Anda di halaman 1dari 34

OLEH : NUR AQILLAH MAKHTAR NOORASMAD MAT RIPIN NURUL HANNAN MAKMO

ISI KANDUNGAN
MUKADDIMAH PUNCA KESAN

CARA MENGATASI
PENUTUP

MUKADDIMAH
Pemasalahan akhlak pada masa kini menjadi semakin

ketara dalam kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan gejala dadah, mat rempit, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM. Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral dalam kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik besar.

Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salah silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan dan keruntuhan moral, elok kita menyelak sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam menghadapi tugas seharian mereka.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan

kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

PERSOALAN..?????
Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuh

dan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan berkesan sehingga dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak dibendung secepat mungkin.

PUNCA

Pelbagai andaian dan faktor yang membawa

kepada wujudnya aktiviti-aktiviti salah laku di kalangan pelajar dalam bentuk gengsterisme ini. Di antaranya boleh kita senaraikan sebagaimana berikut :-

Kurang perhatian ibu bapa


Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pelbagai salah

laku di atas merupakan mereka yang kurang mendapat pendidikan agama dan moral serta bimbingan ibu bapa di rumah. Ibu bapa yang bekerja tidak dapat meluangkan masa secukupnya untuk bermesra dan membimbing anak-anak dengan didikan agama yang sewajarnya. Tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah.

Pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang

rendah dalam bidang akademik dan gagal menjadikan diri mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat sekolah masing-masing kemungkinan cenderung untuk melakukan jenayah.

Pengaruh rakan sebaya


Anak di luar kawalan ibu bapa inilah selalunya akan

mendapat khidmat rakan sebaya untuk meneruskan kehidupan mereka. Secara tidak langsung, mereka terlibat dengan budaya yang tidak sihat seperti masalah moral, seks, pergaulan bebas, ponteng, samseng, jenayah, lawan guru, disiplin, dadah, gam, syabu dan banyak lagi yang melibatkan kalangan pelajar yang bermasalah.

Teman sebaya sangat berpengaruh dalam tingkah laku pelajar, lantaran itulah Islam sentiasa menitikberatkan pemilihan sahabat yang sebenar dalam kehidupan seharian. Di luar rumah, pelajar berdepan pelbagai keadaan yang banyak mempengaruhi corak kehidupan mereka.

Kurang pengetahuan Islam


Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya adalah

disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian masa lampau tentang betapa pentingnya Pendidikan Akhlak Islam diajar, disemai dan disuburkan dalam diri anak-anak kita. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak ummah dan moral masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa program telah dilancarkan yang bertujuan melahirkan rakyat berakhlak dan bermoral tinggi.

Pengaruh persekitaran
Pengaruh persekitaran seperti pusat-pusat hiburan, kafe siber, kedai-kedai video game dan

berbagai-bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa penguatkuasaan undang-undang telah menambahkan lagi kemelut dan keruntuhan akhlak dan moral sehingga akhirnya membawa remaja dan pelajar terlibat dengan aktiviti jenayah dan kumpulan samseng atau gengster.

Pelajar-pelajar yang mempunyai ahli keluarga dan

jiran yang telah sedia menjadi ahli kumpulan gengster dan mempunyai pengaruh kuat ke atas pelajar itu termasuk pelajar-pelajar yang tinggal di kawasankawasan kediaman di mana terdapat kumpulan gengster dan samseng bergerak aktif.

Pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah dalam bidang akademik dan gagal

menjadikan diri mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat sekolah masing-masing kemungkinan cenderung untuk melakukan jenayah.

Pengaruh media massa


Pengaruh media masa dan arus perdana globalisasi

serta tamadun meterialistik masa kini amat banyak mencetus krisis nilai. Majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika berleluasa di pasaran. Filem-filem ganas dan unsur seks yang ditayang di television secara bebas memberi kesan ke atas pembentukan pelajar. Pelajar-pelajar menjadi keliru dan tidak tahu memilih maklumat yang terbaik untuk membina kehidupan mereka. Mereka sering tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak dan moral lantaran tidak memiliki daya tahan spritual.

Sikap pelajar sendiri


Menurut kajian Kementerian Pelajaran pada

1984, hampir separuh kes pelanggaran disiplin yang berlaku berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri seperti sentiasa bersifat menentang, bertindak mengikut perasaan, nakal dan malas.

KESAN

Kita kadangkala sedih juga apabila mendengar berita

melalui media massa bahawa kebanyakan sekolah pada masa ini menghadapi masalah disiplin pelajar. Di antaranya ialah merokok, ponteng sekolah, menjadi ahli kongsi gelap, buli, peras ugut, memukul kawan atau guru, melepak, bohsia, penagihan dadah dan sebagainya. Bagi pendapat saya, masalah ini berlaku di sekolah tetapi mungkin berpunca dari rumah oleh kerana mereka ini tidak diberi penjagaan rapi, perlindungan dan kawalan oleh keluarga.

Keruntuhan

akhlak telah berlaku dalam kalangan pemimpin peringkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoyapoya. Gejala ini juga terdapat dalam kalangan remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi. Selain itu, keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat dapat juga dilihat dalam bentuk putusnya hubungan kekeluargaan, hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya sikap pulau memulau dan benci membenci terutama dalam kalangan masyarakat Islam.

Isu sebegini bukan semata-mata kerana seorang

manusia, tetapi ia harus diteropong secara global. Ia melibatkan isu sosial, akhlak moral, pendidikan, keagamaan dan manusia yang berantaian. Bukan terjadi dengan sendirinya.

Cara Mengatasi

Peranan ibu bapa


Sebagai ibu bapa dan penjaga kepada anak terutama

yang sedang dalam usia remaja, ibu bapa memainkan peranan besar menentukan hala tuju dan arah hidup mereka. Pengawasan yang ketat dengan kebebasan fleksibel perlu dirangka dan dilaksanakan bagi mengelakkan mereka mudah terjerumus dalam insiden yang tidak memberi manfaat. Peranan mendidik anak tidak harus dilepaskan kepada guru dan pihak sekolah sematamata. Dalam pendidikan akhlak umpamanya, ibu bapa berperanan besar dalam menentukan sahsiah diri anak mereka.

Ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak adalah

segala-galanya bagi mereka. Mereka pewaris kepada bangsa adan negara. Oleh yang demikian ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mendapat bimbingan agama dan moral yang secukupnya agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk keperibadian dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Keimanan yang mantap akan mencegah diri seseorang dari perbuatan keji dan mungkar sekali gus menghindar mereka dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti kumpulan samseng dan gengster di sekolah atau di mana sahaja.

Firman Allah swt yang bermaksud bahawa

sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar (al-Ankabut : 45)

Peranan guru
Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu

bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktivitiaktiviti yang booleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme.

Menyentuh tentang persekitaran sihat dan akhlak

murid-murid sekolah, kita sering mendengar tentang gejala sosial yang telah menular di kalangan pelajar. Apa yang kita maksudkan dengan persekitaran yang sesuai dan sihat untuk para penuntut di sekolah ialah para guru di sekolah dan ibubapa di rumah haruslah mengawasi murid-murid atau anak-anak daripada terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang boleh mendatangkan tabiat yang sukar untuk dihapuskan kelak seperti menghidu gam, meminum ubat batuk bercampur kodin dan lain-lain bahan yang mengandungi kesan-kesan dadah.

Nasihat menasihati dan ingat mengingati antara satu

sama lain supaya tidak tergelincir daripada landasan Islam sudah menjadi tanggungjawab setiap Muslim. Tanggungjawab itu bergantung kepada keupayaan diri seseorang apabila berada dalam kelompok manusia tertentu mengikut tahap keilmuwan yang dimiliki seseorang individu. Firman Allah yang bermaksud: Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang mengerjakan amalan salih dan nasihat menasihati agar mentaati kebenaran dan kesabaran. (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Peranan kerajaan
Bukan institusi sekolah sahaja, tetapi menteri yang

bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan, guru dan murid atau pelajar tidak boleh meletakkan bebanan kepada guru-guru atau pihak sekolah, apabila terjadi satu-satu kes buruk. Sebaliknya, kalau yang baik-baik kita berebut-rebut mahu jadi juara. Sikap ibarat pepatah Melayu "sapi punya susu lembu punya nama", nilai dan sikap inilah yang selalu menguasai benak otak orang-orang besar yang dinamai sebagai orang atasan.

Selain

itu,Kementerian Pelajaran kini sedang mengambil beberapa langkah untuk membendung gejala sosial di kalangan murid sekolah di negara ini. Beberapa insiden sejak beberapa tahun lalu membuka mata banyak pihak bahawa permasalahan disiplin memerlukan perhatian sewajarnya.

Justeru, siapakah yang lebih kuat kuasanya dalam isu

menangani masalah akhlak dan moral pelajar yang teramat seriusnya dewasa ini. Adakah menteri, sekolah, guru atau ibubapa?. Baginda Nabi SAW memberikan penjelasan yang cukup terang dalam Hadithnya yang bermaksud:"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran (perbuatan buruk, keji, jahat dan maksiat), maka hendaklah dia rubah (basmi dan banteras) dengan tangan (kuasa yang dimilikinya), maka jika tidak sanggup. Maka hendaklah dibasmi atau dirubah dengan lidahnya (ditegur dan dinasihat dengan lidahnya), maka jika tidak sanggup juga, maka hendaklah dengan hatinya (membenci dalam hati, kemudian tinggalkan kemungkaran itu) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman". (HR Muslim dan At-Tirmizi).

Di sini kita dituntut supaya peka, bukan pekak untuk

melihat dan mendengar jeritan halus anak-anak kita yang memang fitrahnya suci bersih sesuci kain putih yang tidak pernah tersentuh sebarang setitik noda. Ini yang pernah diingatkan sendiri oleh Baginda Nabi SAW dalam sebuah Hadithnya yang bermaksud:"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih), maka dua ibubapa (merekalah) yang akan menyebabkannya (anaknya) menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi". (HR Muttafaq 'Alaih).

THATS ALL FROM US, THANK YOU

Anda mungkin juga menyukai