ayat yang digunakan haruslah tepat dan
bermakna agar makna ujarannya boleh digunakan dengan betul.
Berhubung dengan Kebudayaan
Bahasa mempunyai perkaitan yang simbolik dengan budaya masyarakat penutur.
Seseorang yang memahami budaya dapat bertutur dengan betul melalui konteks budaya.
Pendapat ini disokong oleh Abdul Chaer (2003) yang menjelaskan bahawa, bahasa
mempunyai sifat yang unik dan juga berkait rapat dengan budaya masyarakat penuturnya.
Hal ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa sesuatu bahasa itu dapat ditutur dan
difahami dengan konteks yang betul sekiranya seseorang itu memahami budaya masyarakat
penuturnya.
Dalam konteks negara Malaysia yang majmuk dan kaya dengan pelbagai bahasa,
terdapat perbezaan sebutan yang dipengaruhi oleh dialek di sesuatu tempat. Sebagai
contoh, perkataan ‘buah mangga’ merupakan bahasa standard yang digunakan oleh majoriti
rakyat Malaysia. Namun begitu, bahagian utara Semenanjung seperti negeri Kedah, Pulau
Pinang dan Perlis menyebut ‘buah mangga’ sebagai ‘buah mempelam’, manakala di pantai
timur pula ada yang menyebutnya sebagai ‘buoh pauh’ atau ‘buoh pelang’. Sesetangan
tempat pula ada memanggil ‘buah mangga’ sebagai ‘kuini’. Meskipun begitu, semua istilah
ini merujuk pada buah yang sama, iaitu buah mangga. Hal ini juga bertepatan dengan
kenyataan oleh Asmah Haji Omar (2008) bahawa hanya individu yang mengenali dan
memahami budaya sahaja dapat bertutur mengikut konteks budaya dengan betul.
Makna Konteks
Makna juga boleh ditentukan mengikut situasi dan juga perasaan penutur ketika
menyampaikan sesuatu ujaran. Konteks berperanan menentukan makna bagi perkataan
yang ingin diujar atau ditulis. Hal ini penting bagi menghilangkan kekaburan dan
ketidakjelasan pada makna yang diujarkan. Sebagai contoh, kata ‘makan’ boleh memberikan
makna yang berbeza mengikut konteks ayat yang berlainan. Jadual 1 menunjukkan contoh
bagi makna konteks.
Jadual 1
Contoh Makna Konteks
Perkataan Contoh Ayat Konteks Ayat
Menunjukkan perbuatan memamah
Maulid makan nasi.
atau menelan makanan
Bekerja dengan seseorang (peribahasa-
makan Shamsiah bekerja makan gaji.
makan gaji)
Mengambil kesempatan terhadap
Kamal suka makan kawan.
kawan (peribahasa-makan kawan)

Jadual 1 dapat menjelaskan bahawa konteks memainkan peranan penting untuk


menyampaikan sesuatu makna. Konteks juga berfungsi menjadi unsur sokongan dalam
menjelaskan maksud. Oleh itu, konteks merupakan kaedah yang sesuai untuk menjelaskan
sesuatu ucapan untuk mencapai objektif dan tujuan sesuatu perkara.
Makna dalam Peribahasa
Rangkai kata yang membentuk peribahasa, seperti kiasan, bidalan, simpulan bahasa dan
perumpaan mempunyai makna yang tersendiri. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd
(2010), masyarakat zaman dahulu menggunakan peribahasa sebagai satu alat
menyampaikan maksud secara berhemah dan tidak langsung kepada masyarakat. Urutan
perkataan dalam peribahasa juga tidak ditambah dengan sebarang imbuhan bagi
mengelakkan maknanya menyimpang. Peribahasa juga tidak boleh menerima sebarang
sisipan perkataan. Hal ini demikian kerana, sisipan perkataan pada peribahasa akan
membawa makud lain daripada makna asal. Sebagai contoh, peribahasa ‘asam garam’
bermaksud pengalaman hidup. Jika ditambah perkataan ‘atau’ pada peribahasa tersebut,
iaitu ‘asam atau garam’ maka, akan membawa maksud yang berlainan, iaitu pilihan.
Peribahasa juga dikategorikan sebagai bahasa kiasan yang sudah mantap. Tamsilnya,
simpulan bahasa ‘cahaya mata’ bermaksud anak kandung dan bukannya mata yang
mengeluarkan cahaya.

Makna Leksikal
Makna leksikal ialah makna unsur bahasa yang diwakilkan sebagai lambang, benda,
peristiwa dan sebagainya. Menurut Abdul Chaer (2013), makna leksikal merujuk kepada
kosa kata dan perbendaharaan kata atau dikenali sebagai istilah leksikon serta wujud
sebagai bentuk perkataan. Secara ringkasnya, makna leksikal adalah berdasarkan makna
kamus, iaitu tidak mengalami sebarang proses perubahan bentuk. Justeru, makna leksikal
terdiri daripada makna langsung dan makna kiasan. Makna langsung dan makna kiasan pula
terbahagi kepada beberapa pecahan kecil. Rajah 2 menunjukkan pecahan bagi makna
langsung dan makna kiasan.
Rajah 2
Pecahan Makna Langsung dan Makna Kiasan
•Makna Umum
Makna Langsung
•Makna Khusus

•Makna Konotatif
•Makna Afektif
•Makna Stilistik
Makna Kiasan •Makna Reflektif
•Makna Kolokatif
•Makna Idiomati

Makna Langsung
Makna langsung ialah makna yang dapat difahami secara jelas ataupun terus. Hal ini
bermaksud, makna bagi sesuatu perkataan itu disebut secara terus terang berdasarkan
sesuatu perkara. Makna langsung ini juga bersifat objektif. Walaubagaimanapun, makna
langsung ini juga terbatas dengan makna kata yang mewakili penuturannya secara realiti.Hal
ini dapat dijelaskan apabila terdapat makna kata tidak sama antara satu sama lain, iaitu
makna umum dan makna khusus. Kedua-makna makna ini dapat dibezakan melalui konteks
makna yang ingin disampaikan.
Makna Umum
Makna umum ialah makna yang mempunyai kata lebih luas daripada yang dijangkakan.
Makna umum juga dapat dikenal pasti apabila seseorang pendengar tidak dapat memahami
dengan jelas maksud yang ingin disampaikan oleh penutur. Hal ini demikian kerana, penutur
menggunakan perkataan yang mempunyai makna umum bagi menjelaskan perkara yang
luas. Berikut merupakan contoh ayat bagi menjelaskan makna umum:
1. Ibu pergi ke kebun.
2. Kakak membayar bil.
Struktur bagi kedua-dua ayat di atas agak mudah tetapi merujuk makna yang kurang jelas.
Kedua-dua ayat itu mengandungi makna umum kerana tidak mempunyai batasan makna
yang spesifik ataupun khusus pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, ayat (1) menggunakan
kata ‘kebun’ yang boleh merujuk kepada pelbagai jenis kebun seperti ‘kebun sayur’, ‘kebun
getah’, ‘kebun buah’ dan ‘kebun bunga’. Ayat (2) pula tidak menerangkan dengan jelas ‘bil’
yang dibayar, sama ada ‘bil elektrik’, ‘bil air’, ‘bil telefon’ dan ‘bil Internet’. Perkara ini
menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang umum dan tidak
spesifik.
Makna Khusus
Makna khusus pula merupakan makna yang telah mengalami proses penyempitan daripada
sifat asalnya dan memberi pengkhususan pada sesuatu perkara. Makna khusus adalah
berlawanan dengan makna umum kerana membawa maksud yang lebih jelas. Makna khusus
merupakan ujaran yang lebih spesifik dan tidak tersembunyi kepada sesuatu perkara. Berikut
merupakan contoh ayat bagi makna khusus.
1. Kakak membeli sepasang baju kurung Kedah berwarna merah.
2. Hakim membeli pemadam pensel berjenama Stabilo.
Kedua-dua ayat di atas mengandungi makna khusus kerana mempunyai makna kata yang
jelas dan spesifik. Sebagai contoh, ayat (1) menerangkan bahawa pakaian yang dibeli ialah
‘baju kurung Kedah’. Hal ini menunjukkan pengkhususan konteks ayat itu diujarkan kerana
terdapat baju kurung lain yang boleh digambarkan seperti ‘baju kurung Pahang’. Jenis warna
yang dijelaskan juga menunjukkan makna khusus. Perkara yang sama juga ditunjukkan pada
ayat (2) kerana mengkhususkan kata ‘pemadam pensel’ dan juga ‘jenama Stabilo’ pada ayat
untuk memberi ujaran yang lebih spesifik.
Makna Kiasan
Menurut Nur Afiqah dan Nor Hashimah (2016), makna kiasan bermaksud makna kata yang
terdapat hasil daripada perasaan atau fikiran penutur ataupun pendengar. Makna kiasan juga
dikenali sebagai makna asosiatif.Secara ringkasnya, makna kiasan merangkumi makna luar
bahasa, iaitu makna tersirat. Makna kiasan juga menjadi perlambangan masyarakat yang
mempunyai persamaan sifat, keadaan atau ciri bagi konsep asal sesuatu perkataan.
Misalnya, ungkapan ‘anak gadis tak elok menyanyi di dapur, nanti akan berkahwin dengan
orang tua’. Ungkapan ini sebenarnya suatu peringatan secara halus kepada anak gadis agar
tidak malas untuk membantu di dapur. Dalam bahasa Melayu, makna kiasan terbahagi
kepada enam jenis, iaitu makna konotatif, makna afektif, makna stilistik, makna reflektif,
makna kolokasi dan makna idiomatik.
Makna Konotatif
Menurut Leech (2003) dalam Patarai Hj Cholen et. al. (2022), makna konotatif merujuk
kepada makna yang terselindung di sebalik sesuatu ungkapan atau ujaran. Makna konotatif
juga dikenali sebagai makna konotasi. Makna konotatif merupakan sekumpulan kata yang
lahir daripada perasaan atau fikiran penutur atau pendengar. Makna konotatif juga
mengintepretasikan makna terselindung yang terkandung dalam sesuatu perkataan, frasa,
klausa dan ayat.
Makna konotatif sangat berkait rapat dengan tanggapan persekitaran masyarakat.
Sesuatu ungkapan dianggap mempunyai mempunyai makna konotatif sekiranya mempunyai
nilai rasa sama ada positif mahupun negatif. Selain itu, makna konotatif juga boleh muncul
disebabkan oleh asosiasi perasaan pengguna bahasa terhadap kata yang didengar atau
diujarkan. Akhir sekali, makna konotatif juga berkait dengan konteks budaya atau keadaan
sesuatu perkara diujarkan. Berikut merupakan contoh bagi makna konotatif.
Jadual 2
Contoh Makna Konotatif
Askpek Konotatif Contoh Huraian
Persekitaran Perempuan itu Masyarakat Melayu memberikan makna konotatif
tanggapan ‘bunting’ negatif bagi perkataan ‘bunting’ yang bermaksud
masyarakat perempuan mengandung tanpa ikatan
perkahwinan yang sah.
Nilai rasa sama ada Lambang Lambang ‘harimau’ mempunyai nilai rasa positif
positif atau negatif ‘harimau’ pada yang menjadi simbolik kepada keberanian.
Jata Negara Namun begitu, nilai negatif penggunaan lambang
Malaysia ini ialah haiwan tersebut bersifat garang dan
ganas.
Konteks budaya Istilah ‘lidah Budaya masyarakat melayu memberikan makna
atau keadaaan bercabang dua’ konotatif istilah tersebut sebagai seseorang yang
sesuatu perkara berdolak-dalik dan tidak jujur.
Walaubagaimanapun, penutur natif atau bukan
jati akan mengalami masalah untuk memahami
makna konotatif bagi istilah tersebut.
Asosiasi perasaan Perkataan Masyarakat Melayu memberi makna konotatif
pengguna bahasa ‘babi’ kepada perkataan ‘babi’ sebagai satu makian dan
terhadap kata yang dari aspek agama Islam, haiwan ini adalah haram
didengar atau dan najis. Namun, di sesebuah tempat seperti
diujarkan pedalaman Sabah dan Sarawak, haiwan ini
menjadi binatang ternakan.

Makna Afektif
Makna afektif pula berkaitan dengan sikap dan perasaan. Makna afektif atau makna emosi
muncul hasil daripada tindak balas atau reaksi pendengar atau penutur terhadap ujaran yang
didengar atau dibaca yang menyebabkan berlaku tindak balas pelbagai emosi seperti marah,
sedih, gembira, suka dan seronok. . Makna afektif lebih dirasai dalam konteks komunikasi
lisan kerana berkait rapat dengan perasaan penutur semasa mengujarkan sesuatu sama ada
positif, negatif atau neutral. Makna afektif ini diterangkan melalui contoh ayat di bawah:
1. Saya bengang melihat sikapnya.
2. Mendungnya hari ini, boleh berjoging.
Ayat (1) mengandungi unsur emosi atau perasaan tidak puas hati terhadap seseorang
kerana menyinggung perasaan dirinnya. Ayat (2) pula menunjukkan emosi senang hati atau
gembira kerana boleh berjoging kerana mungkin sebelum ini hajat tersebut terhalang
disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Selain itu, perkataan ‘lembu’ apabila
disebut dengan intonasi yang tinggi juga menunjukkan ekspresi marah dan boleh
menyebabkan pendengar tersinggung. Hal ini demikian kerana, perkataan ‘lembu’ memberi
makna penghinaan kepada seseorang yang dikaitkan dengan fizikal haiwan itu sendiri.
Dalam bahasa Melayu, makna afektif boleh dijelaskan kepada tiga jenis, iaitu:
Jadual 3
Makna Afektif
Jenis Afektif Huraian Contoh Ayat
Afektif Tinggi Menunjukkan emosi Engkau dah kenapa?
Afektif Digunakan dalam pergaulan harian Takdok gapolah, bereh blako ni.
Ramah masyarakat dengan menggunakan
bahasa dialek dan lebih santai
Afektif Kasar Makna daripada bahasa slanga Bapak lame kita tak jumpa.
remaja

Makna Stilistik
Makna stilistik pula menggambarkan penggunaan bahasa dalam situasi sosial tertentu dan
bertujuan untuk menyampaikan informasi kepada pembaca atau pendengar secara
berhemah (Norizah Ardi, et. al., 2011). Variasi makna stilistik pula terbahagi kepada gaya,
dialek, masa, wacana, status dan lain-lain. Makna stilistik digunakan untuk menyampaikan
maklumat atau informasi kepada pembaca atau pendengar. Makna stilistik ini juga boleh
ditemui dalam pelbagai jenis laras bahasa seperti undang-undang, sains, perubatan, bahasa
istana, slanga, ragam bahasa syarahan, ceramah dan pidato.
Makna stilistik juga berkait rapat dengan gaya penyampaian dan juga perilaku sama ada
bernada sopan atau bernada tinggi. Setiap ujaran yang dikeluarkan oleh penutur akan
menggambarkan sikap dan mempengaruhi suasana pada ketika itu. Sebagai contoh,
ungkapan ‘seribu tahun tak hilang’ dan ‘terpahat dalam minda’ mempamerkan nada sopan
dan lembut. Ungkapan ini juga menunjukkan bahawa kesetiaan terhadap sesuatu perkara
dan juga akan dikenang. Selain itu, ungkapan ‘bertikam lidah’ dan ‘bertegang urat’
menunjukkan pertengkaran atau konflik yang berlaku melibatkan dua orang dengan nada
tinggi dan gaya yang kasar. Ungkapan ini juga akan menimbulkan suasana yang tegang dan
tidak terkawal. Tuntasnya, sesuatu ujaran itu menggambarkan identiti penutur dan memberi
maklumat kepada pembaca mahupun pendengar.
Makna Reflektif
Makna reflektif menjurus kepada makna bayangan yang berkait rapat dengan bayangan
dalam pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara yang dipersepsikan. Ringkasnya,
konteks ujaran yang membawa makna reflektif menimbulkan unsur perasaan seperti sedih,
gembira, kecewa dan lain-lain. Menurut Sutomo (2015) dalam Patarai Haji Cholen (2022),
makna refleksi menjurus kepada makna yang muncul daripada fikiran penutur semasa
memberikan respons berkenaan maklumat yang didengar atau dilihat.
Sebagai contoh, apabila kita membaca di dada akhbar berkenaan kemalangan ngeri
melibatkan kehilangan dan meragut nyawa, pembaca akan akan melahirkan rasa belas
kasihan dan sedih. Meskipun kejadian itu tidak dapat dilihat secara langsung, namun
pembaca masih lagi mampu menunjukkan rasa hiba dan simpati terhadap mangsa kejadian.
Hal ini merujuk kepada bayangan nilai rasa konteks ujaran dan bukannya makna reflektif
kosong sahaja.
Makna Kolokasi
Makna kolokasi menjurus kepada perkaitan dari segi perhubungan dan pertalian makna
antara satu dengan yang lain dalam satu kelompok yang sama dan boleh diterima oleh
pengguna bahasa (Kridalaksana, 2008). Makna kolokasi berkait rapat dengan unsur sinonim
dalam bahasa. Makna kolokasi juga merupakan asosiasi yang muncul dalam fikiran
seseorang apabila mendengar perkataan tertentu.
Misalnya, perkataan ‘cantik’ dan ‘kacak’ mempunyai makna yang asas tetapi berbeza
daripada aspek makna kolokasinya. Jika dilihat daripada aspek tatabahasa, istilah ‘lelaki
kacak’ dan ‘lelaki cantik’ adalah diterima. Jika dilihat daripada aspek semantik konteks pula,
istilah ‘lelaki’ sesuai berkolokasi dengan ‘kacak’ dan bukannya ‘cantik’. Istilah ‘cantik’ lebih
sesuai dan sepadan berkolokasi dengan wanita. Oleh itu, kata yang mempunyai kolokasi
yang sama tidak boleh digantikan dengan perkataan lain daripada konteks yang tertentu.
Tuntasnya, persamaan makna kolokasi banyak dijumpai dalam bahasa Melayu kerana
terdapat persamaan berkaitan pengalaman dan latar budaya masyarakat. Makna kolokasi
juga memainkan peranan yang penting dalam bahasa Melayu bagi membentuk suatu
pemahaman wacana bahasa Melayu.
Makna Idiomatik
Makna idiomatik bermaksud penggunaan kata yang terdiri daripada dua kata atau lebih yang
mengandungi satu maksud. Idiomatik ditakrifkan sebagai ungkapan atau simpulan bahasa
yang terdiri daripada gabungan dua kata atau lebih yang mempunyai makna tertentu.
Ungkapan kata bagi makna idiomatik dikenali sebagai peribahasa. Jadual 4 menunjukkan
contoh simpulan bahasa bagi makna idiomatik.
Jadual 4
Simpulan Bahasa Makna Idiomatik
Contoh Simpulan Bahasa Huraian
Buah Hati Anak kesayangan
Ayam Tambatan Orang yang menjadi harapan
Nyawa-nyawa ikan Hampir mati

Idiomatik boleh dilihat berdasarkan dua keadaan, iaitu bentuk penuh dan bentuk
sebahagian. Idiomatik penuh ialah simpulan bahasa yang maksudnya sudah menjadi satu
entiti dengan satu makna atau tidak lagi dijelaskan unsurnya. Manakala, bentuk sebahagian
pula ialah makna yang dijelaskan daripada salah satu unsur yang membentuknya dan satu
unsur lagi mempunyai makna leksikal. Perhatikan contoh berikut:
Jadual 5
Contoh Idiomatik Bentuk Penuh dan Sebahagian
Bentuk Penuh Bentuk Sebahagian
1. Air muka – wajah seseorang 1. Anak angkat – anak yang diambil
dan dijadikan sebagai anak sendiri
2. Cakar ayam – tulisan sukar dibaca 2. Orang atasan – orang yang
berpangkat
3. Berat tulang – malas bekerja 3. Tidur-tidur ayam – tidur yang tidak
nyenyak

Makna Struktural
Makna struktural ialah makna yang muncul sebagai akibat hubungan antara satu unsur
bahasa dengan unsur bahasa yang lain dalam satu unit yang lebih besar, sama ada berkaitan
unsur segmental ataupun unsur suprasegmental. Unsur segmental juga dikenali sebagai
unsur makna gramatikal manakala unsur suprasegmental pula disebut sebagai makna
tematik. Makna gramatikal mencangkupi aspek morfem, kata, frasa, klausa dan ayat,
manakala makna tematik pula merangkumi aspek irama, jeda, tekanan dan nada.
Makna Gramatikal
Makna gramatikal bergantung pada konteks ujaran dan situasinya (Patarai Haji Cholen,
2022). Makna gramatikal merujuk kepada proses gramatikal yang berkaitan hubungan intra-
bahasa hasil daripada fungsi kata dalam ayat seperti pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Misalnya, melalui pengimbuhan, sesuatu kata dasar yang sama akan
menghasilkan makna yang berbeza apabila menerima imbuhan yang berbeza. Jadual 6
menunjukkan contoh bagi makna gramatikal.
Jadual 6
Contoh Makna Gramatikal
Perkataan Imbuhan Maksud
Imbuhan awalan ber- (bermaini) Melakukan aktiviti bermain
Imbuahan apitan per-...-an (permainan) Sejenis alat permainan
Main
Imbuhan apitan diper-...-kan Sesuatu perbuatan
(dipermainkan) menganiayai seseorang

Makna Tematik
Di samping itu, makna tematik pula menjurus kepada makna yang terhasil mengikut cara
penutur atau penulis menyusun mesej yang ingin disampaikan serta memberi penekanan
kepada salah satu bahagian dalam ayat. Lazimnya, penekanan ini diberi dalam bentuk nada
dan intonasi. Oleh itu, makna tematik pada kebiasaannya akan muncul semasa perbualan.
Selain itu, penekanan bagi tulisan pula boleh dikenal pasti melalui tanda baca seperti noktah
dan koma. Berikut merupakan penerangan bagi makna tematik.
Jadual 7
Penerangan Makna Tematik
Contoh Ayat Penerangan
1. Anak Pak Abu yang bernama Kamal juara
Kamal, anak Pak Abu juara tadi. tadi.
2. Memberi tahu kepada Kamal, anak Pak Abu
juara tadi.
3. Ada dua orang yang juara tadi, iaitu Kamal
dan Anak Pak Abu.

Komponen Makna
Menurut Elvan et.al (2015), komponen makna didefinisikan sebagai fitur-fitur yang
dihubungkaitkan untuk membentuk makna yang lengkap bagi sesuatu perkataan. Setiap kata
terbina daripada sejumlah komponen makna. Makna bagi setiap leksikal akan diberikan
perincian berdasarkan fungsi leksikal dalam bahasa. Komponen makna ini juga boleh
dianalisis dan diperincikan melalui ciri yang dimilik unsur leksikal. Kaedah analisis komponen
makna yang diperkenalkan oleh Kempson (1991) dapat menentukan kehadiran fitur bagi
sesuatu hubungan perkataan. Kaedah ini menggunakan tanda (+) bagi merujuk kepada
kehadiran fitur manakala (-) mewakili ketiadaan sesuatu fitur. Jadual 4 menunjukkan contoh
analisis komponen makna.
Jadual 8
Contoh Penganalisian Komponen Makna
Fitur
Tua Muda Bernyawa Lelaki Perempuan
Kata
Abang - + + + -
Kakak - + + - +

Jadual di atas menunjukkan perbezaan fitur makna bagi dua perkataan, iaitu abang dan
kakak. Fitur makna bagi abang ialah [-tua], [+muda], [+bernyawa], [+lelaki] dan [-perempuan]
manakala fitur makna bagi kakak pula ialah [-tua], [+muda], [+bernyawa], [-lelaki] dan
[+perempuan]. Jika dianalisis dengan terperinci, kata abang dan kakak mempunyai ciri fitur
yang hampir sama. Namun begitu, terdapat perbezaan fitur antara abang dan kakak pada
aspek jantina yang diwakili dengan fitur ‘lelaki’ dan ‘perempuan’. Oleh itu, perbezaan fitur
makna abang dan kakak adalah berdasarkan aspek jantina.
Lewah Dalam Makna
Lewah ialah berlebihan sehingga menambahkan sesuatu perkara yang tidak perlu (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2014). Menurut Afiqah Adnan (2013), kelewahan merupakan sebuah
fenomena berlakunya pneambahan atau pengulangan unsur yang sudah wujud dan tidak
perlu diulang lagi penggunaannya. Dalam bahasa Melayu, istilah lewah bermaksud sesuatu
perkataan yang digunakan dengan berlebihan sehingga menyebabkan makna berulang dan
tidak membawa sebarang fungsi kebahasan. Bagi Romi et. al. (2018), penggunaan bahasa
yang bersifat lewah dianggap tidak gramatis. Dalam bahasa Melayu, kelewahan boleh
berlaku disebabkan beberapa aspek seperti penggabungan kata bilangan, penggunaan
imbuhan yang tidak diperlukan, penggunaan kata sendi nama ‘dengan’, gabungan kata sendi
dan gabungan kata penguat.
Rajah 3
Aspek Kelewahan Makna.

Penggunaan Penggunaan Kata


Penggabungan Kata
Imbuhan yang Tidak Sendi Nama
Bilangan
Diperlukan 'Dengan'

Gabungan Kata Gabungan Kata


Sendi Penguat

Dalam bahasa Melayu, kelewahan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Jadual 9
menunjukkan aspek kelewahan, contoh kelewahan dan juga contoh ayat yang digunakan.
Jadual 9
Penerangan Aspek Kelewahan beserta Contoh Ayat
Contoh
Bil Aspek Kelewahan Contoh Ayat
Kelewahan
Penggabungan Kata Semua peserta- Semua peserta-peserta
1
Bilangan peserta bengkel dibenarkan berehat.
Penggunaan Imbuhan yang Diperbesarkan Sungai itu diperbesarkan lagi
2 Tidak Diperlukan untuk menggelakkan kajadian
banjir.
Penggunaan Kata Sendi Bersama-sama Kakak pergi ke kedai bersama-
3
Nama ‘dengan’ dengan sama dengan adik.
Gabungan Kata Sendi Nama Demi untuk Kita haruslah belajar
4 bersungguh-sungguh demi
untuk mencapai cita-cita.
Gabungan Kata Penguat Tersangat mahal Harga cincin emas itu
5
sekali tersangat mahal sekali.
Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2015), kelewahan dalam penggabungan kata bilangan
berlaku apabila terdapat kata bilangan tak tentu yang digabungkan dengan kata nama yang
digandakan untuk membawa maksud jamak. Contoh ayat (1) dianggap tidak gramatis kerana
terdapat unsur kelewahan pada maklumat tatabahasa untuk jamak, iaitu kata bilangan
‘semua’ dan kata nama yang digandakan ‘peserta-peserta’. Oleh itu, kedua-dua bentuk
tersebut membawa maklumat yang sama, iaitu jamak dan akhirnya membentuk kelewahan.

Perubahan Makna Leksikal dalam Semantik


Peralihan zaman telah menuntut perubahan berlaku dalam sistem bahasa Melayu khasnya
dari aspek perubahan makna leksikal. Menurut Patarai Cholen et.al. (2022), hal ini didorong
oleh pelbagai faktor perkembangan bahasa termasuklah pengaruh bahasa asing, tanggapan
penutur, faktor sosial, tujuan simbolik dan stilistik. Perubahan makna leksikal telah membawa
kepada berlakunya penambahan laras bahasa dan kosa kata bahasa Melayu. Bahasa juga
mengalami perubahan dalam pelbagai aspek seperti peluasan atau pengembangan,
penyempitan dan anjakan makna yang dipengaruhi oleh peredaran masa. Perubahan yang
berlaku ini menjadi bukti bahawa bahasa bersifat dinamik dan berkembang maju.
Antara aspek yang menyebabkan bahasa berubah ialah pengembangan makna yang
menjurus kepada fenomena yang berlaku dalam kata atau leksikal yang pada awalnya hanya
mempunyai satu makna. Sebagai contoh, istilah ‘saudara’ atau ‘seperut’ dahulunya difahami
sebagai saudara kandung yang lahir daripada ibu yang sama. Kini, perkataan ‘saudara’
digunakan untuk memberi makna bagi individu yang mempunyai pertalian darah atau
saudara-mara. Selain iti, bahasa juga berubah disebabkan penyempitan makna. Misalnya,
perkataan ‘madrasah’ merujuk kepada tempat menuntut ilmu atau sekolah. Setelah
mengalami penyempitan makna, perkataan ini dikhususkan untuk merujuk tempat menunut
ilmu agama Islam. Akhir sekali, bahasa juga mengalami anjakan makna, iaitu perkataan atau
ayat yang mengalami proses peralihan daripada bentuk lama kepada bentuk baharu yang
akan membentuk satu makna baharu bagi rujukan kata yang sama. Sebagai contoh, istilah
‘rumah sakit’ mengalami anjakan makna dan dikenali sebagai klinik atau hospital. Anjakan
makna ini juga menyebabkan kedua-dua perkataan membentuk makna baharu.

Ketaksaan Makna Leksikal dalam Tatabahasa


Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2015), sesebuah ayat yang gramatis perlu memenuhi aspek
tatabahasa dan mengaplikasikan penggunaan kata yang tepat. Sesebuah ayat yang dibina
adalah berdasarkan beberapa aspek bahasa Melayu seperti sintaksis, morfologi dan
semantik. Aspek morfologi dan sintaksis membantu dalam menstruktur ayat dengan baik
(Faridah Nazir, 2013). Aspek semantik pula menjelaskan hubungan makna perkataan
dengan ayat yang dihasilkan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Namun begitu, pembinaan
sesuatu ayat akan mengalami masalah daripada aspek ketaksaan makna. Menurut Faridah
Nazir dan Faiziah Shamsudin (2014), terdapat tiga faktor utama berlakunya ketaksaan
makna, iaitu kepersisan makna berdasarkan sinonim, ketaksaan leksikal dan ketaksaan
struktur.
Rajah 4
Faktor Ketaksaan Makna dalam Ayat

Ketaksaan
Struktur

Faktor
Ketaksaan
Makna

Kepersisan
makna ketaksaan
berdasarkan leksikal
sinonim

Sebagai contoh, perkataan ‘tidur’ dan ‘beradu’ mempunyai makna yang sama dalam
bahasa Melayu. Namun, penggunaan perkataan ini bergantung pada laras sosial yang
digunakan. Perkataan ‘tidur’ digunakan bagi rakyat biasa, manakala ‘beradu’ diujarkan
sebagai bahasa istana. Perkara ini menunjukkan contoh bagi kepersisan makna berdasarkan
sinonim, iaitu perkataan yang sama atau hampir sama maknanya namun penggunaannya
adalah berbeza.

Kesimpulan
Kesimpulannya, ilmu semantik sememangnya mempunyai kaitan dan bermakna dalam
kehidupan seharian. Jika dilihat dan difahami, ilmu semantik ini amat luas mencangkupi
pelbagai aspek bahasa. Ilmu semantik juga mempengaruhi sesuatu konteks ayat yang dibina
dan diujarkan oleh penutur sesuatu bahasa. Bidang semantik juga wajar untuk diberi
perhatian dan difahami oleh masyarakat penutur bahasa Melayu. Bidang semantik juga
membantu penutur untuk mengaplikasikan pemilihan kosa kata yang betul dan tepat dengan
makna konteks yang ingin disampaikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan
kefahaman makna yang diujarkan kepada pendengar selain mengangkat martabat bahasa
Melayu sebagai salah satu bahasa yang kaya dengan adab dan santun ketika berbahasa.
Rujukan

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Afiqah Adanan. (2013). Lewah Dalam Makna. http://www.scribd.com/doc/163652795/Lewah-
Dalam-Makna
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faridah Nazir. (2013). Morfologi Bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2014). Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu.
Penerbitan Multimedia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2014). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kridalaksana, Harimurti. (2008). Kamus Linguistik. Gramedia Pustaka Utama.
Mary Fatimah Subet & Mohd Ridzuan Md Nasir. (2019). Analisis Semantik Inkuisitif Peribahasa
Bahasa Melayu. Malaysia Journal of Learning and Instruction. Jilid 16(2). 227-253.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa
Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norizah Ardi, et.al. (2011). Asas dan Kemahiran Menterjemah. August Publishing.
Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar & Harishon Radzi. (2009). Kepelbagaian
Dimensi Linguistik. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin & Zaharani Ahmad. (2012). Peluasan Makna Alim:
Analisis Semantik Kognitif. Journal of Languange Studies. Jilid 12(2). 460.
https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/1780_1780.pdf
Nurul Syazana Roslan & Nurul Jamilah Rosly. (2021). Leksikal ‘Hati’ dalam Simpulan Bahasa:
Analisis Semantik Inkuisitif. International Young Scholars Journal of Language. Jilid 4(2).
155-170.
Patarai Cholen, Suhasni Dollah. Rozeha Harun, Maria Tahir & Khushairi Fadzal. (2022). Semantik
Bahasa Melayu. Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu.
Rahimah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Romi Firmansyah, Ricky Surya Aprian & R. Mekar Ismayani. (2018). Perbandingan Kajian
Semantik Rumpun Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, 1(3),
435-440. http://dx.doi.org/10.22460/p.v1i3p%25p.778
Salihah Ab. Patah. (2004). Analisis Komponen Makna Kata Adjektif Deria Bahasa Melayu.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Semantik Bahasa Melayu: Ketaksaan dalam Ayat. Nota BBM5205.
Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai