Anda di halaman 1dari 10

Isi Kandungan

1. Penghargaan 2
2. Tugasan 1 3
3. Pengenalan 4
4. Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah rendah 4
5. Peranan guru lepasan PISMP dapat menangani isu-isu tersebut 7
6. Kesimpulan 8
7. Rujukan 9

0
Penghargaan

1
Akhlak penting sebagai indikator atau kayu ukur dalam pembangunan sesebuah tamadun
bangsa dan pembentukan insan bermoral. Akhlak yang baik akan melahirkan masyarakat
yang mempunyai nilai jatidiri yang tinggi. Oleh yang demikian, tanggungjawab membentuk
akhlak merupakan satu agenda yang besar sehingga Allah swt telah mengutuskan seorang
nabi bagi tujuan tersebut. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis “Bahawasanya
aku ini diutus untuk menyempurnakan akhlak” (riwayat Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).
Sekiranya akhlak tidak mempunyai kepentingan dalam kehidupan seorang muslim, tidak
mungkin ia dijadikan sebagai salah satu agenda pengutusan Rasulullah SAW.

Tugasan 1: Penulisan (60 markah)

Sebagai seorang insan bermoral, adalah wajar untuk mengenalpasti gejala keruntuhan akhlak
dalam kalangan pelajar sekolah rendah yang dapat diperolehi daripada pelbagai sumber, dan
mencadangkan bagaimana peranan guru lepasan PISMP dapat menangani isu-isu tersebut,
dengan disokong dalil naqli yang sesuai.

BIG IDEA MPU3092 NPDL MPU3102 dan MPU3052: Pembentukan Insan Bermoral.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

Tugasan 1 – Penulisan (Individu)

1. Tugasan 1 merupakan tugasan individu.


2. Panjang tugasan 1 adalah 1000 patah perkataan.
3. Penulisan perlu bertaip dengan tulisan Arial saiz fon 11 dan langkau 1.5 baris.
4. Rujukan harus merangkumi sekurang-kurangnya daripada 10 sumber seperti jurnal,

buku rujukan majalah,surat khabar dan sumber internet.

5. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological


Assosiation).
6. Tugasan perlu disediakan dalam bentuk hardcopy.

7. Amalan memplagiat tidak dibenarkan.

8. Bahagian kulit luar tugasan mengikut format yang ditetapkan dan berwarna putih.
9. Maklumat yang dikumpulkan perlulah menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2
1.0 Pengenalan

Akhlak (khuluq) bemaksud kepercayaan, pegangan, sikap, nilai, akhlak dan tingkah laku
manakala akhlak menurut Islam ialah sikap keperibadian yang melahirkan perbuatan dan
tingkah laku manusia terhadap tuhan dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain,
sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan Hadis (Rahman Mohd Aroff,
1996). Menurut Al-Quran pada surah Al-Ahzab ayat ke 21 yang berbunyi seperti berikut :

َ َ ‫ّللا َوال َيو َم اآلخِ َر َوذَك ََر‬


ً ‫ّللا َكث‬
‫ِيرا‬ َ ‫ّللا أُس َوة َح‬
َ َ ‫سنَة ِل َمن كَانَ َير ُجو‬ ُ ‫”لَقَد كَانَ لَ ُكم فِي َر‬
ِ َ ‫سو ِل‬

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik)
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan
dia banyak menyebut Allah.”

(Al-Ahzab : 21)

Ini menjelaskan bahawa Islam telah menggariskan panduan bagi umatnya untuk mengikut
akhlak yang baik yang terdapat pada Rasulullah S.A.W.

2.0 Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah rendah

Isu keruntuhan akhlak seperti ini semestinya mempunyai kaitan dengan pengaruh
seperti diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, pengaruh barat, masyarakat sekeliling, media
massa dan sebagainya (Fauziah et al. 2012; Zainudin & Norazmah 2011; Wan et al. 2013).
Permasalahan ini juga adalah impak daripada modenisasi dan kejutan budaya yang melanda
remaja zaman ini yang bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah melibatkan
institusi keluarga, masyarakat dan negara (Zainudin & Norazmah 2011). Menurut Che Su &
Nan Zakiah (2014), perkembangan teknologi dan peradaban yang pelbagai telah
menyebabkan manusia turut berubah mengikut perkembangan yang dominan. Jelaslah
perkara-perkara ini telah memberi pengaruh yang besar kepada diri murid-murid. Menurut
Absha Atiah Abu Bakar dan Mohd. Isa Hamzah (2019), isu keruntuhan akhlak pelajar
merupakan suatu ancaman besar bagi mencapai kemajuan dan pembangunan negara.
Noornajihan dan Ab. Halim Tamuri (2013) menegaskan bahawa kegagalan sesebuah institusi,
organisasi, bangsa, negara mahupun tamadun adalah disebabkan oleh faktor sahsiah individu
yang telah rosak. Perkara ini turut diperakui dan dibuktikan melalui teori kelahiran dan
kejatuhan tamadun yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun (1993).

Antara gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah rendah merupakan
menonton pornografi. Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan
data amat mengejutkan apabila kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17

3
tahun telah menonton pornografi secara sengaja. Hal ini amat membimbangkan kerana dapat
mencetuskan kepada masalah yang lebih besar seperti kejadian rogol, seks luar nikah dan
sebagainya. Syed Mikael Rizal Aidid (2005), menyatakan bahawa adalah menjadi kerisauan
apabila pelanggan laman lucah ini tiba-tiba gagal menemui laman lucah yang boleh diakses,
lantas bertindak mencari jalan yang lebih buruk untuk memuaskan nafsunya. kita dapat lihat
bahawa sejarah umat terdahulu yang runtuhnya tamadun disebabkan hati yang kotor. hati
yang kotor ini berkait mata yang selalu memandang perkara yang diharamkan oleh Allah,
tangan yang melakukan kerja keji dan kaki yang sering melangkah ke tempat maksiat.
maksiat ini membahayakan manusia kerana dapat menghalangi ilmu yang dipelajari. Murid-
murid nini mendapatkan bahan pornografi melalui sumber yang berikut:

Sumber bahan pornografi


Cakera padat (CD),
Cakera padat video
(VCD), 17%

Internet , 53%

Telefon pintar, 30%

Internet Telefon pintar Cakera padat (CD), Cakera padat video (VCD)

Rajah 1: Carta pai berkenaan sumber pornografi yang diakses oleh murid

Selain itu, masalah pergaduhan juga sering berlaku dalam kalangan murid sekolah
rendah. Menurut Kamus Dewan Bahasa (2013) pergaduhan dimaksudkan sebagai tingkah
laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang
mangsa secara fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang tertentu. Allah S.W.T
melarang umat islam sesama sekali bergaduh anatara satu sama lain kerana hal ini
menyebabkan kecedaraan dan kemurkaan daripada Allah. Kesannya, dapat memecahkan
hubungan silaturahim yang akhirnya menjadi punca keruntuhan akhlak dalam diri manusia.

Masalah buli juga sudah mula merebak dalam kalangan murid sekolah rendah. Hal ini
dapat dibuktikan dengan kes empat murid sebuah sekolah rendah di Jertih yang merupakan

4
antara lapan individu yang dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung kes buli
yang tular di media sosial pada Februari 2019. Masalah buli ini kebanyakkan disebabkan oleh
faktor masalah rumah tangga, murid ingin menunjukkan kekuatan dan sebagainya. Amanda
Holman dan Jody Koenig Kellas (2018) yang mendapati bahawa komunikasi yang kurang
antara ibu bapa dengan anak menyebabkan remaja mudah terjebak dengan

masalah sosial. Gejala buli ini harus diatasi sejak kecil agar ianiya tidak berlarutan
kerana dapat memberi impak yang besar kepada mangsa buli seperti kemurungan. Media
massa telah menjadi faktor yang menyumbang kes buli. Hal ini demikian kerana pelbagai
genre filem yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang
sememangnya bertentangan dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari
negara-negara barat berunsurkan aksi-aksi ganas. Murid terdorong dengan perasaan ingin
mencuba aksi-aksi yang dipaparkan pelaku buli akan bertindak ke atas mangsanya tanpa
memikirkan padah yang bakal mereka perolehi. Keadaan ini juga merupakan satu budaya
yang menyebabkan keruntuhan akhlak islamiah serta memberi kesan negatif pada agama
Islam dalam aspek keselamatan diri. Maka, pelbagai inisiatif yang menuntut guru-guru dan
ibu bapa untuk bekerjasama untuk mengatasi gejala keruntuhan akhlak yang semakin
membarah ini.

Jadual 1: Insiden buli dalam tempoh 30 hari bagi murid sekolah menengah dan rendah di
seluruh Malaysia pada tahun 2017

5
3.0 Peranan guru dalam menangani gejala keruntuhan akhlak

Sebagai seorang guru lepasan PISMP haruslah mengimplementasikan akhlak


islamiyyah demi membasmi gejala keruntuhan akhlak yang semakin meluas dalam kalangan
murid sekolah rendah. Guru hendaklah mendedahkan murid-murid yang masih setahun
jagung ini dengan hukum-hukum Allah yang akan dikenakan terhadap individu yang
melakukan kesalahan dalam sesebuah masyarakat. Menurut Shaer (2011), secara
terperincinya, hukum-hukum Allah ini termasuklah hukum zina, hukum menyebarkan dusta,
hukum menjaga pandangan, hukum mengunjungi dan bertamu, dan sebagainya. Oleh hal
yang demikian, hukum-hukum Allah ini hendaklah diperkenal serta dititikberatkan oleh guru
ke dalam diri murid-murid agar mereka dapat mengenalpasti dan membanding beza perkara
yang syumul dan batil.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan konsep syura yang diadaptasi kepada masa
kini. Konsep syura, asalnya bermaksud, “Syura adalah satu konsep dalam menentukan
sesuatu keputusan dalam pemerintahan Islam” (Ichsan, 2014). Misalnya, guru mencadangkan
pihak sekolah untuk menggunakan konsep syura yang melibatkan ibubapa dalam menangani
dan membendung gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan para pelajar. Cadangan
penambahbaikan, keputusan atau teknik dalam mengawal tingkah laku para pelajar, misalnya,
dapat dibincangkan bersama. Hal ini dapat selaras dengan firman Allah dalam Surah Ali-Imran
ayat 159, “… dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-
hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk
membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhNya Allah Mengasihi orang-
orang yang bertawakkal kepadaNya.”

Seterusnya, guru boleh mencadangkan kepada pihak sekolah untuk menyediakan


sesi kaunseling untuk pelajar bermasalah Pelaksanaan sesi kaunseling ini merupakan
Langkah awal agar gejala tersebut tidak terbawa-bawa kepada masyarakat. Hal ini dapat
memburukkan nama sekolah dan diri murid itu sendiri. Contohnya, gejala membuli,
pergaduhan dan pornografi. Maka, guru boleh mengusulkan kepada pihak kaunseling untuk
membimbing murid-murid melalui pendekatan tertentu terutamanya menggunakan
pendidikan Islamiah agar mereka dapat membaiki semula nilai moral dan akhlak Islam
dalam diri mereka. Kesannya, jati diri muslim dapat diperkukuh dan menjadi benteng utama
daripada terjerumus kembali ke lembah akhlak yang membinasakan.

Guru juga boleh mengusulkan cadangan kepada pihak sekolah untuk mengadakan
program pemantapan akidah dan akhlak. Melalui program ini, kesedaran tentang
keruntuhan akhlak dapat siterapkan kepada murid-murid kita seharusnya mendalami. Guru-
guru boleh menayangkan video kesan-kesan keruntuhan akhlak kepada murid sebagai

6
tamsilan. Maka, murid-murid dapat memantapkan diri dengan akidah dan akhlak yang mulia.
Akhirnya, guru boleh menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan murid melalui
pendekatan dalam pengajaran dan pemebelajaran. Guru boleh menyerapkan unsur-unsur
akhlak Islamiyyah ketika aktiviti PdP dijalankan. Contohnya, guru boleh menerapkan ilmu
akhlak dalam pengajaran bahasa Melayu tentang kemasyarakatan. Menurut Maszuria
(2007), kepelbagaian pendekatan dalam menyelesaikan masalah akan menjadikan usaha
sama itu berjaya ditangani. Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan oleh
guru untuk memperbaiki akhlak murid menjadi lebih baik.

4.0 Kesimpulan

Tuntasnya, terdapat pelbagai isu-isu keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah
rendah seperti pergaduhan, pornografi, buli dan mencuri. Sebagai seorang guru, kita
seharusnya mempersiapkan diri membentuk murid menjadi modal insan yang mempunyai
akhlak dan ciri-ciri Islam.

7
Rujukan

Al-Quran

Absha Atiah Abu Bakar dan Mohd. Isa Hamzah. (2019). Faktor Keterlibatan Remaja Dengan
Masalah Sosial. Jurnal Hadhari 11 (1) (2019) 1-17. ejournals.ukm.my/jhadhari

Amanda Holman & Jody Koenig Kellas. (2018). Say something instead of nothing:
Adolescents’ perceptions of memorable conversations about sex-related topics with
their parents. Communication Monographs 85 (3): 357-379.

Che Su & Nan Zakiah (2014), The National Values Impact on Organizational Change in Public
Organization in Qatar”. International Journal of Business and Management, 7(1), 182
191.

Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Khadijah Alavi, Mohd Suhaimi Mohamad, Noremy Md
Akhir & Salina Nen. 2012. Memperkasakan pengetahuan agama dalam kalangan
remaja bermasalah tingkah laku: Ke arah pembentukan akhlak remaja sejahtera.
Journal of Social Sciences and Humanities: 84-93.

Ibnu Khaldun. 1993. Muqaddimah Ibn Khaldun. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ichsan, M. (2014). Demokrasi dan Syura: Persepektif Islam dan Barat. SUBSTANTIA, 16(1),
1-12.

Kamus Dewan Bahasa (2013), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Malaysians Against Pornografi (MAP). (2018) Dicapai pada Februari 25, 2021 dari
https://www.malaysiansagainstpornography.com/

8
Maszuria (2007), Akhlak remaja Melayu semakin meruncing. Dicapai pada Februari 25, 2021
dari, http://www.utusan.com.my/rencana/forum/akhlak-remaja-melayu-
semakinmeruncing-1.478633#ixzz55UaETUS3

Nor Azah Abdul Aziz & Che Zarrina Saari. (2011). Menangani Permasalahan Laman Web
Pornografi: Antara Perisian Penapis, Penguatkuasaan Undang-Undang dan Amalan
Spiritual. Journal of Islamic and Arabic Education 3(1), 2011 29-46.
http://journalarticle.ukm.my/2205/1/23.pdf

Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri. 2013. Hubungan antara efikasi kendiri dengan kualiti

guru pendidikan islam sekolah menengah kebangsaan malaysia. JIAE: Journal of


Islamic and Arabic Education 5 (1): 41-60.

Rahman Mohd Aroff. (1996). Ciri-ciri remaja berisiko: kajian literatur, Islamiyyat 35(1). 111 –
119.

Syed Mikael Rizal Aidid. (2005). Exco Dakwah & Tarbiyah Persatuan Kebangsaan Pelajar
Islam Malaysia (PKPIM).

Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fakrudin Mohamed Yusoff & Ahmad Arifin
Sapar. 2013. Pengaruh media massa terhadap penampilan akhlak pelajar islam
Politeknik Malysia. The Online Journal of Islamic Education. 1: 17-27.

Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. 2011. Faktor-faktor yang mempengaruhi
remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.
Journal of Education Psychology & Counseling 1: 115-140.

Anda mungkin juga menyukai