Anda di halaman 1dari 4

2.

5 CABARAN MENGATASI SERANGAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM PADA MASA KINI

2.5.1 PENGARUH MEDIA SOSIAL

Menurut Reni (2018), media sosial merupakan antara pengaruh terbesar dalam kalangan
manusia pada zaman sekarang.Media sosial menjadi kebiasaan dalam kehidupan
seseorang tanpa ada sehari pun tidak membukanya. Media sosial merupakan tempat untuk
seseorang itu membuat akaun peribadi bagi tujuan berkomunikasi dan mendapatkan
informasi, tiada batasan dan ruang untuk digunakan tanpa mengira masa dan di mana.
Dalam sosial media, seseorang itu bebas memberi komen dan pendapat tanpa memikirkan
ia baik atau buruk. Hal ini disebabkan, di dalam media sosial mudah untuk melakukan
kejahatan kerana boleh memalsukan identiti. Seseorang itu sepatutnya berbual atau bergaul
dengan keluarga atau rakan sebaya. Tetapi pada zaman sekarang, mereka lebih suka
bermain media sosial kerana lebih dianggap moden dan terkini dan bagi sesiapa yang tiada
media sosial, ia dianggap ketinggalan zaman. Pemikiran begini menjadikan seseorang itu
lebih jauh dari agama Islam. Contoh media sosial ialah Facebook, Instagram, Twitter dan
lain-lain. Perilaku seseorang itu lebih cenderung untuk melakukan perkara negatif kerana
zaman kini semakin berkembang pesat selari dengan media sosial dan menjadikan
pergaulan seseorang itu mengikut pergaulan budaya dari luar dan menjadikan budaya Islam
itu tidak lagi menjadi kebiasaan dalam diri seseoran itu. Seseorang itu lebih memilih budaya
luar tanpa fikirakan baik atau buruk. Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai kehidupan
yang bebas sehingga tidak hormat kepada ibu bapa, berdua-duaan dengan pasangan,
meghisap rokok atau vape dan lain-lain, mengikut zaman sekarang, ia merupakan perkara
yang biasa walhal ia merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.Ini kerana seseorang itu
sudah terpengaruh dengan budaya luar melalui media sosial. Konklusinya, serangan
pemikiran terhadap umat Islam dapat dipengaruhi melalui media sosial yang semakin
berleluasa.

2.5.2 PENGARUH RAKAN SEBAYA

Menurut Azizi dan Muhamad (2010), rakan sebaya merupakan antara orang yang rapat
dengan kita selain keluarga. Apabila di rumah, seseorang itu akan bergaul dengan keluarga
manakala jika di luar, seseorang itu akan bergaul dengan rakannya. Rakan sebaya
merupakan seseorang yang mempunyai hampir sama dengan umur kita.Seseorang itu juga
lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya berbanding ibu bapa. Ini kerana seseorang itu
merasakan bahawa ibu bapanya sering mengawal atau mengongkong kebebasannya. Ibu
bapa pula merasakan tidak kena dengan tingkah laku anaknya dan mula menegur tetapi
anaknya menanggap itu sebagai penentangan. Hal ini menjadikan, timbulnya masalah
disebabkan perselisihan faham yang berlaku antara anak dan ibu bapa. Dengan itu,
seseorang itu akan mencari rakan untuk meluahkan perasaanya atau mengadu untuk
mendapatkan nasihat atau panduan. Dia lebih selesa untuk bercerita dengan kawan-kawan
dibandingkan dengan ibu bapa. Seseorang itu akan mengikut atau melakukan apa sahaja
apa yang dibuat oleh rakan sebayanya. Oleh hal yang demikian, pemilihan rakan sebaya
sebenarnya sangat penting untuk memastikan akhlak kita terjaga. Dalam Islam mengatakan
bahawa ibu bapa sendiri perlu mengenal pasti rakan-rakannya yang berakhlak mulia.

Pada kajian lepas mendapati bahawa pelajar itu lebih cenderung untuk menghisap
rokok berkumpulan. Peraturan sekolah juga dipandang remeh kerana ia menganggapnya
sesuatu yang sangat membebankan. Kumpulan akan dibentuk oleh seseorang dan
peraturan juga diadakan, jadi setiap ahli kumpulan perlu patuhinya. Dari sinilah timbulnya
masalah disiplin seperti buli, bergaduh atau peras ugut. Berikutan kajian yang disebut, ia
selari dengan kajian yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 1993 bahawa situasi tersebut dipengaruhi oleh keluarga, rakan sebaya
dan sekolah. Misalnya, tahun 1993, sebanyak 81.03 peratus disebabkan keluarga, 4.10
peratus pula disebabkan rakan sebaya dan akhir sekali sebanyak 1.24 peratus disebabkan
sekolah. Tuntasnya, pengaruh rakan sebaya merupakan antara penyumbang dalam
serangan pemikiran umat Islam pada zaman moden kini.

2.5.3 PENDIDIKAN ISLAM SEMAKIN BERKURANG

Menurut Hidayat (2015), agama Islam merupakan panduan hidup manusia sepanjang
zaman hinggalah akhirat. Agama ini juga meliputi semua aspek ilmu dari yang tidak hidup
hinggalah hidup. Ia dikaji mengikut pemikiran Islam yang mulia. Pendidikan merupakan
suatu proses untuk seseorang itu Berjaya dengan lebih efisien. Pendidikan agama Islam
merupakan satu usaha untuk membimbing manusia dari semua aspek dalam kehidupan.
Pendidikan Islam menurut tokoh Ahmadi, beliau berkata bahawa Pendidikan Islam adalah
usaha untuk pelihara fitrah manusia dan sumber daya insan membentuk manusia yang
sepatutnya selari dengan Islam. Manakala menurut Syekh Musthafa Al- Ghulayani
mendefinisikan bahawa pendidikan Islam adalah untuk menanam sifat mulia dalam jiwa
seseorang dan juga sebagai nasihat. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh
dia atas, ini menunjukkan bahawa Pendidikan Islam bagus untuk jasmani mahupun rohani
yang membentuk keperibadian mulia. Walaupun begitu, pendidikan Islam dipandang enteng
pada era globalisasi kini. Tujuan pendidikan Islam yang diperkatakan sangat bagus tetapi
malangnya ia tidak dapat dijalankan dengan baik. Ia menjadi kabur dan tidak menentu
disebabkan tuntutan kehidupan moden zaman sekarang. Di samping itu, ibu bapa juga
memainkan peranan penting tetapi disebabkan ekonomi yang meningkat, ibu bapa sibuk
dengan kerja sehingga mengabaikan anak-anak. Bagi ibu bapa, Pendidikan Islam sudah
memadai di sekolah walhal ibu bapa sepatutnya mengajar tentang Islam dari kecil. Bak kata
pepatah ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Selain itu, tenaga pengajar atau guru
sudah cukup tetapi dari segi kualitinya masih lagi tidak mencukupi. Banyak guru unqualified,
underqualified, mismatch sehingga apa yang diajarnya tidak berkualiti. Pengetahuan dalam
agama Islam juga terlalu umum hingga tidak dapat mendefinisikan atau mengatasi masalah-
masalah yang berkaitan dengan Islam. Akhir sekali, jam yang diperuntukkan untuk
pendidikan Islam sedikit berbanding subjek lain. Ini adalah antara punca menyebabkan
seseorang kurang memahami dan menghayati agama Islam. Akibatnya, seseorang itu tidak
mempunyai ilmu yang cukup untuk melindungi diri diri daripada sifat-sifat negatif pada
zaman moden ini. Contohnya, mencuri, membunuh, tidak menutup aurat dengan baik atau
berzina., Kesimpulannya, Pendidikan Islam yang semakin berkurang turut menyumbang
kepada serangan pemikiran umat Islam pada zaman kini.

- Ferlitasari, R. (2018). Pengaruh Media Sosial Instagram Terhadap Perilaku Keagamaan


Remaja (Studi pada Rohis di SMA Perintis 1 Bandar Lampung) (Doctoral dissertation, UIN
Raden Intan Lampung).
- Yahaya, A., & Aliju, M. J. (2010). Pengaruh Negatif Rakan Sebaya. Universiti Teknologi
Malaysia. Skudai. Artikel, 1-4.
- Hidayat, N. (2015). PERAN DAN TANTANGAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DI ERA GLOBAL. Jurnal
Pendidikan Agama Islam, 12(1), 61-74. https://doi.org/10.14421/jpai.2015.121-05

Anda mungkin juga menyukai