Anda di halaman 1dari 19

Kandungan

Tajuk Halaman
Kandungan 1

Soalan Tugasan 2

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Pendekatan Modular dan Objektif Seni Bahasa dan Aspek 4 – 9

Tatabahasa
3.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran berkaitan dengan Aspek 10 - 11

Seni Bahasa dan Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis


4.0 Jenis-Jenis Pentaksiran yang bersesuaian untuk Aspek 12 - 13

Tatabahasa
5.0 Rujukan 14 - 15

6.0 Lampiran 16 - 18

Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 1

Soalan Tugasan
Tugasan 1 Penulisan Akademik (25%) – Individu

Standard Kurikulum Bahasa Melayu distrukturkan (DSKP) dengan


menggunakan pendekatan modular iaitu pemisahan kepada unit-unit
kecil dikenali sebagai modul. Dalam subjek Bahasa Melayu terdapat
lima modul iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis yang
berasaskan kepada kemahiran berbahasa. Modul seni bahasa dan
tatabahasa menyokong ketiga-tiga modul kemahiran berbahasa untuk
mengukuhkan kecekapan berbahasa.

Secara individu, anda dikehendaki menghuraikan pendekatan


modular dan objektif seni bahasa dan aspek tatabahasa berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Kemudian, tunjukkan kaedah yang anda gunakan
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan
aspek seni bahasa dan tatabahasa dalam kemahiran menulis. Selain
itu, bincangkan jenis-jenis pentaksiran yang sesuai untuk aspek
tatabahasa.

Panjang tugasan esei adalah 1000 patah perkataan.

Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 2

1.0 Pendahuluan
Dalam membentuk masyarakat yang berpengetahuan, usaha-usaha dalam
meningkatkan kualiti kecekapan dan kemahiran berkomunikasi perlu dimantapkan di
peringkat sekolah. Menyedari hal tersebut, kecekapan berbahasa akan terus dipupuk dan
ditingkatkan terutama kecekapan mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Peranan
guru dalam pengajaran bahasa amat penting untuk meningkatkan kecekapan berbahasa
dan seterusnya mencapai keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).

Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus kepada kemahiran literasi


dan aplikasi bahasa. Bagi tahap 1, konsep kembali kepada asas (back to basic) diberikan
penekanan yang khusus dalam menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Dalam mendidik pelajar tahap 1, penekanan juga diberikan untuk menyediakan
pembelajaran yang menyeronokkan berkonsepkan aktiviti didik hibur.

Manakala bagi tahap 2 pula, pendidikan memberikan peluang kepada mereka dalam
pengukuhan dan pengaplikasian kemahiran berbahasa. Dengan cara ini, murid diharapkan
dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan dan pemupukan amalan
membaca dapat diterapkan. Bagi penguasaan tatabahasa, ilmu tersebut dapat membantu
murid dalam menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti. Selain daripada itu, kaedah
pengajaran berkonsepkan
Pengajaran Seni didik hibur
Bahasa dan Tatabahasa dalam
(BMMB PdP dapat membantu murid menguasai dan
3093) 3
menghayati pembelajaran dengan lebih berkesan.

Oleh itu, perbincangan seterusnya akan menghuraikan mengenai pendekatan modular


dan objektif seni bahasa dan aspek tatabahasa berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekola Rendah. Malahan, perbincangan juga akan lebih
terperinci dalam menunjukkan kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkaitan
dengan aspek seni bahasa dan tatabahasa dalam kemahiran menulis.
2.0 Pendekatan Modular dan Objektif Seni Bahasa dan Aspek Tatabahasa

Transformasi kurikulum merupakan satu usaha penambahbaikan dalam program


pembelajaran bertujuan meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai enam aspirasi
murid yang disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –
2025. Pelan ini menyenaraikan enam aspirasi iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional
(Lampiran). Transformasi kurikulum ini dilakukan ke atas kandungan, pedagogi dan
pentaksiran yang menyeluruh berdasarkan kepada arus mutakhir Pendidikan Abad Ke-21
(PAK-21).

Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (2013), Kementerian Pendidikan


Malaysia telah menggubal dengan menstrukturkan kurikulum kepada pendekatan berbentuk
modular. Bagi memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik, setiap kemahiran
tersebut telah dipecahkan kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Terdapat lima
modul yang disenaraikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran iaitu Modul
Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa serta Modul
Tatabahasa. Tiga modul yang pertama tersebut adalah asas yang wajib dipelajari manakala
Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong ketiga-tiga modul tersebut untuk
mengukuhkan
Pengajaran Senikecekapan berbahasa(BMMB
Bahasa dan Tatabahasa murid. 3093) 4

2.1 Modul Seni Bahasa

Transformasi kurikulum menekankan modul seni bahasa sebagai salah satu modul yang
menerapkan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang
perlu dikuasai oleh murid. Dalam modul ini, penguasaan murid merangkumi kecekapan
dalam memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Pengajaran yang
ditekankan dalam modul ini adalah bercirikan didik hibur yang pastinya memberikan
keseronokan kepada murid-murid. Hal ini juga disokong dalam Utusan Online (2010) yang
menyatakan pelaksanaan PdP melalui modul seni bahasa memberi tumpuan kepada
pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif dan berkesan melalui pelbagai aktiviti
berbahasa. Antara aktiviti berbahasa yang boleh dilaksanakan seperti nyanyian, berlakon,
berpuisi, pengucapan awam, choral speaking, drama dan muzik. Melalui cara ini, aspek seni
bahasa telah menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan, selesa dan tiada tekanan

Dalam modul seni bahasa ini, terdapat beberapa prinsip yang disarankan bagi
menjayakan objektif pengajaran. Antara prinsip yang disenaraikan dalam Modul Aspek Seni
Bahasa Tahun 5 SK/SJK seperti berikut:

i. guru bertindak sebagai pembimbing


ii. pemilihan bahan yang sesuai dan menarik
iii. penekanan kepada kehalusan dan keindahan bahasa
iv. penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh

Berdasarkan kepada prinsip tersebut, ciri-ciri yang disarankan dalam Pendidikan Abad
Ke-21 (PAK-21) dapat diaplikasikan dengan sebaiknya melalui pendekatan berpusatkan
murid. Dalam arus pendidikan mutakhir, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih
berfokuskan kepada murid dalam menerokai sesuatu ilmu dan guru sebagai pembimbing
dalam bilik darjah. Hasrat tranformasi kementerian dapat dicapai sekiranya aspek seni
bahasa ini dilaksanakan secara interaktif yang terkandung unsur kelakar, kecindan, unsur
estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Walaupun murid berhibur semasa
proses PdP, objektif pengajaran tetap dicapai seperti yang ditetapkan. Hal ini selari dengan
kajian yang dilaksanakan oleh Tay Meng Guat (2015) yang menekankan pembelajaran
menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Secara umumnya, pengajaran modul seni bahasa ini bertujuan untuk membolehkan
murid menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan
kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa yang sesuai. Dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) ada menyenaraikan objektif aspek seni bahasa yang
dilaksanakan mengikut
Pengajaran Seni tahap
Bahasa dan di peringkat
Tatabahasa (BMMB sekolah
3093) rendah (Lampiran). 5
Modul seni bahasa juga dijalankan dalam peringkat tahap satu di sekolah rendah
namun tahap pencapaian pengajaran adalah rendah mengikut perkembangan murid-murid.
Objektif yang perlu dicapai juga dapat dilihat seperti berikut:

Bagi tahap dua pula, objektif pengajaran dalam aspek seni bahasa lebih tinggi
tahapnya berbanding dengan tahap satu. Objektif pengajaran ditunjukkan seperti berikut:

Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 6

Berdasarkan kepada objektif berikut, pengajaran aspek seni bahasa memberikan


impak yang sangat positif terutamanya dalam pembinaan kreativiti, imaginasi, estetika dan
persepsi murid terhadap sesuatu. Dalam pengajaran aspek seni bahasa, guru boleh
menjalankan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan prinsip yang ingin ditekankan.
Sebagai contoh, sekiranya guru ingin mencapai objektif yang kelima tersebut guru perlu
menguasai prinsip berpuisi.

 Tahap 2: Tahun 4
 Objektif: murid mengetahui dan berkeupayaan mendeklamasikan sajak dengan
sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur serta memahami
maksud sajak tersebut

Dalam melaksanakan aktiviti berpuisi, prinsip yang perlu ditekankan adalah


pemilihan puisi adalah berdasarkan tema, pengalaman dan fizikal murid. Selain itu, bahasa
yang digunakan hendaklah jelas, ringkas dan mudah difahami. Pemilihan aktiviti berpuisi
perlulah menitikberatkan aspek peluang kepada murid untuk menjadi kreatif melalui
kemahiran bahasa dan emosi murid. Malahan, penekanan kepada sebutan, intonasi dan
kelantangan suara juga dititikberatkan dalam aktiviti berpuisi.

Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dilaksanakan seperti mendeklamasikan sajak


dengan mengikut rentak yang dilakukan oleh ahli kumpulan masing-masing. Rentak yang
digunakan menggunakan peralatan autentik yang terdapat di dalam kelas seperti batang
Pengajarankerusi
penyapu, Seni Bahasa
dan dan Tatabahasa (BMMB
sebagainya. 3093)
Peralatan yang digunakan hendaklah peralatan yang 7

boleh menghasilkan bunyi atau rentak. Daripada aktiviti tersebut, pembelajaran yang
menyeronokkan dapat dilaksanakan dengan menerapkan didik hibur seperti yang
disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2010) ada
menyatakan bahawa pelaksanaan tranformasi kurikulum adalah menekankan aspek
penerokaan ilmu secara mendalam melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan
tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Hal ini menunjukkan transformasi
pendidikan kini lebih berpusatkan murid dalam menerapkan budaya berfikir kreatif dan
inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terkini.

2.2 Modul Tatabahasa

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan
1996, bahasa Melayu adalah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah. Kurikulum bahasa Melayu bertujuan menyediakan murid dalam menguasai
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan berbahasa yang
betul dan tepat. Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, murid didedahkan
dengan modul tatabahasa yang merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu.
Modul Tatabahasa digubal bagi menekankan aspek morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu. Pengajaran mestilah dirancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan agar
murid dapat meningkatkan pemahaman mereka serta dapat menggunakan tatabahasa
Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 8
dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks. Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai
hukum yang tersendiri dan murid perlu memahami kegunaan setiap hukum mengikut
konteks yang betul.

Dalam modul tatabahasa ini, terdapat dua bahagian besar iaitu sintaksis dan morfologi.
Bagi bahagian sintaksis, perkara-perkara yang berkait dalam modul ini adalah berkaitan
dengan susunan perkataan untuk membina frasa dan ayat. Antara topik yang diajar dalam
bahagian sintaksis seperti binaan ayat, jenis ayat, konsep ayat aktif dan pasif serta proses
penerbitan ayat. Manakala bagi bahagian morfologi pula, aspek yang ditekankan adalah
berkaitan dengan golongan kata dan pembentukan kata. Keberkesanan dalam modul ini
diharapkan murid berupaya menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan,
pembacaan dan penulisan.

Pendekatan modul tatabahasa ini telah menetapkan pelbagai objektif yang berkait
mengikut tahap murid-murid. Antara objektif yang disenaraikan adalah seperti berikut:
Berdasarkan kepada objektif yang disenaraikan mengikut tahap, guru perlu merancang
pengajaran dengan teliti bagi memudahkan murid memahami isi pengajaran yang
disampaikan. Pengajaran tatabahasa di sekolah sangat mencabar bagi seseorang guru
bahasa. Menurut Salinah Jaafar (2015) menyatakan para guru perlu melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan berkaitan dengan tatabahasa itu sendiri. Dengan cara ini, guru
tidak akan sewenang-wenangnya mengajar tatabahasa kepada murid tanpa hala tuju dan
tanoa membuat sebarang rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa. Para guru boleh
Pengajaran Seni rujukan
menggunakan Bahasa dan Tatabahasa
yang diiktiraf(BMMB 3093) Bahasa dan Pustaka serta Kementerian
oleh Dewan 9
Pendidikan Malaysia seperti Tatabahasa Dewan (2014) dan Kamus Dewan (2013).

Dalam modul tatabahasa ini, guru boleh menjalankan pelbagai aktiviti yang
menggabungjalinkan dengan pelbagai kemahiran berbahasa. Sebagai contoh, aktiviti
membina sebanyak mungkin perkataan yang dapat dihasilkan melalui contoh yang telah
disediakan.

 Tahap 2: Tahun 4
 Objektif: memahami dan menggunakan imbuhan apitan dengan betul dalam
pelbagai situasi.
 Arahan: Bina sebanyak mungkin perkataan dengan pembayang yang diberikan
dalam masa yang ditetapkan. Satu contoh telah diberikan dalam kurung untuk
membantu anda.

Contoh: Ber ___________ kan (berasaskan)

Me ____________ i (mengalami)

Berdasarkan kepada aktiviti tersebut, guru boleh menjalankan aktiviti tersebut secara
berkumpulan. Aktiviti tersebut sesuai dijalankan dalam bentuk pertandingan bagi
mewujudkan persaingan sihat antara pelajar. Dengan cara ini, murid dapat mempelajari dan
memahami dengan lebih mudah penggunaan imbuhan apitan. Aktiviti tersebut menerapkan
pendekatan bermain sambil belajar dalam menyampaikan ilmu tatabahasa. Secara tidak
langsung, pengajaran tersebut dapat memudahkan guru dapat mencapai objektif yang
ditetapkan.

Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 10

3.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran berkaitan dengan Aspek Seni Bahasa dan
Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis

Pendidikan bahasa Melayu perlu diselarikan dengan arus pemodenan yang kian
mencabar ini (Juriah Long, 2003). Pernyataan berikut menunjukkan bahawa pengajaran
bahasa Melayu pada masa kini memerlukan penekanan kepada elemen PAK-21 dengan
menggabungjalinkan kemahiran berbahasa dengan berkesan. Terdapat pelbagai kaedah
pengajaran yang bersesuaian untuk mengajar kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan aspek seni bahasa dan tatabahasa
dalam kemahiran menulis dibincangkan seperti di bawah.

Tahap Satu: Tahun 2 Tema: Tradisi Kita


Nama aktiviti: Cantum Budaya BBM: Gambar Puzzle, Kad soalan,
Kertas
Standard Kandungan: Standard Pembelajaran:
3.3 membina dan menulis perkataan, frasa 3.3.3 membina dan menulis jawapan dalam
dan ayat dengan betul bentuk ayat mudah dengan betul
berdasarkan soalan

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran:

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.


2. Setiap kumpulan akan mendapat satu sampul yang mengandungi gambar “puzzle”
pakaian
tradisional.
3. Secara berkumpulan, murid perlu menyiapkan “puzzle” tersebut.
4. Selepas selesai menyiapkan “puzzle” tersebut, guru akan memberikan kad soalan kepada
setiap kumpulan.
5. Murid dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di dalam kad soalan tersebut di atas
helaian kertas A4 dengan menggunakan ayat mudah.
6. Seterusnya, murid dikehendaki melukis gambar pakaian tersebut mengikut kreativiti dan
corak yang pelbagai di atas helaian kertas A4 bagi setiap kumpulan dan warnakan.
7. Hasil perbincangan setiap kumpulan akan dibentangkan di hadapan kelas.
Berdasarkan kepada maklumat berikut, kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut
menggabungjalinkan kemahiran menulis dengan aspek seni bahasa dan tatabahasa.
Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 11
Kemahiran tatabahasa yang diterapkan dalam pengajaran tersebut adalah pembinaan ayat
mudah. Sebagai contoh, murid menulis jawapan bagi soalan yang diperoleh seperti:

Contoh Gambar Puzzle dan Kad Soalan yang diperoleh

Oleh itu, jangkaan jawapan yang diberikan oleh murid adalah dengan menggunakan ayat
mudah seperti “nama pakaian tradisional tersebut adalah baju kurung”. Berdasarkan kaedah
ini, murid berfikir sebelum menjawab soalan dan penggunaan tatabahasa yang betul dapat
diterapkan. Selain itu, penerapan aspek seni bahasa juga diterapkan dalam pengajaran ini.
Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan bahan yang menarik dan kaedah permainan
“puzzle” dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran akan lebih
menyeronokkan apabila penggunaan bahan bantu belajar yang berasaskan permainan dan
mempunyai warna yang menarik perhatian murid.
Penerapan kemahiran menulis dapat diterapkan melalui kaedah pengajaran yang
ditunjukkan dalam prosedur yang kelima dan keenam. Dalam standard pembelajaran yang
dinyatakan, murid dapat membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan
betul berdasarkan soalan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kaedah guru menerapkan
kemahiran menulis dengan menjawab soalan dan melukis gambar pakaian tersebut
mengikut kreativiti dan corak masing-masing. Kaedah pengajaran sebegini dapat
memberikan kebebasan murid dalam menzahirkan kreativiti mereka.

Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 12

4.0 Jenis-Jenis Pentaksiran yang bersesuaian untuk Aspek Tatabahasa

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat yang ingin diperoleh
meliputi hal berkaitan dengan topik, bukti dan prestasi. Penilaian ini perlu dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Arsaythamby Veloo (2011) menyatakan pentaksiran sebagai proses yang dilakukan


untuk mengetahui keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan pelajar dalam sesuatu
topik. Malahan, pentaksiran dilaksanakan berperanan penting dalam penambahbaikan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di dalam bilik darjah. Oleh itu, proses
pentaksiran perlu dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Integrasi pentaksiran
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat difahami seperti berikut:
Dalam melaksanakan pentaksiran yang berkesan, guru perlu merangka objektif dan
kandungan mata pelajaran yang hendak diajar sebelum strategi dan kaedah pengajaran
dilaksanakan. Pentaksiran boleh dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu berdasarkan penilaian
formatif dan sumatif.

Dalam penilaian formatif, guru menggunakan beberapa kaedah atau ujian untuk
Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 13
mengukur kebolehan murid dalam menguasai sesuatu topik yang dipelajari (Thorndike,
2001). Antara alat pentaksiran yang digunakan seperti kuiz, tugasan, pembentangan dan
sebagainya. Bagi penilaian sumatif pula hanya melibatkan peperiksaan akhir pada setiap
kursus atau tempoh pengajaran. Oleh itu, guru perlu merancang dengan baik kaedah yang
hendak digunakan untuk menentukan kebolehan murid dalam memahami intipati
pengajaran.

Penilaian aspek tatabahasa boleh dijalankan secara lisan, bertulis atau campuran (Koh
Boh Boon, 1990). Misalnya, guru mengemukakan beberapa soalan secara lisan untuk
menguji pemahaman murid tentang suatu topik tatabahasa yang telah diajarkan. Murid
dibenarkan berbincang sesama mereka dan boleh merujuk kepada buku teks untuk mencari
jawapan yang betul bagi setiap soalan yang diberikan. Selepas itu, guru meminta jawapan
secara lisan daripada murid yang hendak menjawab.

Selain itu, guru boleh melaksanakan ujian diagnostik yang bertujuan untuk mengesan
kelemahan murid dalam sesuatu topik sebelum memasuki topik baharu. Misalnya, guru
membina satu ujian untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam penggunaan imbuhan
awalan. Berdasarkan kepada ujian khas tersebut, guru dapat mengukur pemahaman murid
dalam sesuatu topik yang telah diajar.
Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 14

5.0 Rujukan

Arsaythamby Veloo (2011) Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam

Pembelajaran. JGD – Journal of Governance and Development 8 Vol.7, 2011 (8 - 15).

Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia

Aspek Seni Bahasa Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 5

SK/SJK. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.


Juriah Long (2008). Pendidikan Bahasa Melayu: Antara hasrat dengan pelaksanaan. Bangi:

Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan (2013). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016) Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran

Bahasa Melaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum.

Koh Boh Boon (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Prinsip dan Teknik.
Petaling
Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 15

Jaya: Penerbit Fajar Sdn. Bhd.

Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat

Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kurikulum lebih kreatif, menyeronokkan diperkenal. (2010,
Februari

24). Berita Harian, m/s 5.

Tay Meng Guat (2015). Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015: Jabatan Pengajian Melayu.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2014).

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thorndike, R. L. (2001). Measurement and evaluation in psychology and education (6thed.).

Merill, Upper Saddle River, New Jersey: Colombus.

Utusan Online: Pendekatan Modular bertarikh 22 MAC 2010, Diakses pada 28 Februari di
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Pendidikan&pg=pe_02.htm

Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 16

6.0 Lampiran
Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 17
Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 18
Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa (BMMB 3093) 19

Anda mungkin juga menyukai